Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera dan salam satu permata.

Saya merakamkan penghargaan kepada En Mior


yang dihormati, rakan-rakan seperjuangan dan juga hadirin sekalian.

Kedudukan saya di sini adalah untuk menyampaikan ucapan bertajuk langkah-langkah


menangani masalah stress.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Adakah anda tahu apa itu stress? Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu
mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara
hidup kita. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah
mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan
oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Bebanan tersebut boleh wujud di dalam bentuk
ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya. Tekanan yang biasa dirasai oleh semua orang
termasuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Tekanan yang dialami oleh setiap orang mungkin berbeza. Sesetengah orang menganggap
peperiksaan sekolah sebagai tekanan, tetapi sesetengah orang boleh mengendalikannya
dengan baik. Punca-punca tekanan tidak diketahui dengan pasti. Namun begitu, terdapat
beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan stres iaitu keluarga yang tidak harmoni,
peristiwa traumatik, jurang ekonomi, peristiwa buruk, seperti perceraian, dan sebagainya.

Para hadirin sekalian,

Selain daripada itu, kita boleh mengenal pasti tanda-tanda stress yang dialami oleh
seseorang iaitu dari segi fizikal, mental, dan emosi. Tanda-tanda dari segi fizikalnya adalah
seseorang itu berasa keletihan, pening kepala, susah tidur, dan sakit-sakit badan terutamanya
di kawasan bahu dan belakang. Manakala mental pula akan hilang tumpuan, mudah lupa,
susah untuk membuat keputusan, dan tidak boleh berfikir. Emosi orang yang mengalami
stress juga akan berubah, contohnya mereka akan sentiasa bimbang, marah, mudah kecewa,
sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar, dan panas baran.

Seterusnya, melalui masalah stress atau tekanan ini kita akan menghadapi beberapa
masalah kesihatan seperti sakit jantung, insomnia, kencing manis, dan sebagainya. Hal ini
berpunca daripada penambahan asid lemak di dalam darah dan ini akhirnya akan bertukar
menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menyebabkan sakit jantung. Masalah stress juga
salah satu faktor yang mengakibatkan penambahan kadar gula di dalam darah dan ini boleh
menyebabkan kencing manis. Kemudian, di Amerika sahaja, jumlah mereka yang diserangi
masalah insomnia adalah menghampiri 36 hingga 62 juta orang yang disebabkan oleh
masalah stress atau tekanan.

Hadirin yang saya muliakan,

Dalam pada itu, sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal
stress. Stress boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-
rakan. Seseorang yang mengalami stress boleh mengurangkannya dengan segera dengan
menggunakan cara mengamalkan kaedah 10B iaitu bertenang, bernafas dengan dalam,
berkata tak mengapa, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat, beriadah,
bersenam, dan berfikiran positif.

Dengan melakukan kaedah 10B, kesan stress dari segi fizikal, mental, dan emosi dapat
dikurangkan. Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stress untuk jangka
masa pendek. Dengan ini, punca stress perlu dikenal pasti dan perlu mengambil tindakan
sewajarnya untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stress tersebut.

"Kebahagiaan kita tidak bergantung kepada situasi yang kita alami, melainkan kepada
cara kita mengatasi situasi tersebut."

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak
penganjur, iaitu MCA Bahagian Serdang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri
Selangor dan Lembaga Pelawat Hospital Serdang, kerana sudi menjemput saya ke majlis ini.
Saya harap ucapan tentang menangani masalah stress ini akan membantu untuk hidup dengan
sihat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai