Anda di halaman 1dari 1

Sajak Perpisahan

SK Kabajang
Berdiri umpama sebuah istana
Kami datang sejenak desa
Ilmu dikejar memartabatkan bangsa

Hadir kami dididik guru


Penat lelah mereka tidak kenal jemu
Demi merubah sikap dahulu
Supaya keluar menjadi pemburu ilmu

Ilmu dikejar buat pedoman


Menjadi insan yang budiman
Membantu rakan mahupun teman
Jadi pegangan kuatkan iman

Wahai rakan mahupun teman


Melangkah pergi penuh sambutan
Umpama kami seorang graduan
Tersentuh di hati jadi ingatan.

Terima Kasih Ibu


Terima Kasih Bapa
Terima Kasih Guru
Keikhlasan kamu semua tersemat di jiwa
Terima Kasih Teman
Kerana sudi berkongsi cerita
Perpisahan ini terletak di sanubari
Kenangan di dunia hingga mati

Enam tahun kami di sini


Dari tiada kini berdiri berisi
Mengenggam erat memenuhi cita-cita
Sedih terusik menggamit jiwa
Majlis ini pengubat rasa
Semoga kami tinggalkan ia
Dengan Rasa Jaya
SK Kabajang kami melangkah pergi
Terima Kasih Buat Semua

Anda mungkin juga menyukai