Anda di halaman 1dari 40

7 Strategi Tarik Minat Anak Lelaki Ke Tadika

PENAFIAN
Terbitan pertama
Pak Utih 2021
E-book ini adalah hasil karya penulis. Hak cipta terpelihara. Tidak
dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa saja tanpa
izin penulis. Penulis juga tidak menjamin apa yang terkandung adalah
sesuai untuk pembaca namun semua isi kandungan adalah melalui
pengalaman serta kepakaran sendiri.
Diterbitkan oleh
Pak Utih Ebook Store
www.pakutih.biz

Diedit oleh
Syahir Ridzuan Ahmad Shafiai
20 Januari 2021
Ahmad Shafiai bin Uda Jaafar
(Pak Utih)
6, Suasana Permai,
Bandar Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah,
Malaysia.

1
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak
perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan
Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan
memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan,..”

Doa isteri Imran di dalam Surah Ali Imran:36.

KANDUNGAN

Penafian............................................1
Kandungan........................................2
Biodata Penulis ................................3
Penghargaan.....................................4
PENGENALAN..................................5
1. UNIFORM KEGEMARAN MEREKA ......... 6
2. PAGI-PAGI MAIN DI PADANG ................ 13
3. BELAJAR DALAM MAINAN .................... 17
4. JADUAL WAKTU MASKULIN ................. 21
5. LANTIK KETUA ....................................... 26
6. ANUGERAH BINTANG ............................ 28
7. PROJEK TANAM SAYUR ....................... 32
8.PENUTUP .................................................. 35
8. RUJUKAN.................................................. 38

2
BIODATA PENULIS

Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)


Penulis ini lebih dikenali sebagai Pak Utih memiliki Diploma Pertanian
(UPM), Cert Education (Wolverhampton), Bacelor Sains Pertanian
(UPM) dan Master Science Development Training and Education
(Wolverhampton). Beliau pernah bekerja sebagai guru pertanian
IPKL, pembantu pertanian Jabatan Pertanian, Pensyarah ITM Arau,
Pengurus ITTAR, Jurulatih Focus Learning, CEO Madrasah Al Irsyad
Al Islamiah Singapura, Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, Kolej UNITI. Sekarang mengendalikan kursus, bengkel,
seminar dan ceramah mewakili syarikatnya sendiri, Success Together
Consulting. Beliau juga mendapat Sijil Boys and Girls Learn
Differently daripada Gurian Institute Colorado.
Selain daripada penulis buku, kolumnis majalah dan aktif di media
sosial menulis mengenai memahami perbezaan komunikasi suami
isteri. Beliau juga banyak mengendalikan kursus, bengkel, seminar
dan ceramah yang berkaitan dengan tajuk ini untuk kakitangan
kerajaan, swasta, pelajar-pelajar universiti dan masyarakat Melayu di
dalam dan luar negara.

3
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Syukur dan Puji-pujian hanya kepada Allah, Tuhan


sekalian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad
s.a.w. dan juga kepada keluarga Baginda serta sahabat-sahabat
Baginda s.a.w.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Puan
Norhashimah Abd Rahman dan Amir Abd Hamid yang
memperkenalkan saya kepada Master Shiro Global Academy ini.
Amat terharu sekali apabila Master Shiro sendiri hadir di atas talian
bersama mereka berdua yang sedang meminang saya.
Pandemik Covid 19 telah banyak merubah landskap industri latihan
yang saya ceburi selama ini. Rakan-rakan seperniagaan ramai yang
hampir menggulung tikar.
Bagi saya perniagaan ebook MSGA yang ditawarkan kepada saya ini
adalah salah satu peluang untuk saya meneruskan pencapaian
wawasan saya di penghujung usia ini.
Tidak dilupakan, sokongan dan galakan yang padu daripada isteri
saya Puan Roosilawaty Umran sangatku hargai dan sanjungi hingga
ke syurga.

Yang benar,
Pak Utih
14 Januari 2021

4
Cucu-cucuku

PENGENALAN

Pastinya pembaca telah khatam ebook Beza


Anak Lelaki Belajar Tadika Siri 1. Siri 2 ini
memberikan beberapa cadangan berdasarkan
keperluan fitrah dan naluri anak lelaki agar
mereka bersemangat pergi ke tadika.

Faktor kejayaan yang utama sekali ialah tadika itu


sendiri. Berani saya katakan disini bahawa
pengurusan, silibus, pengajaran, pembelajaran
dan persembahan di tadika sekarang ini adalah
“Tadika Mesra Perempuan”. Oleh itu, kali ini
saya cadangkan kepada pengurusan tadika dan
juga ibu bapa untuk bersama-sama menyediakan
kemudahan dan pendidikan di tadika itu menjadi
mesra lelaki agar dapat menarik minat mereka
datang ke Tadika sepanjang masa.

