Anda di halaman 1dari 4

Kumpulan Sasaran Latihan Jeda Latihan ini dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlet dan amat berfaedah untuk

membina dan meningkatkan sistem tenaga aerobik dan sistem

anaerobik. Latihan jeda adalah satu kaedah latihan saintifik yang mempunyai jeda kerja dan jeda rehat. Kaedah latihan ini dapat meningkatkan keupayaan

kecergasan, daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. Dengan itu, atlet-atlet yang memerlukan kekuatan tersebut boleh

memanfaatkan latihan jeda ini. Contohnya, lompat jauh, permainan bola keranjang, permainan bola sepak dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan pemain perlulah berumur antara 13-30. Hal ini demikian kerana latihan ini memerlukan daya tahan yang tinggi. Atlet-atlet boleh menggunakan latihan tersebut untuk meningkatkan

kemahiran-kemahiran dalam aktiviti sukan tertentu. Kaedah latihan Jeda ini berdasarkan prinsip-prinsip antara masa dan masa rehat. Penggunaan lebihan beban digunakan dalam menentukan intensiti kerja yang diberi berdasarkan kepada angkubah-angkubah tertentu. Prinsip latihan hendaklah diberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: 1. kadar jarak dan jangka masa kerja, ini ditentukan berdasarkan kadar nadi latihan dan jarak set 2. masa rehat atau pemulihan 3. jenis aktiviti masa rehat 4. bilangan ulangan dan set setiap sesi latihan 5. kekerapan latihan 6. tempoh latihan dijalankan

Contoh-Contoh Latihan Jeda Contoh Jeda Lari Altet berlari sejauh 100 meter dalam masa 15 saat, kemudian berjalan pantas, balik ke garisan perbualan (100 meter) dalam masa 45 saat. Ulangan kerja dan rehat aktif ini diulangi sebanyak 10 kali menjadikan satu set latihan. (Masa terpantas atlet ini ialah 12 saat untuk 100 meter). Nisbah kerja-rehat ialah 1:3.

Contoh Latihan Jeda Bagi Permainan Bola Keranjang PERKARA KEMAHIRAN JEDA KERJA JEDA REHAT AKTIVITI REHAT SET REHAT ANTARA SET MASA LATIHAN Jumlah kesemua 4 aktiviti Kelonggaran sendi 3 2 minit Kelonggaran sendi 3 2 minit 2 2 minit Berjalan Kelonggaran sendi 3 2 minit AKTIVITI 1 Menjaring 12 jaringan/10s 30s AKTIVITI 2 Hantaran 15 balingan 10s 30s AKTIVITI 3 Mengelecek 10 meter/15s 45s AKTIVITI 4 Jump shot 12 jaringan/10s 30s

Peralatan Yang Digunakan Semasa Latihan Dijalankan Peralatan Jam Randik Gambar Kegunaan 1. Menentukan yang untuk latihan. 2. Menentukan rehat masa sebelum masa

digunakan menjalankan

meneruskan latihan yang seterusnya. Wisel 1. Memulakan aktiviti

latihan tersebut.

Kaedah Pelaksanaan Latihan Jeda boleh dijalankan dengan mengambi kira angkubah berikut: a. Menentukan kadar dan jarak kerja. b. Bilangan ulangan untuk setiap waktu latihan. c. Menentukan masa rehat. d. Kekerapan latihan. Latihan yang berintensiti tinggi dan dilakukan dalam masa yang singkat memerlukan masa rehat yang berlainandengan latihan yang berintensiti rendah dan sederhana. Fox dan Mathews (1981) berpendapat

bahawa masa pemulihan boleh ditentukan dengan cara: a. Degupan masa jantung sasaran semasa latihan (KNL). b. Degupan jantung sasaran semasa rehat (KNR). c. Nisbah kerja dan rehat.

Anda mungkin juga menyukai