Anda di halaman 1dari 1

Pakar jiwa tidak dapat memberikan definasi tepat mengenai remaja.

Namun, pembinaan remaja


adalah bergantung kepada dua aspek : Persekitaran dan perkembangan remaja.
Persekitaran menentukan masa remaja seseorang : Persekitaran bandar / maju, masa remaja lebih
panjang kerana jangkamasa pembelajaran yang panjang. Persekitaran mundur, masa remajanya
pendek kerana terpaksa bekerja awal untuk menampung keluarga atau berkahwin awal.
Dari aspek perkembangan, perubahan fizikal/jasmani adalah yang paling ketara khususnya
ketinggian mulai diperhatikan pada usia 12 tahun/13 tahun berbeza bagi lelaki dan perempuan.
Remaja perempuan lebih tinggi dari lelaki dan ini adalah fenomena yang normal. Pada tahap ini
kelenjar seks semakin matang serta sifat kelelakian dan kewanitaan mula kelihatan. Dari sudut
pertumbuhan mental pula, remaja sudah mulai memahami hal-hal abstrak mulai usia 12 tahun
dan mulai menerima fakta yang abstrak pada usia 14 tahun; ini sering membawa kepada
perbalahan dengan orang dewasa. Pertumbuhan sosial remaja bermula pada usia 16-18 tahun dan
ini membawa kepada perasaan inginkan persahabatan; kematangan seks membawa keinginan
mendekati pasangan berlainan janatina. Persekitaran dan ugama menjadi pendorong dalam
pertumbuhan moral remaja. Kemantapan ugama berlaku agak lewat iaitu antara 23-24 tahun.
Secara umumnya, usia remaja adalah usia peralihan yang penuh cabaran dan kesukaran yang
boleh menggoncang jiwa mereka dan ianya boleh dibahagi kepada dua tahap iaitu awal remaja :
13-18 tahun dan akhir remaja : 19-24 tahun.

Remaja perempuan mula kelihatan lebih menarik dan menawan. Keinginan untuk kelihatan
cantik membuatkan remaja sangat ‘beauty conscious’ dengan noda-noda di wajah mereka.
Pertumbuhan payudara membawa kepada perasaan malu pada setengah-setengah remaja
sehingga mereka sering cuba menyembunyikan nya dengan memakai baju yang longgar serta
membongkokkan diri mereka; ini boleh membawa kepada bongkok kekal dan menambah lagi
rasa rendah diri. Apa yang perlu ialah remaja hendaklah memakai pakaian yang bersopan dan
menutup aurat seperti yang dituntut oleh ugama. Ini penting untuk memelihara diri mereka dari
kejahatan. Ketinggian adalah perubahan fizikal yang pertama sekali kelihatan di kalangan remaja
perempuan berbanding lelaki. Akhirnya alat kelamin dan kelenjar seks menjadi matang dan
remaja perempuan kedatangan haid menunjukkan mereka berkeupayaan untuk melahirkan zuriat

Anda mungkin juga menyukai