Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM BIJAK MATHS

TAHUN 2021
Peringkat SK Kampung Tanam

Anjuran:
Panitia Matematik
Pengenalan

Program Bijak Maths dilaksanakan untuk memantapkan dan


mempertingkatkan kualiti dan peratus lulus dalam mata pelajaran Matematik UPSR
dan PBD.
Program ini dilaksanakan 1 kali seminggu iaitu setiap hari Rabu selama 10
minit dari pukul 10:20 pagi hingga 10:30 pagi.
Pada hari Rabu, murid-murid Tahun 6 akan berkumpul di dalam kelas dan
menjawab 5 soalan Matematik melibatkan tajuk-tajuk yang disenaraikan dalam
DSKP Matematik Tahun 6.

Matlamat

 Memupuk minat dan motivasi diri murid-murid dalam mata pelajaran


Matematik.
 Membiasakan murid-murid terlibat secara aktif tanpa rasa gementar sebagai
persediaan untuk UPSR dan PBD.
 Mewujudkan persaingan sihat dikalangan murid-murid.
 Membantu murid-murid membuat latihan dengan cepat dan tepat.

Objektif

 Membuat latihan Matematik dengan cepat dan tepat.


 Mempraktikkan nilai-nilai murni seperti patuh, hormat dan menghargai masa,
berkeyakinan diri dan berdikari.
 Adanya minat dan motivasi diri menyebabkan murid berasa seronok tanpa
merasa beban.

Sasaran
Kelas : Tahun 6 Neptune
Bilangan murid : 20 orang

Tarikh Perlaksanaan
Tarikh : Bulan Mac hingga Disember 2021
Jadual Perlaksanaan

Hari Masa/ Tempoh Tempat Aktiviti Guru Bertugas

Rabu 10:20 pagi – 10:30 pagi Kelas Menyelesaikan 5 Guru yang


(10 minit) Tahun 6 soalan melibatkan bertugas mengikut
Neptune tajuk-tajuk dalam jadual yang
DSKP Matematik disediakan
Tahun 6

Jawatankuasa Program Bijak Maths

Pengerusi : En. Maurice Josaphat Jepun


(Guru Besar)

Penolong Pengerusi : En. Edmund Bin William Otoi


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Setiausaha : Pn. Claire Anak Bujang

Penolong Setiausaha : Cik Wong Yun Yu

Ahli Jawatankuasa : En. Khairul Izzuddin Bin Zaini


Pn. Stella Hii Jiunn
Jadual Guru Bertugas Program Bijak Maths
Hari : Rabu
Masa/ Tempoh : 10:20 pagi – 10:30 pagi / 10 minit
Tempat : Kelas Tahun 6 Neptune
Kelas yang terlibat : Tahun 6 (20 orang)

Minggu Guru yang bertugas


1 Pn. Claire Anak Bujang
2 Cik Wong Yun Yu
3 En, Khairul Izzuddin Bin Zaini
4 Pn. Stella Hii Jiunn

Sesi Penilaian Guru


Rekod Penilaian Guru
Penutup

Dengan perlaksanaan program ini, kami menjangka dapat melahirkan murid-


murid yang berkualiti dalam mata pelajaran Matematik dan dalam masa yang sama
dapat meningkatkan peratus lulus Matematik.

Adanya program ini, diharap murid-murid dapat memanfaatkan kemahiran


yang diperoleh dan lebih berkeyakinan diri untuk cemerlang dalam mata pelajaran
Matematik.

Akhir sekali, program ini dapat menjana semangat kerjasama di kalangan


para guru dan murid-murid serta dapat mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan
oleh sekolah ini.

Sekian,
Terima kasih.
Panitia Matematik SK Kampung Tanam, Dalat.

Anda mungkin juga menyukai