Anda di halaman 1dari 5

PERENGGAN PENDAHULUAN

Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Di


dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang
berkait rapat dengan fokus utama karangan.

Definisi/Penyataan Umum

 Terdiri daripada satu ayat sahaja dan ditulis berdasarkan tajuk

Ayat Huraian (AH)

 Terdiri daripada satu hingga tiga ayat


 AH1 : Perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
 AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga /
masyarakat / negara (bergantung kepada soalan)
 AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan
formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya,
Bagaimana, Bila dan Dimana)

Ayat Contoh (AC)

 Boleh memberikan satu atau melebihi ayat contoh.


 Pastikan contoh yang diberikan sesuai dan relevan dengan kehendak
soalan.

Ayat Arah (AA)

 Menyatakan pendirian, sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan


secara umum.
 Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.
 Boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung
kepada kreativiti penulis.

PERENGGAN ISI

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi dihuraikan
dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan teratur. Setiap
perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi
dimulakan dengan satu ayat topik diikuti dengan ayat huraian, ayat contoh dan
ayat penegas.
Ayat Topik (AT)

 Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.


 Ditulis pada permulaan ayat dan menjadi pencetus idea untuk
pengembangan ayat seterusnya.

Ayat Huraian (AH)

 Terdiri daripada satu hingga lima ayat.


 Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1L /
MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila,
Dimana) Teknik MASSBBD
 Setiap huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara
menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC)

 Boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.


 Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan kehendak
soalan.
 Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

Ayat Penegas (AP)

 Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.


 AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi
masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.

TEKNIK IMBaKUP (PERENGGAN ISI)

Bagi teknik ini, pelajar perlu menyoal diri sendiri bagi mendapatkan soalah yang
diperlukan. Namun begitu, soalan yang ditanya tidaklah dimasukkan ke dalam
penulisan. Hanya jawapan sahaja yang dinyatakan.

*Teknik ini boleh digunakan sebagai salah satu teknik untuk menulis
perenggan isi dengan baik.
Contoh Teknik IMBaKUP

TAJUK : Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

Isi : memberikan didikan agama

Mengapa : 

i. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-
anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi

ii. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan

iii. dapat membezakan permata dengan batu kelikir

Bagaimana :

i. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biarlah
dari rebungnya

ii. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat tiang agama - mampu
mencegah kemungkaran

Kesan : 

i. takut balasa Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial

ii. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia

Ungkapan Menarik : Albert Einstein " Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa
agama akan lumpuh."

Penegas : Didikan agama yang mantap merupakan elemen yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.

Contoh perenggan isi yang lengkap


PERENGGAN PENUTUP

Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang
telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. 

Ayat Kesimpulan (AK)

 Terdiri daripada satu hingga dua ayat.


 merumuskan keseluruhan karangan.
 Tidak menyenaraaikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira
salah)

Ayat Cadangan (AC)

 Terdiri daripada satu hingga dua ayat.


 Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus
arahan yang diberikan.
 Tidak memerlukan huraian yang panjang.
Ayat Harapan (AH)

 Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC


diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
 Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan
AC dengan AC.
 Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai