Anda di halaman 1dari 6

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

SAMAN NO.: XX

Antara

xxx
(NO. K/P: xxx) ...PLAINTIF

Dan

xxx
(NO. SYARIKAT: xxx) …DEFENDAN

SAKSI PLAINTIF (1)


NORMALA BINTI AHMAD SUPAN

NAMA : xxx
NO. KAD PENGENALAN : xxx
ALAMAT : xxx

1. Nyatakan umur dan no. kad pengenalan


xxx tahun, xxx

2. Nyatakan alamat terkini


xxx

3. Pekerjaan terkini dan jawatan


xxx

1
4. Puan tahu kenapa puan dipanggil ke Mahkamah pada hari ini?
Ya, bagi memberi keterangan sebagai Plaintif bagi tuntutan yang dibuat
terhadap Defendan, xxx melalui writ saman dan pernyataan tuntutan
bertarikh xxx yang telah difailkan.

5. Boleh puan kongsikan latarbelakang professional/pekerjaan puan?


xxx

6. Adakah puan biasa dan mahir dengan transaksi saham atau securities?
Ya, dengan penglibatan saya dalam banyak jabatan berkaitan back office
system, system margin dan system CDS, pembukaan akaun, monitering,
kawalan kredit dan juga delivery & settlement system.

Sebelum saya menggunakan margin akaun saya dengan Defendan, saya


juga telah biasa membuat trading secara online menggunakan akaun
trading saya dan terlibat secara tidak langsung dalam membuat keputusan
trading untuk akaun suami saya lebih kurang 21 tahun lamanya. Selain
dari mahir dengan trading saya juga biasa dengan istilah-istilah yang
digunakan dan juga cara penjelasan saham. Saya juga ada pengetahuan
menggunakan teknik melihat carta saham sebelum memasuki pasaran.
Secara puratanya saya mendapat keuntungan hasil daripada trading
tersebut.

7. Berapa lama puan terlibat di dalam bidang saham atau securities?


Termasuk pengalaman saya bersama bekerja dengan Defendan selama 17
tahun, keseluruhannya lebih kurang 21 tahun.

8. Boleh puan terangkan bagaimana puan mula-mula berurusan dengan Defendan


sebagai pelanggannya?
xxx

9. Bilakah ini berlaku?


Semasa saya bercadang untuk membuat pinjaman margin iaitu semasa
saya mencari maklumat tentang margin financing ini, sekitar awal tahun
2014. Maklumat ini amat penting bagi membolehkan saya untuk membuat
perancangan bagi memastikan pinjaman nanti dapat diuruskan dengan
2
baik oleh saya dari segi trading (transaksi jual-beli) dan pengurusan
risikonya. Ia juga telah mempengaruhi saya di dalam memilih kemudahan
yang ditawarkan oleh Defendan.

10. Apa yang telah membuat Puan berminat dan tertarik dengan Kemudahan SMF
ini?
Saya berminat dengan Kemudahan SMF ini kerana produk ini adalah
produk financing dari satu-satunya Syarikat broker saham di Malaysia yang
patuh syariah sepenuhnya. Sebagai produk yang berlandaskan patuh
syariah, produk ini sepatutnya adalah yang terbaik – sebagai seorang
muslimah saya tertarik dengan produk patuh syariah dan yakin ianya
produk yang baik, inilah imej Defendan sebagai sebuah anak syarikat
kepada sebuah institusi kewangan Islam.

Selain itu, ia juga menarik dari segi perletakkan syarat bagi pengurusan
risikonya. Contohnya syarat seperti collateral bukan sahaja dalam bentuk
saham tetapi sebahagiannya dalam bentuk tunai ditambah pula margin call
diberi seawal ratio jatuh 150% sebelum ratio jatuh keperingkat seterusnya
iaitu 130% sekiranya pasaran semakin teruk. Ini dapat menjaga kepada
keterdedahan risiko (Risk management by stages). Faktor-faktor ini adalah
penarik utama bagi saya dalam menerima tawaran Defendan.

Saya juga tertarik akan kelayakan pinjaman saya yang dikatakan layak
sehingga RM500,000 setelah dibuat assessment dengan collateral yang
saya ada secara dasarnya.

11. Apa yang puan faham dan tahu berkenaan kemudahan SMF ini?
Kemudahan SMF ini;
a) Berkonsepkan Al-Murabahah.
iaitu Defendan beli saham di pasaran berserta dengan caj-caj yang
ditetapkan dan kemudian pada hari yang sama juga menjualkan kontrak
tersebut kepada saya dengan tambahan profit margin dengan terma-
terma yang dipersetujui. Ini bermakna nanti akan adanya tambahan
kepada outstanding balance pada akhir bulan dengan kemasukan profit
margin tersebut.

b) Ada Risiko Panggilan Margin. (Ratio 150%, 130% dan overlimit).

Margin call ratio bawah 150%


3
sekiranya ratio jatuh dibawah paras 150%, saya akan terima Notis
Margin Call dan Penyata Akaun (tarikh semalam - report day end)
sebagai pemberitahuan supaya akaun dapat dibuat diatur semula
(regularize). Sekiranya saya tidak mengambil tindakan terhadap margin
call tersebut, iaitu dengan mengatur semula akaun tersebut (dengan
menaikkan ratio ke paras 150% ke atas), setelah diberikan oleh
Defendan notis margin call 3 hari berturut-turut, Defendan ada hak
untuk membuat jualan paksa (Force selling) tanpa notis pada hari ke 4.

Margin call ratio bawah 130%


Sekiranya ratio jatuh dibawah paras 130% tindakan segera perlu
diambil oleh saya pada hari yang sama apabila diberitahu oleh
Defendan tentang status margin tersebut (tiada syarat 3 hari notis
margin call berturut-turut tersebut). Jika saya tidak mengambil tindakan
untuk mengatur semula (regularize) akaun itu, maka jualan paksa akan
dikenakan pada hari itu juga. Sekiranya selepas dibuat jualan paksa,
akaun margin masih dibawah paras 150% maka, proses margin call
ratio bawah 150% digunapakai.

Margin call disebabkan Overlimit


Margin call disebabkan Overlimit ini (sekiranya ada) hanya akan saya
terima pada hari pertama bekerja pada awal bulan. Overlimit ini hanya
akan terjadi pada akhir bulan sekiranya jumlah financing telah saya
gunakan sepenuhnya dan atas sebab itu apabila tiba akhir bulan dan
akan adanya tambahan kemasukan Profit Margin pada akhir bulan
menyebabkan akaun akan melebihi had limit yang ditetapkan.

Sebagai contoh: had limit RM500,000 dan kemasukan kemasukan profit


margin 6% untuk bulan tersebut menjadikan akaun itu akan mempunyai
baki hutang sebanyak 500,000 + 2,465.75 (6% profit margin) =
RM502,465.75 dan ini melebihi had limit sebanyak RM2,465.75 dan
akaun margin tersebut akan dikenakan panggilan margin. Pengurusan
margin call seperti ini juga sama seperti margin call pada status bawah
130%.

c) Ada had tempoh pinjaman selama 180 hari


Kontrak financing tersebut mestilah dijelaskan sepenuhnya apabila
sampai tempoh selama 180 hari. Satu notis pemberitahuan (“roll-over
notice”) akan diterima berkenaan dengan tamat tempohnya dan selepas
itu akan dikira Ta’widh.

4
12. Setelah itu, adakah pihak Defendan menawarkan Kemudahan SMF tersebut
kepada puan?
Ya, melalui suatu surat tawaran bertarikh 9.5.2014.

Mohon rujuk kepada m/s 34 Ikatan Dokumen Bersama (Jilid I)

13. Apakah dokumen ini?


Ini adalah surat tawaran bertarikh 9.5.2014 bagi Kemudahan SMF yang saya
maksudkan tadi.

14. Berdasarkan surat tawaran tersebut, berapakah jumlah pembiayaan yang


ditawarkan dan apakah tujuannya
Melalui suatu Surat Tawaran tersebut, saya telah ditawarkan oleh Defendan
suatu kemudahan “Share Margin Financing” atau Kemudahan SMF bagi
sejumlah RM500,000.00 bagi tujuan seperti berikut:

Membiaya pembelian securities atau saham yang tersenarai di dalam Bursa


Malaysia yang mana pembeliannya adalah berdasarkan arahan saya
kepada Defendan; dan

Membiaya pembelian saham Initial Public Offering (IPO) melalui alotmen


MITI.

15. Adakah puan menerima tawaran kemudahan SMFF tersebut?


Saya telah bersetuju dengan tawaran Kemudahan SMF yang terkandung di
dalam Surat Tawaran tersebut dan seterusnya saya dan Defendan telah
memasuki suatu perjanjian “Al-Murabahah Share Margin Financing
Facility” bertarikh 15.5.2014 (selepas ini, “Perjanjian SMFF”).

16. Setelah itu apa yang berlaku?


Menurut kepada terma Surat Tawaran tersebut, saya telah menyerahkan
(pledged) sejumlah 1,042,000 unit saham kaunter Destini-WA yang saya
miliki kepada Defendan pada 16.5.2014 sebagai suatu gadaian bagi
Kemudahan SMF tersebut (selepas ini, “Collateral Shares”). Nilai Collateral

5
Shares tersebut pada ketika itu adalah sebanyak lebih kurang
RM343,000.00.

17. Adakah Puan bercakap benar?


Ya.

Bertarikh pada haribulan 2020

.......................................................
xxx
(NO K/P: xxx )

PENYATAAN SAKSI PLAINTIF (1) ini disediakan oleh xxx yang beralamat di xxx

Tel : xxx
Faks : xxx

Anda mungkin juga menyukai