5
1. UNIFORM KEGEMARAN MEREKA

MUNGKIN UNIFORM TADIKA PENYEBAB


ANAK LELAKI TIDAK MINAT

6
1.1 Kebanyakan uniform tadika direka oleh
perempuan pengusaha tadika berkenaan.
Pastinya fesyen dan warnanya berdasarkan kaca
mata feminin. Memang cantik dipandang mata
semasa hari pendaftaran dan perbarisan masuk
kelas.

1.2 Biasanya ibubapa atau waris diwajibkan


membeli paling kurang dua pasang untuk dipakai
dalam seminggu. Sepanjang minggu itu, itulah
uniform yang mereka pakai.

1.3 Pernah kita bertanya kepada anak lelaki itu.


Apakah uniform yang mereka suka, supaya
mereka teruja untuk pergi ke Tadika?.

1.4 Orang lelaki ditugaskan untuk menjadi


pelindung wanita. Oleh itu binaan badan, fizikal
dan mindanya dicipta lebih agresif, suka
bertanding dan lasak.

7
1.5 Hormon testosteron yang tinggi di dalam anak
lelaki ini mendorong mereka minat kepada
perlawanan, kemenangan, kehebatan dan
kejaguhan.

1.6 Mereka suka berpakaian seperti hero dan


pahlawan. Suka memakai baju yang
melambangkan kejantanan seperti Spiderman,
Batman, Superman, Ultraman, Transformer,
Pasukan Bola Terkemuka (meniru ayahnya) dan
sebagainya.

8
1.7 Mengapa tidak, secara kreatif, kita jadikan
kehendak naluri ini sebagai tarikan mereka
datang Tadika?

9
1.8 Wajibkan pada hari Isnin memakai baju
korporat Tadika. Hari selasa baju Hero mereka,
Hari rabu baju askar. Hari khamis baju bola dan
hari jumaat baju melayu seolah-olah ke masjid
solat Jumaat.

1.9 Kelebihan uniform maskulin ini:

a) Anak-anak lelaki itu pasti ingat hari itu hari apa.


Sebab dia kaitkan jenis uniform dengan hari.
Membuat dia lebih prihatin tentang hari. Pasti dia
sendiri akan ingatkan kepada ibunya hari ini dia
mesti pakai baju apa.

10
b) Dia bersemangat setiap pagi ke Tadika kerana
uniform yang berbeza setiap hari. Bahan untuk
dia berkomunikasi dengan kawan-kawannya.

c) Lebih dia teruja apabila ada guru yang


menyambut mereka dengan ungkapan "Hero
Superman dah datang." berdasarkan “T-shirt”
yang mereka pakai.

d) Setiap hari pastinya mereka memakai yang


baju bersih. Kerana kelima-lima hari mereka pakai
baju yang berlainan. Sekarang ini, kebiasaannya

11
ibu bapa membeli uniform anaknya hanya dua
pasang sahaja. Oleh itu kemungkinan besar
anaknya akan pakai baju itu untuk dua hari.

e) Sistem ini boleh juga menambahkan


pendapatan untuk Tadika sekiranya mereka lebih
kreatif menyediakan baju-baju ini.

f) Untuk menguatkan lagi minat anak-anak lelaki


ini, setiap baju bola itu, dibelakangnya, dicetakkan
dengan nama mereka dan nombor kegemaran
mereka.

12
2. PAGI-PAGI BERMAIN DI PADANG

2.1 Salah satu peranan lelaki ialah memburu.


Selepas bangun pagi, dia ke hutan (ke medan di
luar rumah) mencari rezeki. Dia menerokai alam.
Mindanya terbuka luas untuk kreativiti.

2.2 Begitu juga minda anak-anak lelaki. Selepas


bersiap-siap dengan uniform yang jarang dia
pakai, harapannya, dia ke luar medan untuk
menerokai alam.

2.3 Sangkaannya meleset. Dia keluar dari


rumahnya di hujung jalan, masuk semula ke
tadika (rumah orang lain) di lot sudut di hujung
jalan. Tiada beza rumah itu dengan rumahnya.
Hanya dicatkan dengan warna-warna terang-
benderang.

13
2.4 Kemudian dia diminta untuk duduk “diam-
diam” di kerusi bersama-sama dengan pelajar-
pelajar yang lain sambil menunggu arahan
seterusnya. Anak lelaki yang kurang kepekatan
hormon serotonin (hormon penenang) berbanding
dengan anak perempuan, pasti rasa bosan dan
gelisah.

2.5 Oleh itu, untuk mendorong anak lelaki berlari


datang ke Tadika ialah:

a) Sediakan kemudahan permainan "outdoor


playground” (papan gelunsur, tangga-tangga,
terowong, palang gayut, dan sebagainya) untuk
dia terokai seawal-awal pagi. Biarkan mereka
puas mengeluarkan tenaga kejantanannya di
“playground” itu. Bagi mereka, "rumah" ini lebih
istimewa daripada rumahnya. Kerana ada
permainan yang tiada di rumahnya.

14
(b) Jadikan setiap pagi acara resmi untuk mereka
bebas untuk bermain di playground.

(c) Sediakan seorang guru yang bertugas untuk


menjaga keselamatan mereka (bukan mengawal
pergerakan mereka) dan memberikan pujian serta
kata-kata "kagum" kepada aksi-aksi mereka ini.
Biasalah orang lelaki memang suka dipuji. Ini
menyebabkan hormon testosteronnya bertambah.
Dia rasa hebat.

15
16
3. BELAJAR DALAM MAINAN

For Boys: Creates learning in their games


For Girls: Creates games for their learning

Untuk lelaki:
“Cipta pembelajaran di dalam permainan
mereka”.

Untuk perempuan:
“Cipta permainan untuk pembelajaran
mereka”.

3.1 Selama ini, kursus pra sekolah telah


mengajar Guru-guru untuk mencipta permainan
terancang untuk pembelajaran. Bagi saya ini
sesuai dengan minda perempuan. Tetapi tidak
sesuai dengan kehendak lelaki.

17
3.2 Untuk pelajar lelaki, pendekatan main sambil
belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara
spontan yang membawa kepada pembelajaran.
Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan
perkembangannya paling jelas pada peringkat
kanak-kanak. Bermain juga bukanlah satu aktiviti
yang dipaksa malah merupakan keinginan semula
jadi kanak-kanak.

Contoh: Jika ada enam orang pelajar lelaki.


Mereka diberi sebiji bola dan kawasan permainan
yang ada dua gol mini. Secara spontan mereka
akan membentuk dua pasukan. Terus bermain
berusaha untuk menambah gol mencapai
kemenangan.

Permainan spontan ini adalah penting bagi


perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta,
kestabilan emosi, perkembangan sosial dan

18
intelek di samping dapat memperkembangkan
kekuatan fizikal, kordinasi dan ketangkasan
seseorang murid.

Gambar Youtube Victory 67

3.3 Bagaimana untuk memasukkan pembelajaran


di dalam permainan mereka ini?

Contoh: Matematik Awalan.

Objektifnya agar pelajar boleh mengenal dan


menyebut angka 1 hingga 10. Setelah mereka
membuat dua pasukan. Minta mereka bilang ahli
pasukan. Pinkan nombor setiap ahli pada baju
mereka. Semasa permainan, minta mereka

19
panggil kawan-kawan mereka menggunakan
nombor itu. Minta mereka tulis atau tampal kad
nombor bilangan gol di papan skor.
Pasti mereka seronok dan ingat nombor-nombor
itu. Pembelajaran berlaku di padang permainan.

Guru yang kreatif pasti boleh mengajar semua


mata pelajaran di padang permainan ini sahaja
untuk anak lelaki.

20
4. JADUAL WAKTU MASKULIN

Jadual waktu seperti di atas ini merimaskan


minda lelaki.

4.1 Otak lelaki ini dibina untuk melaksanakan


sesuatu tugas yang fokus untuk sesuatu masa
sahaja. Contoh kalau seorang lelaki pergi
memancing. Bermula jam 7 pagi hingga ke 12
tengahari, dia boleh terpacak duduk di tepi sungai
itu, dengan penuh kesabaran dengan satu objektif

21
untuk menangkap ikan. Dia tidak boleh
melakukan kerja-kerja besar yang lain sambil
menunggu ikan menangkap kailnya.

4.2 Sebaliknya, seorang ibu di rumah, bermula


selepas semua anak-anak telah diuruskan ke
sekolah, dia mula mengumpul kain baju yang
bersepah-sepah itu untuk di basuh. Sedang
menunggu kain bajunya diuli oleh mesin basuh,
dia boleh mengemas ruang rumahnya dan
mendengar radio. Selepas itu dia terus
menyidaikan kain. Rehat sekejap membelek
telefon bimbitnya sambil menonton tv. Dia boleh
membuat pelbagai kerja dalam satu masa.
Mindanya “multi-tasking”.

4.3 Oleh itu, kalau dilihat kebanyakan jadual


waktu tadika, purata bagi setiap mata pelajaran
diperuntukkan sebanyak 20 hingga 40 minit.
Bertukar daripada matematik ke pada Bahasa

22
Inggeris. Pertukaran mata pelajaran ini memang
mudah bagi anak-anak perempuan menerimanya.
Tetapi tidak untuk anak lelaki.

4.4 Jika dibenarkan, mereka lebih suka bermain


bola di padang bola itu daripada jam 8.00 pagi
hingga jam 10.00 pagi. Rehat untuk mandi 30
minit dan sarapan pagi 30 minit. Sesi kedua jam
11.00 hingga 12.30 tengah hari, adalah di dalam
kelas bermain lego atau apa-apa permainan
manipulatif yang ada.

CONTOH
HARI MAIN DI PADANG REHAT DALAM KELAS
MASA
ISNIN MATEMATIK REHAT PENGAJIAN ISLAM

SELASA B. MELAYU REHAT B. INGGERIS

RABU B. INGGERIS REHAT PENGAJIAN ISLAM

KHAMIS MATEMATIK REHAT B. MELAYU

JUMAAT B. INGGERIS REHAT PENGAJIAN ISLAM

23
(a) Secara konsepnya, waktu pagi mereka main di
padang. Biasanya mereka suka main bola. Masa
inilah mata pelajaran diintegrasikan di dalam main
bola itu. Ketika inilah mereka belajar bersosial
dan mematuhi arahan. Guru boleh juga anjurkan
pertandingan berkumpulan larian berhalangan
atau larian berganti-ganti.

(b) Mulakan setiap pagi dengan perbarisan untuk


bacaan doa, menyanyi atau sebagainya. Mereka
berkumpul mengikut pasukan masing-masing.

(c) Setelah bermain sambil belajar, mereka


masuk tadika bersihkan diri (mandi) dan tukar
pakaian sebelum menikmati sarapan. Masa ini
boleh juga diintegrasikan mata pelajaran tertentu
di dalamnya seperti etika dan kemanusiaan.

24
(d) Sesi kedua, mereka bermain permainan
manipulatif secara individu dan diselitkan dengan
mata pelajaran seperti yang dijadualkan.

25
5. LANTIK JADI KETUA

5.1 Secara nalurinya, kebanyakan lelaki suka


dipuji dan dikagumi.

5.2 Buat (standard operating procedure) SOP


menyambut mereka datang ke tadika dengan
panggilan berdasarkan baju yang mereka pakai
pada pagi itu. Jika mereka pakai baju spiderman,
sambut mereka dengan, “Selamat datang
Spiderman, Muhammad”.

5.3 Berikan mereka tugas menjadi ketua untuk


menjaga sesuatu seperti Ketua Jaga Kasut, Ketua
Tolong Guru, Ketua Jaga Padang dan
sebagainya. Tunjukkan perbuatan yang mereka
perlu buat sebagai ketua. Tidaklah diharapkan
sangat. Ini sekadar memotivasikan mereka.

26
5.4 Ketua-ketua ini diberikan gelang kapten
sebagai pelantikan resmi semasa perbarisan
seperti mana kapten pasukan bola memakainya.

Ada gelang lengan yang menjadi kegemaran. Jika


memakainya, terasa dirinya hebat.

27
6. ANUGERAH BINTANG

6.1 Anak-anak perlukan penghormatan, perhatian


dan galakan. Anugerah bintang (star sticker)
yang dilekatkan pada baju mereka atau pada tag
nama kerana sesuatu perbuatan yang baik di
tadika amat sesuai untuk tujuan ini.

Ali

28
6.2 Contoh anugerah bintang:

(a) Mana-mana pasukan yang menang pagi ini,


dapat 1 bintang setiap ahli pasukannya.

(b) Siapa yang susun kasut dengan baik, akan


dapat 1 bintang.

(c) Siapa yang kemas legonya selepas main


dapat 1 bintang.

(d) Siapa yang basuh hingga bersih pinggannya


dapat 1 bintang.

(e) Siapa yang ke tadika sebelum jam 7.30 pagi


dapat bintang.

(f) Siapa yang solatnya sempurna dapat 1


bintang.

(g) Banyak lagi yang boleh difikirkan oleh pihak


tadika sebagai galakan untuk membina akhlak-
akhlak yang terpuji.

29
6.3 Satu lagi kebaikan menggunakan bintang ini
ialah sebagai alat komunikasi antara anak dengan
ibu dan bapanya. Semasa mengambil anak di
tadika, ibu dan ayah akan bertanya kepada
anaknya mengenai bintang-bintang yang tersemat
di dada bajunya. Pastinya dengan megah anak itu
akan ceritakan kejayaannya mendapatkan
bintang-bintang itu.

6.4 Sampai di rumah, semua bintang-bintang itu


ditampalkan di kalendar khas untuk anak itu.

30
Koleksi bintang-bintang ini juga boleh digunakan
untuk komunikasi antara anak itu dengan sesiapa
sahaja yang datang ke rumahnya. Ini
menggalakkan anak itu bertutur dan menambah
keyakinan diri.

6.5 Apabila akhir tahun, setiap anak-anak dikira


jumlah bintang yang mereka perolehi dan
diberikan hadiah kepada pemilik bintang yang
tertinggi semasa Hari Penyampaian Hadiah
Tadika itu.

31
7. PROJEK TANAM SAYUR

7.1 Ini ialah satu strategi untuk menanamkan


minat kepada tadika dan juga tanaman. Setiap
pelajar menanam benih, menjaga dan menikmati
hasil sayur itu.

32
7.2 Di awal pengajian, setiap pelajar dibekalkan
tiga biji benih sayuran kacang panjang atau
mentimun dan di tanam di dalam “polibag” yang
telah siap disediakan. Setiap polibag itu
ditandakan dengan nama mereka.

7.3 Tugas mereka ialah setiap pagi menyiram,


melihat dan melaporkan kepada guru setiap
perkembangan sayurnya itu. Mereka boleh
datang untuk menyiramkan pokok itu pada hujung
minggu.

7.4 Pilihan kacang panjang dan mentimun ini


kerana ianya mudah ditanam dan hasilnya nanti
mereka boleh makan.

7.5 Jadikan hari mereka memungut hasil sayur


ini satu acara resmi penghargaan kepada
mereka. Boleh juga diberikan hadiah kepada
mereka yang dapat hasil yang paling banyak

33
bilangannya, yang paling berat jumlahnya dan
sebagainya. Pastinya peristiwa ini menjadi
ingatan kepada mereka.

34
8. PENUTUP

8.1 Reaksi anak lelaki dan perempuan terhadap


persaingan dan pertandingan sangat berbeza.
Ini disebabkan oleh berbeza tahap saraf, kimia
dan pemprosesan oxytocin, dopamin, testosteron,
dan estrogen. Menjadi ketua, mengumpul banyak
bintang, pasukannya menang dan berpakaian
seorang hero adalah fitrah anak lelaki. (Sila rujuk
siri 1).

8.2 Kanak-kanak lelaki biasanya belajar melalui


pertandingan. Bagi perempuan, mereka juga
berdaya saing, tetapi mereka lebih minat untuk
berjaya antara satu sama lain melalui kerjasama.

35
Kerana binaan otak, hormon dan saraf mereka
mengarahkan demikian.
8.3 Permainan pukul memukul bagi anak lelaki
adalah aktiviti yang boleh mengeratkan
persahabatan. Ini ada di dalam permainan sepak
dan larian berhalangan.
8.4 Penekanan pembelajaran koperatif di
peringkat tadika adalah perkara yang baik,
namun, kerana guru-gurunya tidak dibekalkan
dengan ilmu gender (perbezaan kehendak lelaki
perempuan belajar), maka mereka tidak
menggunakan strategi pertandingan sebagai
salah satu alat pembelajaran untuk lelaki.
8.5 Ketujuh-tujuh strategi yang dicadangkan itu
mengandungi unsur-unsur pertandingan yang
diperlukan oleh lelaki untuk belajar.
8.6 Saya yakin, sekiranya guru-guru tadika
diberikan latihan secukupnya mengenai
pembelajaran kompetitif (pertandingan) dapat

36
diintegrasikan ke dalam rancangan mengajar,
mereka pasti akan melihat pelajar lelaki dan
perempuan saling bersaing untuk belajar dengan
lebih baik.

Allahu a’lam

Pak Utih

31 Januari 2021

37
RUJUKAN

1. Gurian, Micheal. (1996) The Wonder of Boys: What Parents,


Mentors and Educator Can Do to Shape Boys into Exceptional Men.
New York: Tarcher/Putnam.

2. Gurian, Micheal, with Patricia Henley and Terry Trueman. (2001).


Boys and Girls Learn Differently! A Guide for Teachers and Parents.
San Francisco: Jossey-Bass.

3. Sax, Leonard.(2017) Why Gender Matters Second Edition. New


York: Harmony Books.

38
39

Anda mungkin juga menyukai