Anda di halaman 1dari 121

EDISI PERTAMA

KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

KAWAD KAKI

Rasional Kursus

Kawad kaki bertujuan untuk membentuk seseorang ahli supaya bermegah dengan
disiplin, tatatertib, cergas dan taat setia serta dapat membentuk ahli-ahli supaya
bekerjasama di dalam satu kumpulan dan mempunyai semangat jati diri.

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberikan fokus dan penekanan agar pelatih dapat memperolehi
kemahiran kawad kaki dengan baik serta berupaya menjadi jurulatih kawad kaki yang
mempunyai kompetensi yang baik dan seterusnya akan membawa pelajar di institusi
latihan MARA belajar dengan penuh disiplin, komited dan bertanggungjawab terhadap
tugasan semasa dan pengajian yang diikuti di sepanjang tempoh belajar.

Hasil Pembelajaran

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :

1. pendedahan diri tentang pergerakan-pergerakan dan arahan dalam kawad kaki.


2. memahirkan diri serta memberi arahan / hukuman kawad dengan bahasa yang betul.
3. memahirkan pelajar dengan kemahiran komunikasi berisyarat dan lisan.
4. meningkatkan keyakinan diri dan disiplin pelajar.
5. meningkatkan semangat kerja berpasukan dan kerjasama berkumpulan.
6. menterjemahkan arahan lisan kepada pergerakan anggota badan secara efektif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Original Writer

MPKK
Pusat Ko-kurikulum
UiTM Shah Alam

Editor

Nor Muzaffar bin Mat Noor


BKT

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018


This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES

Synopsis i

Credit page ii

Index iii

Pengenalan Kawad Kaki 1

Bahasa hukuman 2 -10


-Sedia,Senang Diri,Rehat diri,Nombor dan Nyatakan
-Berbaris dalam tiga barisan,meluruskan barisan,pandang
depan
-Melapurkan nombor,buka dan tutup barisan,berpusing dan
berpusing separuh
-Paras,bersurai & keluar baris,berjalan & berhenti dalam
masa cepat
-Berjalan & berhenti dalam masa perlahan, langkah pendek
& langkah panjang, langkah ke hadapan & langkah ke
belakang, langkah ke sebelah.

Aktiviti Pelajar 11

Bibliografi 12

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 1.0 HINGGA 5.0: KAWAD KAKI

PENGENALAN KAWAD

Aktiviti Kawad merupakan aktiviti penting yang terdapat di dalam


Kokurikulum sesebuah institusi. Aktiviti kawad dapat membentuk
dan memantapkan disiplin pelajar.

Berkawad juga dapat mengukuhkan kekuatan dan kerjasama


berpasukan di mana pasukan perlu bekerja dalam satu pasukan
dan berdisiplin.

Unit ini akan membincangkan arahan-arahan yang terdapat


dalam aktiviti berkawad.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Kawad kaki bertujuan untuk membentuk seseorang ahli supaya bermegah dengan
disiplin tatatertib, cergas dan taat setia. Selain dari itu berkawad dapat membentuk ahli-
ahli supaya bekerjasama di dalam satu kumpulan.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas menamatkan unit ini, pelajar akan dapat:

1. mengenalpasti hukuman-hukuman kawad kaki.


2. mengenalpasti pergerakan-pergerakan kawad kaki statik dan dinamik dengan baik.
3. menyediakan diri dengan kemahiran kawad kaki dengan baik untuk diuji.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

1. Kawad Kaki

Aktiviti Kawad Kaki adalah merupakan komponen kemahiran dalam Kokurikulum.


Pembahagian markah sebanyak 40 peratus adalah tertakluk kepada perincian yang
telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan.

1.1 Bahasa hukuman : Sedia

1.2 Bahasa hukuman : Senang Diri

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

1.3 Bahasa hukuman : Rehatkan Diri

1.4 Bahasa hukuman : Nombor dan Nyatakan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

2. Kawad Kaki

2.1 Bahasa hukuman : Berbaris dalam tiga barisan

2.2 Bahasa hukuman : Meluruskan barisan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

2.3 Bahasa hukuman : Pandang depan

3. Kawad Kaki

3.1 Bahasa hukuman : Melapurkan Nombor

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

3.2 Bahasa hukuman : Buka dan Tutup Barisan

3.3 Bahasa hukuman : Berpusing

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

3.4 Bahasa hukuman : Berpusing separuh

4. Kawad Kaki

3.1 Bahasa hukuman : Paras

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

3.2 Bahasa hukuman : Bersurai dan Keluar Baris

3.3 Bahasa hukuman : Berjalan dan berhenti dalam masa cepat

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

5. Kawad Kaki

5.1 Bahasa hukuman : Berjalan dan berhenti dalam masa perlahan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

5.2 Bahasa hukuman : Langkah Pendek dan Langkah Panjang

5.3 Bahasa hukuman : Langkah ke hadapan dan langkah ke belakang

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

5.4 Bahasa hukuman : Langkah ke sebelah

AKTIVITI PELAJAR

1. Pelajar / peserta dipecahkan kepada kumpulan yang kecil serta jurulatih melantik
seorang “komander” bagi tujuan arahan kawad secara kumpulan.

2. Kumpulan kecil diberi arahan mengikut hukuman kawad yang berbeza.

3. Kumpulan-kumpulan kecil akan bergilir melaksanakan hukuman kawad yang


berbeza.

4. Jurulatih memantau proses penggiliran hukuman kawad dan arahan “komander”


yang dilantik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT 1.0 HINGGA 5.0

Secara keseluruhannya, pelajaran Kawad Asas ini adalah dipraktikkan daripada


pelajaran Kawad Statik dan Kawad Dinamik yang lakukan secara berulang-ulang
bagi menghasilkan pergerakan kawad yang seragam.

BIBLIOGRAFI:

1. Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK). 2017/2018. Buku Panduan


Kawad Kaki Komander Kesatria. 31-65.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 1


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 6.0 : ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Rasional Kursus

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.
Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat
terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku
sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan
sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan
mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya.
Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua
penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan
satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang
menyeluruh.

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai maklumat asas
dan definisi dan konsep Pertolongan Cemas. Pelajar-pelajar juga akan dapat
mengetahui peranan sebagai seorang Pemberi Pertolongan Cemas. Pelajar-pelajar
juga akan dapat memperolehi pengetahuan dan kompetensi dalam pelbagai aspek
pertolongan cemas agar berupaya dan yakin memberikan pertolongan asas kepada
mangsa yang memerlukan bantuan awal.

Hasil Pembelajaran

Selepas pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

i. Menjelaskan pronsip-prinsip dan amalan pertolongan cemas.


ii. Mengaplikasikan asas pertolongan cemas untuk kecederaan di luar dan dalam
badan.
iii. Menjelaskan langkah-langkah bantu mula.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Editor

Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor


BKT

Panel of Editor

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018


This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES

Synopsis i

Credit page ii

Index iii

6.0 Asas Pertolongan Cemas 1

6.1 Plan Tindakan Kecemasan (ERP) 2


6.2 CardioPulmonary Resuscitation (CPR) 4
6.3 Ikatan Anduh dan Balutan 11

Aktiviti Pelajar 14
Ringkasan Unit/Bibliografi 15

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 6.0 : ASAS PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN

Pertolongan Cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan


pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang
tercedera. Pertolongan Cemas merupakan satu cara atau
rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa sebagai
satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang serius.

LEARNING OBJECTIVES

Objektif Pertolongan Cemas adalah untuk:

i. menyelamatkan nyawa.
ii. memberikan bantuan pernafasan sekiranya pengsan.
iii. menghentikan pendarahan, dan;
iv. memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan pernafasan tiba.

LEARNING OUTCOMES

Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:-:

i. Menjelaskan pronsip-prinsip dan amalan pertolongan cemas.


ii. Mengaplikasikan asas pertolongan cemas untuk kecederaan di luar dan dalam
badan;
iii. Menjelaskan langkah-langkah bantu mula.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

6.1 PLAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP)

Kecemasan atau bencana adalah kejadian tidak dirancang yang boleh berlaku pada
bila-bila masa. Sesuatu insiden kecemasan atau bencana akan merugikan organisasi
dari segi harta benda, wang, masa, pekerja dan lain-lain.

Oleh itu, adalah penting untuk sesebuah organisasi memastikan perancangan rapi
dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan atau bencana adalah:-

 Kebakaran
 Letupan
 Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya
 Banjir
 Ancaman bom
 Gempa bumi
 Terperangkap di dalam lif

Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku sesuatu


kecemasan. Di sini disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan
laluan kecemasan iaitu :-

 Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas. Contohnya dengan
meletakkan garisan kuning pada lantai; lampu kecemasan; tanda "emergency exit" di
pintu laluan kecemasan dan lain-lain.
 Laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat kerja. Pekerja dan
pelawat perlu dimaklumkan berkaitan laluan kecemasan dan tempat berkumpul
sekiranya berlaku kecemasan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

 Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan pekerja


pelawat kepada hazad / bahaya lain di tempat kerja.
 Memastikan laluan kecemasan ; pintu kecemasan tidak dihalang oleh objek objek
lain.

Agensi yang perlu dihubungi sekirannya berlaku kecemasan / bencana.

 BOMBA
 Polis
 Hospital
 Jab. Alam Sekitar

Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk


melaksanakan / mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang perlu
diadakan struktur organisasi tersebut adalah :-

 Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team);


 First Aider Team;
 Emergency Commander;
 Liaison Officer;
 HR Officer and etc.

Mewujudkan prosedur ERP dengan menyenaraikan langkah-langkah yang wajar


diambil mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti sebelum ini.

Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul (assembly area).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya pekerja
boleh dilatih menggunakan alat pemadam api.

Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team
tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten
melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli
pasukan, majikan boleh merancang untuk mengadakan latihan kecemasan untuk
memastikan setiap ahli pasukan boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara
praktikal.

Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun sekali.


"Mock drill" yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA dan
pihak hospital. Penilaian perlu dilakukan setiap kali latihan diadakan. Ini bertujuan untuk
memastikan penambahbaikan dapat dilakukan di masa hadapan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

6.2 CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)

Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan


pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini
permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung
atau mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan pergerakan jantung
adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada.

Kombinasi kedua-dua bantuan tersebut membolehkan darah menerima bekalan


oksigen dan seterusnya mengedarkannya ke otak dan lain-lain organ penting.
Terdapat beberapa sebab jantung terhenti. Antaranya ialah:
i. Penyakit jantung termasuk gelepar ventrikular (ventricular fibrilltion).
ii. Kejutan elektrik.
iii. Alahan
iv. Pengambilan dadah yang berlebihan.
v. Penyakit angin ahmar (stroke).
vi. Lemas (asap, gas beracun atau tersumbat saluran pernafasan).
vii. Kecederaan.

Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila
terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa. Ini
disebabkan faktor-faktor berikut:

a. Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan


mangsa adalah pada kadar 12%.
b. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada
kadar 2% sahaja.
c. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa.

Di dalam istilah perubatan, terdapat 2 jenis kematian selepas kejadian pernafasan


terhenti. Kematian tersebut ialah:
a. Kematian klinikal – bermaksud kematian sementara di mana sel-sel otak dan sel-sel
organ belum mengalami kematian walaupun pernafasan dan jantung terhenti. Kematian
klinikal boleh dipulihkan sekiranya bantuan segera dan awal diberikan kepada mangsa
selepas kejadian terjadi.
b. Kematian biological – kematian kekal di mana sel-sel otak dan semua sel-sel organ
badan telah mati. Kematian ini tidak boleh dipulihkan kembali.
Sel-sel otak akan mula mengalami kematian selepas 4 minit pernafasan dan jantung
terhenti. Ia akan mati kekal selepas 10 minit tidak menerima bekalan darah beroksigen.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi Kardio


Pulmonary. Antaranya ialah:

a. Saluran pernafasan (airway)


b. Pernafasan (breathing)
c. Edaran darah (circulation)
a) Saluran pernafasan.

• Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik
menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau.
• Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu
mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka.
Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah
dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa.

b) Pernafasan
• Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara
mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata
memerhatikan pergerakan dada mangsa.
• Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau
mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa.
c) Edaran darah
• Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan
(nadi brachial) bagi bayi.
• Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan
pergerakan nadi terhenti.

TEKNIK- TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI

1. TEKNIK SEORANG PENOLONG BAGI MANGSA DEWASA.

• Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan tahap kesedaran
mangsa.
 Menjerit meminta bantuan supaya menarik perhatian orang yang ada berhampiran.
 Betulkan salur pernafasan mangsa secara teknik dongak kepala dan angkat dagu
(head tilt and chin lift).
 Periksa pernafasan mangsa dengan teknik dengar, lihat dan rasa sambil mata
memerhati pergerakan dada mangsa. Periksa selama 3 hingga 5 saat.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

 Beri bantuan pernafasan secara kaedah mulut ke mulut atau mulut ke hidung atau
tutup mulut ke lubang pernafasan di leher. Picit hidung dan mulut mangsa. Tarik nafas
dan rapatkan betul-betul ke mulut, hidung dan lubang pernafasan mangsa dan berikan
hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat. Buka mulut atau hidung mangsa supaya
udara yang dihembus keluar. Ulang hembusan yang serupa sekali lagi. Perhatikan
bahagian dada semasa melakukan hembusan bagi menentukan dada mengembang
atau tidak.
 Periksa pergerakan nadi karotik di bahagian leher selama 5 hingga 10 saat bgai
menentukan nadi terhenti atau sebaliknya.
 Cari kedudukan sternum notch (tempat pertemuan antara kiri dan kanan tulang rusuk
di bahagian dada).
 Letakkan 2 jari di sternum notch sebagai penanda tempat tekanan. Letakkan tumit
tapak tangan dan tindihkan tangan tersebut dengan tangan yang satu lagi.
 Luruskan tangan dan kuncikan sendi-sendi siku dan sendi-sendi bahu supaya tidak
dibengkokkan semasa tekanan dilakukan.
 Beri tekanan di bahagian dada dengan menggunakan tekanan berat badan. Jangan
gunakan kekuatan tenaga kerana boleh mencederakan tulang dada dan tulang rusuk.
Tekan sedalam kira-kira 1.5 hingga 2 inci (4 - 5cm) mengikut rentak yang sistematik
sebanyak 15 kali tekanan.
 Lakukan tekanan berselang-seli dengan bantuan pernafasan dengan bantuan
pernafasan dengan ratio 15: 2. lakukannya sebanyak 4 pusingan dan akhiri dengan 2
hembusan yang terakhir.
 Periksa pergerakan nadi selama 5 hingg 10 saat kembali.
 Teruskan rResusitasi Kardio Pulmonary jika pergerakan nadi belum pulih.
 Jika nadi pulih, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa 3 hingga 5 saat. Jika
tiada, jalankan bantuan pernafasan sahaja dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat
sekali berterusan sehingga mangsa pulih ataupun tiba bantuan perubatan.

2. TEKNIK BANTUAN DUA ORANG AHLI BANTUAN (MANGSA DEWASA)


 Pembantu pertama berperanan sebagai pemeriksa taraf kesedaran, memeriksa
pernafasan, membantu pernafasan dan memeriksa pergerakan nadi mangsa.
Tekniknya sama dengan kaedah Resusitasi Kardio Pulmonari seorang ahli bantuan.
 Pembantu kedua berperanan sebagai pemanggil bantuan perubatan serta
menjalankan tekanan jantung (chest compression) apabila mendapat isyarat bahawa
tiada pergerakan nadi si mangsa. Lokasi dan kedudukan tangan adalah sama dengan
teknik resusitasi terdahulu.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

 Beri 5 kali tekanan dan diikuti dengan sekali hembusan pernafasan oleh pembantu
pertama.
 Tekanan hembusan dan tekanan dilakukan dengan ratio 5 : 1 dan diteruskan
sehingga 10 pusingan. Akhiri pusingan ke 10 dengan sekali hembusan oleh pembantu
pertama.
 Sekiranya masih tiada pergerakan nadi, maka diteruskan tekanan dan hembusan
seperti terdahulu.
 Jika pergerakan nadi telah dirasai, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa.
lakukan bantuan sekali hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa
boleh bernafas.
 Sekiranya pembantu kedua keletihan, pertukaran boleh dilakukan dengan pembantu
kedua memberi isyarat dengan sebutan “tukar” dan meneruskan 5 tekanan yang
terakhir sebelum pembantu pertama mengambil tempatnya. Manakala pembantu kedua
mengambil tempat pembantu pertama.

3. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI


MANGSA KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN ) SEORANG PEMBANTU.
 Aturan bantuan dari A hingga C adalah hampir sama dengan kaedah orang dewasa.
cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu :
a) Tekanan dada mangsa cuma menggunakan sebelah tumit tapak tangan sahaja.
b) Dalam tekanan yang diberikan adalah 1 hingga 1.5 inci sahaja.
c) Ratio hembusan dan tekanan adalah 1:5
d) Kadar pusingan adalah 10 pusingan sebelum pemeriksaan nadi dijalankan.
e) Bantuan pernafasan berterusan adalah pada kadar 1 kali bagi setiap 3 saat.

4. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI


MANGSA BAYI ( 1 TAHUN KE BAWAH )
 Tekniknya sama dengan orang dewasa dan kanak-kanak kecuali perkara-perkara
berikut :
a. Hidung mangsa tidak perlu dipicit semasa hembusan dilakukan. Pembantu
menggunakan mulut untuk menutup mulut dan hidung si mangsa.
b. Ampu bahagian tulang skapula bayi dengan lengan supaya keadaan kepala mangsa
terlangut dan secara tidak langsung akan membuka saluran pernafasan.
c. Pemeriksaan nadi adalah pada nadi brakial ( bahagian lengan). Ini disebabkan leher
bayi pendek.
d. Penandaan lokasi tekanan adalah dengan menanda garisan lurus antara dua puting
susu bayi dengan 3 jari tangan. Letak 2 jari di atas tulang sternum manakala 1 jari
diangkat. Tekan menggunakan dua jari sedalam 0.5 hingga 1.0 inci sebanyak 5 kali
tekanan dengan kadar 100 kali seminit. Pusingan keseluruhan adalah 20 pusingan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

-Periksa pergerakan nadi. Jika ada nadi, periksa pernafasan mangsa. Lakukan bantuan
pernafasan sekali bagi setiap 3 saat berterusan jika di dapati mangsa tidak bernafas.

KAEDAH CPR

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

6.3 PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN UBATAN

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan
untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang
bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa
latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

Peti Pertolongan Cemas

Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak.
Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan
kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti
pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel
dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama
sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Sesetengah peti pertolongan cemas yang siap dibungkus tidaklah mahal dan
mengandungi kebanyakan barang yang penting. Walau bagaimanapun, mungkin anda
tidak dapat mencari segala-gala yang anda perlukan dalam satu produk. Anda boleh
mula dengan peti pertolongan yang tersedia dan tambah sebarang item yang anda
perlukan.

Alternatif lain ialah membuat peti anda sendiri daripada mula. Anda juga perlu
menyimpan peti pertolongan cemas anda dalam almari yang berkunci dan tidak dapat
dicapai oleh bayi dan kanak-kanak kecil.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas.

BIL PERKARA KEGUNAAN


1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
didapati ada kepatahan tulang
2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena
bendasing

3. Non-sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka‡


Sterile gauze Membuat balutan/memberi tekananpada
perdarahan dan menstabilkankepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk


Roller bandage membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)

5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarang


cecair badan/sumber jangkitan

6. Scissor Memotong gauze/bandage


7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada


luka sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka
Saline solution 0.9%) luar
13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

6.4 IKATAN ANDUH DAN BALUTAN

Anduh beerti ampu. Kain anduh digunakan untuk mengampu anggota badan yang
tercedera. Terdapat 5 jenis balutan anduh iaitu Anduh Lengan, Anduh Kepala, Anduh
Lutut/Siku dan Anduh Pergelangan Tangan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

KEGUNAAN KAIN ANDUH

· Mengampu bahagian yang cedera atau patah


· Menghenti atau menahan pendarahan
· Menetapkan bahagian yang cedera
· Dapat digunakan sebagai pengipas
· Menutup tempat yang luka atau cedera
· Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk

Pembalut cincin

-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.

Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan

-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Anduh besar/ Anduh lengan

-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:

- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.


- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda


dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:-

1. Peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan yang sama bilangannya.


2. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat demonstrasi mengikat anduh
menggunakan kaedah-kaedah rawatan yang tertentu.
3. Setiap kumpulan dikehendaki juga untuk mendapatkan idea bagi satu bentuk
kemalangan yang bersesuaian untuk tujuan di (2).
4. Kumpulan yang menunjukkan persembahan kreatif dan kemas akan diberikan
mata pencapaian berkumpulan dan individu.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT 6

Kursus ini bertujuan supaya pelajar dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan
berketrampilan secara profesional dalam subjek pertolongan cemas serta menguasai
kemahiran kerja berkumpulan, mengamalkan nilai profesional, sikap dan etika yang
tinggi, memilki kemahiran penyelesaian masalah serta kemahiran kepimpinan.

Keupayaan dan kebolehan serta kemahiran pelajar yang tinggi dalam ilmu pertolongan
cemas ini akan dapat diaplikasikan di mana jua berada serta menjadi satu nilai tambah
terhadap pelajar apabila telah tamat belajar dan apabila telah berada di alam pekerjaan
nanti.

BIBLIOGRAFI:

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertolongan_cemas

6. http://www.umw.com.my/wp-content/uploads/2017/04/July-Sept.pdf

7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertolongan_cemas

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 6


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 7.0 : ASAS MENYELAMAT

Rasional Kursus

Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara
untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini dimana
mempunyai caracara dan panduan menyelamatnya yang tersendiri .

Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh
dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang
lebih merbahaya.

Contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian atau kecederaan.

Sinopsis Kursus

Pengetahuan terhadap kursus ini adalah penting bagi memastikan keselamatan


mangsa dan peralatan penyelamat sentiasa tersedia. Aspek keselamatan adalah amat
perlu dititikberatkan bagi memastikan prosedur keselamatan adalah mengikut garis
panduan yang ditetapkan.

Hasil Pembelajaran

Selepas pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

i. mengaplikasikan pengetahuan menyelamat jika keadaan memerlukan.


ii. menerapkan teknik menyelamat seorang atau lebih daripada seorang
penyelamat.
iii. menggunakan kaedah yang betul bagi menyelimut dan mengikat mangsa pada
usungan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Editor

Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor


BKT

Panel of Editor

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018


This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES

Synopsis i

Credit page ii

Index iii

7.0 ASAS MENYELAMAT 1

9.1 Pengenalan 2
9.2 Definisi ikhtiar hidup 3
9.3 Mental survivor 5
9.4 Pengawalan situasi
9.5 Teori ikhtiar hidup 8
9.6 Jenis-jenis ikhtiar hidup

Aktiviti pelajar 12

Bibliografi 13

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 7.0 : ASAS MENYELAMAT

Apabila berlakunya sesuatu malapetaka yang


berskalar besar, penglibatan mangsa dalam jumlah
yang ramai dan dalam keadaan yang terancam.

Tindakan yang pantas untuk mengeluarkan mangsa


dari kawasan berbahaya merupakan satu tindakan
terbaik. Menyelamat kecemasan adalah jalan
penyelesaian terbaik dimana ianya dapat dilakukan
dengan mudah, pantas dan berkesan.

PENGENALAN

Menyelamat adalah merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada


tindakan yang dilakukan bagi maksud meleraikan sesuatu situasi genting kepada
keadaan yang selamat. Kecemasan pula adalah istilah yang dipetik daripada perkataan
cemas yang merujuk kepada sesuatu keadaan yang genting atau dianggap boleh
memudaratkan keadaan atau nyawa.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,


di bukit, di hutan atau di mana sahaja.
2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
3. Membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya.
4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:-

i. mengenalpasti ilmu ikhtiar hidup


ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan ikhtiar hidup.
iii. mengawal diri dari pengaruh yang berunsur negatif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

7.1 Rancangan Menyelamat

Tindakan mengeluarkan seseorang daripada keadaan yang berbahaya dan


ianya mestilah dilakukan dengan serta-merta untuk menyelamatkan nyawa dan harta
benda. Pengetahuan tentang kecemasan adalah keperluan vital dalam menangani
kecemasan. Penyelamatan boleh jua dilakukan biarpun tiada peralatan khas digunakan.
Setiap organisasi yang mempunyai staf melebihi 40 orang perlu menubuhkan satu
pasukan tindakan kecemasan bagi menangani situasi kecemasan sekiranya berlaku di
dalam premis masing-masing.

Menyelamat adalah satu tugas yang baik di sisi masyarakat dan sangat dituntut tidak
kira tempat atau masa dan dalam apa jua bentuk kesusahan. Penyelamat perlu
kesabaran. Seseorang penyelamat perlu kesabaran dan hendaklah mempunyai
pengetahuan yang luas dari segi praktikal mahupun teori. Tanpa pengetahuan ianya
boleh membahayakan mangsa ataupun diri sendiri. Untuk menjamin perbuatan yang
berkesan, latihan perlulah dilaksanakan sentiasa.

Sebelum melakukan kerja-kerja menyelamat, seseorang penyelamat hendaklah


mengetahui istilah DRABC.

D bermaksud Danger iaitu penyelamat perlu pastikan keadaan persekitaran selamat


untuk penyelamat menyelamatkan mangsa.

R bermaksud Response iaitu penyelamat perlu melihat tindakbalas mangsa dan kenal
pasti kecederaan pada mangsa.

A bermaksud Airways iaitu penyelamat perlu pastikan saluran pernafasan mangsa


tidak tersekat.

B bermaksud Breathing iaitu penyelamat perlu mendengar dengan telinga pernafasan


di hidung dan mulut serta tengok dengan mata pergerakan dada mangsa. Sekiranya
tiada pernafasan mangsa hendaklah diberi rawatan CPR.

C bermaksud Circulation iaitu penyelamat perlulah mengikut pusingan untuk


memulihkan pernafasan mangsa.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

7.2 Alih Urus Orang Tercedera

Memindahkan menggunakan pengusung

1. anggota-anggota pertolongan cemas biasanya akan menguruskan orang


tercedera tetapi ada masanya apabila orang-orang tercedera ini dijaga oleh
anggota penyelamat yang mana tugas-tugasnya mereka juga ialah untuk
menyelamat nyawa.
2. Jenis orang-orang cedera yang memerlukan rawatan hendaklah dihantar ke
Unit Bantuan Perubatan Garisan Depan (B.P.C.D). Mangsa-mangsa ini boleh
dijeniskan di bawah tiga kumpulan yang besar:-

i. Mangsa yang boleh berjalan:-

Berikut adalah contoh dari setengah-setengah jenis orang-orang


tercedera yang boleh berjalan yang mana PATUT TIDAK boleh berjalan
kaki.

a) Jika ada tanda-tanda menunjukkan terkejut.


b) Sekiranya ada sedikit keraguan berkenaan dengan sama ada terdapat
luka di bahagian dalam “internal injury” atau tidak.
c) Cedera yang melibatkan luka berdarah dari urat saraf “artery”
walaupun lukanya kecil.
d) Semua kes-kes kena racun dari urat saraf atau gas yang merosakkan
paru-paru.

ii. Mangsa yang tidak boleh berjalan:-

Adalah mereka yang tercedera yang perlu dipindahkan untuk rawatan


selanjutnya, tetapi keadaan luka-luka mereka tidak semestinya
memerlukan menggunakan usungan bagi dipindahkan, yang mana boleh
dijalankan dengan kereta biasa sebagai kes-kes duduk “sitting case”.

a) Kes-kes terkejut yang teruk.


b) Cedera yang luka-luka di anggota bawah (lower limb), kecuali luka-
luka hanya amat ringan (flesh wound).
c) Kes-kes di mana orang-orang tercedera merupakan seolah-olah
terkena gas beracun atau sedikit radiasi (radiation).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

iii. Mangsa yang luka parah:-

Adalah mereka yang mungkin memerlukan rawatan hospital. Contoh-


contoh orang-orang yang tercedera parah adalah seperti berikut:-

a) Semua kes-kes yang luka di bahagian dalam (internal haeamorsage),


luka yang terluka di dada (pneumothorax), anggota-anggota badan
yang remuk redan (shattered limbs), luka-luka di perut, patah-patah
yang terbuka dan rumit, pecah (fractures) di tempurung kepala, tulang
belakang, tulang pinggul (pelvis) dan peha, luka-luka yang melibatkan
mata, tulang rahang dan kawalan lidah.
b) Kes-kes yang luka-luka di luar dan terbakar yang banyak atau teruk.
c) Kes-kes dimana tambahan terkejut yang mungkin berlaku seperti
orang-orang yang terperangkap di bawah runtuhan dalam beberapa
ketika atau terdedah kepada kesejukan dan berkeadaan basah.
Haruslah diingatkan bahawa luka-luka kecil yang jika nampak
dipermukaan mungkin ada kaitan dengan yang tercedera di bahagian
dalaman juga.
d) Semua pesakit yang mengidap kencing manis yang mungkin luka akan
jatuh sakit dengan serta-merta.

7.3 Mengangkat, balut mangsa atas usungan

Usungan adalah diperlukan sebagai kaedah untuk mengalih mangsa dari


satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan alat usungan. Apabila
berlaku kemalangan, salah satu perkara yang diutamakan dan harus diberi
perhatian ialah untuk menentukan samaada mangsa perlu dirawat di tempat
kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini bergantung kepada
keadaan dan situasi mangsa di tempat kemalangan.

Seorang yang menolong perlu memindahkan pesakit tersebut ke tempat


yang lebih selamat. Sebelum memindahkan pesakit, anda perlu terlebih dahulu
mengetahui kecederaan yang dialami oleh pesakit anda perlulah terlebih dahulu
mengetahui kecederaan yang dialami oleh pesakit dan mereka yang boleh
membantu anda memindahkan pesakit.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Peralatan yang digunakan untuk mengangkat dan memindahkan pesakit

Mengangkat dan pemindahan pesakit adalah salah satu kemahiran yang kritikal
daripada yang mudah hingga yang lebih kompleks. Penyelamat utama adalah
dipertanggungjawab menyelamat mangsa daripada kecederaan yang lebih teruk dan
pada masa yang sama melindungi diri sendiri daripada kecederaan yang tidak dijangka.

Sebelum mengangkat dan mengusung pesakit yang tercedera, penyelamat perlu


memikirkan beberapa factor utama bagi memastikan pesakit selamat dan dalam
keadaan baik. Antaranya ialah:

i. Pesakit adalah stabil.


ii. Cara yang terbaik untuk mengangkat pesakit.
iii. Alatan yang bersesuaian digunakan.
iv. Cara mengalih pesakit dari posisi duduk kepada baring atau sebaliknya sebelum
dimasukkan ke dalam ambulan.

Apabila berlakunya kecederaan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah


mengangkat mangsa bagi memastikan mangsa dapat dipindahkan ke tempat yang
selamat sebelum rawatan selanjutnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Kaedah pemindahan pesakit

Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah:

a) seorang pembantu (single helper)


b) dua orang pembantu (double helpers)
c) menggunakan penggusung (stretcher)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

a) Seorang pembantu (Single Helper)


Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara.
Antaranya ialah:

a) Kaedah dukungan (Cradle Lift)


-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-
kanak dan bayi.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

• Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)

-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami
kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya.
Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)

-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu


mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan
sedar.

• Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)


-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke
bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.

• Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit.
Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan
merangkak sambil mengheret mangsa.

• Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di
bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.

• Menarik menggunakan blanket


-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala
mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang.

a) Kaedah dua pembantu

• Duduk di atas dua tangan (two hand seat)


-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan
pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing
sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu
belakang mangsa.

• Mengusung berekoran atau berbuntut.

-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang
mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke
belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.

• Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)


-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah
tangan lagi mengampu belakang mangsa.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

• Duduk di atas empat tangan (four hand seat)

-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa
akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.

• Mengangkat menggunakan kerusi

-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki


kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau
secara berekoran.

b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)

• Pengusung gantian ( improvise stretcher)


I. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat
bucunya.
II. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.
III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua
batang kayu dalam guni itu.
IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di
dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

Balut (menyelimut) mangsa atas usungan

Kita perlu menyelimut dan mengikat mangsa di usungan untuk memastikan kerja-kerja
menyelamat lebih efektif dan efisien seperti membawa mangsa menuruni bukit dan
bangunan tinggi serta melalui kawasan yang sempit.

Tujuan menyelimut adalah bertujuan,

i. Supaya luka tidak bergesel dengan kanvas usungan


ii. Memberi keselesaan dan haba kepada mangsa
iii. Mengurangkan pergerakan mangsa
iv. Mengawal kecederaan yang ada.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Langkah-langkah kerja semasa menyelimut mangsa di usungan

a) Mulakan pada bahagian kaki dahulu


b) Rapatkan kaki kemudian tolak sedikit hujung kaki ke hadapan
c) Lipat dengan cermat dan pastikan semua bahagian kaki ditutup oleh selimut
d) Mulakan pada bahagian kaki dahulu
e) Rapatkan kaki kemudian tolak sedikit hujung kaki ke hadapan.
f) Lipat dengan cermat dan pastikan semua bahagian kaki ditutupi oleh selimut.
g) Selimutkan bahagian dada.
h) Pastikan semua bahagian dada ditutupi oleh selimut dengan sempurna.
i) Akhir sekali kemaskan selimut dengan menolak bahagian hujung selimut ke
bawah badan mangsa.

7.4 Mengikat mangsa atas usungan

Kita perlu menyelimut dan mengikat mangsa di usungan untuk memastikan kerja-kerja
menyelamat lebih efisien dan efektif. Mengikat mangsa adalah untuk mengelakkan
mangsa dari terjatuh semasa kerja-kerja pemindahan mangsa dijalankan.
Sebelum mengikat usungan perlulah diingat, usungan (stretcher) perlu diuji terlebih
dahulu.

Teknik menguji:
i. Tepuk daripada bahagian atas kanvas hingga ke bawah.
ii. Gunakan 2 bahagian belakang tangan.
iii. Tepuk dan lurutkan tangan pada permukaan kanvas usungan.
Penyediaan usungan:
iv. Mengikat anduh pada usungan.
v. Letakkan selimut di atas pengusung (stretcher) dalam keadaan bersilang.
( rujuk gambarajah )

Kedudukan selimut di atas pengusung

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Langkah mengalihkan mangsa ke atas usungan

i. Perlukan 3 orang atau lebih penyelamat


ii. 2 atau lebih penyelamat di satu sisi dan seorang penyelamat di satu lagi sisi.
iii. Mengangkat mangsa ke usungan
iv. Meletakkan mangsa di usungan

Kedudukan penyelamat dan mangsa

Langkah-langkah menyelimut mangsa

i. Mulakan pada bahagian kaki dahulu


ii. Rapatkan kaki kemudian tolak sedikit hujung kaki ke hadapan
iii. Lipat dengan cermat dan pastikan semua bahagian kaki ditutupi oleh selimut.
iv. Selimutkan bahagian dada
v. Pastikan semua bahagian dada ditutupi oleh selimut dengan sempurna
vi. Akhir sekali, kemaskan selimut dengan menolak bahagian hujung selimut.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Peringkat Mengikat Usungan

i. Menggunakan ikatan manok.


ii. Ikatan di pemegang usungan (kanan). Tali yang lebih dibuat lilitan.
iii. Ikatan pertama di bahagian dada.
iv. Ikatan tepi yang digunakan ialah ikatan setengah belit.
v. Ikatan kedua di pergelangan tangan.
vi. Ikatan ketiga di bawah lutut.
vii. Ikatan setiap tepi usungan menggunakan iakatan setengah belit.
viii. Pada bahagian kaki dibuat 2 lingkaran.
ix. Tamatkan ikatan dengan ikatan manok di bahagian pemegang sebelah lagi.
x. Lebihan tali digulung dan diletakkan di bawah kepala mangsa.
xi. Kain anduh digunakan untuk mengikat kepala mangsa supaya tidak bergerak.
xii. Pastikan ikatan yang dibuat adalah kuat dan kemas.

Cara Menguji Kekuatan Ikatan Usungan

Terdapat 2 ujian yang boleh dijalankan untuk menguji kekuatan ikatan usungan:

i. Ujian menegak

ii. Ujian melintang

Antara ikatan badan yang perlu diikat:-

i. Lelaki – di bahagian dada manakala bagi perempuan di atas bahagian dada.


ii. Pinggang (pergelangan tangan).
iii. Atas lutut.
iv. Tali lebihan digulung & letakkan di bawah kepala mangsa sebagai bantal.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

7.5 Teknik menyelamat di ruang sempit

Ruang terkurung bermaksud ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan
atmosfera (tekanan udara biasa) semasa dihuni dan tidak disediakan atau direkabentuk
sebagai tempat kerja biasa. Ruang terkurung adalah berbahaya disebabkan oleh:-
i. Kekurangan pengudaraan yang mencukupi boleh menyebabkan ianya mengancam
nyawa kerana terdapat peencemaran gas-gas berbahaya.
ii. Kandungan oksigen udara boleh jatuh di bawah tahap yang diperlukan oleh
kehidupan manusia
iii. Kadang-kadang ruang terkurung sengaja dipenuhi dengan nitrogen sebagai teknik
pencegahan kebakaran. Nitrogen tidak boleh menampung kehidupan manusia,jadi
anda mesti menggunakan perlindungan pernafasan.
iv. Banyak gas adalah bahan letupan dan boleh meledak dengan percikan bunga api.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

v. Ruang terkurung sering mempunyai bahaya fizikal seperti peralatan dan jentera
yang bergerak.
vi. Kereta kebal dan lain-lain ruang terkurung tertutup boleh diisi dengan bahan-bahan
sehingga proses aliran untuk mengisi ia dikawal.

Berikut adalah contoh ruang terkurung:


a) tangki penyimpanan (contoh: untuk penyimpanan minyak, bahan kimia), kapal tangki,
silo (contoh: untuk penyimpanan tepung, beras di kilang) dan ruang lain yang
biasanya mempunyai lurang untuk masuk;
b) ruang terbuka atas seperti lubang atau liang
c) paip, pembentung (contoh: pembentungan IWK, terowong)

Kemalangan di ruang terkurung adalah disebabkan kegagalan pihak majikan dalam


menyediakan dan melaksanakan sistem kerja yang selamat yang diperlukan dalam
menjalankan kerja di ruang terkurung. Faktor lain seperti kurangnya koordinasi dan
kawalan ke atas aktiviti yang dijalankan di tempat kerja turut menyumbang kepada
berlakunya kemalangan.

Semua ruang terkurung dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu non permit dan
juga permit diperlukan. Sekiranya ruang terkurung memerlukan permit ianya mestilah
mempunyai papan tanda di luar menyatakan kemasukan yang memerlukan permit.
Secara umumnya ruang ini mengandungi ancaman terhadap kesihatan dan
keselamatan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Prosedur kecemasan termasuk mempunyai kelengkapan peralatan penyelamat,


hendaklah diadakan dan lengkap. Persediaan hendaklah mengambil kira perkara-
perkara berikut:-

i. Bentuk dan saiz ruang terkurung


ii. Maklumat tentang tugas yang hendak dilakukan.
iii. Berkenaan rintangan ruang terkurung, dan
iv. Kedudukan berkaitan dengan jalan masuk dan keluar dari ruang terkurung.

Apabila terdapat pekerja yang masuk dan menunggu diluar ruang terkurung untuk
mengendalikan peralatan yang perlu untuk menjalankan tugas dalam ruang terkurung,
juga untuk memastikan terdapat perhubungan yang baik dengan orang di dalam ruang
terkurung dan juga pemerhatian ke atas mereka supaya kerja-kerja menyelamat dapat
dilakukan sekiranya perlu.

Sebelum anda memasuki mana-mana ruang terkurung, anda perlu menguji atmosfera
untuk menentukan sama ada apa-apa gas berbahaya yang hadir. Perlu juga ada
hubungan komunikasi “walkie-talkie” dengan rakan atau pekerja di luar yang bersiap
sedia dalam kes-kes kecemasan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda


dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:-

i. Dengan menggunakan kaedah – kaedah yang telah anda pelajari bagi tujuan
menyelamat bagi pemindahan pesakit, lakukan satu demonstrasi bersama
kumpulan anda.

ii. Lakukan satu demonstrasi menggunakan peralatan stretcher bagi mengangkat


mangsa menggunakan usungan.

iii. Bincangkan bersama kumpulan anda, pengalaman anda melihat pekerja-pekerja


binaan melaksanakan kerja di ruang sempit dan terkurung. Apakah alat yang
anda biasa lihat mereka gunakan serta bincangkan langkah keselamatan yang
sepatutnya mereka lakukan sebagai factor keselamatan memasuki ruang
terkurung dan sempit.

RINGKASAN UNIT 7.0

Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara
untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini dimana
mempunyai cara-cara dan panduan menyelamat tersendiri. Dalam kemahiran asas
menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk
menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya seperti
situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan atau kecacatan
berpanjangan dan sebagainya.

Bibliography:

1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html
2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm
3. http://ipkbsports.blogspot.com/2009/08/pendidikan-luar-ikhtiar-hidup.html
4. https://www.scribd.com/doc/16756806/Nota-Rujukan-Guru-Untuk-Modul-Kadet-
Pertahanan-Awam-KAPA
5. http://zaim-al-humaidi.blogspot.com/2010/03/nota-lengkap-pertolongan-cemas-
asas-dlm.html
6. http://ms.safetytoolboxtopics.com/Confined-Space/what-is-a-confined-space.html

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 16 UNIT 7


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 8.0 DAN 9.0 : PETA dan PANDU ARAH

Rasional Kursus

Peta (Gambar muka bumi) atau sebahagian daripadanya yang dilukis di atas
permukaan yang rata (kertas misalnya) serta mengikut skala. Peta yang baik
membolehkan kita membayangkan apa yang ada ditempat tersebut: saiz, bentuk, jarak,
ketinggian dan lain-lain.

Sinopsis Kursus

Topik ini difokuskan untuk mengenali dan analisa membaca peta muka bumi dan pandu
arah yang betul dan selamat dimana satu lakaran grafik yang mewakili bahagian di
permukaan bumi, yang dilukis mengikut skala sebagaimana jika dilihat daripada atas
(tempa tinggi),warna, simbol, dan label yang digunakan untuk menunjukan fitur-fitur
yang terdapat atas permukaan bumi.

Hasil Pembelajaran

Selepas pembelajaran ini, pelajar akan dapat :-

i. mengenalpasti keperluan peta


ii. menterjemah peta
iii. mengaplikasikan maklumat peta melalui aktiviti berkaitan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Editor

Muhammad Hidhir bin Baharom


IKM Kuala Lumpur

Panel of Editor

Nor Muzaffar bin Mat Noor


BKT

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018


This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES

Synopsis i

Credit page ii

Index iii

8.0 & 9.0 PETA DAN PANDU ARAH 1

8.1 Pengenalan kepada pandu arah 2


8.2 Tujuan peta 3
8.3 Jenis-jenis peta 3
8.4 Sukatan Skala Peta
4
9.1 Cara-Cara Menjaga Peta
8
Maklumat Di Luar Garisan Peta
8
Cara- Cara Mengukur Jarak
13
Protaktor
13
9.2 Kompas
9.3 Cara Penggunaan Kompas 13
9.4 Anatomi kompas mils 18

Bibliografi 19

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 8.0 DAN 9.0 : PETA DAN PANDU ARAH

Kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk


menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan
luar.

Pengetahuan dalam membaca peta dan pandu arah


adalah penting dan digunakan apabila individu
melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

PENGENALAN

Peta adalah satu keping kertas yang merupakan dokumen penting, yang mengandungi
lukisan atau pun rajah muka bumi dan butir- butir yang terdapat di atas muka bumi
tersebut. Peta juga memberi maklumat kepelbagaian bentuk dan dan ketinggian muka
bumi serta jenis tumbuhan yang ada.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik membaca


peta dan pandu arah dalam kegiatan luar
 Memahami fizikal geografi alam semulajadi dan mengetahui cara survivor
apabila berada di satu Kawasan atau dalam hutan dan keluar dengan selamat
 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan peta dan
keselamatan supaya tidak jatuh kepada pihak tidak bertanggungjawab

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas menamatkan pembelajaran ini, pelajar akan dapat:-

i. mengenalpasti keperluan peta


ii. menterjemah peta
iii. mengaplikasikan maklumat peta melalui aktiviti berkaitan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

8.1 Pengenalan Kepada Peta dan Pandu Arah

Gambar 1 : Peta Malaysia (semenanjung) pada skala 1:50 000

Pada awal abad ke-2 (87M-150M) Claudius Ptolomaesus mengemukakan mengenai


kepentingan peta.Karya Claudius ptolomaeus telah dibukukan “Atlas Ptolomaeus”.
Peta adalah satu keping kertas yang merupakan dokumen penting, yang mengandungi
lukisan atau pun rajah muka bumi dan butir- butir yang terdapat di atas muka bumi
tersebut.Dengan kata lain,peta adalah gambaran permukaan bumi yang diperkecil
dengan skala untuk rujukan pengguna,pembaca yang mana ada tulisan dan simbol-
simbol.Peta memberi maklumat kepelbagaian bentuk tinggi muka bumi serta tumbuhan
yang ada .Peta juga memberi kita maklumat tentang kewujudan,kolasi dan jarak
diantara fitur yang ada di permukaan bumi untuk membolehkan kita membuat
perancangan dan pandu arah perjalanan dan perhubungan. Sangat penting bagi pihak
tentera untuk mempertahankan negara,menentukan cara pertahanan,pengankutan,dan
logistik yang ada.Oleh itu peta jangan sampai jatuh kepada pihak yang tidak

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________
bertanggungjawab.Setiap operasi menyelamat dan mencari perancangan memerlukan
peta yang tepat sebagai panduan pandu arah.

8.2 Tujuan Peta

1) Pada masa kini di kota raya peta merupakan satu kemudahan pandu arah bagi
merancang pergerakan ke ‘RV’ ((RENDEZVOUS) pengkalan dan lain- lain. Peta
diwujudkan dengan pelbagai tujuan dan fungsi bagi kepentingan dan kemudahan
seperti berikut:

7.1.1 Mengumpul,mengenal dan mendapat maklumat

7.1.2 Mendapat gred rujukan atau square line

7.1.3 Mengetahui jarak diantara sesuatu tempat

7.1.4 Mengetahui kedudukan sesuatu tempat bagi tujuan:

 Menentukan kedudukan sebenar sesuatu tempat

 Merancang perjalanan

 Memberi taklimat, perintah,lapuran dan gambaran kawasan, gerakan,data


gerakan yang lepas dan akan datang

8.3 Jenis-Jenis Peta

 Peta Planimetri

 Peta Sekolah

 Peta bandar / Pekan

 Peta Pelancongan

 Peta Kajibumi

 Peta Jalan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

8.4 Membaca dan mencari maklumat di atas peta


Skala peta terbahagi kepada sukatan skala yang kecil sehingga sukatan skala yang
besar.berikut merupakan sukatan skala peta:
a) 1 : 25,000.
b) 1 : 50,000.
c) 1 : 63,360.
d) 1 : 100,000.

Cara-Cara Menjaga Peta


Peta adalah cetakan atas kertas, dan perlu elakkan daripada terkena air, lumpur atau
terkoyak. Sebaiknya, simpan peta dalam kabinet yang dibina khusus untuk simpan peta.
Jika bawa ke lapangan, letak dalam bekas kalis air.Lipat peta mengikut lebar yang
dikehendaki.Jangan ditandakan peta dengan pen atau alat tulis yang lain.

Gambar 2: Contoh Peta Daerah Selayang

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Membaca dan mencari kedudukan di atas peta

Maklumat yang ada di luar garisan peta merangkumi :

i. Tajuk peta,Nama Daerah, kawasan dan pekan

ii. Bilangan peta termasuk siri dan Edisi.

iii. Sukatan peta ( batu, ela atau metrik).

iv. Rajah perbezaan utara benar, grid dan magnetik serta perubahan tahunan.

v. Tanda- tanda atau simbol topografi yang digunakan diatas peta.

vi. Tarikh dicetak.

vii. Petunjuk ( indek) peta.

Gambar 3: Maklumat Daripada Peta

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 3: Tarikh Peta Dicetak

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 4: Koordinat: Longgitut , Latitut

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Gambar 5: Aktiviti Mengenali Membaca Peta

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 5: Aktiviti Mengenali Membaca Peta

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 6: Maklumat Dari Peta Topografi-Koordinat

Gambar 7: Maklumat Dari Peta Topigrafi- Skala

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 8: Maklumat Dari Peta Topografi- Garis Kontor

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 9:Maklumat Dari Peta Topografi – Garisan Kontor

Gambar 10: Maklumat Dari Peta Topografi- Garisan Kontor

Gambar 11: Maklumat Dari Peta Topografi -Garis Kontor -selar kontor

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 12 : aktiviti mengenali tinggi titik

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Gambar 13:simbol topografi

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Cara- Cara Mengukur Jarak

Apabila membaca peta, jarak terdapat perbezaan. Jarak dikategorikan pada jarak yang
lurus dan jarak yang tidak lurus.
 Jarak Lurus- Iaitu dengan menggunakan benang atau kertas
 
 Jarak tidak lurus - Ini biasanya melibatkan jalanraya yang bengkang- bengkok,
denai, sungai dan lain- lain yang hendak diukur.

Protaktor

Kegunaan untuk mendapatkan bacaan laluan/ arah (Bering) dari peta. Letakkan  
protaktor mengikut Garisan ketimuran atau selari dengannya diatas peta. Tentukan
lubang bahagian tengah berada di kedudukan anda atau kedudukan yang lain untuk
mendapatkan bacaan bering.Rentang benang betul- betul lurus ke arah yang dicari tadi.
Pastikan bahawa bacaan yang diperolehi itu betul iaitu sekiranya berada disebelah
kanan kedudukan anda atau dari mana anda hendak mendapatkan bacaan arah,
bacaannya adalah diantara 0 ke 3,200 dan 3,200 ke 6,400 mils.

9.3 Kompas

Alat yang digunakan untuk mengukur bacaan arah diatas tanah iaitu dari kedudukan
 
anda ke tempat lain dan sebagai panduan panduarah. Mempunyai pembuka dan
penutup.Sukatan yang boleh dipusing- pusingkan dan dikunci.Sukatan ialah dari 0 ke
6,400 Mils.Cermin pembesar untuk mengambil bacaan arah apabila menenang.
Petunjuk seperti anak panah berbentuk tiga segi dalam kompas.Garisan hitam di
cermin penutup/ pembuka kompas.Terdapat satu tanda cahaya kelihatan di waktu
malam di permukaan cermin kompas yang bertentangan dengan angka 6,400.Bacaan
bulatan di dalam kompas ialah 0 ke 6,400 mils dan tiap- tiap pembahagian adalah 100
mils.Bacaan bulatan luar ialah 0 ke 6,400 mils dan tiap- tiap pembahagian 20 mils.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Cara Penggunaan Kompas

Siang Hari.
 Buka penutup kompas hingga paras.
 Alat cermin pembesar dialihkan untuk tujuan menenang melaluinya.
 MasuKkan ibu jari ke dalam bulatan yang terdapat pada kompas.
 Tenang melalui alat cermin pembesar dan gerakan kompas tadi sehingga
bacaan arah yang dikehendaki diperolehi.

Malam Hari.
 Cari bacaan arah yang dikehendaki.
 Pusingkan penutup cermin kompassehingga bacaan bersamaan dengan
garisan ‘Labber’.
 Ambil arah sehingga anak panah dalam kompas sejajar dengan jalur
bersinar ( Luminous Strip) diatas cermin kompas.
 Arah anda hendaklah mengikut paksi kompas atau lidah kompas dan
bukannya mengikut jalur bersinar.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 16 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

9.4 Rajah anatomi kompas

Notch
Tongue
Lubber Line
Metal Bar
Hair Line
Window Glass

Brass Reguard
Clamping Screw
Compass Card
Window Glass
North Point
Direction Mark
Glass Setting Circle

Prism Box
Eye Slot
Thumb Ring
Setting Slot

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 17 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI:

1. Available: http://www.ukm.my/kamal/asas%20kerjalapangan/kuliah%204%20-
%20peta%20topografi.pdf
2. Available: http://geophypalace.blogspot.com/2013/10/bagian-bagian-dan-fungsi-
kompas.html

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 18 UNIT 8-9


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 10.0 : KRAF PERKHEMAHAN DAN REKREASI

Rasional Kursus

Program ini diadakan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri pelajar.
Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal, mental
dan rohani hendaklah tersemat dalam diri pelajar. Ini merupakan matlamat kursus ini
diperkenalkan kepada para pelajar yang mengikuti Ko-Kurikulum 1 ini. Pelbagai bentuk
aktiviti seperti flying fox, orienteering, mendaki bukit dan lain-lain disusun supaya para
pelajar dapat menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing dalam
menempuh cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang di samping
mengamalkan nilai-nilai murni dan dan menghayati keindahan flora dan fauna yang
terdapat di muka bumi ini.

Sinopsis Kursus

Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam
semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting
dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

Hasil Pembelajaran

Setelah tamat mengikuti kursus ini, pelajar-pelajar akan dapat :-

i. Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin serta peranan pelajar


semasa melakukan aktiviti perkhemahan.
ii. Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi.
iii. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi.
iv. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cara mempraktikkan gaya hidup
sihat dengan aktiviti rekreasi.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Editor

Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor


BKT

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018


This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES

Synopsis i

Credit page ii

Index iii

10.0 KRAF PERKHEMAHAN DAN REKREASI 1

10.1 Pengenalan kepada perkhemahan 2


10.2 Peralatan perkhemahan 3
10.3 Tatacara perkhemahan 5
10.4 Pengenalan kepada rekreasi 6
10.5 Jenis-jenis rekreasi 7
Aktiviti pelajar 8

Bibliografi 9

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 10.0: KRAF PERKHEMAHAN DAN REKREASI

Kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi


cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar.

Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting


dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti
perkhemahan atau pengembaraan.

PENGENALAN
Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Khemah :
Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan
mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat
berlindungan itu. Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak
dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari
bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan
tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza.

LEARNING OBJECTIVES

 Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf


perkhemahan dalam kegiatan luar
 Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup
apabila berada di dalam hutan
 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang sepatutnya

LEARNING OUTCOMES

Setelah tamat mengikuti kursus ini, pelajar-pelajar akan dapat :-

i. Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin serta peranan pelajar


semasa melakukan aktiviti perkhemahan.
ii. Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi.
iii. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi.
iv. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cara mempraktikkan gaya hidup
sihat dengan aktiviti rekreasi.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

10.1 Pengenalan Kepada Perkhemahan

Gambar : Persediaan untuk berkhemah

Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira
dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana
yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang
pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.
Satu aktiviti luar yang dapat memupuk sifat kerjasama, berdikari dan mempelajari
kemahiran-kemahiran perkhemahan.
● Dapat menenangkan fikiran dan mengisi masa lapang
● Pasukan beruniform selalu mengadakan perkhemahan di kawasan hutan
● Selalu dijalankan dalam kumpulan besar.Tujuan:memupuk semangat kerjasama
dalam kumpulan dan mengeratkan lagi hubungan antara rakan ataupun keluarga.
● Pihak-pihak yang mengadakan aktiviti perkhemahan perlu merancang dengan teliti
supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan tempat perkhemahan adalah selamat dan
sesuai.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Persediaan bagi tujuan berkhemah adalah seperti:-


i. Mendapatkan tapak perkhemahan yang sesuai.
ii. Pengetahuan untuk memasang khemah.
iii. Mengenalpasti pelbagai jenis khemah.
iv. Menyediakan peralatan yang sesuai bagi tujuan berkhemah.

10.2 Peralatan Perkhemahan

Peralatan perkhemahan perlu disediakan dengan lengkap apabila terdapatnya


keperluan untuk berkhemah dan berekreasi. Peralatan ini terbahagi kepada beberapa
kategori iaitu:-

Peralatan Utama

● Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat (peralatan utama)

 Plastik alas lantai khemah


 Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran)
 Tilam angin dan pam
 Tikar tidur
 Beg tidur
 Selimut
 Bantal
 Pelita
 Bahan api pelita dan corong (jika menggunakan minyak)
 Lampu picit dan bateri ganti
 Plastik sampah
 Tali (Bagi ampaian dan 1,000 kegunaan lain!)
 Pengepit baju
 Kit pertolongan cemas
 Belerang

Peralatan Am

 Parang
 Kompas
 Pisau perkhemahan, pisau askar
 Pemutar skru
 Mancis tahan air / dalam bekas kedap air
 "Pemula api"
 Kayu/bahan bakar

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Peralatan Memasak

 Dapur perkhemahan
 Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak)
 Jaring bagi unggun api
 Periuk perkhemahan dengan penutup
 Cerek teh atau kopi
 Kuali menggoreng
 Penyejuk dan air batu
 Pembuka tin
 Pembuka botol
 Sudu, pisau, garpu
 Cawan plastik, kertas atau besi
 Pinggan plastik/kertas
 Mangkuk
 Sudu hidangan
 Spatula
 Tuala pengesat
 Span
 Sabun ramah persekitaran
 Tuala kertas
 Bekas plastik bagi menyimpan makanan

Bahan Makanan

 Roti
 Mentega kacang & jeli
 Koko, teh dan kopi (serbuk bancuhan minuman)
 Buah-buahan
 Makanan tin
 Air
 Garam, lada hitam, perasai,gula
 Minyak masak
 Sos tomato, stik dll

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

10.3 Tatacara Perkhemahan

Peserta-peserta yang berhasrat mengikuti program perkhemahan berkumpulan


dinasihatkan mengikuti tatacara perkhemahan seperti berikut:-

a) Berkhemah dalam kumpulan kecil - bilangan besar dengan ketenangan tak selari.
b) Rancangan aktiviti anada untuk mengurangkan sampah – jauhkan botol dan tin.
c) Bawa keluar apa yang anda bawa masuk – ambil bersama anda sampah yang
tiada terbakar. Menanam tidak sesuai kerana cuaca dan binatang akan
mengeledah.
d) Ikut trek atau laluan yang sedia ada – jangan merentas sesuka hati.
e) Kecilkan pembinaan tapak perkhemahan. – Jangan memusnahkan tumbuhan.
f) Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah
orang – hormati pesanan orang.
g) Jangan gunakan sabun atau lain bahan cucian di sungai atau tasik. Ambil air ke
khemah anda supaya air yang di pakai meresap ke tanah.
h) Tanamkan najis – pilih tempat yang sesuai, jauh dari air dan kawasan
perkhemahan, gali lubang dan pastikan anda kambung dengan tanah.
i) Dapur bergerak adalah lebih baik dari kayu api, kayu kering ada peranannya
dalam pusingan alam semula jadi.
j) Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kecil dan jimatkan penggunaan
kayu.
k) Pastikan juga pai di padam betul-betul sebelum meninggalkannya.
aga hidupan dan tumbuhan liar.
l) Awasilah perseimbangan alam kerana anda adalah sebahagian daripadanya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

10.4 Pengenalan Kepada Rekreasi

Rekreasi ialah aktiviti masa lapang, masa lapang yang menjadi masa budi bicara.
Keperluan melakukan sesuatu untuk rekreasi ialah unsur penting dalam biologi dan
psikologi manusia. Aktiviti rekreasi sering dilakukan untuk keseronokan, hiburan,
atau kepuasan dan dianggap "menyeronokkan".
Manusia menghabiskan masa mereka dalam kegiatan kehidupan seharian, kerja, tidur,
tugas sosial, dan masa lapang, dengan masa lapang itu bebas dari komitmen
sebelumnya terhadap keperluan fisiologi atau sosial, satu prasyarat rekreasi.

Gambar: Aktiviti Pelajar

Santai meningkat dengan peningkatan masa yang panjang dan, bagi banyak orang,
dengan masa yang semakin sedikit yang dibelanjakan untuk kelangsungan hidup fizikal
dan ekonomi, namun yang lain berpendapat bahawa tekanan masa telah meningkat
untuk orang moden, kerana mereka komited untuk terlalu banyak tugas Faktor lain yang
merangkumi peranan rekreasi yang meningkat adalah kemewahan, trend penduduk,
dan peningkatan pengkomersialan persembahan rekreasi.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

10.5 Jenis-jenis Rekreasi

Terdapat berbagai jenis rekreasi, antaranya ialah:-

i. Rekreasi Fizikal

Rekreasi fizikal adalah aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang


individu seperti berbasikal atau berjogging.

ii. Rekreasi Sukan

Reakreasi Sukan adalah aktiviti yang memerlukan beberapa pasukan untuk


bermain. Antara aktiviti rekreasi sukan adalah seperti bola sepak, bola jaring,
bola tampar dan bola keranjang.

iii. Rekreasi Sosial

Rekreasi Sosial memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam
kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya seperti
Sukaneka, Suka Rakyat dan Aktiviti Hari Keluarga.

iv. Rekreasi Mental / Linguistik

Aktiviti ini memerlukan keupayaan mental dan minda seperti berdebat, berpidato
memanah dan bermain catur.

v. Rekreasi Terapuetik

Aktiviti rekreasi ini seperti mendengar muzik dan bersenam robik.

vi. Rekreasi Gerak Tari

Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki,


tangan, kepala anggota badan yang lain seperti senaman Tai Chi dan Yoga.

vii. Rekreasi Drama

Rekreasi ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu dengan


melakukan aktiviti seperti Teater.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Orieentering:

Lokasi: Di sekitar kawasan institut atau lokasi bersesuaian yang berdekatan


dengan institut.

1. Pelajar dibahagikan kepad kumpulan yang sama bilangannya. Setiap


kumpulan akan melantik seorang ketua.
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap
kumpulan.
3. Pada kad kompas terdapat beberapa “check point” yang perlu dicari.
Setiap “check point” pelajar adalah dihendaki membuat pemerhatian di
stesen tersebut serta menjawab soalan yang disediakan.
4. Contonhya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-
bentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun.
5. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan
dibekalkan dengan kompas untuk mencari arah
6. Fasilitator akan menerangkan cara penggunaan kompas sebelum aktiviti
dijalankan.
7. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
8. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut selang masa tertentu.
9. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja adan
menjawab semua soalan dengan betul adalah diistiharkan sebagai
pemenang dan mengumpul mata individu/kumpulan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT : 10.0

Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat
manusia.Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan
melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan
keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah
alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak
henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya.

Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia termasuk di dalam salah satu
hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa mengerjakan rukun yang kelima
iaitu Rukun Haji umat islam seluruh dunia seramai berjuta-juta orang diwajibkan berada
(wukuf) di Arafah dan bermalam di Muzdalifah. Inilah perkhemahan agung muslim
setahun sekali. Sebelum Kota Mekah dimodenkan tidak semua jemaah haji itu terpaksa
bermukim di bawah khemah.

BIBLIOGRAFI:

1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html
2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm
3. http://studentipg.blogspot.com/2011/03/perkhemahan.html

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 10


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 12.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Rasional Kursus

Pendedahan dalam kelas sahaja secara teori berhubung pengetahuan ikhtiar hidup
tidak mencukupi bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi keadaan kecemasan.
Para pencinta kegiatan luar dan rekreasi sememangnya telah bersedia dengan setiap
cabaran yang pasti akan dihadapi. Persediaan mental dan fizikal yang kukuh adalah
diharapkan akan dapat membantu setiap ahli yang melakukan kegiatan luar agar
mereka tidak mudah menyerah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kegiatan
luar. Diharapkan kursus ini akan dapat memberikan pendedahan tentang teknik ikhtiar
hidup yang betul kepada para peserta bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan
khususnya ketika keperluan terhadap kemahiran ikhtiar hidup ini. Kemahiran dan teknik
yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh
kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu.

Sinopsis Kursus

Kursus ini merangkumi perkembangan aktiviti asas kembara dan mempelajari


kepelbagaian teknik ikhtiar hidup dalam aspek keselamatan diri dengan menggunakan
sumber alam semulajadi mengikut situasi dan kemudahan yang terhad. Kursus ini juga
memberi penekanan kepada pelajar dalam melaksanakan penganjuran program asas
kembara.

Hasil Pembelajaran

Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat:-

i. membentuk sikap bertanggungjawab dalam pemeliharaan da pemuliharaan alam


sekitar.
ii. membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya.
iii. mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan
untuk terus hidup.
iv. bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi
yang kurang baik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Editor

Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor


BKT

Panel of Editor

Shalyzam bin Mohamad Shukri


IKM Sik

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018


This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES

Synopsis i

Credit page ii

Index iii

12.0 TEORI IKHTIAR HIDUP

12.1 Mendapatkan Air 2


12.2 Menyalakan Api 7
12.3 Mendapatkan makanan 9
12.4 Membina tempat perlindungan 10
Aktiviti 13

Bibliografi 14

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 12.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk


terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu
ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup.

Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para


peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan
hutan, bukit, dan gunung.

PENGENALAN

Ikhtiar hidup bukan hanya usaha untuk hidup sahaja tetapi satu usaha untuk
keluar dari situasi tersebut. Ilmu ikhtiar hidup adalah penting sekiranya berlaku
pengembara yang tersesat di hutan ilmu ikhtiar hidup ini adalah diperlukan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,


di bukit, di hutan atau di mana sahaja.
2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
3. Membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya.
4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:-

i. mengenalpasti ilmu ikhtiar hidup


ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan ikhtiar hidup.
iii. mengawal diri dari pengaruh yang berunsur negatif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

12.1 Mendapatkan Air

Air adalah sumber kehidupan. Tanpa adanya air kehidupan tidak dapat bertahan
lama. Air merupakan sumber utama yang diperlukan didalam keadaan ikhtiar hidup.
Anda tidak boleh hidup lama tanpanya, terutamanya ketika cuaca panas dimana anda
akan kerap kehilangan air semasa berpeluh. Walaupun anda berada di tempata yang
bercuaca sejuk, anda sekurang-kurangnya memerlukan 2 liter air sehari.

Lebih daripada 3/4 tubuh anda mengandungi cecair. Kehilangan cecair didalam badan
anda mengakibatkan kepanasan melampau, kesejukan melampau, tekanan dan
keletihan. Untuk mendapatkan sistem tubuh berfungsi secara efektif, anda perlu
menggantikan kehilangan air dalam tubuh. Apa yang anda perlukan sekarang adalah
untuk mengenalpasti serta mendapatkan sumber dan punca-punca air tersebut.

Hampir dalam kesmua persekitaran mempunyai air dalam tahap-tahap tertentu. Jadual
a-1 menyenaraikan sumber air yang boleh diperolehi dalam sesuatu persekitaran. Ia
juga mengandungi cara untuk mendapatkan air tersebut.

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan


mendapatkannya
Kawasan Salji dan ais Cairkan dan Jangan makan ais tanpa
Berais bersihkan mencairkannya terlebih
dahulu. Memakan ais boleh
menurunkan suhu badan
dan mengakibatkan lebih
banyak kehilangan air
dalam badan.

Salji dan ais bukan lagi air


tulin dari tempat asalnya.

Ais laut yang bewarna


kelabu ataupun legap
mengandungi garam.
Jangan gunakannya
sebelum melakukan proses
penyah garaman. Ais laut
yang seperti kristal kebiru--
biruan mengandungi sedikit
garam didalamnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan


mendapatkannya
Di Laut Air laut Gunakan alat penyah Jangan minum air laut
garam (desalter-kit) tanpa penyahan garam.
Air hujan Kumpulkan air hujan Jika bekas mengumpulkan
menggunakan alat air diselaputi garam, cuci
penadah air hujan dengan air laut sebelum
ataupun sebarang menggunakannya (hanya
bekas boleh sedikit garam akan
menyimpan air. tertinggal pada bekas
tersebut).
.
Ais laut Lihat catatan untuk
kawasan berais diatas.
Pantai Dalam Gali lubang sedalam Cara lain ialah jika terdapat
tanah/pasir mungkin hingga bekas ataupun tempat
mengandungi air mendidihkan air. Masukkan
didalamnya. bekas tersebut dengan air
Dapatkan beberapa laut kemudian didihkan.
ketul batu, nyalakan Perangkap wap air yang
api dan panaskan batu terhasil menggunakan kain
tersebut. Setelah bersih dan kemudian
panas, masukkan batu perahkan untuk
itu kedalam lubang mendapatkan air tersebut.
tersebut, hadangkan
sehelai kain bersih
pada permukaan
lubang tersebut untuk
memerangkap wap
air yang terhasil,
kemudian perah kain
tersebut untuk
mendapatkan air.

Rajah a-1 sumber-sumber air dalam keadaan yang berlainan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan


mendapatkannya
Gurun Dalam tanah Gali lubang Dikawas bukit pasir (dune
-Kawasan lembah sedalam mungkin belt), air boleh diperolehi
dan bertanah hingga air boleh dibahagian bawah
rendah meniris masuk timbunan pasir tersebut
-Bekas alur sungai kedalamnya. iaitu dikawasan tanah yang
yang kering asal.
-Kaki tebing tinggi
atau bukit batuan
tinggi
-lekukan terdalam
sekali dikawasan
tasik yang kering
-Permukaan pasir
yang lembap
-Kawasan yang
mempunyai
tumbuhan
Kaktus / Cacti Potong pada Tanpa menggunakan
bahagian atas seberang alat memotong
kaktus dan adalah sukar untuk
keluarkan isinya memotong kaktus kerana
(pulp). Perahkan batangnya yang keras.
isinya untuk
mendapatkan air.

Peringatan:
Jangan makan isi
kaktus. Isi kaktus
boleh dikunyah
didalam mulut
untuk menyedut
airnya tetapi
mesti dibuang
selepas itu.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan


mendapatkannya
Gurun Celah atau rekahan Masukkan tiub
pada batu yang sesuai untuk
mengeluarkan air
pada rekahan
tersebut. Jika
rekahan pada
batu tersebut
cukup besar, anda
bolehlah
menggunakan
sebarang bekas
untuk mencedok
air keluar.
Batuan berliang atau Masukkan tiub
celahan kecil untuk menyedut
air keluar.
Kondensasi/penyejatan Gunakan kain Suhu lampau yang
pada logam untuk menyerap berubah-ubah diantar
lembapan pada malam dan siang
logam, kemudian mengakibatkan
perah kain untuk berlakunya kondensasi
mendapatkan air. pada permukaan logam.

Berikut adalah tanda-


tanda yang perlu
diketahui semasa berada
di gurun untuk
membantu anda
menemui sumber air:
 Kesan jejak
selalunya
menemukan anda
kepada sumber
air. Anda mesti
mengikut arah
dimana jejak
tersebut akan
bersatu. Kesan-

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________
kesan tapak
perkhemahan
tinggalan, abu
unggun api, najis
binatang dan
kesan jejakan
haiwan atau
manusia boleh
dijadikan tanda
kesan laluan yang
telah
ditinggalkan.
 Burung selalunya
terbang
berpusing-pusing
secara
berkumpulan
pada kawasan
yang berair.
Sesetengah
burung mencari
air pada sebelah
pagi dan senja.
Pada masa ini
mereka akan
terbang dengan
laju dan rendah.
Burung yang
bersiul pada
sebelah awal pagi
ataupun senja
menandakan
terdapatnya
sumber air
berdekatan.

Rajah a-1 sumber-sumber air dalam keadaan yang berlainan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

12.2 Menyalakan api

Kemahiran Menghidupkan Api

Api sangat penting untuk memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan
menakutkan atau menghalau haiwan liar. Sementara asapnya dapat melindungi diri
daripada serangan nyamuk dan agas. Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan
untuk menghidupkan api iaitu:

i. Ranting kering – Ranting yang digunakan untuk menyalakan api


ii. Kayu lambat terbakar – Kayu yang menghasilkan bara untuk
memanggang
iii. Kayu cepat terbakar – Kayu yang terbakar dengan kuat.

Tapak yang digunakan untuk menghidupkan api mestilah dalam keadaan kering,
jauh daripada khemah atau pokok dan dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya
apinya tidak merebak ke tempat lain. Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan timbul
masalah jika dalam keadaan hari hujan. Hujan yang turun akan menyebabkan bahan
yang mudah terbakar amat sukar dicari. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba.
Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar. Belah bahagian luar yang basah
dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering. Sekiranya sukar untuk membelah
kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat
‘ bunga jarau’. Gunakan bahagian dalam yang kering.

Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat dibuat dengan menggunakan
kaedah berikut:

Geselan buluh dengan buluh

Buluh yang digunakan adalah buluh yang betul-betul kering .Jika perlu dijemur
hingga kering.Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit
sahaja ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit
supaya buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. Ditempat itu juga akan
diletakkan rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang
lagi buluh lagi yang sama besarnya dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan
kedua dua bahagian dalam buluh yang pertama tadi. Kemudian ambil sebatang buluh
lagi yang lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata
parang.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Cara untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam
pada buluh yang telah dicantumkan tadi.Pada permulaan buluh digeselkan dengan
perlahan-lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya.Buluh yang menjadi
panas akan mengeluarkan api. Api
itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan , cara untuk mengetahui
bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah keluar daripada geseran.

Panah dengan busar (Kayu dengan kayu / kayu dengan buluh)

Dalam, teknik membuat api secara ini alat-alatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Bahagian Panah

Siapkan sebatang kayu bulat sebesar ibu jari disatu hujungnya Ditajamkan. Di
hujung satu lagi dibuat lubang yang berupa jarum.Ambil sekeping kayu untuk busar
buatkan lubang ditengah, Dihujung tadi diikat dengan tali dan hujung yang satu lagi
diikat. Piring berbentuk leper bulat yang berlubang ditengah dimasukkan dahulu
sebagai pengimbang.

ii. Bahagian kedua (Pelapik)

Bahagian pelapik ialah sebatang kayu atau juga menggunakan Buluh. Caranya
ialah buat sedikit tapak untuk busir memusing. Selepas semuanya siap, panah tadi
dipusingkan sedikit kepada Tali busir, seterusnya dihenjutkan supaya ia terus berpusing
dengan piring pengimbang sehingga keluar asap.Setelah cukup Panas keluarkan
panah dan tiup kayu pelapik pada kayu yang Berasap di sinilah api akan dihasilkan.

Gobek Api

Selain dari cara yang diterangkan di atas,penggunaan gobek api boleh juga
menghasilkan api.Cara membuatnya dengan mencari teras kayu yang keras seperti
cengal,meranti dan sebagainya.Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang
3 cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk
Dijadikan anak gobek. Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan
lubang gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang
dan disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut,
dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul
dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak
gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek

Pembalik cahaya

Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok
pada tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk
pancaran matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu
dalam beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup
panas dan terus membakar.

12.3 Mendapatkan makanan

Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh


mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh
ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan
diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.
Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak
sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya
disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan
banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan.
Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib
seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang
buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan
diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau
pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang
kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian.
Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti
yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di kawasan tebing
sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk,
teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh
dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan.
Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan
untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

12.4 Membina tempat perlindungan

Keutamaan dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan


atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Bagi tujuan membina tempat
untuk melindungi diri daripada panas matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin. Pemilihan
tempat berteduh yang bersesuaian adalah penting sebagai perlindungan sementara.

Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting
ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan
yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat
dikawasan berhampiran.

Membina tempat perlindungan

Binaan tempat perlindungan sementara boleh didapati dari kawasan sekeliling


dan selamat daripada serangan binatang-binatang liar dan serangga yang merbahaya.
Pemilihan tempat perlindungan sementara ini sebaiknya adalah berhampiran dengan
sumber air dan kemudahan mendapatkan makanan.

Jenis-jenis tempat perlindungan

i. Pondok Sementara

Ini adalah jenis perlindungan yang paling mudah dibina untuk kegunaan pada
jangkamasa pendek dan dibina di atas tanah yang rata dan kering.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Pondok pelindung angin/sementara

Didirikan dengan rangka bumbung berbentuk “V” terbalik. Bumbung ditongkat


oleh 2 batang tiang dan dibuat daripada apa saja jenis daun seperti daun bertam,
nipah, senduduk dan lain-lain.

Sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit,


kawasan tanah lapang dan tepi pantai.

ii. Pondok jangka panjang

Pondok ini dibina sekiranya tempoh untuk tinggal dijangkakan dalam jangka
masa yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembap dan tidak rata.

iii. Pondok pisang sesikat / jangka panjang

Pondok ini didirikan dalam keadaan 4 tiang. Tiang hadapan adalah lebih tinggi
dari tiang belakang manakala bumbungnya curam ke belakang. Dalam
sesetengah keadaan ianya didirikan menggunakan 2 tiang dengan cara
bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah. Ianya sesuai didirikan di
kawasan tinggi dan lereng bukit.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Pondok dalam kawasan paya.


Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan
berpaya (rawang). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air
pasang.

Antara bahan-bahan binaan pondok perlindungan sementara yang boleh


digunakan ialah:-

i. Atap

Salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam
hutan boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-

a. Daun palas gajah dan palas biasa


b. Daun rumbia atau nipah
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau
e. Daun mengkuang
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain yang lebar dan bahan-bahan yang bersesuaian.

ii. Tiang dan Alang

Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok, kayu-kayu yang terdapat di dalam


hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz
yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk
jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas
hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan baha-bahan untuk
membuat atap.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

iii. Tali

Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang,alang dan


atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, rotan dan akar-
akar kayu yang boleh diperolehi dari hutan. Selain dari itu, pokok-pokok menjalar
yang kuat akarnya juga boleh digunakan sebagai tali pengikat tiang dan alang
pondok.

AKTIVITI PELAJAR

Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda


dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:-

i. Buat pembentangan melalui kerja berkumpulan tentang perkara berikut:-

a) Kaedah mendapatkan air


b) Kaedah menyalakan api
c) Kaedah mendapatkan makanan
d) Kaedah membina tempat perlindungan sementara.

ii. Bina model tempat perlindungan sementara di dalam hutan.

iii. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi pemuliharaan


Alam Sekitar di kawasan sekitar tempat perkehmahan anda.

iv. Bincangkan dalam kumpulan and acara-cara memasak tanpa menggunakan


bekas.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT 12.0

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin
melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.

Ini adalah kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan
risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang
yang terlibat dalam kegiatan luar dan rekreasi.

Selain dari itu juga, ilmu ini membolehkan seseorang individu dapat meneruskan
kesinambungan “survival” hidup apabila berlakunya sesuatu kecemasan samaada di
daratan mahupun di lautan.

BIBLIOGRAFI:

1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html
2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm
3. http://rekreasi3a2014.blogspot.com/2014/06/ikhtiar-hidup.html
4. http://blatkrs.blogspot.com/2010/06/ikhtiar-hidup.html
5. http://www.sabah.net.my/huzaimi/survival/air_tumbuhan/air01.html
6. myadha.blogspot.com/2010/08/ikhtiar-hidup-di-hutan.html

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 12


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 13.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Rasional Kursus

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri
dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi
menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Diharapkan kursus ini
akan dapat memberikan pendedahan tentang teknik ikhtiar hidup yang betul kepada
para peserta bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan khususnya ketika
keperluan terhadap kemahiran ikhtiar hidup ini. Kemahiran dan teknik yang dipelajari
juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap
peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu.

Sinopsis Kursus

Kursus ini merangkumi perkembangan aktiviti asas kembara dan mempelajari


kepelbagaian teknik ikhtiar hidup dalam aspek keselamatan diri dengan menggunakan
sumber alam semulajadi mengikut situasi dan kemudahan yang terhad. Kursus ini juga
memberi penekanan kepada pelajar dalam melaksanakan penganjuran program asas
kembara.

Hasil Pembelajaran

Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat:-

i. membentuk sikap bertanggungjawab dalam pemeliharaan da pemuliharaan alam


sekitar.
ii. membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya.
iii. mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan
untuk terus hidup.
iv. bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi
yang kurang baik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Editor

Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor


BKT

Panel of Editor

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018


This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran


Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES

Synopsis i

Credit page ii

Index iii

9.0 TEORI IKHTIAR HIDUP 1

9.1 Pengenalan kepada Ikhtiar Hidup 2


9.2 Definisi Ikhtiar Hidup 3
9.3 Mental Survivor 5
9.4 Pengawalan Situasi
8
9.5 Teori Ikhtiar hidup
9.6 Jenis-jenis Ikhtiar Hidup
Self Assessment 12

Bibliografi 13

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

UNIT 9 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk


terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu
ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup.

Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para


peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan
hutan, bukit, dan gunung.

PENGENALAN

Ikhtiar hidup bukan hanya usaha untuk hidup sahaja tetapi satu usaha untuk
keluar dari situasi tersebut. Ilmu ikhtiar hidup adalah penting sekiranya berlaku
pengembara yang tersesat di hutan ilmu ikhtiar hidup ini adalah diperlukan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,


di bukit, di hutan atau di mana sahaja.
2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
3. Membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya.
4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:-

i. mengenalpasti ilmu ikhtiar hidup


ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan ikhtiar hidup.
iii. mengawal diri dari pengaruh yang berunsur negatif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

9.1 Pengenalan Kepada Ikhtiar Hidup

Ikhtiar hidup atau survival adalah segala usaha yang berkaitan untuk
meneruskan hidup apabila berada di dalam keadaan sekeliling yang boleh
menyebabkan kita mati. Kita memerlukan tempat berlindung seperti rumah untuk
membolehkan kita berlindung dari ancaman yang pelbagai. Ikhtiar hidup ini merupakan
satu keadaan di mana kita mencari jalan bagi meneruskan kesinambungan hidup di
tempat yang asing buat kita dan tempat yang dilanda bencana seperti peperangan dan
bencana alam. Ikhtiar hidup ini berlaku biasanya dalam keadaan kita tidak bersedia.
Oleh itu, ikhtiar hidup ini adalah penting untuk kita memahami psikologi ikhtiar hidup
dan teknik-tekniknya kerana mati itu bukan satu pilihan.

9.2 Definisi Ikhtiar Hidup

Menurut Kamus Dewan ikhtiar adalah pilihan atau berusaha mencari jalan bagi
mencapai sesuatu maksud. Di dalam konteks kegiatan luar, usaha atau ikhtiar yang
harus dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan itu supaya dia terus hidup ketika
menghadapi ancaman.

Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu


keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Di Malaysia yang mempunyai
kawasan hutan hujan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Ikhtiar
hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi
keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

9.3 Mental Survivor

Situasi yang mungkin dihadapi ketika melakukan kegiatan luar adalah seperti
kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang buas dan masalah
perlindungan. Sebagai contoh, makanan dan minuman memberi tenaga kepada kita,
rumah disediakan untuk kita lindungi daripada ancaman binatang dan cuaca buruk.
Terdapat beberapa cara untuk kita mencegah situasi tersebut seperti kita perlu
membuat perancangan dan persiapan secara teliti. Mental perlulah cekal dan berupaya
untuk menghadapi berbagai situasi yang timbul. Apabila sesat dalam hutan, factor yang
paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak
ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri
kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maksiima kemampuan
pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan
mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan
untuk terus hidup.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu
tidak mungkin akan terjadi pada diri kita. Kita perlu sedar, keperluan ikhtiar hidup
didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan
berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu
diatasi, dengan memahami undang-undang asas untuk ikhtiar hidup.

Ketahanan fizikal dan mental mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak
ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai
daya ketahanan fizikal.Ketahanan fizikal dan mental ini boleh dilatih dan
diperkembangkan dengan melatih diri dengan aktiviti latihan yang boleh meningkatkan
keupayaan fizikal dan mental. Walaupunfizikal kuat tetapi mental yang lemah mampu
mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak.

9.4 Pengawalan Situasi

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri
dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi
menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Situasi ikhtiar hidup boleh berlaku apabila terdapat:-

i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.


ii. Ancaman binatang buas
iii. Masalah perlindungan

Situasi ikhtiar hidup pula dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

i. Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.


ii. Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup
iii. Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan.
iv. Teknik – kemahiran ikhtiar hidup
v. Material – peralatan,pakaian dan bekalan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Punca situasi ikhtiar hidup boleh berlaku,

i. Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat


perancangan,persiapan dan pelaksanaan kegiatan.
ii. Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bidang yang diceburi.

