Anda di halaman 1dari 27

UNIT 6

POLISI KESELAMATAN &


PERLINDUNGAN KANAK-
KANAK
POLISI KESELAMATAN &
PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

Membincangkan keperluan keselamatan


kanak-kanak melalui polisi undang-undang
Memahami kepentingan akta keselamatan
berkenaan hak dan perlindungan kanak-kanak
PENGENALAN
 Konsep keselamatan adalah merujuk kepada langkah-langkah
yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk
mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian
atau kecederaan.
 Sistem perlindungan yang adil haruslah diberikan kepada
kanak-kanak supaya dapat memenuhi tuntutan
kententeraman, perlindungan, bebas dari resah dan ketakutan.
 Prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan bagi
menghindari kemalangan yang berlaku secara sedar atau
tidak sedar
 Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca utama kematian
yang kerap berlaku pada kanak-kanak 14 tahun kebawah
Keperluan
Aspek Keselamatan
 Aspek keselamatan kanak-kanak melibatkan rumah,
prasekolah dan taman permainan
 Kanak-kanak mudah terdedah oleh bahaya yang tidak dijangka
Definisi Akta kanak-kanak 2001:
1. Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun
2. Merupakan golongan yang mudah terpengaruh dan
memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan didikan
3. Boleh digelarkan sebagai budak atau anak kecil yang masih
muda yang belum mencapai baligh

 Ibubapa perlu mempunya pengetahuan luas, bagi memastikan


dalam keadaan selamat
Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak ke
pusat penjagaan, beberapa keperluan perlu
disediakan;

PERLINDUNGA
N PENDIDIKAN
Kanak-kanak perlu Ibu bapa adalah
dilindungi daripada tanggung jawab
situasi utama dalam
membahayakan keselamatan anak

PERLINDUNGAN
Perkhidmatan tidak
Pusat jagaan yang formal kepada guru
menawarkan adalah sebagai
perkhidmatan pemerhati yang
bertanggung jawab melibatkan
atas keselamatan keselamatan murid
 P&P berkenaan keselamatan penting bagi
mendedahkan kepada pemakanan yang
positif, keselamatan dan tabiat kesihatan.
 Guru harus menjadi contoh yang baik
PENDIDIKAN

Nilai-nilai yang baik dalam


aspek berikut perlu di didik;
Bagaimana ingin •Kebersihan tabiat mencuci
menyemai tabiat positif? tangan
•Keselamatan
Melalui;
•Pendidikan •Bersenam
•Permainan •Aktiviti kerjasama
•Role Model •Adab sopan
•Tabiat Pemakanan
POLISI KESELAMATAN
Polisi keselamatan merangkumi;
Keselamatan persekitaran
Pengurusan pencegahan kemalangan
Pelan keselamatan
Kesan terhadap guru/ penjaga

Polisi harus dirancang dan mesti dapat mencegah awal


kemalangan, melindungi kanak-kanak
Digunakan oleh guru, penjaga/ ibu bapa, keluarga dan
persekitaran/masyarakat
Polisi ini mesti ditulis dengan jelas dan dipaparkan
Polisi ini harus dibina dengan mengambil kira tahap
perkembangan kanak-kanak dan persekitaran setiap pusat
tadika
• Kelalaian, kecuaian, kejahilan dan kepenatan orang dewasa
dapat mengancam keselamatan kanak-kanak.
• Kes penderaan yang semakin bertambah juga mengancam
keselamatan kanak-kanak.
• Penderaan kanak-kanak termasuk penderaan fizikal, seksual
serta trauma emosi terhadap kanak-kanak.

PUNCA KECUAIAN
 Perasaan tidak bertanggungjawab terhadap
keselamatan orang lain
 Melakukan sesuatu pekerjaan tergesa-gesa tanpa
mengira akibatnya
 Kejahilan
 Cuba melakukan sesuatu tanpa mengetahui apa-apa
 Kepenatan
 Rasa mengantuk tetapi masih meneruskan pekerjaan
 Keadaan persekitaran yang boleh mengancam
keselamatan
 Bunyi bising yang boleh mengganggu perasaan
 Bau busuk yang boleh mengganggu sistem badan
 Kekotoran yang boleh mengganggu kesihatan kulit
PENDERAAN
FIZIKAL
SEKSUAL
EMOSI
Kecederaan terhadap fizikal kanak-
PENDERAAN FIZIKAL kanak;

Memukul, merotan, mencubit,


menumbuk, menampal atau mengetuk
Menolak, menggongcang, menyepak
atau membaling
Mencubit, menggigit, menarik
rambut
Membakar dengan puntung rokok,
menyimbah air panas atau mengguna
objek panas
Menderakan fizikal yang teruk yang
tidak bersesuaian dengan umur
kanak-kanak
Sebarang perlakuan seksual di antara
PENDERAAN SEXUAL orang dewasa dengan kanak-kanak;

Bermain, memegang atau mencium


di bahagian kemaluan kanak-kanak
Memaksa kanak-kanak memegang
bahagian kemaluan seseorang
Menjolok, melakukan seks, sumbang
mahram, merogol, atau sodomi
Mendedahkan kanak-kanak
melakukan perlakuan seks
(menunjukkan organ seks kepadanya,
menunjukkan peralatan fonografik,
menceritakan gambaran lucah).
Ditakrifkan sebagai suatu pertuturan am
yang ringkas hingga ke pendendaan yang
PENDERAAN EMOSI
ekstrim;
Tidak mempeduli,
Kurang menunjukkan kasih sayang fizikal
contohnya : memberi pelukan
Kurang memberi pujian
Menjerit atau memekik
Memberi amaran atau bergaduh
Membuat perbandingan negatif
Memperkecilkan, menyatakan kanak-kanak
“tidak baik”, “tidak berharga”, “jahat”
Mengguna istilah tidak baik untuk kanak-
kanak
Memalukan atau menghina
TANDA PENDERAAN

 Tanda melecur, luka, lebam atau bekas objek di


badan kanak-kanak
 Tanda kena gigit
 Perlakuan mengasingkan diri
 Masalah di sekolah
 Takutkan orang dewasa
 Penyalah gunaan dadah atau alcohol
 Perlakuan bencikan diri atau ingin membunuh
diri
 Tekanan atau rasa randah diri
LANGKAH MENGHADAPI PENDERAAN

 Mewujudkan program pendidikan mendidik pengasuh kanak-


kanak tentang keibubapaan dan kemahiran pengurusan

• Mendidik masyarakat tentang keganasan agar mereka akan


membuat laporan dengan segera sekiranya berlaku kes
penderaan

 Mewujudkan perhubungan yang saling mempercayai dengan


kanak-kanak agar mereka berasa selesa menceritakan
tentang penderaan yang dialami.
CARA MENGATASI PENDERAAN KANAK-
KANAK

 Mendisiplin kanak-kanak tanpa memukul atau mencederakan


fizikal.
Penyelidikan telah menjelaskan bahawa memukul kanak-kanak
tidak “mengajar” mereka apa-apa, selain keganasan fizikal
yang telah dilakukan terhadapnya.

 Jangan sesekali cuba mendisiplinkan kanak-kanak dalam


keadaan terlalu marah
 Apabila kanak-kanak menceritakan mereka tidak suka atau
tidak ingin berada dengan sesesorang, ini menunjukkan
sesuatu. Cuba dengar cerita mereka dan cuba percayakan
apa yang mereka katakan.
 Perhatian dan awas sekiranya terdapat seseorang yang
terlalu berminat dengan anak anda.
Setelah kita mendapati bahawa kanak-kanak telah mengalami
penderaan, kita perlu:

Membantu dan melindungi kanak-kanak.


