Anda di halaman 1dari 12

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)

(BTPSE)

JANUARI/2021

HBEF 1103

SOSIOLOGI & FALSAFAH PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : 971202036303001


NO. KAD PENGNEALAN : 971202036303
NO. TELEFON : 0186657166
E-MEL : mohdizzat367@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


i Isi Kandungan i

Bahagian A

1.0 Definisi Budaya Sekolah 1

2.0 Kaedah Melahirkan Individu Yang Berkomunikasi Antara Budaya


2.1 Perubahan Pengajaran dan Pembelajaran 3

2.2 Mengenalpasti Perbezaan Antara Pelajar 4

3.3 Peranan dan Tingkahlaku Guru Yang Menggalakkan Proses 4


Pengajaran dan Pembelajaran.

3.0 Bahagian B 6

4.0 Rujukan 9

i
BAHAGIAN 1

1.0 Definisi Budaya Sekolah

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir
daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai,
simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya
yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya
aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah
dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Di dalam budaya
sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang
kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan pengetua sebagai ketua di sekolah
haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, akan
menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya yang
perlu disemai seperti budaya penyayang, budaya hormat-menghormati, budaya berani menyoal
dan budaya membaca. setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti
yang berkaitan contohnya budaya membaca dimana, projek nilam diadakan pada setiap hari
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di dalam projek nilam ini, setiap pelajar
yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah
dibaca itu tadi.

Sementara itu, Luthan (1995) mengetengahkan enam karakteristik penting dari budaya
organisasi, iaitu yang pertama, “obeserved behavioral regularities” iaitu cara bertindak dari
para anggota yang amat diperhati. Ketika anggota organisasi berinteraksi dengan anggota
lainnya, mereka mungkin menggunakan bahasa umum, istilah, atau ritual tertentu. Yang kedua,
“norms” yakni berbagai perilaku yang ada, termasuk di dalamnya tentang pedoman sejauh
mana suatu pekerjaan harus dilakukan. Yang ketiga, “dominant values” iaitu adanya nilai-nilai
nilai yang dipegang bersama oleh seluruh anggota organisasi, misalnya tentang kualiti produk
yang tinggi, absensi yang rendah atau efisiensi yang tinggi. Yang keempat, “philosophy” iaitu
adanya kebijakan-kebijakan yang berkenaan dengan keyakinan organisasi dalam melayan
pelanggan dan karyawan. Yang kelima, “rules” iaitu adanya pedoman yang ketat, dikaitkan
dengan kemajuan organisasi. Yang terakhir, “organization climate” yang

1
merupakanperasaan keseluruhan “an overall feeling” yang digambarkan dan disampaikan
melalui keadaan ruang, cara berinteraksi para anggota organisasi, dan cara anggota organisasi
memperlakukan dirinya dan pelanggan atau orang lain. Pemahaman tentang budaya
sesungguhnya tidak lepas dari konsep dasar tentang budaya itu sendiri, yang merupakan salah
satu terminologi yang banyak digunakan dalam bidang antropologi. Dewasa ini, dalam
pandangan antropologi sendiri, konsep budaya ternyata telah mengalami perbezaan makna.
Sebagaimana dinyatakan oleh Peursen (1984), bahawa orang berpendapat budaya meliputi
segala manifestasi dari kehidupan manusia yang berbudi luhur dan yang bersifat rohani,
seperti agama, kesenian, ilmu pengetahuan, tata negara dan sebagainya. Tetapi pendapat
tersebut sudah sejak lama disingkirkan. Dewasa ini budaya diertikan sebagai manifestasi
kehidupan setiap orang dan setiap kelompok orang-orang. Kini budaya dipandang sebagai
sesuatu yang lebih dinamis, bukan sesuatu yang kaku dan statik. Budaya tidak tidak diertikan
sebagai sebuah kata benda, kini lebih bermaksud sebagai sebuah kata kerja yang dihubungkan
dengan kegiatan manusia.

Alan dan Philip (1996), secara ringkas memberikan pengertian budaya sebagai “cara
kita melakukan hal-hal di sini. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat
kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus
didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka.
Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh
golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.
Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan
kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan pihak guru dan sekolah.
Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tersisih. Budaya ini menyebabkan pelajar
ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk
melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh
rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka
akan wujudlah masalah sosial (Leonard 1937). Terry dan Kent (1993) mentakrifkan budaya
sekolah sebagai "realiti dalaman".

