Anda di halaman 1dari 7

MODEL BUNKER AND THORPE [TGFU ( Teaching Games For Understanding )]

MODEL BUNKER AND THORPE

PENGENALAN

• TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar
sekolah menengah

• TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:

– Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan

– Meningkatkan tahap aktiviti fizikal

– Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan,
motivasi serta bersuka ria

• Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga


masa kini

FAKTOR-FAKTOR

• Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang
mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:

– Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan

– Kekurangan pengetahuan tentang permainan

– Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan

– Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan

– Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan

MATLAMAT

• Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang


pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

• Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana
untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat
keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan

• Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai
permainan
PERKEMBANGAN

• Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai
dan diperkembang dari semasa ke semasa

• Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan
dalam permainan bola

• Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada
empat kategori utama:

– Target

– Striking / Fielding

– Net / Wall

– Invasion

KATEGORI PERMAINAN

• Target

– Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata

– Contoh: bowling, archery, golf

• Striking / Fielding

– Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding

– Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam
masa atau pusingan yang ditetapkan

– Contoh: baseball , softball, cricket

• Net / Wall

– Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding

– Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan


syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang

– Contoh: badminton, squash, table tennis

• Invasion / Serangan

– Permainan berpasukan
– Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan
mengumpul mata

– Contoh: soccer, basketball, handball

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN

• Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang
mirip atau seiras

• TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai


permainan

• Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan
memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori
tersebut

• Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori
yang sama

• Contoh:

Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling

TGFU ( Teaching Games For Understanding )

TGFU diperkenalkan dan diperkembangkan oleh Bunker dan Thorpe pada tahun 1982.yang
kemudiannya dikembangkan secara esktensifnya.

Beliau telah memeperkenalkan satu perdekatan yang berlainan dan tersendiri dalam
pengajaran permainan. Dalam model TGFU tumpuan terletak pada pelajar di dalam
permainan,di mana pelajar perlu bertindak untuk membuat keputusan dan pemyelesaian
masalah dengan bijak dalam permainan. Ini bermakna pelajar mesti dibekalkan dengan
game sense, play practice dan game centerd approach iaitu keseronokan permainan ,
latihan simulasi dan tumpuan permainan., yang mengaplikasikan konsep, prinsip, strategi
dan taknik dalam aktiviti fizikal.
Dalam pendekatan TGFU terdapat empat kategori permainan iaitu

1. Jaring/ gelanggang (net/court or wall)

2. Penyerangan (invasion)

3. Pemukulan dan padang (striking/fielding) dan

4. Permainan Target /sasaran ( target games )

Jaring / Gelanggang ( net/ wall)

Permainan melibatkan aktiviti menghantar satu objek ke kawasan pihak lawan dan
berusaha menghalang pihak lawan menghantar balik ,untuk mendapat mata. Contoh
permainan kategori ialah seperti tenis ,bola tampar, dan squash.

Penyerangan ( Invasion )

Penyerangan ialah permainan yang bertujuan menceroboh kawasan pihak lawan untuk
mendapatkan mata dalam masa yang ditentukan. Objek atau bola dibawa bersama untuk
lontar ke targetnya atau gol pihak lawan untuk mendapat mata. Contoh: hoki, soccer, bola
keranjang dan bola jarring.

Pemukulaan dan Padang

Permainan yang melibatkan pukulan dan padang.Ia bertujuan untuk mengutip mata dengan
membuat larian dalam masa yang dibenarkan atau sebelum pihak lawan Berjaya
menangkap bola atau objek. Contoh permainan tersebut ialah seperti kriket,softball dan
baseball

Permainan Target

Bentuk permainan ini melibatkan sasaran ditentukan dan pelancar digunakan untuk
mengena sasaran setepat mungkin untuk mendapat mata. Contoh permainan tersebut ialah
golf, memanah , tenpin bowling.

Dalam model TGFU terdapat tiga pendekatan,iaitu kumpulan bilangan besar, kumpulan
bilangan sikit dan menentuan matlamat permainan.( Webb,Pearson dan Forest 2006 .

6 peringkat Model TGFU:

1. Bentuk Permainan ( Game Form )


Nama permainan

Kawasan permainan

Bilangan pemain

Alatan

2. Keseronokan Permainan ( Appreciation Game)

Peraturan permainan

Ubahsuai permainan asal

Variasi

3. Kepekaan Taktik ( Tactical Awareness)

Prinsip pergerakan

Ruang dan masa

Situasi lanjut

Kesan kelemahan lawan

4. Bijak Membuat Keputusan ( Appropriate Decisions )

Apa yang perlu dilakukan?

- Nilai situasi

- Kenalpasti dan menjangka kemungkin

Bagaimana melakukannya?

- Pilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

5. Kemahiran Praktikal ( Skill Practice )


· Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan.

6. Keberkesanan Pencapaian Dalam Permainan ( Game Play to Determine Effectiveness of


Game Play )

· Penilaian kebolehan berasaskan kriteria.

Selain itu Pendekatan TGFU mempunyai 4 prinsip pedagoginya, iaitu:

i. Contoh ( Sampling)

Di mana pengumpulan koleksi permainan yang hampir sama cirinya untuk meningkat
pemahaman mereka dalam penggunaan taknik dan mengambil keputusan dalam
penyelesaian masalah.

ii. Persembahan Melalui Pengubahsuaian ( Modifiction Through Representation)

Membimbing murid dalam penggunaan pelbagai kemahiran taknik dalam penyelesaian


masalah.

iii. Perkembangan Melalui Pengubahsuaian ( Modifaction Through Exaggeration )

Membentuk focus permainan yang spesifik

iv. Taktik Yang Komplek ( Tactical Complexity )

Perkembang secara proses dalm penyelesaian masalah taktik dengan kemahiran


pergerakan bola atau tanpa bola dari senang ke sukar.

Kelebihan Pendekatan atau Model TGFU

•TGFU sangat inovatif,pendekatan ini benar-benar sangat cerdas sebagai sebuah pedagogi
di mana murid diajar konsep bermain dan tekniknya.
•TGFU focus dari bagaimana kepada apa, bila, mana sehingga pada pemahaman mengapa.
Ini dapat menjana pemikiran yang kritis murid dan kemampuan menyelesaikan masalah.

•Murid sentiasa perlu membuat keputusan dalam membuat bandingan, analisis dan sintesis.

•Murid sentiasa berada dalam situasi membuat keputusan seterusnya dapat meningkatkan
kreativiti dan kesanggupan mereka dalam penyoalan.

•Murid belajar menghargai keadilan dan kerjasama dalam perlawanan.

•Murid dilatih dalam pengawalan diri dan belajar bertanggungjawab terhadap peraturan.

•Murid dapat menghadapi cabaran mengikut kemampuan mereka.

•Murid digalakkan membina peta kognitif sendiri.

•Murid dapat meningkat kepekaaan pencapaian mereka dalam perlawanan serta


penglibatan mereka yang berterusan.

•Murid akan mendapat keseronokan dalam permainan.

Implikasi Terhadap Guru

•Guru perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang keempat-empat kategori


tersebut dalam sukan aktiviti yang dirancangkan.

•Guru perlu memahami penggunaan teknik masing-masing yang terdapat dalam keempat-
empat kategori tersebut

•Guru boleh mengintergrasikan keempat-empat kategori antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai