Anda di halaman 1dari 2

Senarai 17 nilai dalam komsas

Baik hati Berdikari


Hemah tinggi Hormat-menghormati
Kasih sayang Keadilan
Kebebasan Keberanian

Kebersihan fizikal dan mental


Kejujuran Kerajinan
Kerjasama Kesederhanaan
Kesyukuran Rasional

Semangat bermasyarakat
Hormat-menghormati

BIL NILAI PERISTIWA

1 Baik hati Johari memiliki nilai baik hati. Johari menjaga kedua-dua
sepupunya, Azlina dan Firdaus dengan baik sepanjang
ekspedisi berbasikal ke Pantai Morib.

2 Berdikari Azlina memiliki nilai berdikari. Azlina mampu berdikari semasa


menyertai ekspedisi berbasikal ke Pantai Morib bersama
abang dan sepupunya.

3 Hemah tinggi Johari memiliki nilai hemah tinggi. Johari bersikap matang dan
berhemah menangani konflik antara sepupu-sepupunya,
Azlina dan Firdaus dengan baik sepanjang ekspedisi
berbasikal ke Pantai Morib.

4 Hormat-menghormati Johari, Azlina dan Firdaus memiliki nilai hormat- menghormati.


Mereka saling menghormati sepanjang ekspedisi malah
mereka mengadakan undian dan mengambil kira pendapat
semua orang semasa membuat keputusan.

5 kasih sayang Azlina memiliki nilai kasih sayang. Azlina sayang akan
abangnya Firdaus. Walaupun sikap Firdaus sangat
menjengkelkan serta Firdaus seorang yang banyak kerenah,
Azlina berusaha untuk mengubah abangnya agar menjadi
seorang lelaki sejati.

6 Keadilan Johari memiliki nilai keadilan. Johari mengadakan cabutan


und da mengambil kira pendapat semua orang semasa
membuat keputusan untuk meneruskan ekspedisi atau tidak.

7 Kebebasan Azlina memiliki nilai kebebasan. Azlina tidak tergugat dengan


teguran mahupun ejekan. Malah Azlina sentiasa membela
abangnya yang sering diejek oleh rakan-rakannya. Walaupun
dipuji oleh penjual air tebu yang mengagumi kehebatannya,
Azlina tetap merendah diri.

8 Keberanian Mazlinda memiliki nilai keberanian. Mazlinda berani


menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas di laut.

9 Kebersihan fizikal dan Azlina memiliki nilai kebersihan fizikal dan mental. Azlina
mental memiliki fizikal yang sihat serta sering berjoging serta memiliki
kebersihan mental dan sentiasa berfikiran positif.

10 Kejujuran Azlina memiliki nilai kejujuran. Azlina jujur menceritakan hal


yang sebenar kepada rakan-rakan Firdaus mengenai
kelewatan mereka tiba di Pantai Morib.

11 Kerajinan Firdaus memiliki nilai kerajinan. Firdaus rajin membant ibunya


mengemas rumah.

12 Kerjasama Azlina, Johari dan rakan-rakannya memiliki kerjasama.


Mereka melakukan kerja bersama-sama semasa berkemah
seperti menyediakan makanan dan membina bersama-sama.

13 Kesederhanaan Azlina memiliki nilai kesederhanaan. Azina tidak mabuk


dengan pujian kakak penjual air tebu yang mengagumi
keupayannya berbasikal dari Klang.

14 Kesyukuran Johari memiliki nilai kesyukuran. Johari bersyukur kerana dia


berjaya menghabiskan ekspedisi berbasikal bersama adik
sepupunya.

15 Rasional Johari memiliki nilai rasional. Johari menjadi pendamai


apabila berlaku konflik antara azlina dan Firdaus.

16 Semangat Kasman, Tamrin , Kasmadiana dan rakan-rakan memiliki


bermasyarakat semangat bermasyarakat. Mereka menunggu sanggup
menunggu di pantai sebagai tanda sokongan kepada
ekspedisi yang dilakukan oleh Johari dan sepupu-sepupunya.

17 Patriotisme Azlina dan Johari memiliki nilai patriotisme. Mereka berasa


tidak senang dengan kesalahan penggunaan bahasa
Kebangsaan pada papan tanda.

Anda mungkin juga menyukai