Anda di halaman 1dari 14

Manhaj Syaikh Abdullah Bin Bayyah Menolak Konsep Bid'ah Ala-Ala Ibn

Taimiyyah
Mukadimah

Syaikhuna Abdullah Bin Bayyah sememangnya seorang tokoh kontemporer yang terkemuka
dan kehabatan beliau di luar kotak pemikiran kebanyakan ulama kontemporer lain. Syaikh
Abdullah Bin Bayyah selalu memberi sebuah pendapat yang berada diluar kotak pemikiran
ulama lain, dan berusaha menjadi mu'tadil atau berada di tengah-tengah khilaf di kalangan
ulama. Bagaimana tidak? Beliau yang jelas seorang berakidah Asy'ariyyah, berfikihkan Maliki,
bertasawwufkan Junaydi, boleh juga pada waktu yang sama mengambil berhujjah dengan
pendapat Ibn Taimiyyah, bahkan menggelarnya sebagai Syaikh al-Islam seperti yang dapat
dijumpai dalam tulisan-tulisan beliau. Sebenarnya ada ulama ASWJ lain yang juga berani
menggelar Ibn Taimiyyah sebagai Syaikh al-Islam dan meluruskan kesalahfahaman Wahabi
terhadap pemikiran Ibn Taimiyyah, beliau adalah al-Muhaddith Sayyid Prof. Dr. Muhammad
Alawi al-Maliki al-Hassani. Yang penulis heran, mengapa kelompok salafi modern (Wahabi)
enggan mencontohi Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki atau paling tidak mengakui kealiman
dan keilmuan beliau?

Syaikh Abdullah Bin Bayyah juga berhasil menyelesaikan isu Fatwa Mardin yang dapat
meluruskan kesesatan kelompok teroris ekstrimis Wahabi yang memahami fatwah Ibn
Taimiyyah dalam hal memerangi orang bukan Islam. Pembetulan Fatwa Mardin tersebut
akhirnya memberi jawaban bahawa typo dalam cetakan kitab-kitab Ibn Taimiyyah membawa
padah iaitu berakibatkan pembunuhan secara terror dan ia sebenarnya bukan ajaran Ibn
Taimiyyah. Sekali lagi, mereka (Wahabi) juga enggan bekerjasama dengan Sayyid Muhammad
Alawi al-Maliki yang pada kejadian pengepungan Masjidil Haram pada
1979 oleh Juhayman (murid Bin Baz); Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki telah keluar di TV
Nasional Saudi Arabia untuk mejelaskan kebatilan Si Juhayman Terroris tersebut dan
menegaskan ia bukan seorang al-Mahdi yang dipercayai oleh pengikutnya Wahabi. Siaran ini
diulang berpuluh kali di TV di Saudi. Tidak lama setelah kejadian ini Sayyid Muhammad dituduh
sesat kerana kitab yang dikarang sebelum kejadian yang menyedihkan ini, iaitu kitab al-
Zakhirah al-Muhammadiyyah. (Baca: Dr. Mahmud Said Mamduh, Tasynif al-Asma' Bi Syuyukh
al-Ijazah wa al-Sama', 1/45).

Tapi sayangnya, banyak yang tidak memahami pemikiran Syaikh Abdullah Bin Bayyah
sebenarnya, mungkin kerana kitab-kitab beliau yang jarang sampai di Nusantara, sehingga ada
yang menyangka beliau adalah penggemar Syaikh Ibn Taimiyyah RH. Pada hakikatnya, Syaikh
Abdullah Bin Bayyah adalah ulama yang bermanhaj ilmi, beliau akan menyatakan kebenaran
dan hak berdasarkan dalil dan hujjah, bukan berdasarkan nafsu fanatik alma mater atau
mazhab. Ketika beliau menemukan pendapat Ibn Taimiyyah yang salah atau terdapat
kecacatan, beliau tanpa segan dan silu berani mengkritik Ibn Taimiyyah dan mengeluarkan
hujjah di mana kesalahan Ibn Taimiyyah. Akan tetapi, Syaikh Bin Bayyah tetap menggunakan
bahasa yang halus, kerana ketika kita mengkritik, kita tidak mengkritik jasad orang tersebut,
akan tetapi hanya pemikirannya yang salah. Itulah manhaj ilmu yang sebenar.

Beliau juga tetap menyimbangi pemikiran beliau dengan mengiktiraf khilaf atau perbezaan
pendapat di kalangan ulama. Masih teringat beberapa tahun lalu beliau keluar dari Pertasuan
Ulama Dunia yang dipimpin Yusuf al-Qardhawi atas keputusan al-Qardhawi yang radikal.

Pada pembahasan kali ini, penulis berusaha untuk membahas pemikiran Syaikh Abdullah Bin
Bayyah yang terdapat kritikan terhadap Ibn Taimiyyah. Pemikiran beliau ini tercantum dalam
satu kitab yang sangat menarik iaitu Mashahid min al-Maqashid yang sebenarnya adalah
penyempurna dari kitab beliau yang lebih besar iaitu Amali al-Dalalat wa Majali al-Ikhtilafat.
Kedua-duanya adalah pembahasan Usul al-Fiqh pada tingakatan tinggi dan penerapannya
untuk hukum-hukum semasa. Ketika kitab Mashahid  ini keluar, pihak Wahabi sangat
mengingkarinya dan melakukan refutation terhadap kitab ini. Tentunya penilaiannya penulis
serahkan kepada pembaca untuk menilainya.

Kitab Amali al-Dalalat oleh Syaikh Abdullah Bin Bayyah cetakan Dar al-Minhaj

Berkaitan dengan kritik Syaikh Abdullah Bin Bayyah terhadap pemikiran Syaikh al-Islam Ibn
Taimiyyah, ia terdapat pada bab yang panjang tentang Bid'ah al-Tark dalam kitab Mashahid ini
iaitu terletak pada halaman 110-138, cetakan Dar Altajdeed dan Dar al-Wojoooh tahun 2012M.
Bid'ah al-Tark

Syaikh Bin Bayyah menamakan masalah ini sebagai "‫ "بدعة الترك‬kerana ia adalah melakukan
sebuah perkara pada posisi ditinggalkan (‫ )الترك‬dari sisi pembuat syariat. Maksudnya, adalah
hukum melakukan sesuatu yang tidak disebutkan dalam syariat. Perkara ini - menurut beliau -
adalah dari perkara yang sangat dalam pembahasannya sehingga terjadi kesamaran dan khilaf
ulama terhadapnya malah umat Islam saling bersengketa dalam isu ini.

Syaikh Bin Bayyah telah menyusun pembahasan ini kepada beberapa poin yang nantinya
membawa sebuah natijah (kesimpulan):

Kitab Mashahid min al-Maqashid oleh Syaikh Abdullah Bin Bayyah

Poin Pertama

Syaikh Bin Bayyah memulai kupasan beliau dengan menyatakan secara dasar bahawa
isu bid'ah al-tark ini adalah masalah khilafiyyah yang mana terjadi di antara dua golongan. Yang
pertama memandanag bahawa ia adalah makruh atau haram sesuai dengan dalil yang dilihat
dari sudut pembuat syariat meninggalkan perkara tersebut. Sedangkan kelompok kedua pula
tidak melihat seperti pandangan pertama akan tetapi menanggap kenapa pembuat syariat
meninggalkan perkara tersebut adalah murni kerana meringankan beban dan tidak
melakukannya. Maka mungkin sahaja amalan yang tidak dilakukan oleh pembuat syariat
tersebut dilandaskan dengan dalil umum yang lain yang menunjukkan ia adalah harus,
sunnah, makruh, dan terkadang menunjukkan makna wajib ketika terdapat maslahat yang
unggul atau ada dalil wajib baginya, atau haram kerana ada mafsadah yang jelas!
Begitulah bagaimana kelompok kedua membagi hukum perkara/amalan yang tidak dibuat oleh
Rasulullah SAW atau tidak disebutkan di dalam mana-mana ayat al-Quran yang akhirnya
mereka menyatakan ia ada 5 hukum taklifi. Bagi mereka, hanya kerana alasan meninggalkan
amalan tersebut oleh pembuat syariat bukanlah dalil untuk mengharamkan juga tidak untuk
memakruhkan kerana ia bukan ucapan, bukan pekerjaan, bukan penetapan (taqrir), walhal
Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang aku tegah dari berbuatnya maka tegahlah!", beliau tidak
bersabda: "apa yang aku tinggalkan". Oleh sebab itulah menurut Bin Bayyah Imam Syafi'i
berpendapat bahawa semua perkara yang ada sandaran kepada syarak bukanlah bid'ah
walaupun ia tidak diamalkan oleh ulama salaf. Usul Imam al-Syafi'i ini diadopsi oleh Imam al-
Qarafi yang sebenarnya bermazhab Maliki dan membentuk kaedah yang sama dalam al-Furuq-
nya.

Seperti biasanya, pendapat ini diikuti oleh banyak ulama seperti Ibn al-Syath, Muhammad al-
Zurqani, al-Zaqqaq yang mana mereka adalah bermazhab Maliki, iaitu mazhab Syaikh Bin
Bayyah. Ia juga pendapat Imam Nawawi, Imam Izzu al-Din Bin Abdissalam guru Imam al-
Qarafi, dan lain-lain yang bermazhab Syafi'i. Mereka membentuk konklusi ini berdasarkan
kepada 3 perkara: 1) Definisi bid'ah secara hakikat adalah perkara yang tidak pernah dilakukan
pada generasi pertama Islam, sama ada ia baik atau buruk, atau sama ada ia memiliki dasar
syariat atau tidak. 2) Makna hadis semua bid'ah adalah sesat secara dalalahnya adalah Am
Makhshush. 3) Terdapat persamaan antara adat dan ibadah dalam kaitannya dengan bid'ah,
atas dasar asas ini mereka membahagikan hukum bid'ah tersebut.

Imam al-Syathibi - menurut Syaikh Abdullah Bin Bayyah - memilih pendapat kelompok pertama
iaitu ketika pembuat syariat meninggalkan melakukan sesuatu amalan, atau cara ibadah, atau
timbangan syariat itu adalah dalil bahawa Beliau (Pembuat Syariat) tidak berniat untuk
pekerjaan tersebut dilakukan oleh umat. Maka ketika ada yang melakukan perkara yang baru
dianggap pelaku bid'ah di dalam syariat. Contoh yang diberikan adalah berdoa secara
berjamaah setelah solat.

Menariknya Syaikh Bin Bayyah pula menyinggung bahawa guru Imam al-Syathibi sendiri iaitu
Abu Said Bin Lubb telah mengarang kitab khusus menolak pendapat Imam al-Syathibi ini lebih-
lebih lagi ketika mendengar orang berkata bahawa Imam al-Syathibi berpendapat doa yang
dilakukan secacra berjamaah setelah solat tersebut tidak memberi manfaat dan tiada faedah!
Beliau telah memberi hujjah sahnya berzikir dan doa berjamaah setelah solat dengan hujjah-
hujjah yang banyak menurut Syaikh Bin Bayyah Hafizahullah!
Imam al-Wansyarisi (w. 914H) menyebut kitab tersebut iaitu Lisan al-Azkar wa al-Da'awat mimma Syara'a fi Adbar al-
Shalawat oleh guru Imam al-Syathibi sendiri: Abu Said Bin Lubb. alWansyarisi menukil fatwa ini di dalam kitab
himpunan fatwa-fatwanya berjudul al-Mi'yar al-Mu'rib 6/370.

Syaikh Bin Bayyah menjelaskan bahawa apa yang telah diisyaratkan oleh Abu Said ini
menunjukkan bahawa sesungguhnya sebahagian ulama Salaf melakukan perkara yang tidak
pernah dilakukan oleh orang sebelumnya dengan berhujjah ia adalah harus!

Bin Bayyah menambahkan lagi; bahawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah sendiri menyebutkan
perkara tersebut, akan tetapi beliau menganggap perkara ini sebagai contoh dari bid'ah!
Sedangkan apa yang dilakukan oleh sebahagian ulama salaf ini sama sekali tidak menafikan
sifat kebid'ahan amalan tersebut. Pandangan ini dinukil dari Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah
sendiri 19/191 yang berbunyi:

‫وا‬PP‫ات فهم‬PP‫كثير من مجتهدي السلف والخلف قد قالوا وفعلوا ما هو بدعة ولم يعلموا أنه بدعة إما ألحاديث ضعيفة ظنوها صحيحة وإما آلي‬
‫ا‬PP‫اتقوا هللا م‬PP‫ { ف‬: ‫ه‬PP‫ل في قول‬PP‫تطاع دخ‬PP‫ا اس‬PP‫ه م‬PP‫ل رب‬PP‫ وإذا اتقى الرج‬.‫وص لم تبلغهم‬PP‫منها ما لم يرد منها وإما لرأي رأوه وفي المسألة نص‬
.‫ " قد فعلت " وبسط هذا له موضع آخر‬: ‫] وفي الصحيح أن هللا قال‬16:‫استطعتم } [التغابن‬
Terjemahan Bebas: Kebanyakan dari kalangan para mujtahid yang Salaf dan Khalaf telah
berkata dan melakukan sesuatu yang ia adalah bid'ah, akan tetapi mereka tidak tahu ia adalah
bid'ah; sama ada kerana ia berlandaskan hadis-hadis yang lemah akan tetapi menyangka ia
adalah sahih, atau kerana terdapat ayat-ayat yang mereka fahaminya dengan kefahaman yang
tidak dimaksud daripadanya, atau kerana pendapat mereka terhadapnya, sedangkan masalah
tersebut sudah ada nas-nas yang tidak sampai kepada mereka. Ketika seseorang itu bertakwa
kepada Tuhannya sesuai dengan kemampuannya maka ia akan masuk dalam firman Allah:
"Maka bertakwalah kepada Allah semampu kalian". Di dalam hadis yang sahih Allah SWT
berfirman: "Engkau telah melakukannya!". Penjelasan yang panjang bagi perkara ini ada di
tempat lain.
Syaikh Bin Bayyah menambah lagi, termasuk ulama yang mengkritik kelompok pertama (yang
berpendapat haram atau makruhnya bid'ah al-tark) adalah Ibn Hazm al-Zahiri seorang ulama
Mazhab Zahiri di Andalus yang mengatakan tidak tahu atau tidak diamalkan oleh oranag
terdahulu bukan alasan untuk mengharamkan atau melarang sebuah amalan tersebut.
(Lihat: al-Muhalla 2/271).

Setelah itu Syaikh Bin Bayyah menegaskan kembali bahawa kaedah Bid'ah al-Tark ini telah
membuat banyak sekali khilaf di kalangan ulama sesuai dengan kefahaman para fuqaha'
konsekwensi oleh tidak dilakukan oleh pembuat syariat. Ada yang memilih ia adalah baik,
bahkan menganjurkannya, ada yang mengingkarinya, serta melarangnya secara tegas!
Termasuk dari perkara yang masuk dalam isu ini adalah doa berjamaah setelah solat,
membaca al-Quran secara berjamaah dengan satu suara,
membaca Tarkhim atau tatswib sebelum Subuh, bertawassul dengan para Nabi dan orang-
orang soleh. Beliau menegaskan semua kelompok bagi masalah-masalah ini ada dalil
mereka!

Termasuk hujjah kelompok kedua pula bahawa terdapat nas menunjukkan bahawa kadang-
kadang olehnya Rasulullah SAW tidak melakukannya adalah kerana meringankan beban
umatnya dan memberi kemafaan kepada mereka seperti Rasulullah SAW tidak memakan
binatang dhabb dan membiarkan sahabat memakannya. Begitu juga Rasulullah SAW ketika
diberi bawang putih beliau memilih untuk tidak memakannya, ketika ditanya apakah ia haram?
Jawab beliau tidak akan tetapi beliau tidak suka baunya. Ini menunjukkan kadang-kadang
Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu perkara bukan kerana haram akan tetapi kerana tidak
suka tapi mengharuskannya kepada umatnya.

Menurut Bin Bayyah: kalau melihat tabiat hadis tersebut, ini menunjukkan bahawa Rasulullah
SAW sengaja tidak memberi tahu kepada sahabatnya kecuali ketika ditanya. Maka tentunya ia
tidak berarti segala yang ditinggalkan akan menjadi haram, kerana mungkin beliau tidak suka
secara pribadi, akan tetapi ia harus bagi umatnya.

Salah satu kitab Syaikh Abdullah Bin Bayyah tentang pembaharuan ilmu Usul Fiqh. Hadiah daripada beliau selesai pengajian.
Suatu hari penulis akan cuba mengulas sedikit sebanyak kitab ini, insya Allah.

Poin Kedua

Kadang-kadang, Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu kerana menganggap ia ada amalan


yang sunnat, dan takaut ia menjadi wajib kepada umatnya. Seperti contoh kata-kata Sayyidah
Aisyah RA: "Rasulullah SAW tidak pernah melakukan solat Dhuha sama sekali, sedangkan aku
melakukan solat Dhuha".

Imam al-Syathibi yang sebenarnya merepukan pendukung kelompok pertama membahas hadis
ini dan menambahkan penafsiran bahawa Nabi SAW meninggalkan sebahagian dari perkara
sunnat kerana takut umatnya kemudian mentakwil bahawa amalan tersebut adalah wajib. Yang
ajaibnya, Imam al-Syathib sendiri berkata di dalam al-Muwafaqat 661:

‫ك‬PP‫روا ذل‬PP‫ياء وأظه‬PP‫تركوا أش‬PP‫دى بهم؛ ف‬PP‫ة يقت‬PP‫ وكانوا أئم‬،‫أن الصحابة عملوا على هذا االحتياط في الدين لما فهموا هذا األصل من الشريعة‬
‫ليبينوا أن تركها غير قادح وإن كانت مطلوبة‬
Terjemahan bebas: Sesungguhnya para sahabat melakukan ihtiyath (berhati-hati) di dalam
agama kerana pada apa yang mereka fahami terhadap dasar ini dari syariat. Mereka adalah
para tokoh yang dianuti. Mereka meninggalkan sebahagian amalan dan menunjukkan perkara
tersebut untuk menjelaskan kepada umat bahawa meninggalkannya bukanlah buruk walaupun
amalan tersebut adalah dituntut!

Setelah pernyataan ini, Imam al-Syathibi sendiri memberi contoh Sayyidina Uthman RA sengaja
meninggalkan qosor solat ketika Haji kerana takut orang-orang Arab menyangka bahawa solat
sudah menjadi dua rakaat, dua rakaat sahaja (tidak ada yang 4 rakaat). (Lihat: al-
Muwafaqat 662).

Poin Ketiga

Kadang-kadang ulama Salaf melakukan sebuah pekerjaan yang bukan termasuk dari jenis-jenis
sunnat muakkad. Maka mereka tidak menampakkan perbuatan mereka. Maka olehnya mereka
meninggalkan perkara tersebut bukanlah manjadi hujjah! Mungkin sahaja dapat dikatakan
mereka tidak berkehendak untuk menjelaskan amalan tersebut. Contohnya riwayat dari Abi
Hazim yang berkata: Aku pernah berada di belakang Abu Hurayrah yang mana beliau
berwudhu' untuk solat, adanya beliau membasuh tangan beliau  sampailah ke ketiaknya. Maka
aku pun berkata kepadanya: Wahai Aba Hurayrah wudhu apakah ini? Maka beliau menjawab:
Wahai Bani Farrukh, Kalian di sini rupanya. Andai aku tahu kalian di sini, nescaya tidaklah aku
berwudhu dengan cara ini. Aku mendengar pamanku SAW bersabda: "Tahap perhiasan orang
mukmin adalah melihat kadar wudhu'nya". (Hadis Muslim).

Dalam perbuatan Abu Hurayrah ini terlihat bahawa amalan berwudhu' sampai ke ketiak
bukanlah sunnah muakkad, akan tetapi beliau sengaja melakukannya lebih berpegangan
kepada zahir sabda Nabi Muhammad SAW. Tentunya amalan ini tidak lazim sehingga Abu
Hurayrah tidak melazimkan amalan ini di depan khalayak ramai.

Oleh sebab itulah Syaikh Abdullah Bin Bayyah juga menukilkan pendapat Ibn Qayyim di dalam
kitab al-Ruh ketika membahas bacaan al-Quran dengan tujuan untuk dihadiahkan pahalanya
kepada orang yang telah mati, Ibn Qayyim berkata: "Orang yang berkata konon ulama Salaf
tiada seorang pun yang melakukannya itu adalah orang yang berbicara tanpa ilmu, kerana
sesungguhnya ia adalah persaksian terhadap apa yang menafikan perkara yang tidak ia
ketahui! Ia tidak tahu bahawa sesungguhnya ulama Salaf melakukannya dan tidak ada yang
melihatnya pada zaman mereka, malah cukuplah metelaah tokoh-tokoh yang telah wafat
terhadap niat mereka dan tujuan mereka lebih-lebih lagi ketika mereka melafazkan niat untuk
menghadiahkan bacaan tersebut walaupun ia tidak disyaratkan seperti yang telah lalu". Akan
tetapi di tempat lain, Ibn Qayyim memberi pendapat sesuai dengan pendapat gurunya iaitu Ibn
Taimiyyah dan Imam al-Syathibi seperti dalam I'lam al-Muwaqqi'in 2/281 dan menegaskan
bahawa orang yang mensunnahkan perkara-perkara yang tidak ada nas adalah menyalahi
sunnah, kerana olehnya Nabi Muhammad SAW meninggalkannya itu adalah yang sunnah
seperti ketika beliau SAW melakukan sesuatu adalah sunnah.

Akibat dari tidak konsistennya Ibn Qayyim inilah Syaikh Abdullah Bin Bayyah memilih untuk
menjawab hujjah-hujjah Ibn Qayyim dan menjelaskan di manakah hujjah ulama-ulama yang
mengharuskan perkara-perkara yang dituduh bid'ah oleh Ibn Qayyim. Setelah itu Syaikh Bin
Bayyah pun menghujat hujjah Ibn Qayyim dan menyatakan bahawa kaedah yang difahami Ibn
Qayyim adalah bertentangan dengan pendapat majoriti ulama Usul; iaitu sesungguhnya
Sunnah adalah ucapan, pekerjaan, dan penetapan, bukan murni ketika Nabi SAW
meninggalkan sesuatu perkara seperti anggapan Ibn Qayyim RH.

Penolakan Syaikh Bin Bayyah terhadap pendapat Ibn Qayyim RH. Sebelum menutup poin keempat, beliau bagaimana pun
mengiktiraf ilmu Ibn Qayyim kerana pengetahuannya tentang pendapat mazhab-mazhab di luar mazhabnya. Itulah manhaj ahli
ilmu yang sebenar, berbicara secara ilmiah.

Poin Keempat

Sebahagian ulama Salaf sengaja meninggalkan perkara yang harus kerana takut akan
dianggap sebagai ibadah. Seperti halnya Imam Malik yang tidak membasuh kedua tangannya
sebelum makan. Beliau berkata ketika Amir Madinah Abdul Malik Bin Sholeh memberi air untuk
membasuh tangannya sebelum makan: "Hamba Allah ini iaitu dirinya tidak membasuh kedua
tangannya sebelum makan". Padahal Imam Malik sendiri sama sekali tidak berpandangan
bahawa membasuh tangan itu tidak baik sepert yang terdapat dalam kitab-kitabnya. Akan tetapi
beliau khawatir orang Islam seolah-olah mewajibkannya dan akhirnya ia menjadi seolah-olah
wajib.

Poin Kelima

Kadangkala Nabi SAW sengaja meninggalkan sesuatu perkara kerana ia adalah khilaf al-
Awla dan melakukan yang al-Awla. Kadangkala beliau melakukan perkara yang biasa ia
tinggalkan itu pada waktu-waktu yang jarang terjadi untuk menjelaskan keharusannya dan ia
bukanlah makruh. Sebuah hadis yang sahih menyatakan bahawa Sayyidah Maimunah RA
pernah menghadap baginda Rasul SAW dengan sehelai tuala agar beliau mengeringkan
tangan beliau yang suci, akan tetapi beliau tidak menyentuhnya.

Poin Keenam
Terdapat beberapaa atsar sahabat RA yang melakukan beberapa ibadah yang sebenarnya
tidak dilakukan oleh pembuat syariat, dan mereka melakukan perkara tersebut tanpa bertanya
dasarnya. Ini menunjukkan bahawa olehnya tidak dilakukan oleh Nabi SAW bukanlah
penghalang untuk tidak beramal, juga bukan yang memisah tanpa adanya ucapan atau pun
perbuatan daripada Nabi SAW. Kadang-kadang melihat perbuatan sahabat ini, ada Nabi SAW
memujinya, adakalanya Nabi SAW berdiam diri. Dan Nabi SAW kadang tidak memburuk-
burukkannya kerana menganggap ia adalah keluasan bagi umatnya.

Ini merujuk kepada beberapa kisah salah satunya ketika salah satu sahabat yang solat di
Masjid Quba dengan hanya bermulazamah membaca Surah al-Ikhlas pada setiap waktunya.
Ketika sahabat lain meresa kurang selesa beliau ditegur, dan jawabannya ia terus membacanya
kerana ia suka akan surah yang gaung tersebut. Maka suatu hari Nabi SAW diadu oleh perkara
ini dan Nabi SAW bertanya kepada sahabat tersebut atas perbuatannya. Jawabnya masih
sama iaitu kerana ia suka surah tersebut. Maka sabda Nabi SAW: Kecintaan engkau terhadap
surah tersebut membuatkan engkau masuk ke dalam syurga!

Contoh lain adalah talbiyyah ketika Haji, para sahabat menambah dengan bacaan tahlil (‫ال إله إال‬
‫ )هللا‬dan Nabi SAW tetap meneruskan cara talbiyyah beliau. Menurut Qadi Iyadl, ini
mengisyarahkan bahawa para sahabat kadang-kadang menambah-nambah lafaz
dalam talbiyyah akan tetapi yang disunnahkan adalah sesuai dengan talbiyyah yang diamalkan
Rasulullah SAW.

Syaikh Abdullah Bin Bayyah memberi pandangan bahawa perkara ini menunjukkan bahawa
sesetengah perkara ibadah adalah terbuka untuk ijtihad, dan tidaknya dilakukan Nabi SAW
sama sekali tidak menunjukkan atas bahayanya perkara tersebut, juga buka pada kemakruhan
perkara tersebut. Malah ia menunjukkan bahawa perkara yang ia lakukan dan ia setia
melakukan perkara tersebut adalah yang awla, akan tetapi tidak ada ingkar sama
sekali untuk melakukan apa yang tidak dilakukan Nabi SAW seperti yang jelas dari kisah
sahabat ketika ber-talbiah tadi. Maka di sini dapat diqiyaskan dengan wirid-wirid dan hizib-hizib
yang telah diamalkan oleh ulama-ulama yang soleh dengan syarat tidak menyalahi syariat.

Poin Ketujuh

Poin ini adalah yang paling penting dan yang paling utama. Syaikh Bin Bayyah menyatakan
bahawa perbuatan ulama Salaf kadang-kadang dinukil dari sebahagian mereka bukan pada
sebahagian yang lain. Maka adakah perkara tersebut cukup untuk menafikan sifat bid'ah bagi
orang yang berpeganagan dengan konsep bid'ah al-tark (seperti Ibn Taimiyyah) atau tidak?
Sudah tentunya mereka masih menganggap ia adalah bid'ah; kerana sahabat Abdullah bin
Umar yang mengambil berat akan bekas-bekas (atsar) tinggalan Nabi SAW untuk bertabaruk
dan tidak ada satupun sahabat yang mengingkari perbuatan tersebut - telah dituduh sebagai
bid'ah oleh mereka golongan yang pertama ini.

Begitu juga dengan masalah memohon hujan di Makam Rasulullah SAW yang mulia dengan
berkata langsung kepada Nabi SAW: "Siramilah kami!" (Turunkanlah hujan kepada kami) - telah
dianggap oleh kelompok pertama sebagai bid'ah yang keji bahkan sebahagian dari mereka
menghukum sebagai kufur walaupun ada atsar dari perbuatan seseorang yang entah beliau
adalah sahabat atau tabiin dan disampaikan kepada Sayyidina Umar RA beliau tidak
mengingkarinya! Atsar ini telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dan Imam al-Bayhaqi dan
disahihkan oleh dua Hafiz iaitu Ibn Hajar al-Asqalani dan Ibn Katsir.
Kitab Raf'u al-Manarah oleh guru penulis Dr. Mahmud Said Mamduh yang membahas tuntas hadis-hadis tentang tawassul dan
ziarah. 

Dari sini perlulah untuk kita fahamai secara dalam perbezaan antara apa yang disandarkan
kepada ulama Salaf, dan apa yang tidak, dan antara apa yang benar-benar dilarang hanya
kerana menutup kemungkinan terjadinya kerusakan (sadd al-zari'ah) dan apa yang benar-benar
dilarang secara asasnya.

Bahkan kelompok pertama yang agak ekstrim menghukum segala perkara yang tidak dilakukan
oleh pembuat syariat adalah bid'ah dan haram berkomentar akan atsar ini: kalaulah benar ia
sahih, sesungguhnya apa yang difahami dari usul akidah akan menafikannya, kerana sahabat
tidak melakukannya.

Menurut Syaikh Bin Bayyah, sebenarnya ucapan tersebut boleh difahami secara majaz. Seperti
ketika Sayyidina Umar RA meminta Nabi Muhammad SAW untuk membiarkan sahabat Amir RA
tetap hidup, padahal Nabi baru sahaj mengkabarkan akan kematiannya nanti. Ketahuilah
bahawa perkara hidup mati ini tiada yang berkuasa kecuali Allah SWT, sedangkan permintaan
Umar kepada Nabi SAW itu adalah permintaan yang tidak dimiliki kekuasaannya bagi Nabi
SAW. Akan tetapi Umar tentunya bermaksud majaz, dan majaz ini Nabi SAW tidak
mengingkarinya sama sekali. Maka cubalah kelompok pertama seperti Ibn Taimiyyah atau
pengikutnya mengqiyaskan kepada isu istighatsah.

Syaikh Abdullah Bin Bayyah juga menyuruh untuk memahami hadis: "Hidupku lebih baik buat
kalian dan matiku lebih baik buat kalian. Kalian bercakap-cakap dan mendengarkan
percakapan. Amal perbuatan kalian disampaikan kepadaku. Jika aku menemukan kebaikan
maka aku memuji Allah. Namun jika menemukan keburukan aku memohonkan ampunan
kepada Allah buat kalian" (Disahihkan oleh banyak Huffaz termasuk darinya al-Iraqi, al-
Haythami, al-Qasthalani, dan al-Suyuthi). Ini jelas menunjukkan bahawa hubungan antara
Rasulullah SAW dengan umatnya sentiasa bersambung walaupun setelah wafat.
Menurut Bin Bayyah, isu ini adalah isu lama yang sudah berlangsung pada kurun 7 dan 8
seperti yang dapat dirujuk dalam kitab-kitab Imam al-Subki dan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
RH.

Termasuk lagi kisah yang perlu dipertimbangkan oleh pihak pertama adalah
kisah istighatsahnya Badawi di sisi Muhammad bin Abdillah al-Utbi yang mana kisah ini hampir-
hampir tidak ada kitab Manasik Haji dari berbagai mazhab yang tidak menceritakannya,
walaupun pengikut kelompok Ibn Taimiyyah iaitu Ibn Abd al-Hadi menuduhnya lemah!