2
2.0 Kaedah Melahirkan Individu Yang Berkomunikasi Antara Budaya

2.1 Perubahan Pengajaran dan Pembelajaran


Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan
pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya
mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu
objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang.
Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan
ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan
mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai
satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala
aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam
tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis
pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri
dan nilai individu.

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan pengajaran dan perubahan


bagi membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran kerana ia dituntut oleh
seseorang guru bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan. Papan
kenyataan dalam bilik darjah dapat menyebarkan maklumat yang merangsang pemikiran,
memberi inspirasi dan menggalakkan pelajar-pelajar. Sebagai contoh yang boleh dijelaskan di
sini, seseorang guru boleh memaparkan pernyataan atau soalan yang mencabar ataupun
gambar-gambar yang mempunyai maksud yang samar-samar pada papan kenyataan. Jika
matlamat seseorang guru itu adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar supaya terus
melibatkan diri dalam kegiatan berfikir, beliau boleh juga berusaha dengan memaparkan pada
papan kenyataan bilik darjahnya petikan-petikan, tarikh peristiwa-peristiwa inovatif, atau pun
profil orang-orang yang telah memberi sumbangan penting terhadap alam pemikiran.

3
2.2 Mengenalpasti Perbezaan Antara Pelajar
Mengenalpasti perbezaan pelajar adalah salah satu usaha bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas atau sekolah. Salah satu
usaha lain yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas ialah yang berkaitan dengan kebudayaan pelajar-pelajar. Sekolah zaman sekarang datang
daripada berbagai-bagai latar belakang sosial. Walaupun kepelbagaian latar belakang sosial ini
dapat dianggap sebagai satu aset, namun moral kebudayaan individu, pantang larang dan tradisi
boleh mempertingkatkan pernyertaan pelajar dalam perbincangan bilik darjah yang
memungkinkan buah fikiran seseorang individu itu digalakkan , dikongsi bersama, dicabar atau
pun diceroboh. Dalam beberapa keadaan, pelajar mungkin “terjebak” di antara budaya sekolah
yang sedia ada dengan budaya di rumah mereka. Apabila wujud konflik antara dua budaya ini,
pelajar sering kalinya akan terlibat dalam pergelutan mental yang boleh menjejaskan
keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti atau interaksi bilik darjah secara
bebas.

Sekiranya seseorang pelajar mendapati sukar baginya hendak meluahkan ideanya secara
terbuka dengan jelas dan ringkas, guru mungkin membuat andaian yang salah bahawa yang
menimbulkan masalah ialah proses pemikiran pelajar itu pada hal masalah yang sebenarnya
terletak pada ketidakmampuan pelajar itu berkomunikasi secara lancar. Memandangkan bukan
semua pelajar boleh menghujah secara lancar, adalah penting bagi guru menganalisis cara-cara
yang memungkinkan pelajar berkongsi pendapat dan idea mereka. Komunikasi secara lisan
bukanlah satu-satunya sahaja cara untuk berkongsi idea di dalam bilik darjah. Guru perlu
gunakan pelbagai cara lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan
komputer, dan sesi video dan rakaman pita.

2.3 Peranan dan Tingkahlaku Guru Yang Menggalakkan Proses Pengajaran


dan Pembelajaran.
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran
yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

4
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Perlunya guru menarik perhatian pelajar
dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan
mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang
diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat
pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih
perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif
pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi
sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu
tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar (Rusmini,
2009).
Peranan guru dalam bidang kemanusiaan di sekolah harus dapat menjadikan dirinya
sebagai orang tua kedua. Ia harus mampu menarik simpati sehingga ia menjadi idola para
pelajarnya. Pelajaran apa pun yang diberikan, hendaklah dapat menjadi motivasi kepada
pelajarnya dalam pembelajaran. Bila seseorang guru mempunyai perwatakan yang tidak
menarik, maka kegagalan pertamanya adalah ia tidak akan dapat menanamkan benih
pengajarannya itu kepada para pelajarnya. Kebanyakan pelajar enggan menghadapi guru yang
tidak menarik kerana ia kurang menarik perhatian mereka. Ini akan menyebabkan proses
pembelajaran dan komunikasi akan terganggu.

5
BAHAGIAN 2

Keperluan pendidikan di abad ke 21 ini memerlukan satu lonjakan dan paradigma


baharu kerana kepelbagaian budaya dan kerencaman cabaran yang perlu dihadapi. Malah, dasar
global langit terbuka ata globalisasi telah membuka semua ruang dan peluang kepada remaja
untuk menerima apa juga bentuk pengaruh sama ada positif atau negatif. Cabaran untuk
memahami generasi ini dan bagaimana guru-guru dapat berkomunikasi dengan berkesan
dengan mereka di dalam dan di luar sistem pendidikan. Dengan budaya berbeza dan pemikiran
yang berlainan, maka adakah guru mampu membawa kefahaman beliau dengan realiti semasa
murid-murid. Generasi digital ini sangat mahir dengan semua gajet terkini seperti alat-alat
komunikasi dan telefon bimbit berinternet namun persoalannya ialah adakah ianya semakin
memantapkan perkembangan remaja atau meruntuhkan pemikiran dan cara mereka bertindak
dalam menangani sesuatu perkara Pada abad ini, ledakan informasi menjadikan Malaysia
mengalami kemajuan yang dramatik dalam berbagai aspek kehidupan. Pendekatan positif dan
suasana kondusif dengan murid-murid perlu diwujudkan agar mereka dapat menerima
maklumat, informasi, pandangan dan idea melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan.

Terdapat beberapa cabaran pendidikan di abad ke 21 dalam kepelbagaian budaya


antaranya yang Pertama, isu Islamophobia dan prasangka terhadap orang Islam dalam kalangan
orang bukan Islam menjadi semakin ketara selepas peristiwa 11 September 2001. Malah orang
Islam telah dianggap sebagai pengganas. Prasangka buruk bukan hanya kepada orang Islam
sahaja tetapi juga menyentuh soal agama Islam itu sendiri. Prasangka ini berlaku kerana
masyarakat bukan Islam di Barat bahkan di Malaysia sendiri tidak mendapat penerangan yang
jelas terhadap kesucian ajaran Islam. Hal ini kerana sumber dan saluran media barat memberi
gambaran yang buruk dan berat sebelah terhadap umat Islam dan agama Islam. Kedua, menurut
Mior Khairul Azrin (2011) terdapat hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan
Islam, kurangnya pergaulan antara murid Islam dan murid bukan Islam terutama selepas waktu
sekolah, kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya,
amalan, dan adat resam sesuatu kaum. Permasalahan hubungan yang renggang ini mungkin
disebabkan murid tidak memahami konsep bersosialisasi dalam Islam. Bahkan sebagai
pelaksana kurikulum, guru seharusnya meneliti setiap budaya murid-murid dan mempunyai

6
pengetahuan mendalam terhadap murid untuk meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Hal
ini selaras dengan kajian oleh Abdul Razaq (2010), berkaitan kepelbagaian pelajar dan sekolah
satu kajian kes di negeri Pahang menunjukkan bahawa pelajar masih lagi mempunyai
perspektif yang sederhana dan tidak memuaskan tentang konsep kepelbagaian budaya yang
wujud di sekolah. Hal ini berlaku kerana pihak sekolah dan guru kurang memberikan
pendedahan dan dorongan kepada pelajar dalam menerima kepelbagaian di sekolah.