Situasi ikhtiar hidup dapat dikawal dan dicegah daripada berlaku melalui perancangan
dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),
fizikal (kecergasan/stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan,pakaian dan
bekalan).

9.5 Teori Ikhtiar Hidup

Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan
hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak.

Oleh kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip asasnya sahaja.
Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk
keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan
sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.

Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.


b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk
berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita
mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP

Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau
kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka
untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan
yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan
seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa
kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil
untuk mereka mengatasi keadaan tersebut.

Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu
dipatuhi:-

1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat,


kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga
kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam
setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan.

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.

a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih
dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa
berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak
pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu
malam.

2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur
yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan
serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.

3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan
dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini
mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam
menghadapi keadaan tersebut.

4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup
khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti
di bawah:-a. Perubatan:-
i. Panadol untuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-


i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin

TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini
kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-
tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup,
tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak.
Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan
untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-
peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu.Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu.


Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau
bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan.
Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit.Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian


kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit,
bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, Lidah dan Mulut.Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir
dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu
pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan
bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut
yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.a. rasa kelat dan sepatb.
rasa loya. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit.Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama
hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan
tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan
itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

5. Makan sedikit.Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita
boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada
sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh
dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.


Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-

1. Jangan memendekkan ujian.


2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN

Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan
kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGAN

Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita
dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang
kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan
seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan
menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

9.6 Jenis-jenis Ikhtiar Hidup (survival)

Ikhtiar hidup atau survival dikategorikan dalam 4 bahagian:

i. Jungle Survival
ii. Sea Survival
iii. Desert Survival
iv. Antartik Survival

i. Jungle survival ( ikhtiar hidup di hutan )

Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat
aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.

Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi
berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai
masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat.
Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi
sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan.

Kita perlu ketahui bahawa di dalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung
dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna
bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus
membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian
yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh
kembaraannya.

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

. Khemah, beg tidur dan tikar getah


. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

ii. Sea Survival ( ikhtiar hidup di lautan)

Bertahan hidup di atas laut bukanlah hal yang mudah. Apakah Anda terdampar di laut
akibat kecelakaan pesawat, perahu tenggelam, maupun ditarik ke laut oleh arus, hal itu
pasti akan menjadi pengalaman yang paling menakutkan. Dengan mengikuti tips untuk
bertahan hidup di bawah ini, Anda akan mempelajari beberapa strategi untuk menjaga diri
agar tetap hidup hingga pasukan penyelamat tiba.

Suhu di laut dapat di kategorikan sebagai dingin jika suhunya kurang dari 21 darjah
celcius. Namun untuk suhu air laut di negara kita berkisar antara 26 hingga 29 darjah
celcius. Walaupun negara kita termasuk dalam negara beriklim khatulistiwa namun jika
berada terlalu lama di dalam air maka ramai di antara kita yang tidak akan dapat
bertahan apatah lagi jika di saat malam hari.

Penyebab Utama Kecelakaan di laut

Terjebak dalam situasi survival di lautan adalah disebabkan oleh kemalangan samaada
berlakunya kemalangan kapal laut, kapal terbang ataupun tsunami (ditarik oleh ombak
laut dari pantai).

Faktor-faktor individu dapat bertahan di lautan lepas

i. Keadaan fizikal diri

Keadaan fizikal diri seseorang sangat berpengaruh bagi menentukan tempoh


bertahan di lautan. Fizikal yang sihat akan bertahan lebih lama dari yang sakit
atau tercedera.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

ii. Keadaan berat badan

Seseorang individu yang bertubuh yang lebih besar (gemuk) akan dapat bertahan lebih
lama daripada yang bertubuh kecil (kurus). Ini adalah kerana lemak adalah salah satu
sumber penghasilan kepanasan tubuh seseorang.

iii. Pakaian

Apabila berada di dalam air, jangan berfikir untuk melepaskan pakaian kerana pakaian
diperlukan bagi mengekalkan suhu tubuh.

iv. Jaket Apungan (Life Jacket)

Penggunaan “Life Jacket” adalah penting semasa berada di dalam air. Badan yang
terapung di dalam air yang dingin sangat memerlukan tenaga bagi memperlambatkan
keluarnya panas tubuh akibat gerakan yang tidak perlu.

iii. Desert Survival

Ketika berkenderaan atau berjalan melintasi gurun pasir, jalan akan terlihat seakan
tidak berpenghujung. Tiada apa-apa yang boleh dijadikan perlindungan di sepanjang
jalan berkilo-kilometer. Tidak ada sesuatu pun tanaman gurun, pasir yang kering dan
suhu panas. Sekiranya kenderaan anda rosak, anda akan terdampar atau terkandas di
pertengahan gurun yang tiada mempunyai apa-apa kemudahan. Kemungkinan untuk
anda keluar dari keadaan tersebut dalam tempoh yang singkat atau panjang tidak dapat
dijangkakan. Oleh itu, keperluan untuk mempelajari cara yang baik untuk mendapatkan
air dan bertahan hidup sehingga dapat diselamatkan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

Padang pasir atau gurun adalah salah satu tempat yang sangat berbahaya di muka
bumi ini kerana panas dan sinar matahari boleh membuat tubuh dehidrasi sehingga
metabolisme menjadi buruk dan berakhir dengan kematian. Kematian yang berlaku di
kawasan gurun pasir adalah disebabkan oleh dehidrasi dan kedinginan saat malam hari.
Seperti yang kita ketahui, manusia dapat bertahan tanpa makanan selama 3
bulan,tetapi tidak dapat bertahan tanpa air selama 1 minggu. Jadi apakah yang dapat
kita lakukan jika kita terputus bekalan air di kawasan gurun pasir.

Walaupun gurun pasir didapati gersang tanpa air tetapi sebenarnya tuhan telah
menyediakan air di penjuru bumi ini. Bezanya adalah ada yang mudah didapati dan ada
yang sukar didapati. Berikut adalah tips untuk mendapatkan air di gurun pasir:-

a. Sentiasa membawa air yang mencukupi


Oleh kerana terdapat kekurangan air di padang pasir, ia sentiasa lifesaver untuk
membawa air yang mencukupi dengan anda. Sekurang-kurangnya 1 gelen air setiap
orang diperlukan di padang pasir. Sekiranya anda tidak mempunyai air yang
mencukupi, batasi pengambilan anda. Jangan cakap banyak, merokok, minum alkohol,
atau makan makanan asin.

b. Pertimbangkan membawa telefon satelit


Anda mesti membawa telefon satelit bersama anda pada setiap masa. Terdapat banyak
kawasan di mana anda tidak akan menemui liputan telefon dan ketika itu anda
memerlukan telefon satelit.

c. Pakai cermin mata hitam pada waktu siang


Cahaya matahari yang terang boleh melemahkan penglihatan jauh dan menyebabkan
sakit kepala yang teruk. Anda mesti melindungi mata anda apabila anda berada di
padang pasir untuk menjaga kesihatan mereka.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

d. Gunakan lip gloss pada selang masa yang tetap


Jangan lupa untuk menambah jeli bibir-gloss / vaseline ke kit anda. Udara kering di
padang pasir cenderung menjadikan bibir anda kering dan retak. Untuk mengelakkan
ini, anda mesti menggunakan lip gloss pada selang masa yang tetap.

e. Sapukan pelindung matahari setiap 2 jam


Untuk menyelamatkan kulit anda yang terdedah daripada mendapat sinar matahari,
memohon pelindung matahari setiap 2 jam adalah satu kemestian. Matahari padang
pasir sangat panas dan boleh merosakkan sel-sel kulit anda dengan teruk. Adakah
menambah pelindung matahari dengan SPF yang tinggi dan spektrum luas di dalam
anda kit survival padang pasir. Anda juga boleh membaca tip untuk membungkus
bagasi untuk perjalanan percuma yang mudah.

f. Jangan keluarkan pakaian agar tetap sejuk


Sangat penting untuk menjaga badan dan kaki anda dilindungi dengan betul. Pastikan
memakai semua lapisan walaupun anda merasa panas. Mengeluarkan pakaian
mempercepatkan penyahhidratan dan akan memberikan anda terbakar matahari.

g. Bersiap sedia untuk kecemasan


Ia sangat penting untuk dilengkapi sepenuhnya dengan bekalan pertolongan cemas
dan ubat-ubatan yang diperlukan sebelum memulakan perjalanan anda. Sekiranya
anda mengalami asma atau diabetes, anda perlu berjumpa dengan doktor anda
sebelum memulakan perjalanan.

h. Berhati-hati dengan cuaca


Tutup wajah anda dengan berhati-hati jika anda melihat ribut debu. Anda mesti
mengelakkan zarah habuk daripada masuk ke dalam paru-paru anda. Ia boleh
memudaratkan anda. Cuaca di padang pasir sangat tidak dapat diramalkan. Walaupun
matahari bersinar terang, anda mesti bersedia untuk banjir kilat.

i. Menjalankan perkara yang diperlukan untuk menyalakan api


Pemetik api, rod Ferrocerium, blok Magnesium, kotak padanan kalis air dan pengikat
hendaklah menjadi sebahagian daripada kit anda. Kebakaran membantu dalam
pembersihan air, memberi isyarat dan melawan Hypothermia.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

iv. Antartika Survival

Dalam peta dunia terdapat satu kawasan kecil di bagian paling selatan bumi. Itulah
Antartika dikenali sebagai benua ke-7 keluasan 14000000 km2 yaitu meliputi
sepersepuluh daripada keluasan tanah dunia.

Manusia perlukan cahaya matahari atau haba, tetapi banyak organisme menghabiskan
seluruh hidup mereka dalam kesejukan dan kedinginan. Di Antartika terdapat sebuah
danau yang belum pernah tersentuh dengan cahaya matahari selama 120 000 tahun.
Bagi manusia, Antartika terlalu dingin dan berbahaya meskipun nampak indah tetapi
untuk haiwan seperti Penguin Kaisar ia adalah satu-satunya rumah yang mereka miliki.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda


dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:-

Kumpulan anda ditugaskan untuk memasak menggunakan kaedah tradisional


iaitu menggunakan arang dan kayu api. Tujuan amali ini diadakan adalah untuk
melatih pelajar cara untuk memasak jika kita berada di dalam hutan.

Setiap kumpulan perlu menyediakan nasi, satu juadah utama iaitu terdiri
daripada protein yang perlu di bakar (ayam, ikan, daging), sejenis sayur, dan
satu hidangan tambahan sebagai penambah selera.

Gunakan peralatan asas memasak bagi tugasan ini. 10 markah akan diberikan
kepada setiap kumpulan bagi aktiviti amali ikhtiar hidup ini. Penilaian markah
adalah dinilai berdasarkan teknik memasak, kerjasama kumpulan, kekemasan
hidangan, dan juga kebersihan kawasan persekitaran memasak. Lokasi
perkemahan ditentukan oleh pengajar / jurulatih masing-masing.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 13


KO-KURIKULUM 1
_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT 9

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin
melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.

Ini adalah kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan
risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang
yang terlibat dalam kegiatan luar dan rekreasi.

Selain dari itu juga, ilmu ini membolehkan seseorang individu dapat meneruskan
kesinambungan “survival” hidup apabila berlakunya sesuatu kecemasan samaada di
daratan mahupun di lautan.

BIBLIOGRAFI:

1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html
2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm
3. http://rekreasi3a2014.blogspot.com/2014/06/ikhtiar-hidup.html
4. http://blatkrs.blogspot.com/2010/06/ikhtiar-hidup.html
5. http://segalanyadisini-chindek.blogspot.com/2011/08/ikhtiar-hidup-di-hutan.html
6. https://nadoutdoorlife.blogspot.com/2018/05/prinsip-dasar-dan-cara-bertahan
hidup.html
7. https://ms.tripnholidays.com/3018-desert-survival-10-tips-for-surviving-under-the-
scorching-sun-story-ms
8. http://news.lewatmana.com/ini-dia-cara-orang-eskimo-bertahan-hidup/

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 13

Anda mungkin juga menyukai