Apapun itu, Syaikh Bin Bayyah menegaskan bahawa masalah majaz dan hakikat lafaz adalah
termasuk dari perkara yang memunculkan sesuatu khilaf. Orang yang
mengharuskan istighatsah melihat permintaan tersebut bersifat majaz, dan menurut kefahaman
orang Arab sendiri ia adalah mensandarkan pekerjaan kepada orang yang memiliki hubungan
dengannya secara majaz dan diberi keluasan dalam kalam. Al-Quran sendiri telah menetapkan
majaz ini seperti yang membuatkan sesuatu sesat. Secara hakikinya hanya Allah yang boleh
menjadikan seseorang itu sesat seperti firman Allah "Allah menyesatkan siapapun yang
dikehendaki, dan memberi hidayah kepada siapapun yang dikehendaki" (al-Nahl: 93). Akan
tetapi kadang-kadang Allah berfirman dan mensandarkan sifat menyesatkan tersebut kepada
selain-Nya; misalnya syaitan dalam firmannya: "Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan
itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan
memimpinnya kepada azab neraka" (al-Hajj: 4). Kadangkala dinisbahkan kepada orang-orang
yang jahat seperti: "Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa"
(al-Syu'ara': 99). Tentunya majaz dalam al-Quran menjadi perdebatan yang kuat oleh Ibn
Taimiyyah kerana ia menolaknya!

Oleh sebab itulah ia harus melihat kepada kondisi tertentu pelaku istighatsah, apakah yang ia
maksud. Kalau ia maksud mayat tersebut yang menunaikan hajatnya bukan Allah, maka benar-
benar telah sesat dan dapat jatuh kafir. Akan tetapi kalau hanya sekadar perantara iaitu
bahagian dari tawassul maka tidak sepatutnya dihukum sekejam yang dituduhkan pengikut-
pengikut Ibn Taimiyyah RH. Dalam hal ini,

Sadd al-Zari'ah di dalam Isu Istighatsah

Syaikh Abdullah Bin Bayyah pula menjelaskan satu kaedah yang banyak dipakai oleh golongan
anti istighatsah untuk mengharamkannya, iaitu kaedah sadd al-Zari'ah. Beliau mengkritik
kalau istighatsah diharamkan kerana memakai kaedah ini konon dengan tujuan orang awam
yang tidak diketahui maksud kalam mereka untuk tidak melakukannya. Isu paling besar,
kelompok anti istighatsah sudah mengkafirkan mereka, dan isu kafir mengkafir ini adalah
perkara yang sangat berat dan susah kerana masih banyak kemungkinan ia tidak kafir kerana
niatnya adalah benar iaitu murni bertawassul. Hukum kafir hanya boleh jatuh kepada orang
yang benar-benar percaya bahawa orang yang diminta tolong tersebut memiliki kuasa tersendiri
dari kudrat Allah SWT dan keinginan sendiri yang bebas dari Allah. Maka ini baru jatuh kafir.
Apakah boleh ketika situasi ini langsung kelompok Ibn Taimiyyah menghukum kufur???
Cubalah diteliti kenyataan fatwa-fatwa mereka dalam isu ini seperti di dalam Majmu' Fatawa Ibn
Taimiyyah 1/221.

Oleh sebab itulah Syaikh Bin Bayyah memilih jalan yang damai, iaitu tidak mudah mengkafirkan
orang. Beliau menukil kalam al-Zahabi yang menceritakan riwayat Imam Abu Hasan al-Asyári
bahawa beliau sama sekali tidak mengkafirkan ahli kiblat! Malah Syaikh Abdullah Bin Bayyah
pun memperingatkan pengikut-pengikut Ibn Taimiyyah agar tidak terlalu syadid dalam
isu sitighatsah ini dan menuduh sebagai syirik bahkan kufur pelakunya. Beliau mengingatkan
bahawa Gurunya (guru Bin Bayyah secara majaz) Ibn Taimiyyah sendiri pada akhir hayatnya
berkata: "Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari kalangan umat! Nabi SAW Bersabda:
Tidaklah seseorang itu menjaga wudhu'nya kecuali orang mukmin! Maka barangsiapa yang
solat dengan wudhu' maka ia adalah muslim! (Siyar A'lam al-Nubala': 15/88).

Bid'ah Hasanah dan Semua Bid'ah Pasti Dhalalah

Syaikh Abdullah Bin Bayyah selalu mengambil langkah mendamaikan semua pihak, tapi tegas
dengan pendapat yang lebih sahih secara hujjah. Dalam hal ini, beliau lebih pro kepada
kelompok kedua yang beranggapan bid'ah itu hukumnya terbagi-bagi sesuai dengan jenis isu
tersebut. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa perbezaan antara kelompok Ibn
Taimiyyah dan kelompok kedua sebenarnya hanya lafzi sahaja. Kerana Ibn Taimiyyah sendiri di
dalam kitabnya Iqtida' al-Shirath al-Mustaqim 274 berpendapat bahawa selagi ada dalil yang
selamat maka ia bukanlah bid'ah akan tetapi baik. Ini adalah sama dengan pendapat kelompok
kedua yang berani membahagi bid'ah ada yang baik dan ada yang buruk, kerana menurut
Imam Nawawi misalnya, ia mengatakan bahawa hadis segala bid'ah itu sesat adalah umum
yang ditakhsis dengan hadis: "Barangsiapa yang membuat tradisi (sunnah) yang baik maka ia
mendapat pahala....". Untuk membuktikan bahawa sebenarnya perbezaan pendapat di antara
kedua kelompok ini, dapat dirujuk kepada isu-isu yang mereka khilafkan, ternyata ia terjadi
semuanya kembali apakah dalilnya umum atau khusus.

Video Syaikh Abdullah Bin Bayyah menjelaskan tetang tabarruk dan menyatakan ia adalah


harus bahkan baik!

Satu Contoh yang dipilih Syaikh Bin Bayyah adalah isu panas iaitu tawassul. Bin Bayyah
berkata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah membataskan dalil keharaman tawassul kepada 3
perkara yang telah dinasskan. Dengan dalil yang sama, ulama yang mengharuskan tawassul
telah berhujjah dengannya. Ini kerana melihat perkara yang ada nas terlah menjadi saksi bagi
perkara yang ada nas, contohnya hadis orang buta yang memilih bertawassul bukan bersabar,
Ibn Taimiyyah yang sebenarnya telah mensahihkan hadis tersebut sendiri mentakwilnya iaitu
orang buta telah bertawassul dengan doanya SAW.

Kalau seumpama kita berani berhujjah bahawa isu tawassul masih dalam perbahasan khilaf
fikah, maka hal yang sama dapat diterapkan bagi isu istighatsah yang konon dianggap isu lebih
panas kerana konon juga ia masuk dalam bab akidah. Alasannya; kelompok pertama telah
menghukum haram bahkan menyatakan ia adalah syirik besar atau kecil berdasarkan hadis:
"Janganlah engkau meminta bantuan denganku, akan tetapi mintalah bantuan dengan Allah".
Kita dapat melihat kelompok ini berani berhujjah dengan ayat yang umum yang masuk di
dalamnya menyeru berhala dan tuhan palsu. Sedangkan kelompok yang mengharuskannya
berpegangan dengan dasar Syafaat, bertabarruk dengan rambut dan air liur.

Kesimpulan Syaikh Bin Bayyah

Bagi Syaikh Bin Bayyah; apa yang benar dalam hal bid'ah al-tark ini adalah sesuai dengan
pendapat Imam Ibn Arafah iaitu menperinci hukumnya antara apa yang ditambah kepada suatu
ibadah sehingga ia menjadikan bahagian dari ibadah itu sendiri maka ia adalah tidak
disyarakkan. Misalnya menganggap bahawa wirid setelah solat berjamaah adalah termasuk
dari sunnat-sunnat solat. Yang benar ia adalah sebuah ibadah yang disyariatkan dan sudah
diketahui keagungannya sebagai doa. Ini menunjukkan bahawa Syaikh Abdullah Bin Bayyah
telah memilih pendapat kelompok kedua yang membahagi bid'ah kepada berbagai hukum
sesuai dalilnya. Akan tetapi beliau juga konsistan untuk tegas membezakan yang mana ibadah
yang ada asas dari dalil khusus dan mana yang hanya dikuatkan oleh dalil umum lainnya. Maka
hukumnya juga berbeza-beza.

Jawaban Imam Ibn Arafah bagi isu membaca doa setelah solat secara berjamaah yang diisyarahkan oleh Syaikh Abdullah Bin
Bayyah bahawa beliau lebih condong kepada pendapatnya. al-Mi'yar al-Mu'rib 6/383 cetakan Kementrian Wakaf Maghribi.

Syaikh Abdullah Bin Bayyah menambahkan 3 batasan penting untuk dipegang oleh muslimin
bagi isu ini:

1) Tidak boleh memberi hukum syarak tertentu kepada amalan tersebut seperti wajib atau sunat
ketika tidak ada dalil yang menunjukkan perkara tersebut, seperti contoh dalil-dalil yang
berhubungan dengan kesunahan berzikir pada setiap keadaan, maka tidak harus bagi orang
yang memilih untuk mengamalkan zikir tersebut mengatakan ia adalah wajib kecuali ketika ia
dilakukan kerana ada nazar.

2) Tidak boleh menetapkan amalan tersebut dengan sebuah pahala khusus, kerana yang
menentukan pahala adalah pembuat syariat itu sendiri.

3) Perkara yang tidak dilakukan oleh pembuat syariat tadi tidak diliputi oleh dalil yang
melarangnya dengan larangan yang bermakna haram atau makruh.

Kesimpulan Penulis

Dari sini jelaslah, bahawa Syaikh Abdullah Bin Bayyah adalah seorang tokoh yang benar-benar
bermanhaj wasatiy. Beliau berhujjah dengan dalil, bukan taksub. Beliau boleh memuji seorang
tokoh melangit, tapi tidak takut untuk menyatakan perbezaan dengan tokoh tersebut. Misalnya
Ibn Taimiyyah, yang dalam hal lain beliau mengambil pendapatnya dan membersihkan
namanya, pada bab bad'ah al-tark ini beliau tolak dengan hikmah. Itulah manhaj ilmu yang
sebenar. Berkata benar walaupun pahit, dan tegas dengan manhaj dan pendirian. Tapi
segalanya wajib dengan adab. Semoga Allah memanjangkan umur beliau, amin!

Anda mungkin juga menyukai