Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN TEKANAN

DEFINISI LATIHAN TEKANAN

Latihan tekanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sesuatu permainan melalui


situasi permainan sebenar dan dalam sesuatu ‘setting’ yang spesifik. Latihan ini dapat
membantu pemain membina keyakinan dan kelicikan permainan dalam sesuatu situasi
tertentu. Latihan tekanan juga dapat membina dan meningkatkan dayatahan otot yang lebih
spesifik .Mc Partlin (1980) mendefinisikan latihan tekanan sebagai satu sistem latihan yang
member peluang kepada para atlit melatih sesuatu kemahiran spesifik dengan berulang –
ulang kali, mungkin beratus – ratus kali dalam jangka masa beberapa minit.

TUJUAN LATIHAN TEKANAN

1) Meningkatkan dan mengekalkan kemampuan aerobic dan anaerobik.


2) Meningkatkan kelajuan , ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelembutan.
3) Meningkatkan dayatahan otot tertentu.
4) Mengekalkan dan membaiki tahap kemahiran dalam situasi permainan yang tertentu.
5) Untuk mempercepatkan sistem tenaga dalam tubuh badan.sistem tenaga yang
dominan dalam latihan tekanan ialah ATP-PC.

CONTOH LATIHAN TEKANAN

a) Olahraga:pelari jarak sederhana


b) Atlit 800m dan 1500m
c) Larian zig – zag (larian selang - seli)

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN TEKANAN


1) Melakukan aktiviti memanaskan badan.
2) Pastikan aktiviti yang di pilih memberi tekanan.
3) Gerak kerja aktiviti hendaklah dilakukan berterusan dengan ulangan yang telah
ditetapkan.
4) Aktiviti boleh dijalankan dalam dua kumpulan atau lebih
5) Tiap – tiap pelatih menjalankan latih tubi tekanan berterusan secara bergilir – gilir.
6) Masa maksimum untuk menjalankan aktiviti diambil kira
7) Masa rehat diberi sehingga kadar denyutan jantung sampai 150. Ia hanya diberi
diantara set sahaja.
8) Ulangan dan pertukaran aktiviti di tentukan oleh masa.
CONTOH OTOT YANG TERLIBAT

1) Trapizius 7) Rectus femoris


2) Deltoid 8) Vastus medialis
3) Biceps brachii 9) Soleus
4) Brachioradialis 10) Grastrocnemius
5) Gluteus maximus 1) Triceps brachii
6) Sartorius

SISTEM TENAGA

1) ATP-PC
2) Asid laktik
3) Tenaga oksigen

Anda mungkin juga menyukai