Anda di halaman 1dari 6

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini merupakan jawapan kepada objektif kajian yang dikemukakan dan dapat
menerangkan hasil dapatan dari kajian yang dilakukan tentang isu-isu normalisasi terhadap
dosa antara masyarakat mengikut perspektif islam. Seterusnya, di bahagian ini kami
membincangkan objektif kajian secara mendalam berpandukan hasil dapatan melalui
temubual bersama seorang yang mahir tentang ilmu islam iaitu Ustazah Hajah Rohaya binti
Ismail. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar dan memegang jawatan sebagai ketua
mata pelajaran islam di SMK Temerloh Jaya, Pahang dan juga daripada sokongan dan
rujukan dari pelbagai sumber maklumat.

• FAKTOR-FAKTOR NORMALISASI DOSA DI KALANGAN MASYARAKAT

Antara punca terjadinya normalisasi akan dosa adalah apabila dosa tersebut dilakukan
berulangkali (Fazli Abdullah, 2019). Terdapat satu pepatah melayu yang menyebut, ‘alah bisa
tegal biasa’ ianya bermaksud bahawa sesuatu perkara yang susah dan berat akan menjadi
senang dan biasa apabila sering dilakukan. Maksiat, kemungkaran dan perkara yang
membawa dosa terhadap orang-orang yang beriman biasanya dianggap sebagai sesuatu
yang ganjil dan sukar untuk melakukannya apatah lagi untuk terjerumus ke dalamnya.
Kesemua larangan yang dilarang oleh Allah SWT dianggap sebagai satu dos ajika dilakukan.
Jika seorang individu tegar melakukan maksiat dan dosa nescaya Allah SWT akan
menurunkan azab kepadanya di dunia ataupun di akhirat. (HarakahDaily, 2021)
Firman Allah SWT:

‫ض‬ َّ ‫اصبًا َومِ ْن ُهم َّم ْن أ َ َخذَتْهُ ال‬


َ ‫ص ْي َحةُ َومِ ْن ُهم َّم ْن َخ‬
َ ‫س ْفنَا بِ ِه ْاْل َ ْر‬ َ ‫س ْلنَا‬
ِ ‫علَ ْي ِه َح‬ َ ‫فَ ُك ًّل أَ َخ ْذنَا بِذَنبِ ِه ۖ فَمِ ْن ُهم َّم ْن أَ ْر‬
ْ َ‫س ُه ْم ي‬
َ‫ظ ِل ُمون‬ ْ َ‫َومِ ْن ُهم َّم ْن أ َ ْغ َر ْقنَا ۚ َو َما َكانَ اللَّـهُ ِلي‬
َ ُ‫ظ ِل َم ُه ْم َولَ ٰـكِن كَانُوا أَنف‬
“Maka masing-masing Kami siksa kerana dosanya; dan di antara mereka ada yang Kami
timpakan badai batu, dan di antara mereka ada yang disambar angin [dari langit], dan di
antara mereka ada yang Kami telankan ke bumi, dan di antara mereka ada yang Kami
lemaskan. Dan Allah tidak akan menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri
mereka sendiri.” (Surah Al- Ankaboot, ayat 40)

Selain daripada itu, faktor yang lain terhadap kenapa terjadinya kebiasaan dosa pada
era sekarang ialah pengaruh terhadap rakan sebaya (TZKRH, 2019). Terdapat pelbagai jenis
kawan yang kita dapat lihat di kalangan remaja sekarang, ada yang membawa kita ke jalan
yang betul dan ada juga yang mengheret kita untuk membuat perkara yang keji seperti
maksiat dan dosa. Apabila tersalahnya memilih rakan, jika mereka melakukan sesuatu yang
mengundang dosa, secara tidak langsung kita akan mengikutnya kerana takut ketinggalan
oleh rakan-rakan tersebut. Contoh dosa yang sering menjadi cabaran di kalangan remaja
sekarang ialah merokok. Seperti yang kita tahu, merokok merupakan satu perbuatan yang
berdosa kerana ianya dapat mengundang penyakit kepada tubuh badan. Merokok telah
difatwakan haram dan hukumnya haram (IIUMC, 2019). Merokok merupakan satu perbuatan
yang mengkhianati diri sendiri. (muftiwp, 2015)
Firman Allah SWT:

‫َو َل ت ُ ْلقُوا بِأ َ ْيدِي ُك ْم إِلَى الت َّ ْهلُ َك ِة‬


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil)” (Surah al- Baqarah 2:195)

Seterusnya, berlakunya perbuatan dosa yang berleluasa sekarang adalah disebabkan


oleh faktor persekitaran yang kurang baik (TZKRH, 2019). Jika seseorang itu telah
didedahkan kepada perkara yang tidak baik sejak kecil, ianya tidak akan menjadi persoalan
akan mengapa individu tersebut menjadi penegar untuk melakukan dosa apabila meningkat
usia. Sebagai contohnya ialah daripada ibu-bapa, sekiranya mereka menunjukkan perbuatan
maksiat dan berdosa kepada anak kecil mereka, ianya akan dijadikan contoh dan akan
mengikut tapak jejak mereka. Sebaiknya, ibu-bapa perlu mendidik anak-anak untuk menjadi
seorang yang beriman dan berjasa di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT:
ٰۤ
‫ّللا َما ٰٓ اَ َم َرهُ ْم‬ ُ ‫علَ ْي َها َم ٰل ِٕىكَة غ ًَِلظ ِش َداد َّل َي ْع‬
َ ٰ َ‫ص ْون‬ َ ُ ‫ارة‬ َ ‫اس َو ْالحِ َج‬
ُ َّ‫َارا َّوقُ ْو ُدهَا الن‬ َ ُ‫ٰ ٰٓياَيُّ َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْوا قُ ْٰٓوا ا َ ْنف‬
ً ‫س ُك ْم َوا َ ْه ِل ْي ُك ْم ن‬
َ‫َويَ ْف َعلُ ْونَ َما يُؤْ َم ُر ْون‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan
keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Malalui temubual dengan Ustazah Hajah Rohaya binti Ismail, beliau mengemukakan
pendapat bahawa punca normalisasi terhadap dosa di zaman maju ini ialah kerana kurangnya
iman dan didikan agama di dalam diri. Apabila kurangnya ilmu agama di dalam diri seorang
itu, mereka akan menjadi lebih ringan untuk melakukan larangan Allah SWT tanpa merasa
serba salah. Kita dapat kaji dan lihat bahawa masyarakat atau lebih terperinci, kalangan
remaja kini sering mengagungkan individu yang bukan islam daripada barat. Mereka tidak
menendahkan persoalan tentang aurat, batas pergaulan dan lain-lain. Sekiranya mereka
dinasihat samada secara halus atau kasar, mereka akan menjadi marah dan mengemukakan
ideologi mereka yang memihak ke arah liberal. Ini menunjukkan bahawa pentingnya didikan
agama dan iman dalam diri setiap individu muslim di dunia ini.
Sabda Rasulullah SAW:

‫ط ِريقًا ِإلَى ْال َجنَّ ِة‬


َ ‫للا لَهُ ِب ِه‬ َ ،‫س فِي ِه ع ِْل ًما‬
ُ ‫س َّه َل‬ ُ ِ‫ط ِريقًا َي ْلتَم‬
َ َ‫س َلك‬
َ ‫َو َم ْن‬
“Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan
untuknya jalan menuju surga.” (HR Bukhari dan Muslim).
• KESAN-KESAN NORMALISASI DOSA DI KALANGAN MASYARAKAT

Antara kesan apabila satu dos aitu dinormalisasikan ialah masyarakat hidup tanpa
keberkatan Allah SWT. Malah, mereka akan hidup didalam kemurkaan. Mereka yang
membiasakan dosa, hidup mereka akan berasa sempit dan tidak tenteram serta dalam
kegelapan. Perbuatan dosa bukan hanya memberi kesan yang buruk kepada pelakunya
malah dapat memberi kesan yang negative terhadap masyarakat sekeliling. Lebih-lebih lagi
apabila perlakuan dos aitu menganggu ketenteraman masyarakat dan menjadi sebab
terunnya ujian dan bala daripada Allah SWT. Kita dapat mengetahui banyak kisah tentang
bagaimana sesebuah Kawasan atau kerajaan itu hancur disebabkan oleh pembuatan dosa di
dalam Al-Quran. Antaranya, kaum thamud iaitu ummat Nabi Lut A.S yang telah dibinasakan
Allah disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri. Selain itu, kisah azab banjir besar terhadap
ummat Nabi Nuh A.S. Semua azab yang diturunkan kerana perbuatan dosa mereka yang
melampaui batas.
Firman Allah SWT:

ِ ‫سلُ ُه ْم بِ ْالبَيِِّنَا‬
‫ت‬ ِ ‫ب َم ْديَنَ َو ْال ُمؤْ ت َ ِفكَا‬
ُ ‫ت ۚ أَتَتْ ُه ْم ُر‬ ِ ‫ص َحا‬ ْ َ ‫ِيم َوأ‬
َ ‫عاد َوث َ ُمو َد َوقَ ْو ِم إِب َْراه‬ َ ‫ۖأَلَ ْم يَأْتِ ِه ْم نَبَأ ُ الَّذِينَ مِ ْن قَ ْب ِل ِه ْم قَ ْو ِم نُوح َو‬
ْ ‫س ُه ْم َي‬ ٰ ْ ‫ّللا ِل َي‬
َ ُ‫ظ ِل َم ُه ْم َولَك ِْن كَانُوا أَ ْنف‬
َ‫ظ ِل ُمون‬ ُ َّ َ‫فَ َما َكان‬
“Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri
Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada
mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka
mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya
mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah at- Taubah, ayat 70)

Selain daripada itu, sekiranya dosa berlangsung berpanjangan, kadar jenayah di


sesuatu kawasan itu akan meningkat. Dengan adanya dosa-dosa kecil yang dianggap normal
seperti mencuri dan sebagainya, semakin lama semakin berkurangan ketenteraman di
kawasan tersebut. Dari hanya mencuri buah di pokok lama kelamaan akan berubah kepada
kes pecah rumah atau meragut dan jika seseorang itu tidak menjaga batas atau auratnya,
ianya boleh menyebabkan kes pencabulan dan rogol berlaku. Di jawatan atasan pula, mereka
sering dicabar dengan hasutan rasuah dari pihak yang tidak ingin bertanggungjawab dan
dilaknat oleh Allah SWT. Sekiranya perbuatan rasuah berleluasa, keadilan akan menjadi
sesuatu yang susah untuk dicapai, sejurus dengan itu jenayah akan berlaku pada setiap
masa. Jika satu individu itu menjadi seorang yang tegar melakukan jenayah dalam pelbagai
aspek, beliau bukan sahaja tidak disukai oleh orang sekeliling, malah dilaknat dan tidak
dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT dalam hidupnya.

Di samping itu, perbuatan yang membiasakan dosa dapat mencerminkan imej yang
tidak baik terhadap agama islam. Setiap perbuatan tidak baik yang dilakukan oleh seseorang
yang digelar muslim akan dipandang serong oleh orang yang bukan islam. Misalnya, di media
sosial seperti TikTok atau Instagram terdapat banyak video yang tidak senonoh dan tidak
bermoral yang dihasilkan daripada individu yang beragama islam. Sebagai contoh, baru-baru
ini terdapat satu video yang tular tentang beberapa peniaga jutawan Wanita di mana mereka
melakukan aksi yang tidak bermoral dan mengikis maruah demi mempromosikan produk
mereka. Bagi mereka, ianya merupakan satu perbuatan yang biasa tanpa menghiraukan
aspek keimanan dan mengikut jejak langkah budaya barat. Ini akan memunculkan anggapan
yang kurang sopan terhadap agama islam oleh orang yang beragama lain. Individu yang
memburukkan agama islam amatlah dimurkai oleh Allah SWT.

• LANGKAH-LANGKAH MENGATASI NORMALISASI TERHADAP DOSA

Menurut Ustazah Rohaya binti Ismail, cara untuk mengatasi masalah menormalisasikan
dosa ialah dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika kita lebih dekat kepada
Allah SWT, kita akan menjadi lebih berat dan takut untuk melakukan dosa walaupun sekecil-
kecil zarah. Kita boleh menghadiri majlis ilmu dengan lebih kerap, dengan terlibat dalam majlis
ilmu, kita dapat berjumpa dan rapat dengan para ulama, para alim dan orang-orang yang
soleh. Oleh itu kita dapat mengikut contoh akhlak dan nasihat mereka
Firman Allah SWT:
ٰٰۤ ُ
َ‫ص ِدقُ ْون‬
ٰ ‫ولىِٕكَ هُ ُم ال‬ َ ‫س ْولِه ث ُ َّم لَ ْم يَ ْرت َاب ُْوا َو َجا َهد ُْوا بِا َ ْم َوا ِل ِه ْم َوا َ ْنفُ ِس ِه ْم فِ ْي‬
ِ ٰ ‫سبِ ْي ِل‬
‫ّللا ۗ ا‬ ِ ٰ ِ‫اِنَّ َما ْال ُمؤْ مِ نُ ْونَ الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْوا ب‬
ُ ‫اّلل َو َر‬
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang
percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-
ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;
mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

Seterusnya, cara untuk mengelakkan perbuatan dosa berleluasa ialah dengan


mengurangkan masa dengan hiburan. Pada zaman teknologi yang maju ini, terdapat pelbagai
jenis hiburan yang diperolehi samada dari segi fizikal ataupun dari segi maya. Dari aspek
hiburan maya, sepertinya ialah Tiktok, Instagram, YouTube dan banyak lagi. Dengan adanya
kepelbagaian kandungan yang ada di setiap media sosial tersebut, kita perlulah
mengurangkan penggunaannya supaya perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina mata
dapat dielakkan. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu
yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan
pendengaran. Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar
daripada batas syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah agama.
Kesederhanaan sangat penting dalam usaha mencari hiburan.

Selain daripada itu, bagi menghalang dosa yang berterusan berlaku ialah dengan
beristigfar setelah melakukan dosa. Dengan menyebut nama Allah SWT setelah secara
sengaja ataupun tidak sengaja melakukan dosa, kita akan menjadi lebih kesal dan
kebarangkalian untuk mengulangi dosa tersebut akan berkurang. Seperti Saidina Ali bin Abi
Talib berkata “Dosa yang membuatmu menangis dan menyesal itu lebih disukai oleh Allah
daripada perbuatan baik yang membuatmu sombong”. Kita perlu sentiasa mewujudkan sifat
menyesal dan bertaubat akan dosa yang telah dilakukan samada dosa tersebut adalah kecil
mahupun besar.
Firman Allah SWT:

َّ‫ين‬ ‫ين هويُحِ بَّ ا ْل ُمته ه‬


‫ط ِه ِر ه‬ َّ‫إِنَّ ّللاهَّ يُحِ بَّ التوابِ ه‬
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
menyucikan diri. – “(Surah al-Baqarah, ayat 222)
Fazli Abdullah. (2019, February 20). Bahayanya Normalisasi Dosa. TZKRH.com.
https://tzkrh.com/bahayanya-normalisasi-dosa/

IIUMC. (2019, July 8). 7 Dosa Yang Dinormalisasi. iiumc.com.


https://iiumc.com/7-dosa-yang-dinormalisasi/

Shukery A. (2019). Rasalah Bersalah Dengan Dosa. tarbiahsentap.com.


https://www.tarbiahsentap.com/2019/05/juzuk-7-rasalah-bersalah-dengan-dosa.html

HarakahDaily. (2021, June 25). Hukum Normalisasi Dosa. harakahdaily.net.


https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/25/hukum-normalisasi-dosa/

Zamri H. (2016, February 20). Apabila Kemaksiatan Sudah Jadi Perkara Biasa.
bharian.com.my.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/02/126256/apabila-kemaksiatan-
sudah-jadi-perkara-biasa

Lalu H. A. (2022, April 3). Normalisasi Maksiat. alhikmah.ac.id.


https://alhikmah.ac.id/normalisasi-maksiat/

Almaswa C. R. (2021, October 4). 7 Kesan Buruk Dalam Kehidupan Jika Kita Sering
Melakukan Maksiat & Dosa. kashoorga.com.
https://www.kashoorga.com/7-kesan-buruk-dalam-kehidupan-jika-kita-sering-melakukan-
maksiat-dosa/

Nashih N. (2021, December 9). 5 Keutamaan Menuntut Ilmu, dari Kemudahan Dunia Hingga
Akhirat. republika.co.id.
https://www.republika.co.id/berita/r3uneu320/5-keutamaan-menuntut-ilmu-dari-kemudahan-
dunia-hingga-
akhirat#:~:text=Allah%20%EF%B7%BB%20berfirman%20yang%20artinya,meminta%20tam
bahan%20sesuatu%20kecuali%20ilmu.

Catsfm. (2020). 5 Negeri Yang Mempunyai Statistik Kes Jenayah Rogol Paling Tinggi Di
Malaysia. Catsfm.my.
http://www.catsfm.my/whats_hots/view/1076/5-negeri-yang-mempunyai-statistik-kes-
jenayah-rogol-paling-tinggi-di-malaysia

Anda mungkin juga menyukai