Anda di halaman 1dari 10

SOLIDCLICK'S INSIGHT

STRATEGI
FACEBOOK ADS
Hakcipta © 2022 Solidclick

Diterbitkan oleh: solidclick.io

Anda boleh berkongsi PDF ini kepada sesiapa yang anda rasa boleh dapat manfaat.
Yang penting tiada perubahan dibuat kepada kandungan PDF.

Sebarang pertanyaan berkaitan servis digital marketing boleh emelkan kepada:


marketing@solidclick.io

Follow kami di:


Twitter

1
Portfolio klien

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Izinkan kami perkenalkan diri terlebih dahulu.
Mungkin ada yang pertama kali tahu pasal kami.

Siapa Solidclick?
Apa yang kami buat?
Siapa yang kami bantu?

Solidclick merupakan sebuah Growth Marketing Agency di Malaysia. Kami fokus


kepada growth strategy dan juga full - funnel digital marketing. Kami bantu client kami
yang nak naikkan jualan dari 5 angka kepada 6 angka sebulan secara konsisten. Malah
kami juga bantu dengan beri strategi digital marketing yang customize kepada bisnes
client kami.

Antara klien kami adalah:

Selain itu, kami juga ada satu program konsultasi bisnes + digital marketing yang diberi
nama Program Growth Mentorship. Program ni khusus untuk bisnes yang asyik rasa
stuck bila buat marketing, tak tahu apa yang perlu dibuat seterusnya dan nak grow
better. Tak kira dari segi strategi, teknikal dan pengurusan team marketing, kami akan
lead dan bantu.

Jika anda berminat dengan servis digital marketing ataupun mentorship program di
bawah Solidclick, boleh emel kami di: marketing@solidclick.io

Let’s grow together!

#GrowthPartner

2
Table of content

Tentang Solidclick 2
Goal, strategi dan taktik 4
Kesilapan yang sering berlaku 4
Perbezaan antara Facebook Ads goal, strategi dan taktik 5
Apa perbezaan antara strategi dan taktik? 6
Kenapa strategi penting? 6
Apa framework strategi Facebook Ads yang boleh digunakan? 7
Situational analysis sebelum fikirkan strategi 7
Macam mana nak buat strategi berdasarkan Facebook Ads Goals? 8
Tiga perkara penting tentang strategi 9

3
Goal, strategi dan taktik
Sebelum kita bercakap tentang strategi dalam Facebook Ads, ada 3 perkara penting
yang anda kena faham dan jelas.

3 perkara tersebut adalah:


1. Business objective
2. Digital marketing goals
3. Facebook Ads goals

Apa business objective anda?


Contoh business objective anda nak jana RM10 juta revenue setahun.

Daripada business objective, sebahagian kecil adalah digital marketing goals.


Komponen bisnes ada banyak. Salah satunya adalah marketing secara umum. Yang
secara spesifiknya adalah digital marketing goals.

Apa digital marketing goals anda?


Contohnya anda nak jana 30% jumlah jualan dengan bajet RM2 juta.

Dari digital marketing goals barulah anda boleh buat Facebook Ads Goals.

Apa Facebook Ads Goals anda?


Contoh Facebook Ads Goals adalah anda nak jana RM2 juta jualan dengan bajet
RM500K.

Dalam digital marketing goals ada banyak komponen contohnya SEM, SEO, email
marketing, content marketing, social media marketing dan sebagainya. Setiap bisnes
berbeza komponen yang diperlukan.

Kesilapan yang sering berlaku


Kesilapan ramai orang adalah terus lompat kepada technical. Bila anda terus jump
pergi teknikal tanpa ada strategi yang jelas, anda akan berdepan dengan banyak
masalah untuk long term. Anda akan mudah stuck bila langgar dinding dan main buat
je. Jadi sangat penting untuk ada strategi dan planning.

4
Perbezaan antara Facebook Ads goal, strategi dan taktik
Sangat penting untuk tahu apa Facebook Ads goal yang anda nak capai.

Dalam jadual dibawah, kami tunjukkan perbezaan antara Facebook Ads goal, strategi
dan juga taktik.

Facebook Ads Goal Jana RM2 juta jualan dengan bajet RM500K

Strategi Apa perlu buat untuk capai FB Ads Goals?


(ROAS = 4X)

Taktik Bagaimana cara nak jalankan strategi?

Berdasarkan jadual di atas, anda boleh pecahkan strategi kepada beberapa bahagian
dan apa taktik yang boleh dibuat untuk jalankan strategi tersebut.

Contoh seperti dalam jadual di bawah.

Facebook Jana RM2 juta jualan dengan bajet RM500K


Ads Goals

Strategi Fokus segmen pembeli Tingkatkan Fokus produk yang


yang high - intent bilangan pelanggan tinggi ROAS
baru

Taktik Target audience yang Exclude custom Kenalpasti produk


dah engage / web visitor audience tinggi ROAS dan
pelanggan sedia jalan campaign
ada berasingan

5
Apa perbezaan antara strategi dan taktik?
Mungkin anda tertanya - tanya soalan ini.
“Apa beza antara strategi dan taktik?”

Dalam jadual di bawah kami tunjukkan perbezaan antara strategi dan taktik. Kedua -
duanya sangat penting dan anda perlu jelas supaya bila anda buat Facebook Ads, anda
tak lost ditengah - tengah jalan.

Strategi Taktik

Apa perlu buat untuk capai FB Ads Bagaimana cara nak jalankan strategi?
Goals?

Fokus kepada APA Fokus kepada BAGAIMANA

Perlu dalami banyak data, kajian dan Perlu tahu mana nak tekan, setting dan
kenali bisnes (sama ada bisnes sendiri buat
ataupun bisnes client)

Jangka panjang dan jarang berubah Jangka pendek dan akan selalu berubah

Memenuhi goals yang lagi besar Memenuhi strategi

Kenapa strategi penting?


1. Clarity of thoughts. Anda boleh berfikir dengan jelas dan tak melompat terus
kepada teknikal. Anda akan mula tengok dari business goals, digital marketing
goals dan facebook ads goals.
2. Elakkan anda dan team tercicir benda - benda penting.
3. Pastikan semua stakeholders faham hala tuju company. Dari pihak atasan
sampailah kepada team anda. Jika anda buat untuk bisnes client, client pun kena
faham hala tuju.
4. Mudahkan anda buat perancangan semula kalau hasil yang diinginkan tak
tercapai.

Selain itu, sangat penting untuk anda rekodkan strategi dan proses yang berjalan.

Kenapa?
Untuk kemudahan jangka masa panjang. Bila ada team members baru masuk, mereka
boleh refer kepada documentation yang ada. Ataupun jika staff yang sedia ada berhenti
dan staff baru masuk, staff baru tidak lost di tengah jalan.

6
Apa framework strategi Facebook Ads yang boleh digunakan?
Ini adalah framework strategi Facebook yang anda boleh gunakan.

Situational analysis sebelum fikirkan strategi


Sebelum buat strategi, anda kena faham beberapa perkara yang berkaitan dengan
bisnes anda sekarang.

Antara soalan situational analysis yang boleh anda gali lebih dalam adalah:
1. Apakah status quo Facebook Ads sekarang?
2. Bagaimanakah prestasi Facebook Ads vs digital marketing yang lain?
3. Adakah jualan bermusim? Bagaimana prestasi Facebook Ads mengikut musim?
4. Berapa kategori / tingkat produk? Mana yang paling laris (ROAS tinggi)?
5. Siapa segmen pelanggan yang paling menguntungkan sekarang?
6. Apa funnel yang digunakan sekarang?

Situational analysis ni sangat penting sebab anda nak tahu keadaan semasa. Kalau
dah pernah buat Facebook Ads, macam mana performance? Apa yang okay dan apa
yang tak okay? Daripada soalan - soalan di atas, anda boleh mula fikirkan strategi yang
sesuai.

7
Macam mana nak buat strategi berdasarkan Facebook Ads Goals?
Anda dah jelas dengan business goals, digital marketing goals dan juga Facebook Ads
goals. So what’s next? Macam mana nak buat strategi?

Berdasarkan Facebook Ads goals, anda boleh pecahkan strategi kepada 3 bahagian.
1. Strategi berdasarkan audience
2. Strategi berdasarkan produk
3. Strategi berdasarkan target

Boleh tengok jadual di bawah untuk lagi faham.

Facebook Ads Goals

Strategi berdasarkan Strategi berdasarkan Strategi berdasarkan target


audience produk

Contohnya: Contohnya: Contohnya:


● Capai audience ● Gunakan produk ● Scale up 30%
baru yang laris sebagai sebulan
● Iklan ke segmen hook ● Tingkatkan AOV
audience yang ● Promosi / diskaun sebanyak 20%
paling berpatutan
menguntungkan
● Cari segmen market
baru

Bila anda dah jelas dengan Facebook Ads goals dan juga strategi apa nak pakai, anda
boleh mula fikirkan taktik yang sesuai untuk capai strategi tersebut. Setiap strategi ada
taktik yang tersendiri. Anda boleh refer jadual di bawah untuk lagi faham.

Facebook Ads Goals

Strategi berdasarkan Strategi berdasarkan Strategi berdasarkan target


audience produk

Contoh taktik: Contoh taktik: Contoh taktik:


● Include / exclude ● Produk laris sebagai ● Penggunaan funnel
audience targeting ads ● Penyusunan bajet
● Test ● Produk sesuai untuk capai target
dengan segmen
audience
● Pelbagaikan format
ads

8
Tiga perkara penting tentang strategi
1. Strategi bukan silver bullet ataupun magic switch. Antara salah faham orang ada
adalah bila ada strategi ni boleh terus to the moon (lain macam….)
2. Strategi meningkatkan odd of winning. Kita meningkatkan kemungkinan untuk
menang.
3. Strategi perlu fleksibel. Ianya perlu selalu dikemaskini. Kalau perlu diimprove,
kita improve. Ianya adalah living document.

Kesimpulan
Sampai sudah kita di penghujung Ebook Strategi Facebook Ads ni. Kami harap anda
yang download dan baca ebook dapat manfaat daripada perkongsian kami ni. Tak
cukup sekadar download dan baca. Anda kena mula bertindak.

Execution tu penting.

Anda boleh go through balik ebook ni dan adjust mana yang sesuai dengan bisnes
anda sekarang. Kalau anda ada sebarang soalan yang nak tanya tentang marketing,
boleh DM kami di Twitter ataupun email kami. InsyaAllah kami cuba bantu sebaik
mungkin.

Oh ya, kalau anda rasa ebook ni best (gila apa Tim Solidclick ni bagi benda sedap macam
ni!), bolehlah review dan tag social media kami. Nak juga kami tahu feedback anda
yang download ebook perkongsian kami.

Membantu ke tidak?
Apa lagi yang nak tahu yang related kepada digital marketing?

Ok setakat tu je dulu buat masa ni.


Moga bisnes anda terus berkembang dan grow. Fly higher!

#GrowthPartner

Anda mungkin juga menyukai