10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum
10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum
Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota
masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat.
Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara
ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah
ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior
sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan
golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan
sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan
mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk
membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu
dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.
Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas
untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai
Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke
sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya
mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan
perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asak-
asak masuk kerana pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya
didapati menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan
pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin
meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal
dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan
kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia
boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak.
- Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni
mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan.
-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.Tajuk :
Kemalangan jalan raya
Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa,
terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-
sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat
dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan
berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres
berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat
mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa
kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah
faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku?
Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata
-Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang
hendak dibincangkan.
-Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata
yang diberi.
-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif.
Tajuk : Belia
Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara
Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu.
Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah
“jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” dan “di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan”. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan
masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan
bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia kerana “pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara”, “generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”, “remaja
penggerak wawasan”, “generasi muda wawasan bangsa”, dan banyak lagi. Oleh itu,
pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk
merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah “satu matlamat,satu wawasan”. Oleh itu,
setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.
Formula Menulis Pendahuluan Karangan
Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh pendahuluan
di bawah:
Pendahuluan Kualiti PMR
Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan
kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme
yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah
mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah,
justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di
alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus
meningkat.
Pendahuluan Kualiti SPM
Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak
pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat
diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana
pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak
sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang hangat ialah
gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru
melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan gengster
ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak faktor
yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.
Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk menulis pendahuluan karangan seperti yang terdapat
dalam buku-buku panduan menulis karangan di pasaran. Ada penulis yang menyarankan
pelbagai cara seperti pendahuluan jenis definisi, sejarah, berdasarkan pandangan tokoh-tokoh,
dan sebagainya. Jadi, dalam paparan kali ini saya mencadangkan satu cara lagi untuk
memudahkan murid berfikir dan menulis pendahuluan karangan tersebut dengan menggunakan
teknik FACLK. Diharapkan teknik ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid
untuk menulis pendahuluan karangan, selain teknik yang biasa digunakan oleh murid-murid
sebelum ini.
Soalan Contoh 2
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana
mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut.
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di
negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F) Bangunan
tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. (A) Oleh
itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh
UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis
di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri
tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu
perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu
disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K)
Selepas memeriksa karangan pelajar-pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, pada bulan
Mei lalu, cikgu mendapati masih terdapat kelemahan dalam penulisan perenggan penutup atau
kesimpulan. Kebanyakan pelajar menulis perenggan penutup atau kesimpulan yang pendek iaitu
satu atau dua ayat sahaja. Perenggan itu juga tidak diolah dengan baik dan tidak dimasukkan
peribahasa atau ungkapan yang menarik. Oleh itu cikgu akan membincangkan cara atau teknik
untuk menulis perenggan tersebut agar dapat membantu pelajar-pelajar untuk memantapkannya.
Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan
kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen
secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa
yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara
ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi
menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi
lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan
negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)
Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah
negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan
asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian – Apa yang
perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah
pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian – Apa kesannya) Hal ini
demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk
membangunkan negara mereka. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, pihak yang bertanggungjawab
dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa) bagi menarik lebih banyak
pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan)
Anda perlu mengemukakan sebanyak mana yang boleh pendapat dan idea anda untuk soalan KBKK sebab skema
pemarkahannya ialah mana-mana jawapan yang munasabah. Jadi jawapan anda munasabah, dapatlah markah..
1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
Mempunyai kreativiti
Berfikiran terbuka
Mementingkan pendidikan
Bersifat daya saing
Bersemangat patriotik
Hidup bersatupadu
mana-mana jawapan munasabah
12. Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk kecemerlangan diri.
Memajukan pendidikan
Membangunkan teknologi
Menjadi negara maju
Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
mana-mana jawapan munasabah
18. Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
Semangat kental
Pengorbanan tinggi
Perpaduan rakyat
Kebijaksanaan pemimpin
Sifat kepimpinan berwibawa
Berilmu pengetahuan
Penggunaan pelbagai strategi
mana-mana jawapan munasabah
19. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya berbangga sebagai
bangsa Malaysia?
Politik stabil
Rakyat bersatu
Kebebasan bersuara
Negara aman
Ekonomi maju
Mampu menghantar angkasawan
Pencapaian sukan bertaraf dunia
Mempunyai kereta nasional
mana-mana jawapan munasabah
20. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
pemimpin berwibawa
Tanpa pertumpahan darah
Sikap bekerjasama antara kaum
Mengutamakan perundingan
Musyawarah
Melalui pakatan murni
Melalui pilihanraya
Mengamalkan tolakansur
Melalui perjanjian
mana-mana jawapan munasabah
23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
mencapai perpaduan
menghasilkan sumber tenaga manusia
melahirkan tenaga kerja mahir
mengatasi buta huruf
mendisiplinkan pelajar
menjadikan Malaysia negara maju
mana-mana jawapan munasabah
29. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal dasar luar?
menjamin keselamatan/keamanan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Mengukuhkan pertahanan
Membina rangkaian perdagangan
Menggalakkan pelaburan asing
Menghapuskan ancaman komunis
mana-mana jawapan munasabah
30. Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC