Anda di halaman 1dari 6

Kod kertas USK 4621/M:01/KP(1/1) Muka surat : 1 drpd 6

INSTITUSI LATIHAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA SUBJEK


UHW 3421 KEUSAHAWANAN
/ SUBJECT’S CODE & NAME

TAHAP/LEVEL 3 SEMESTER 4

NO DAN TAJUK MODUL /


M:02 DIGITAL APPROACH IN BUSINESS
MODULE TITLE AND NO.

NO. DAN NAMA SUB 02.01 MEMBINA EKO SISTEM DIGITAL


MODUL / SUB MODULE 02.02 INTERAKSI DALAM DUNIA DIGITAL
NO. AND NAME 02.03 KONSEP KNOW, LIKE & TRUST

Pelajar-pelajar mesti boleh mengetahui dan memahami tentang


OBJEKTIF
eko sistem digital, cara-cara berinteraksi di dalam dunia digital
MODUL/MODULE
dengan menggunakan platform online, dan jelas tentang konsep
OBJECTIVE
funnel dalam perniagaan digital.

MEMBINA EKO SISTEM DIGITAL, INTERAKSI DALAM DUNIA


TAJUK/TITLE
DIGIAL, KNOSEP KNOW, LIKE & TRUST

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan


Versi 2.0 (2016)
Kod kertas USK 4621/M:01/KP(1/1) Muka surat : 2 drpd 6

PENERANGAN/INFORMATION:
2.1 MEMBINA EKO SISTEM DIGITAL
Apabila seseorang mempunyai idea untuk menjalankan perniagaan, idea tersebut boleh
dikenalpasti melalui SEO, iaitu dengan menggunakan Google Trends dan key word planner
supaya kita dapat tahu sama ada idea perniagaan yang ingin dijalankan itu masih relavan di
pasaran atau tidak. Jika idea tersebut mempunyai permintaan maka idea tersebut valid dan
perniagaan boleh dijalankan.
Sesuatu idea perniagaan sudah dikenalpasti maka kita harus memikirkan tentang asas
perniagaan yang hendak dijalankan iaitu :
 Branding
Bagaimana kita hendak letakkan produk kita di pasaran? Apakah nama yang sesuai
untuk produk kita?
 Promosi
Apakah cara promosi yang sesuai dengan produk kita? Bagaimanakah promosi yang kita
dapat gunakan dengan kos yang rendah tetapi dapat capai pulangan yang maksimum?
 Kewangan
Jika kita hendak memulakan perniagaan seperti yang dirancang dari manakah sumber
kewangan yang perlu kita perolehi?
 Struktur
Apakah kita harus mendaftar syarikat sebagai milikan tunggal, perkongsian atau
sendirian berhad? Apakah isu yang akan hadapi? Apakah pros and cons?
 Peraturan dan Etika
Apakah peraturan yang kita kena hadapi apabila kita memasarkan produk kita? Adakah
ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan? Adakah ia mempunyai kelulusan KKM atau
dari agensi-agensi kerajaan?

Apabila semua di atas telah jelas maka kita sudah hampir pasti untuk mengeluarkan produk
kita. Pada zaman sekarang, pilihan yang terbaik untuk kita pasarkan produk adalah melalui
platform online atau dengana kata lain melibatkan diri dalam dunia e-commerce.
Platform-platform e-commerce seperti laman web, facebook, instagram, whatsapp dan email
adalah pilihan yang sangat sesuai dan tepat dengan trend masa kini. Ia adalah senang diakses
oleh orang awam dan juga mudah untuk peniaga mengumpul database pelanggan apabila
pelanggan membeli produk kita melalui platform online.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan


Versi 2.0 (2016)
Kod kertas USK 4621/M:01/KP(1/1) Muka surat : 3 drpd 6

2.2 INTERAKSI DALAM DUNIA DIGITAL

Pada zaman sebelum terkenal dunia e-commerce kita mendapat tahu suatu produk atau
jenama melalui mulut ke mulut, iaitu perbualan. Kita mendapat tahu dari ahli keluarga, saudara
mara, sahabat handai atau rakan-rakan sepejabat. Cara ini amatlah terhad dan sesuatu jenama
atau produk memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikenali ramai.
Pada zaman sekarang apabila terkenalnya dunia e-commerce seseorang akan mendapat tahu
sesuatu produk atau jenama melalui platform online seperti email, media sosial dan blog.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan


Versi 2.0 (2016)
Kod kertas USK 4621/M:01/KP(1/1) Muka surat : 4 drpd 6

Apabila wujudnya media sosial, kedua-dua produk A dan B memasarkan produk mereka di
platform media sosial.

Akhirnya,

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan


Versi 2.0 (2016)
Kod kertas USK 4621/M:01/KP(1/1) Muka surat : 5 drpd 6

Terdapat 29.8 juta penduduk di Malaysia. Antaranya 15.2 juta penduduk Malaysia memiliki
telefon pintar. 60% dari pemilik telefon pintar di Malaysia merupakan pembeli online. Jadi,
amatlah rugi jika seseorang peniaga tidak melibatkan dirinya dalam dunia e-commerce.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan


Versi 2.0 (2016)
Kod kertas USK 4621/M:01/KP(1/1) Muka surat : 6 drpd 6

2.3 KONSEP KNOW, LIKE & TRUST


Dalam dunia e-commerce untuk menukarkan seseorang dari prospek kepada pelanggan
hendaklah memalui proses know, like & trust. Konsep ini dipanggil konsep funnel.
Mula-mula seseorang hendaklah tahu dahulu tentang produk. Selepas itu dia akan mula suka
dengan produk tersebut, sama ada penampilan, kualiti, jenama, atau harga produk tersebut.
Akhir sekali seseorang itu percaya pada produk tersebut baru lah dia akan jadi pembeli.
Konsep funnel menekankan memperkenalkan produk kepada seberapa ramai orang yang
mampu. Sebagai contoh, 100 orang yang kenal sesuatu produk, 80 orang yang akan suka
kepada produk tersebut, 30 orang yang percaya dan membeli produk tersebut.

Konsep funnel

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan


Versi 2.0 (2016)

Anda mungkin juga menyukai