Anda di halaman 1dari 3

Page 1

PLAGIARISM SCAN REPORT


Report Generation Date: 05-01-23

Words: 821

Characters: 5963

Excluded URL : N/A

0% 100%
Plagiarism Unique

0 41
Plagiarized Sentences Unique Sentences

Content Checked for Plagiarism

Daging kultur, juga dikenali sebagai cultured meat, meat produced in vitro using tissue engineering
techniques, cultured beef, lab-meat, lab-grown meat, artificial meat, dan in-vitro meat, dari segi
definisi, bermaksud daging yang dihasilkan luar dari badan haiwan itu, dengan cara pengkulturan sel,
sama ada sel tisu atau sel stem yang diambil daripada haiwan tersebut. Kemudian, sel stem atau tisu
tersebut diletakkan di dalam medium yang sesuai untuk membiak dan membesar menjadi daging.
Medium yang digunakan perlu memenuhi kriteria-kriteria untuk menghasilkan daging kultur, seperti
nutrient dan tenaga yang mencukupi untuk sel itu terus membiak. Dengan ini, kita dapat lihat yang
terdapat beberapa ciri-ciri unik yang menjadikan sesuatu itu daging kultur, seperti sumber sel, proses
untuk menghasilkannya, medium yang digunakan, dan hasil yang diperolehi. Untuk yang pertama,
sumber sel itu, sama ada sel tisu atau sel stem, mesti diambil daripada haiwan. Yang kedua pula,
proses untuk menghasilkan daging kultur itu perlu dilakukan di luar badan haiwan tersebut. Ketiga, sel
itu perlu diletakkan ke dalam medium yang sesuai untuk dibiakkan. Akhirnya, daging yang dihasilkan di
luar badan haiwan itu membesar, dan kita dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, rupa daging kultur
tidak serupa dengan daging biasa, tetapi lebih serupa dengan daging kisar atau daging cincang.
2.2 Tujuan/Faktor yang mendorong kepada penghasilan daging kultur dan kebaikannya
Daging kultur merupakan sebuah kejayaan saintifik, dan terdapat pelbagai faktor yang mendorong
saintis-saintis untuk membuat kejayaan ini. Antara faktor terbesar merupakan bilangan penduduk
dunia yang semakin meningkat setiap hari, yang menyebabkan permintaan daging untuk meningkat
secara mendadak. Selain itu, faktor alam sekitar yang semakin kurang sesuai untuk penternakan
haiwan, serta faktor kebajikan haiwan, faktor kewangan, dan faktor kesihatan ahli masyarakat.
Umat manusia di dunia ini semakin ramai jika nak bandingkan jumlahnya dengan bilangan dari
tahun-tahun sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh kemudahan penjagaan kesihatan, dengan ubatan
yang banyak untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang mungkin tidak dapat dirawat pada masa
dahulu. Berdasarkan kiraan yang dibuat oleh World Health Organization (WHO), bilangan manusia di
dunia telah pun mencecah seramai 7 bilion pada tahun 2014. Berdasarkan kiraan yang sama juga,
Page 2
penduduk bumi mungkin dijangka akan mencapai seramai 9.7 bilion sekitar tahun 2050 dan sebanyak
11 bilion pada dekad yang seterusnya.

Penambahan populasi dunia ini telah menyebabkan permintaan makanan, lebih-lebih lagi
permintaan daging, untuk meningkat secara mendadak. Penggunaan daging dijangka akan
bertambah sebanyak dua kali ganda dari tahun 1999 ke tahun 2050. Jika permintaan makanan tidak
dipenuhi, pelbagai jenis masalah akan timbul berkaitan dengan kekurangan zat makanan. Oleh itu,
disebabkan ingin mencapai permintaan populasi, saintis telah menghasilkan daging kultur sebagai
gantian.

Bilangan populasi manusia yang meningkat ini juga telah membawa pelbagai masalah kepada alam
sekitar. Contohnya, antara tahun 1950 hingga 1990, penggunaan tenaga elektrik telah meningkat
sebanyak 5 kali ganda, dan penggunaan air meningkat sebanyak 3 kali ganda. Kalau lihat dari segi
makanan pula, penggunaan gandum telah meningkat sebanyak 2.6 kali, ikan sebanyak 4.4 kali, dan
bilangan lembu yang disembelih telah meningkat dari 2.1 bilion ekor kepada 4.4 bilion ekor.
Penghasilan karbon dioksida juga meningkat sebanyak 3 kali ganda. Namun begitu, dengan
penghasilan daging kultur, masalah seperti penternakan, air dan tanah yang diperlukan, dan
pencemaran semua akan diselesaikan. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara-negara Eropah,
penternakan haiwan seperti lembu dan ayam akan mencemarkan alam sekitar dengan teruk.
Contohnya, 9.1% kesan rumah hijau dan 12.8% pencemaran tanah disebabkan oleh penternakan
haiwan. Dengan informasi tersebut, jika daging kultur berjaya dihasilkan dengan banyak untuk
pemasaran seluruh Eropah, dijangka penurunan kadar pencemaran kesan rumah hijau akan turun
sebanyak 78%, penggunaan tanah sebanyak 99%, dan air sebanyak 82%.
Aspek kebajikan haiwan juga merupakan satu faktor penghasilan daging kultur, kerana masyarakat
Barat sangat menitikberatkan perkara itu. Berdasarkan kajian Dr. Mark Post, kesedaran masyarakat
Barat tentang kebajikan haiwan semakin bertambah, dengan buktinya dilihat dari peningkatan bahan
tulisan berkaitan dengannya antara tahun 1982 hingga 2008. Oleh itu, sebahagian aktivis haiwan
setuju dengan konsep daging kultur, dengan menggunakan istilah victimless meat, bermaksud
daging tanpa mangsa.
Dengan cara pengkulturan daging, penyembelihan haiwan dapat dikurangkan dan berkemungkinan
pada masa akan datang, kesemua keperluan daging di dunia boleh dipenuhi dengan hanya satu
kilang besar. Daging biasa yang sering dibeli di kedai pada hari ini memerlukan penggunaan tenaga,
tanah, air, dan masa yang banyak. Berdasarkan laporan dari FAO pada tahun 2006, 30% tanah di
dunia dan 8% air digunakan untuk penternakan lembu untuk daging, dan berdasarkan kajian lain,
sebanyak 50 ribu hingga 100 ribu liter air diperlukan untuk menghasilkan satu kilogram daging. Perkara
ini sangat berbeza dengan daging kultur, di mana ia tidak mengambil ruang yang banyak dan juga
menjimatkan air dan masa.

Dengan penkulturan daging, saintis juga boleh mengubah suai kandungan gizi dan nutrisi yang
terdapat di dalam daging tersebut, menjadikan daging kultur pilihan yang lebih sihat berbanding
Page 3
dengan daging biasa. Perkara ini penting kerana daging biasa boleh dijadikan punca kepada
pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kanser, dan diabetes. Kandungan nutrisi di dalam daging
kultur boleh dimanipulasi dan dikawal oleh saintis untuk menambah atau mengurangkan jumlah
komposisi daging tersebut, seperti mengawal nisbah antara lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Congrats! Your Content is 100% Unique.

Anda mungkin juga menyukai