Anda di halaman 1dari 3

ADE 491

CARTOON AND CARICATURE

REPORT WRITING:

Facebook Live: Komik Tempatan Level Budak2

PREPARE BY

NUR AINA SOFIA BINTI SHAMSUL BAHARI

2022786813

PREPARE FOR:

Mrs. JULIANA BINTI MANAN


Komik tempatan level budak-budak.

Berdasarkan siaran langsung podcast di laman Facebook pada 9 November 2022 yang
dianjurkan oleh Sahabat komik bersama moderator Abang F( FroggyPapa), menjemput dua
kartunis tempatan iaitu Kartuni Sireh dan Nazry Salam.

Berdasarkan topik yang dianjurkan oleh Sahabat Komik ini mereka mengupaskan beberapa
pandangan tentang komik Malaysia. Terdapat persoalan yang dianjurkan oleh penonton yang
menyertai siaran langsung tersebut dimana dalam kalangan rakyat malaysia mempunyai
minat dalam lukisan komik dan ingin melancarkan series komik mereka sendiri. Oleh itu,
dengan adanya siaran langsung ini akan terjawabnya persoalan yang sering bermain dalam
pemikiran pelukis kartun.

Merujuk perkara diatas laporan ini disediakan dengan membincangkan tentang kefahaman
dan pendapat saya mengenai siaran langsung podcast tersebut. Malaysia adalah negara islam
walaupun negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum namun populasi yang beragama
islam lebih ramai dan negara ini dipimpin oleh seorang islam, dengan ini tidak wajarlah
untuk pelukis kartun untuk menghasilkan karya mereka dengan unsur yang tidak sopan yang
mampu merosakkan pemikiran rakyat Malaysia. Sebagai seorang pelukis tidak salah untuk
mendapatkan inspirasi daripada negara yang popular dengan penghasilan komik iaitu negara
Jepun, komik mereka lebih dikenali sebagai Manga. Penghasilan Manga mereka tiada
batasnya oleh kerana budaya mereka.Oleh itu, terdapat pelukis kartun Malaysia yang
menggayakan lukisan seperti Anime iaitu kartun Jepun. Mendapatkan inspirasi daripada
negara luar adalah tiada salahnya.
Namun, jika pelukis mengenakan gaya lukisan yang tersendiri dan unik akan menjadi satu
ikutan jika komiknya telah menjadi trend. Dalam penghasilan komik sebaiknya menceritakan
sesuatu yang boleh dikaitkan dengan gaya hidup rakyat Malaysia, seperti komik “Lawak
Kampus” yang menceritakan tentang sekawan pelajar sekolah.

Dalam penyampaian sesuatu cerita hendaklah dengan menyebarkan suatu perkara yang
bermanfaat dan pengajaran kepada pembaca, seperti Komik Misi yang menceritakan
perjalanan seorang pelajar bersama rakan-rakanya untuk mencapai keputusan yang cemerlang
dalam pemeriksaan yang ingin dihadapinya. Komik yang menarik dan mendapat sambutan
adalah komik yang mempunyai peningkatan usia dan penciptaan karya yang bersiri dimana
pembaca akan mengikuti perjalanan hidup karakter utama dalam komik tersebut dengan
menimbulkan perasaan dimana ada persamaan hidup yang dihadapinya dengan karakter yang
terdapat dalam komik tersebut. Komik bersiri yang mengandungi pelbagai golongan dari
peringkat usia 15 tahun sehingga pelajar lepasan universiti. Komik yang meraikan pelbagai
gaya lukisan serta memasukkan budaya Malaysia sendiri dapat lebih ikutkan kerana komik
yang dihasilkan mudah difahami disebabkan kefahaman budaya yang terkandung dalam
komik tersebut.

“Bagaimana hendak mendapat sambutan daripada peminat berterusan?”, adalah dengan


menjadi seorang pelukis yang konsisten dalam melukis kartun dan menghantar karya secara
kerap untuk peminat di media sosial untuk mengikuti pengembangan seorang pelukis
tersebut.Semasa membuat penghantaran karya dalam media sosial secara tidak langsung
pelukis dapat menambah baik karya mereka. Penghasilan jalan cerita yang menarik dan
bersabar dalam berkarya.

Anda mungkin juga menyukai