Anda di halaman 1dari 7

Isi Kandungan

Isi kandungan Muka surat

Borang Maklum Balas 2


Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Kemahiran mendengar 5-7
Kemahiran bertutur 7-9
Rumusan 9

1
1.0 Pendahuluan

Kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian (Kamus Dewan Edisi ketiga,
1994). Kemahiran juga merupakan kebolehan semula jadi yang diperolehi oleh manusia
yang menjadikan ianya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Terdapat
pelbagai kemahiran yang menjadi tonggak penting dalam pendidikan. Antaranya ialah
kemahiran mendengar.

2.0 Kemahiran mendengar

Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar ialah satu proses menerima atau memahami
makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar
sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Pada pandangan Asmah Haji Omar
(2004) tentang kemahiran mendengar lebih kepada asas kemahiran mendengar daripada
kemahiran menulis. Beliau mengatakan kemahiran mendengar harus didahulukan daripada
kemahiran menulis. Pandangan daripada Siti Hajar Abdul Aziz menjelaskan kemahiran
mendengar adalah kemasukan input bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu
telinga . Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu
seperti keseronokan,memaklumkan sesuatu, untuk mempengaruhi dan menyelesaikan
masalah.

Selain itu, kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat
kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama seperti
datang dan tatang dan memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa,
klausa dan ayat.Menurut dinamik.C.M. Faeyten (1991) mengatakan bahawa sebahagian
besar pengetahuan diperoleh melalui pendengaran. Proses mendengar biasanya berlaku
dalam empat peringkat iaitu mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, memahami bunyi-
bunyi tersebut, menilai bunyi-bunyi tersebut dan bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi.Rajah
di bawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran dengar kita:

Faktor-faktor Ekonomi
Fizikal mempengaruhi
kemahiran
mendengar

Jantina Mental

2
Bunyi
a) Faktor fizikal

Faktor fizikal berkaitan dengan anggota badan. Kanak-kanak normal mempunyai deria
pendengaran yang semula jadi sejak dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza ke atas
individu.Terdapat yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya
walaupun tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

b) Faktor jantina

Selain itu,faktor jantina juga mempengaruhi kemahiran mendengar. Terdapat jurang


perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.Contohnya,
kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar
berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya.

c) Faktor ekonomi

Seterusnya,faktor status sosioekonomi.Latar belakang keluarga juga mempengaruhi


kebolehan mendengar kanak-kanak.Contohnya,interaksi antara ahli keluarga.Keluarga juga
boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak
akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar seperti ketika guru
mengajar.

d) Faktor mental

Di samping itu,faktor mental turut mempengaruhi kemahiran ini.Kemahiran mendengar


berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria
telinga akan melalui proses mental untuk mendapatkan tindak balas.Tahap pemikiran anak-
anak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

e) Faktor bunyi

Akhir sekali, faktor lain termasuklah gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat
gangguan-gangguan seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi pengamatan
dan kemahiran mendengar seseorang itu.Contohnya,ketika kanak-kanak sedang belajar di
dalam kelas terdapat satu kemalangan jalan raya di luar bilik darjah jadi pengajaran akan
diberhenti seketika.

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan pelajar-pelajar


menguasai kemahiran ini dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa dan seterusnya

3
memahami mesej yang dibawa atau disampaikan oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut. Prinsip
dalam mengajar kemahiran mendengar iaitu mendengar merupakan gabungan daripada apa
yang dilihat, didengar dan di ingat.Seseorang pendengar yang baik menggunakan alat
pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana dan amat bertepatan dengan
penyataan individidu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding
kecerdasan otaknya. Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan.

3.0 Kemahiran bertutur

Definisi istilah bertutur ialah bercakap dan berbicara (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2004).
Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan manusia. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa kemahiran bertutur
merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua individu (Helmeleya Mohd).
Penguasaan kemahiran bertutur yang baik memudahkan maklumat disampaikan kepada
pendengar dan matlamat komunikasi akan tercapai.Kemahiran bertutur membawa maksud
mempunyai kelebihan yang tinggi untuk menyampaikan idea atau maklumat memgikut laras
bahasa yang betul,tatabahasa yang sempurna dan pemilihan kata baik khususnya dalam
situasi rasmi (Siti Zamrah, 2015). Kemahiran bertutur juga merujuk kepada keupayaan murid
berkomunikasi untuk menjalinkan hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan
serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan bertatasusila.
Kemahiran bertutur terdapat 3 peringkat iaitu awal, pertengahan dan maju.Kemahiran ini
digunakan secara formal dan tidak formal. Rajah di bawah menunjukkan beberapa faktor-
faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur:

Faktor
Fizikal mempengaruhi Jantina
kemahiran
bertutur

Kesihatan Kecerdasan

Persekitaran

4
a) Faktor fizikal

Pertama sekali,faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur ialah faktor fizikal. Pertuturan
biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Secara umum, mekanisme untuk
menghasilkan ucapan manusia dapat dibahagi menjadi tiga bagian iaitu paru-paru, pita
suara di laring, dan artikulator. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau
tidak berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Masalah
pada alat pertuturan merujuk kepada ketidakupayaan alat artikulasi berfungsi dengan baik
bagi menuturkan ujaran.

b) Faktor kesihatan

Seterusnya, faktor kesihatan. Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit
berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-
kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
Masalah pertuturan mungkin disebabkan oleh masalah oral seperti masalah dengan lidah
atau lelangit. Kecacatan pada pita suara juga boleh menyebabkan seseorang itu tidak boleh
mengeluarkan bunyi dan kesannya mereka tidak boleh bertutur dengan baik.

c) Faktor persekitaran

Faktor persekitaran turut mempengaruhi kemahiran bertutur. Kanak-kanak banyak


mempelajari bahasa dari keadaan sekeliling mereka. Persekitaran yang sihat dan positif
penting untuk proses pertuturan mereka. Keluarga memainkan peranan dalam penguasaan
kemahiran bertutur . Ibu bapa yang kerap bertutur dan berbual dengan anak-anak sejak
kecil lagi dapat mempertingkatkan keupayaan bertutur kanak-kanak. Pada masa yang sama,
mereka dapat menambah perbendaharaan kata , di samping mempelajari struktur bahasa ,
tatabahasa yang betul dan perkataan sopan.

d) Faktor kecerdasan

Kecerdasan berkait dengan otak yang sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Seseorang
individu yang cerdas dapat bertutur dengan mudah dan lancar serta dapat melibatkan diri
melibatkan diri dalam aktiviti pertuturan yang merangsang kecerdasan mereka. Contonya,
berpidato, syarahan, debat dan sebagainya. Kanak-kanak yang tidak mampu bertutur
dengan baik dan lancar sering dikaitkan sebagai kanak-kanak yang tidak cerdas.

e) Faktor jantina
5
Akhir sekali, faktor jantina terutama dalam kalangan kanak-kanak, Kajian yang dijalankan
menunjukkan kanak-kanak perempuan dapat bertutur lebih awal daripada kanak-kanak
lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak- kanak perempuan yang berkaitan
dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

4.0 Rumusan

Kemahiran mendengar dan bertutur sangat penting dalam kehidupan seseorang tidak
mengira usia .Keperluan mendengar dan bertutur secara berkesan dapat mewujudkan
suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan
menghasilkan persefahaman secara optimum.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
bahasa, pelajar perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini agar membolehkan mereka dapat
menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya.

6
Rujukan

Dr Haliza, A. (25 Oktober, 2021). Awas kebisingan terus. Sinar Harian.

Helmeleya Mohd, J. (n.d.). Kajian Pengajaran: Meningkatkan Kemahiran Bertutur bagi Murid Sekolah
Rendah. academy ofsingapore teachers.

Kamus Dewan Edisi ketiga. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zamrah, I. (2015). Penguasaan lisan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti.
Universiti Putra Malaysia.

 https://dokumen.tips/reader/f/bmm3104-pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu-
55cac01c6392d
 https://www.academia.edu/36226611/Pengenalan_Kemahiran_Mendengar
 https://www.slideshare.net/BalqisAbdul/137305127-kemahiranmendengar
 https://www.slideshare.net/nshashari/03-kemahiran-mendengar-dan-bertutur

Anda mungkin juga menyukai