Anda di halaman 1dari 5

E-PRAKTIS

BAB
11
SOALAN STRUKTUR

1 (a) Senaraikan tiga faktor yang mempengaruhi perubahan bilangan penduduk. [3]
(i)
(ii)
(iii)
(b) Jelaskan konsep model peralihan demografi. [3]

(c) Berikan tiga ciri utama demografi penduduk negara sedang membangun. [3]
(i)

(ii)

(iii)

(d) Huraikan tiga masalah demografi yang dihadapi oleh sesebuah negara sedang
membangun. [6]
(i)

(ii)

(iii)

ACE AHEAD Geografi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
SOALAN ESEI

1 (a) Jelaskan maksud kadar pertumbuhan penduduk sifar. [4]


(b) Sejauh manakah kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden
mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk sesebuah negara? [11]
(c) Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi negara
Malaysia. [10]

ACE AHEAD Geografi Penggal 1


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
JAWAPAN CADANGAN
SOALAN STRUKTUR

1 (a) Tiga faktor yang mempengaruhi perubahan bilangan penduduk:


(i) Kadar kelahiran
(ii) Kadar kematian
(iii) Migrasi bersih
(b) Konsep model peralihan demografi ialah sebuah model graf garisan untuk
menunjukkan serta menerangkan perubahan atau transisi kependudukan yang dialami
oleh sesebuah negara. Ia melibatkan kadar pertumbuhan semula jadi terutamanya
aspek kadar kelahiran dan kematian yang berlaku secara berperingkat-peringkat
dalam tempoh masa yang panjang. Proses peralihan demografi secara teorinya
adalah dalam tiga atau empat peringkat yang utama. Ia juga menggambarkan
sejarah kependudukan yang berlaku daripada masa lampau hingga sekarang
seiringan dengan kemajuan dan pembangunan ekonomi yang berlaku dalam
sesebuah negara.
(c) Tiga ciri utama demografi penduduk negara sedang membangun:
(i) Nisbah tanggungan golongan bekerja tinggi
(ii) Kadar kematian menurun atau berkurangan
(iii) Kadar kelahiran meningkat
(iv) Golongan umur muda ramai dan nisbah jantina adalah hampir simbang
(v) Bilangan orang tua meningkat kerana jangka hayat lebih panjang
(d) Tiga masalah demografi yang dihadapi oleh sesebuah negara sedang membangun:
(i) Kadar pengangguran yang tinggi di mana peluang kerja yang terhad
berbanding bilangan penduduk yang ramai.
(ii) Beban atau nisbah tanggungan kerajaan di mana kerajaan perlu membelanjakan
peruntukan yang banyak untuk menyediakan kemudahan sosial kemudahan
pendidikan, infrastruktur dan petempatan.
(iii) Masalah untuk memajukan sektor ekonomi kerana kekurangan tenaga mahir,
teknologi moden dan sumber modal.
(iv) Kadar buta huruf yang tinggi di kalangan penduduk menyukarkan dan
melambatkan program pembangunan.
(v) Kesusahan penduduk di bandar seperti menghadapi masalah kos hidup yang
tinggi, pencemaran persekitaran, tempat tinggal yang sesak mewujudkan
kawasan setinggan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.
(vi) Kadar kemiskinan yang tinggi menyebabkan taraf hidup rendah.
(vii) Masalah sosial seperti jenayah ragut, rompakan bersenjata, penagihan dadah,
persundalan dan penularan wabak penyakit berjangkit.

ACE AHEAD Geografi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3
SOALAN ESEI

1 (a) Kadar pertumbuhan penduduk sifar (zero population growth) bermaksud tidak
berlaku perubahan bilangan penduduk, iaitu kekal dengan tiada pertambahan atau
pengurangan. Hal ini adalah kerana keseimbangan antara kadar kelahiran dan
kadar kematian serta antara migrasi masuk dan migrasi keluar penduduk sesebuah
negara pada satu tempoh tertentu atau berpanjangan.
(b) Kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden mempengaruhi kadar
pertumbuhan penduduk sesebuah negara:
(i) Sesungguhnya kemajuan teknologi perubatan dan kemudahan kesihatan
moden sangat mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk terutamanya
kadar kelahiran dan kematian penduduk.
(ii) Kemudahan fizikal terutama hospital, klinik dan poliklinik menawarkan
perkhidmatan yang profesional terutamanya oleh para doktor dan pembantu
perubatan yang terlatih. Kebanyakan hospital dan klinik ini didirikan di pusat
tumpuan untuk memudahkan pesakit mendapat perkhidmatan dengan cepat
dan segera.
(iii) Terdapat pelbagai jenis ubat dan vaksin yang berkesan bagi mengubati
penyakit berbahaya dan menyelamatkan nyawa.
(iv) Teknologi dan peralatan rawatan yang moden dan canggih seperti mesin
X-ray, alat mikroskopik dan lain-lain memudahkan proses pembedahan serta
proses kelahiran.
(v) Kajian dan penyelidikan yang dijalankan untuk mencari penawar sesuatu
penyakit juga dilakukan dengan meluas bagi memastikan sesuatu penyakit
dapat diubati.
(vi) Di samping itu, terdapat banyak lagi faktor lain yang turut mempengaruhi
pertumbuhan penduduk seperti dasar kerajaan sesebuah negara, umur semasa
berkahwin, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, adat, agama dan
kedudukan seseorang dalam masyarakat.
(c) Kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi Malaysia:
(i) Masalah kemiskinan dan kemunduran timbul akibat sumber ekonomi yang
ditawarkan adalah terhad manakala bilangan penduduknya pula ramai.
Persaingan ekonomi yang hebat menyebabkan sesetengah penduduk terpaksa
menganggur.
(ii) Timbul masalah pencemaran apabila banyak kilang didirikan untuk
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk yang ramai. Kilang
melepaskan sisa atau efluen ke sungai dan melepaskan asap yang ke udara.
(iii) Penduduk yang ramai memerlukan tempat tinggal sedangkan rumah kediaman
adalah terhad dan sangat tidak mampu milik. Penduduk akan membina
petempatan secara haram di kawasan yang sering dikaitkan dengan masalah
pencemaran sampah, kotor, jenayah, pelacuran, penyakit dan lain-lain lagi.
(iv) Berlaku kesesakan penduduk dan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan
bandar besar.

ACE AHEAD Geografi Penggal 1


4 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
(v) Positifnya ialah bilangan penduduk yang ramai boleh mempercepatkan proses
pembangunan negara dengan membekalkan tenaga buruh yang ramai dan
murah kepada sektor perladangan, perindustrian dan perniagaan sekali gus
memacu pembangunan negara.

ACE AHEAD Geografi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 5

Anda mungkin juga menyukai