Ketiga, budaya generasi abad ke 21 mengakses and melayari media baru yang semakin
berkembang setiap masa. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2015, terdapat 10.4
juta orang pengguna aktif Facebook, 3.5 juta orang pengguna twitter dan 5.6 juta orang yang
menjadi pengguna Instragram. Selain itu, data juga menunjukkan bahawa 21.9 juta (73%)
penduduk Malaysia menggunakan aplikasi Whatsapp yang secara nisbah dengan jumlah
penduduk adalah yang ketiga tertinggi di seluruh dunia. Malah, data juga menunjukkan 19.2
juta (64%) orang penduduk adalah pengguna internet yang mana mereka menggunakan 2.8 jam
sehari untuk melayari laman-laman web sosial. Selain dapatan juga menunjukan bahawa 16.5
juta (55%) penduduk Malaysia adalah pengguna aktif dalam media sosial. Malah tahap
penggunaan ini dijangka akan meningkat khususnya Facebook dijangka pada tahun 2019
dijangka terdapat 13.2 juta orang pengguna Facebook di Malaysia (Malaysia number of
Facebook users, 2016). Kewujudan media sosial kini merupakan cabaran baru dalam dunia
pendidikan kerana ianya telah digunakan secara amat meluas dalam generasi muda. Media
sosial yang popular seperti Facebook, Facebook Messenger, YouTube, Instragram, Whatsapp,
Telegram, Wechat, Google+, Linkedin, Skype, Line telah digunakan secara meluas di negara
ini. Penggunaan media sosial menjadi semakin popular di Malaysia menjadi satu budaya baru
dengan kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband, Streamyx, P1 Wimax dan
Unifi semakin meluas dikalangan masyarakat telah berkembang kepada peningkatan pengguna
di negara ini. Hasil daripada perkembangan dan kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang
sempurna, impak budaya media baru bukan sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar
sahaja, malah ianya turut melibatkan cara dan budaya golongan remaja di kawasan luar bandar
(Ab. Halim 2015). Malah, pihak media sering menggunakan alasan hak dan kebebesan seperti
hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara dan juga hak individu bagi membolehkan mereka
melaksanakan berbagai-bagai bentuk rancangan dan program yang akhirnya telah merosakkan
budaya dan cara hidup serta pegangan agama seseorang. Ini menjadi semakin serius apabila

7
konsep “budaya tanpa sempadan” digunakan bagi menyebarkan maklumat.

Keempat, cabaran bagi para pendidik untuk menghubungkan jurang persepsi dan ilmu
antara guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa faktor
dunia tanpa sempadan dan ledakan globalisasi telah memberikan kesan yang signifikan dalam
pembangunan warganegara serta keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia.
Tempoh pendedahan yang tinggi terhadap media massa dan sosial memberikan kesan yang
negatif terhadap pegangan nilai-nilai akhlak pelajar. Kewujudan berbagai saluran televisyen,
radio dan ditambah pula jutaan laman web menjadi isu dalam pendidikan remaja khususnya
remaja-remaja Muslim. Apa yang jelas terdapat hubungan yang signifikan antara pendedahan
media masa dan sosial dengan perkembangan sosio-psikologi remaja. Dalam konteks Malaysia,
penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia
dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Kemudahan jaringan internet dan
penjualan berbagai alat mudah alih tanpa wayar yang murah dan mudah didapati menyebabkan
penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat semakin meningkat di negara ini.
Seeloknya, pembelajaran yang berkesan akan dapat memastikan murid-murid dibangunkan
dengan sokongan yang mantap daripada pengajaran guru dalam dan luar bilik darjah. Apa
yang utama ialah keberkesanan pendidikan abad ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada
prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Peranan guru semakin
mencabar kerana guru perlu menjadi pemudahcara yang efektif kepada murid dalam sesuatu
aktiviti pembelajaran di dalam kelas malah di luar bilik darjah. Semua lapisan warga
pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 kerana
mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar dan kurikulum yang dibangunkan. Secara
umumnya dapat difahami bahawa pembelajaran abad ke-21 merupakan satu bentuk
pembelajaran yang memerlukan murid menguasai isi kandungan sambil menghasilkan,
mensintesis dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber-sumber yang
luas dengan memahami dan menghormati budaya berbeza.

8
RUJUKAN

i. Azhar Wahid. (2009), Sosiologi dan Falsafah Pendidikan di Malaysia Edisi pertama,
Open University Malaysia.

ii. Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil, Assoc Prof Dr Chung Han Tek. (2011). HBEF1103
Sosiologi dan Falsafah Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.

iii. Prof Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri & Dr Nur Hanani Hussin .(2017). Pembelajaran
Abad Ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya; Harapan Dan Cabaran.
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dala
m_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan.

iv. http://jimmymie66.blogspot.com/2010/12/budaya-dalam-pendidikan.html.

Anda mungkin juga menyukai