Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan maksud budaya mengikut fahaman anda.

Budaya merujuk kepada sekumpulan barang kebendaan dan kerohanian dari kumpulan
sosial yang diwarisikan secara turun-menurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain
bagi membimbing amalan individu dan kolektif. Budaya termasuklah asas, proses, cara
hidup, unsur sosial, adat, tradisi, kebiasaan, nilai, corak, alat dan pengetahuan yang menjadi
milik masyarakat. Budaya juga dikenali sebagai cerminan ketamadunan bangsa yang
menunjukkan kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, berkelakuan dan seumpamanya.
Budaya mampu membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Secara
keseluruhannya, budaya didefinisikan sebagai suatu gaya hidup atau cara hidup manusia
secara menyeluruh.

Jelaskan kepentingan memahami konsep budaya kepada guru.

Pertama sekali, guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya.


Seterusnya, guru dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Dengan ini, murid
akan lebih mengenali budaya yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, nilai-nilai
menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Akhir sekali, guru dapat
memupuk semangat perpaduan serta untuk profesionalisme guru sendiri.

Sediakan maklumat tentang salah satu subetnik masyarakat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai