Anda di halaman 1dari 3

Konsep 5S

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh


Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan perlaksanaan yang
bermula dengan huruf awalan “S” yang bermatlamatkan pengurusan amalan
kebersihan yang bersistematik. Seiri(Sisih), Seiton(Susun), Seiso(Sapu),
Seiketsu(Seragam) dan Shitsuke(Sentiasa Amal) adalah perkataan Jepun yang
diringkaskan menjadi 5S. Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi
mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan. Amalan 5S mengamalkan
dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan
mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

a) Sisih - mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu
daripada sekumpulan barang yang tidak perlukan di tempat kerja. Proses ini
membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan
sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah
disimpan di tempat simpanan yang sesuai. [ Menyisih dan melupuskan
barang yang tidak perlu di tempat kerja ]

b) Susun - menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barang yang


tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan adalah untuk memudahkan
penggunaan dan penyimpanan. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan
ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari
pada masa akan datang. [ Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas,
mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya ]

c) Sapu - menyapu boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja


dan peralatan yang digunakan untuk merasa selesa dan ceria apabila
bekerja. Tujuan utama menyapu untuk menghilangkan habuk atau kotoran
yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah
disisih dan disusun. [ Membersih tempat kerja dengan rapi supaya tidak
berhabuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat
kerja ]
d) Seragam - seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun dan
sapu telah disempurnakan. Seragam / mengekalkan kebersihan tempat kerja
pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga
aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh
kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat
kerja. [ Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi
memastikan kebersihan dan teratur sepanjang masa ]

e) Sentiasa Amal - amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi
tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan
budaya nasihat-menasihati. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan
mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. [ Melatih
pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan
supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi ]

Anda mungkin juga menyukai