Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Novel Sandera

Novel ini menceritakan kisah perjuangan individu bernama Busad di samping rakan dan ahli keluarganya
yang hidup dalam satu zaman serba mencabar yang menuntut pengorbanan harta, masa dan keluarga.
Busad seorang pelapor yang menentang pihak Belanda merupakan tahanan yang akan dihantar ke
Tanah Merah sebagai pesalah politik oleh penjajah India-Belanda. Busad meninggalkan Makassar
bersama Jubir dan di hantar ke Tanah Merah yang digambarkan seperti sebuah tempat menuju
kematian. Busad, telah berjaya melarikan diri daripada ditahan di Digul, Tanah Merah dengan
merancang kebakaran kapal yang membawanya ke Tanah Merah. Ibunya, Sariyah telah ditangkap oleh
serdadu Belanda dan dipenjarakan di Karebosi. Kedua-dua belah tangannya telah dipaku. Ayah Busad
iaitu Ibrahim berasal dari Tanah Melayu, tetapi Busad tidak mengetahui dari negeri yang mana satu.

Kisah kematian isteri Jusuh iaitu Indon yang merupakan ibu saudara kepada Busad yang berada di
Terengganu. Kematian Indon telah membuatkan Jusuh merasa sebuah kehilangan dan menyebabkan dia
menyesal atas perbuatannya yang suka bermain judi dan suka berfoya-foya. Akhirnya Busad menjadi
seorang usahawan setelah selamat daripada kebakaran kapal yang dinaikinya menuju ke Tanah Merah.
Busad berkahwin dengan Kalsom iaitu anak perempuan Jusuh dan juga merupakan sepupu Busad
sendiri. Perkahwinan mereka telah diaturkan oleh Jusuh sendiri atas amanat arwah isterinya, Indon.

Busad terpaksa meninggalkan isteri dan anak dalam kandungan isterinya untuk meneruskan perjuangan
kemerdekaan di Singapura. Sariyah pula dikhabarkan berada di penjara Karebosi dan menjadi tahanan
yang bertahan untuk tidak menurut arahan daripada Direktor Belanda itu. Jusuh sedih melihat Kalsom
yang selalu bersedih kerana ditinggalkan suami yang pergi ke Singapura. Jusuh mengambil keputusan
untuk pergi ke Singapura untuk mencari Busad. Jusuh meninggalkan Kuala Terengganu ke pelabuhan
Mersing dengan sebuah kapal payang. Jusuh menuju mersing ke Johor Bharu dengan berjalan kaki
namun Jusuh meninggal dunia di pertengahan jalan kerana pertengkaran dengan tentera Jepun.Hakim
Mahmud terlibat dengan Parti Melayu Bersatu atas dorongan Busad. Keterlibatan Mahmud dalam Parti
Melayu Bersatu merupakan taktik yang diaturkan oleh Busad untuk mendapatkan kuasa dan hak
menuntut kemerdekaan..

Selain itu, Tanah Melayu digemparkan dengan isu Jus Soli yang menyebut tentang hak kerakyatan
automatik pada kelahiran di Tanah Melayu. Kemenangan 51 kerusi yang oleh Parti Melayu Bersatu
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan melibatkan gerakan Hakim Mahmud. Hakim Mahmud pada
masa itu merupakan wakil kepada Parti Melayu Bersatu dan Zahid sebagai calon yang turut bertanding.
Kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu menggembirakan semua penduduk Tanah Melayu yang juga
diraihkan dengan kejayaan Kadir dan Rustam. Rustam telah beranjak dewasa dan setampan ayahnya
iaitu Busad. Rustam memulakan pengajiannya di sebuah Universiti seperti yang dihajatkan oleh ayahnya.

Pada akhir Novel ini menceritakan tentang Ismail atau Weh yang menjual tanah pusaka arwah Haji
Karim. Tanah pusaka Haji Karim merupakan hak Busad dan Kalsom namun Ismail telah menjual tanah itu
kepada orang cina. Terjadi pertelingkahan dan pergaduhan antara Busad dan Ismail. Akhirnya, Ismail
tersungkur lemah di tangan Busad. Busad juga menangkap orang Cina yang berpakat dengan Ismail
untuk diserahkan kepada pihak polis.

Anda mungkin juga menyukai