Anda di halaman 1dari 2

Setahun ke dua tahun

Bayi mula belajar berbahasa dan berbicara pada tahap ini. Bayi mula dapat
menggunakan bahasa dan perkataan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Kanak-kanak juga dapat mengawal pergerakan tangan dan kaki mereka pada
peringkat ini. Susunan perkembangan kanak-kanak adalah sama iaitu dari duduk ke
berdiri dan berjalan seterusnya berlari.

Prinsip

~Perkembangan bermula dari kepala ke kaki. (Prinsip pertumbuhan dari bahagian


kepala menghala ke kaki bermula dari embrio) Selepas lahir saiz kepala bayi akan
berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan kaki dan tangan. Dengan itu,
kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya dahulu kemudian diikuti
dengan tangan dan kaki mereka.

~Perkembangan kanak-kanak berlaku dari tengah badan ke luar badan.


Perkembangan ini bermula dari bahagian tulang belakang kemudian berkembang ke
bahagian tangan dan kaki. Bayi dapat menggunakan lengan dahulu sebelum
menggunakan tangan dan jari.

~Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus / Susun
atur- bermula dari umum kepada yang spesifik atau khusus.

~Corak pertentangan berbeza / Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah


sama iaitu dari duduk ke berdiri dan berjalan seterusnya berlari tetapi kadarnya
adalah berbeza pada setiap individu - faktor warisan 继承人 dan persekitaran.

~Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap tetapi perkembangan berlaku dari


peringkat persenyawaan hingga akhir hayat. / Perkembangan berperingkat-peringkat

~Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang


kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

~Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-


peringkat tertentu.

~Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak. / Perkembangan


menyeluruh- setiap peringkat perkembangan akan mempengaruhi (Kanak-kanak
mempunyai keupayaan mental untuk memikirkan objek yang boleh dilihat sebelum
dapat memikirkan sesuatu yang tidak dapat dilihat.)

~Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.


(Kanak-kanak hanya mementingkan hal-hal tentang dirinya sahaja. Melalui
peningkatan umur barulah mereka menerima pandangan orang lain.)
~Kadar kecepatan- domain kognitif, efektif dan psikomotor berbeza

~Perkembangan anggota badan- saling mempengaruh

Perkembangan adalah satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga
peringkat kematangan. Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat diukur berdasarkan
dua cara iaitu kualitatif dan kuantitatif. Perubahan yang boleh diukur secara kualitatif
bermaksud perkembangan yang sukar atau tidak dapat diukur termasukalah
peningkatan pada kemahiran fizikal seperti berlari, penggunaaan anggota badan dan
sebagainya. Perubahan yang bersifat kuantitatif pula merupakan perubahan yang
boleh diukur dan juga difahami sebagai pertumbuhan gigi, saiz badan, berat, gigi,
tingggi dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai