Anda di halaman 1dari 4

Teks debat pembangkang ketiga

Terima kasih tuan yang di pertua dewan, angkatan pakatan kerajaan, rakan-rakan
pembangkang, serta sidang dewan sekalian. Assalamualaikum dan selamat bersidang.

Usul yang di gagaskan pada hari ini berbunyi “PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
ADALAH PILIHAN TERBAIK KEPADA GOLONGAN PESAKIT DEMENTIA”

Tuan YDP,

Kami di barisan perwakilan pembangkang yang lebih adil lagi baik pada hari ini,
menolak 100% usul yang telah di gagaskan sebentar tadi. Kami di barisan perwakilan
pembangkang yang lebih rasional membawa usul yang seharusnya di bahaskan iaitu
“PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA EMAS BUKANLAH PILIHAN YANG TERBAIK
KEPADA GOLONGAN PESAKIT DEMENTIA.

Tuan YDP,
Sebelum saya meneruskan hujah saya , molek kiranya jika saya mulakan dengan
bidasan terhadap hujah menteri barisan kerajaan.

Sebentar tadi bangkit menteri kewangan di barisan mereka hanya beromong kosong
tanpa memberi fakta yang tepat dan benar-benar sahih. Hujah beliau iaitu pusat
jagaan harian warga emas menyediakan teraputik milieu dan menjalankan terapi
milieu yang berkesan sekaligus membantu dalam proses kognitif pesakit. Saya
sekeras-kerasnya menolak kenyataan ini kerana tiada bukti kukuh yang menyatakan
pelaksaan terapuetik milieu di pusat jagaan harian membantu dalam proses kognitif
pesakit.Bukti yang diberikan amatlah rapuh dan tidak menjawab tajuk utama hujah
beliau.

Selain itu juga, hujah beliau yang kedua ialah keberkesanan progam teraputik dan
terapi milieu di pusat jagaan harian warga emas dengan memberi contoh
JOBADA. Saya menolak hujah ini kerana bukti yang diberikan tidak konkrit dan rapuh
dengan hanya memberikan satu contoh dan tidak boleh digunakan pakai dan pukul rata
yang menyokong hujah beliau.
Nampaknya, hujah sahaja panjang namun sayang 1000 kali sayang hujah yang
dibentangkan semuanya ibarat gigi yang tidak berkalsium sekali ku jentik bersepai
semuanya.

Tuan YDP,
Warga dewan sekalian, meniti hujah barisan pembangkang yang ketiga , saya
membuka kata kunci yang berbunyi:
Penjagaan Pesakit Dementia Di Rumah Adalah Lebih Baik Berbanding Di Pusat
Jagaan

Mengapa saya berkata begitu? Apabila anak-anak menghantar ibu bapa yang
menghidap dementia, pesakit ini perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
dan persekitaran yang baru. ini amat memberi impak yang besar kepada pesakit itu
sendiri dimana kita sedia tahu pesakit dementia mempunyai daya ingatan yang terhad
dan penurunan fungsi kognitif yang progresif. Apabila keadaan ini terjadi, pesakit akan
mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan orang sekeliling dan juga
persekitaran baru tersebut. Ini menyebabkan pesakit akan bertambah stress dan
sekaligus akan menjejaskan kesihatan pesakit. Menurut Raudah et al.
(2021),Penyesuaian dan perubahan hidup yang ketara boleh memberi impak amat
besar dalam hunungan sosial dan kesihatan mental penghuni di rumah jagaan.

Berbanding apabila pesakit berada di rumah, pesakit lebih selesa kerana rumah mereka
adalah tempat biasa bagi mereka sejak awal lagi. Oleh itu, tiada halangan dan masalah
bagi pesakit dalam menerima rawatan di rumah dengan penglibatan ahli professional
seperti jururawat dimana keluarga boleh mengupah jururawat peribadi menjaga pesakit
di rumah ataupun mengadakan lawatan rumah oleh jururawat Komuniti bagi memantau
progress pesakit disamping sokongan dari ahli keluarga.Menurut Ketua Jabatan
Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia(USM), Prof. Madya Dr Asrenee
mengatakan pesakit demensia memerlukan sokongan psikologi dari keluarga dan
masyarakat sekitar untuk mewujudkan suasana yang ceria dengan kehadiran anak-
anak dan cucu-cucu memberi semangat dan sinar baru buat mereka.(Anawiah,2017)
Bergerak kepada hujah saya yang kedua ialah keberkesanan pelaksanaan
terapuetik meliu dan terapi milieu di rumah berbanding pusat jagaan.Ini kerana,
bilangan penghuni di pusat jagaan adalah ramai dan padat . Oleh itu, terapuetik meliu
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan di pusat jagaan kerana tidak mempunyai
staf yang cukup. Bebanan tugas yang banyak yang dipikul oleh staf juga boleh
menjejaskan kesihatan mental petugas dan cenderung boleh terjadinya penderaan
dikalangan penghuni. Senario yang kita selalu lihat sekarang ini, kebanyakan pusat
jagaan hanyalah mementingkan dalam penjagaan ADL pesakit sahaja dan kekurangan
staf yang cukup menyebabkan aktiviti terapi meliu yang dilakukan adalah terhad.

Selain itu, kebanyakan rumah jagaan merupakan dari pihak swasta dan persendirian.
Oleh itu, kita dapat lihat kebanyakan rumah jagaan ini mempunyai masalah kewangan
dalam menyediakan dana bagi menyara penghuni yang menetap disitu. Dana mereka
hanya cukup-cukup makan sahaja untuk digunakan membeli keperluan asas seperti
makanan, minuman, pakaian dan ubat-ubatan.yang kita sedia maklum, kos menyara
warga emas amatlah tinggi dan ini membuktikan amatlah mustahil bagi mereka untuk
menyediakan fasiliti yang lengkap seperti di rumah berikutan kekurangan dana.
(N.Saadah et al ,2021)

Yang dipertua,

Akhir kata, sekali lagi saya menegaskan bahawa terapeutik meliu lebih berkesan
dilaksanakan dirumah berbanding rumah jagaan.
Saadah, N., Aun, M., Aizan, S., Amin, Noor, N., & Mansor. (2021). MENEROKA
BEBAN KEWANGAN PENJAGAAN TIDAK FORMAL PESAKIT HILANG UPAYA
(Exploring Financial Burden Informal Care of Disabled Patients). 18(6).
http://journalarticle.ukm.my/18005/1/50418-164300-1-SM.pdf

Mohd Yunus, r., Syaireen, N. and Xin Wee, C., 2021. sokongan terhadap pesakit
demensia , penjaga sama penting. BHonline. Available at:
<https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/12/901401/sokongan-
terhadap-pesakit-demensia-penjaga-sama-penting> [Accessed 25 April 2022].

Mohd Yunus, r., Syaireen, N. and Xin Wee, C., 2021. sokongan terhadap pesakit
demensia , penjaga sama penting. [online] BHonline. Available at:
<https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/12/901401/sokongan-
terhadap-pesakit-demensia-penjaga-sama-penting> [Accessed 25 April 2022].

Anda mungkin juga menyukai