Membawanya ke tempat yang selamat
Melapor kepada pihak tertentu dengan segera
Mendapat keadilan daripada pihak berkuasa.
Pemulihan (Kanak-kanak yang telah didera perlu menerima
bantuan sewajarnya daripada pihak tertentu)
PENGABAIAN
Definisi :
Kegagalan untuk
memberi keperluan
asas kepada kanak-
kanak

FIZIKAL
PENDIDIKAN
EMOSI
(PSIKOLOGI)
PENGABAIAN FIZIKAL

 Makanan tidak cukup, tempat


tinggal dan pakaian tidak selesa
 Kurang memberi tunjuk ajar
 Mengusir keluar rumah atau tidak
membenarkan kanak-kanak masuk
ke rumah
PENGABAIAN PENDIDIKAN • Pihak ibu bapa gagal memasukkan
anak mereka belajar ke sekolah
pada peringkat umur persekolahan
atau memberi pendidikan khas
yang sewajarnya
Perlakuan ini juga termasuk:
o membenarkan kanak-kanak
ponteng sekolah
o Kanak-kanak terbiar tanpa
panduan
o Tidak mahu memberi kemudahan
perubatan
o Kurang kebersihan diri
PENGABAIAN EMOSI Pengabaian emosi adalah kekurangan
sokongan emosi dan kasih sayang
seperti:
Tidak memberi keperluan asas
kanak-kanak (kasih sayang)
Gagal memberi keperluan psikologi
Keganasan rumah tangga atau
mendera pasangan hidup disaksikan
oleh kanak-kanak
Penyalahgunaan dadah atau alkohol
di rumah atau membiarkan kanak-
kanak turut serta dalam aktiviti
tersebut.
PERLINDUNGAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan kemahiran keselamatan


diri seperti:
Cara bagaimana mengatakan ‘tak mahu’, ‘tak nak’, ‘tak suka’ kepada
orang yang tidak dikenali.
Cara tidak menerima apa-apa barangan daripada orang yang tidak
dikenali.
Kanak-kanak perlu berada dalam kumpulan ketika menunggu ibu bapa
menjemputnya di sekolah
Berbincang dengan kanak-kanak cara menyelamatkan sekiranya mereka
berada dalam kecemasan seperti hilang di pasar raya.
Berbincang dengan kanak-kanak tentang kejadian benar yang pernah
berlaku terhadap kanak-kanak lain
Mendidik kanak-kanak supaya sentiasa memberitahu kepada ibu bapa
tentang apa yang berlaku pada diri mereka pada bila-bila masa.
 Merupakan penggabungan tiga akta iaitu Akta Perlindungan
Kanak-Kanak 1991 (AKK 2001), Akta Mahkamah Juvana 1947 dan
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.
 Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan perlaksanaannya pada
1 Ogos 2002.
 Penggubalan akta baru ini bertujuan untuk menyelaraskan
sebarang pertindihan di antara ketiga-tiga akta tersebut.
 Kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur di bawah 18
tahun .
 Umur tanggung jawab jenayah dikekalkan pada umur 10 tahun.
Mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak
bukan sahaja merupakan bahagian penting dalam
masyarakat tetapi juga merupakan kunci
kehidupan, pembangunan dan kemakmuran
masyarakat

Mengiktiraf bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak


mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam
segala hal tanpa mengira perbezaan ras, warna
kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.

Mengakui bahawa seseorang kanak-kanak


memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan
bantuan khas selepas kelahiran, untuk
membolehkannya turut serta dalam menyumbang
secara positif kearah membentuk masyarakat
Malaysia madani yang unggul

Mengakui bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam


masyarakat yang menyediakan suasana semula jadi bagi pembesaran,
penyaraan dan kebajikan semua anggotanya khususnya kanak-kanak
supaya mereka membesar dalam aman, bahagia dan kasih sayang
untuk memperoleh keyakinan,maruah dan nilai diri seorang manusia.
KESIMPULAN

 keselamatan kanak-kanak adalah satu perkara yang penting


dan haruslah diambil berat.
 Semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama
dalam meningkatkan keselamatan kanak-kanak samada di
rumah, di prasekolah, atau di taman permainan.
 Ini bagi memastikan tahap keselamatan kanak-kanak berada di
tahap optimum dan menghindari kanak-kanak dari kecelakaan
atau kemalangan yang tidak diingini berlaku.
 kanak-kanak merupakan aset negara pada masa akan datang
dan harus dipelihara dengan baik supaya keselamatan kanak-
kanak terjamin.

Anda mungkin juga menyukai