Anda di halaman 1dari 3

GURU PENYAYANG

EN. UTHYA SURIAN A/L ARJUNAN

SJKT LADANG JERAM, KUANTAN, PAHANG


ABSTRAK

Kajian artikal ini berdasarkan kajian kes kualitatif yang bertujuan untuk menerokai
Amalan terbaik iaitu “Guru Penyayang” yang dilaksanakan oleh Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Ladang Jeram untuk menyemai budaya sikap menyayangi dan
menghargai dikalangan semua warga sekolah khususnya dalam kalangan anak
muridnya. Ama;an terbaik yang dilaksanakan ini akan menjadi lebih bermakna dan
bermanfaat jika ideanya, objektif, matlamat dan halatuju amalan resebut dikongsi
bersama; baik dikalangan pentadbir, guru-guru, murid-murid dan juga ibu bapa.

Data dikumpul berdasarkan pemerhatian dan data analisis APDM KPM. Dapatan
kajian mendapati bahawa dengan program “Guru Penyayang” setiap hari Isnin
pemberian hadiah kepada semua murid yang hadir ke sekolah dapat meningkatkan
kehadiran murid sekolah melebihi 95%dengan memenuhi Hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia. Denagan program ini dapat memupuk sikap kasih
sayang,bertanggungjawab, hormat- menghormati sesame murid dan guru0 guru
sekolah.
PENGENALAN

Program Guru Penyayang adalah merupakan program kolaboratif antara


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menangani permasalahan
disiplin dan salah laku murid. Pelaksanaan program Guru Penyayang oleh KPM ini
adalah amat bertepatan dengan usaha KPM yang baru dilaksanakan, iaitu Program
Ziarah Cakna. Program Jom ke Sekolah pada tahun ini akan melibatkan pelbagai
pihak dalam usaha menggalakkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke sekolah
bagi menyokong hasrat KPM dari aspek kemenjadian murid. Komitmen antata
semua pihak membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid.
Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku
dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat
dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom ke Sekolah
pada awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah
membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

Program Guru penyayang ini antara pelaksanaanyang sedang giat dijalankan hasil
dari idea kreatif para guru. Mereka menganggap yang para murid ini perlu diberi
perhatian bukan sahaja di rumah malahan juga di sekolah. Ini akan menjadikan
hubungan guru dan anak-anak murid lebih erat. Guru koni lebih pandai mengambil
hati anak-anak murid berbanding ibu bapa. Buktinya mereka sanggup menunggu di
awal pagi dan menjaga pintu pgar kelua masuk murid demi memastikan murid benar-
benar bersedia mahu ke sekolah pada hari ersebut.

Anda mungkin juga menyukai