Anda di halaman 1dari 11

1.

0 LATAR BELAKANG

1.1 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan suatu program pembinaan
sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di
kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

1.2 PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang
menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan,
pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih
setahun. Purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun.

1.3 Walau bagaimanapun, program ini dihentikan selama setahun iaitu pada tahun
2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada
2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun
sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.

1.4 Pelaksanaan PLKN adalah bersandarkan kepada objektif utama iaitu membentuk
belia untuk mempunyai semangat patriotisme dan semangat perpaduan yang
digariskan dalam modul pengajaran dan pembelajaran bagi membantu membentuk
pelatih menghayati dan menunjukkan semangat cintakan negara.

1.5 Selain itu, objektif spesifik pelaksanaan PLKN adalah seperti berikut :
a) Dilihat sebagai satu mekanisme utama untuk menangani permasalahan
sosial dalam kalangan belia,
b) Meningkatkan semangat patriotisme dan memantapkan jati diri belia,
c) Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni,
d) Melahirkan belia yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri
e) Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan,
f) Mengikat kesetiaan belia kepada negara.
1
Justeru, hasil dari objektif ini diharapkan agar pelatih mendapat pengalaman
bersama meraikan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di Malaysia. Ini
merupakan salah satu ciri unik yang ada di dalam program PLKN di negara ini.

1.6 Dalam membentuk kemenjadian dan memperkembangkan konsep kendiri, peserta


PLKN dilatih berdasarkan kurikulum yang dibentuk bersifat multidisiplin. Kurikulum
tersebut menekankan kepada latihan yang tidak bersifat kerahan tenaga atau
military conscript, tetapi lebih memfokuskan kepada pembangunan insan secara
menyeluruh dalam konteks kehidupan. Peserta PLKN juga digarap agar
menampilkan peribadi dan perwatakan positif demi perkembangan secara holistik.

1.7 Beberapa kajian lepas juga bersetuju bahawa program khidmat negara telah
membawa banyak kebaikan kepada generasi muda khususnya proses sosialisasi
dalam pembentukan jati diri (Moskos, 1988; Smith,1990 dan Grigby, 2008). Selain
itu, Abdul Rahman Aziz et al. (2004) dan Yahya Don et al. (2005) menekankan
tiga faktor utama Malaysia memerlukan PLKN adalah kerana perubahan dalam
gagasan negara bangsa, modenisasi dan perubahan budaya. Tambahan itu, kajian
Ibrahim et al. (2008) merumuskan bahawa PLKN diharap dapat melahirkan insan
yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara,
bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta mampu bekerjasama
dan mewujudkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

2.0. PENYATAAN MASALAH

2.1 Masalah jati diri belia masakini

(a) Antara inti pati penting yang menjadi tunjang kepada pembinaan dan
pengukuhan negara bangsa ialah nilai dan semangat patriotisme dan
nasionalisme (Abdul Rahman Embong, 2001 & 2006 dan Mohd. Taib
Osman, 2004). Akan tetapi, generasi muda kini dilihat kurang berminat

2
dengan isu-isu kenegaraan apatah lagi soal pembentukan negara bangsa
(Abdul Rahman Aziz et al., 2004).

(b) Terdapat banyak kejadian yang menunjukkan betapa rendahnya


semangat kebangsaan dalam kalangan murid sekolah. Semangat
patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya
pelajar (Samni et.al., 2017).

(c) Mansor (2010) mendapati semangat cintakan tanah air dalam kalangan belia
harini semakin pudar dan pembentukan etos bangsa nasional yang menjadi
pemangkin perpaduan negara.

(d) Kajian Subadrah dan Rajeshwary (2017) turut menyatakan bahawa pelajar
kurang mempunyai semangat patriotisme. Lunturnya semangat patriotisme
khususnya generasi muda menyumbang kepada faktor masalah sosial
dalam masyarakat hari ini.

(e) Kajian Saidin dan Majid (2012) mencadangkan bahawa jati diri berkait rapat
dengan akhlak, di mana tanpa akhlak mulia, jati diri tidak dapat dibentuk
dengan baik. Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), 82 peratus
remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani
kem PLKN.

2.2 Masalah sosial yang semakin meruncing dikalangan belia

(a) Pengaruh dunia siber yang semakin maju dan pantas merupakan faktor
penyumbang kepada masalah gejala sosial dikalangan belia pada hari ini.
Beberapa kajian mengenai masalah sosial remaja ini turut dikongsi oleh
Daidin dan Majis (2012), Wan Norina et al. (2013), Salina et al. (2012),
Sapora (2012) serta Hashim et al. (2008) dan hasilnya sangat
membimbangkan.

3
(b) Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mencorakkan masa
depan belia yang lebih cemerlang supaya mereka boleh menyumbang
kepada kemajuan negara.pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan untuk mengenalpasti corak dan jurang
yang wujud berkaitan penerapan nilai patriotisme dalam PLKN. Justeru kajian ini
dilakukan untuk mengkaji secara sorotan literatur bersistematik berdasarkan artikel-
artikel kajian mengenai penerapan nilai patriotisme dalam PLKN berdasarkan
persoalan kajian berikut :

 Apakah tema utama kajian berkaitan penerapan nilai patriotisme dalam


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia;
 Apakah kaedah kajian yang telah digunakan untuk mengkaji penerapan nilai
patriotisme dalam PLKN; dan
 Apakah dapatan utama yang diperoleh daripada kajian-kajian terdahulu
berkaitan penerapan nilai patriotisme dalam PLKN terhadap belia.

3.0. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian sorotan literatur bersistematik ini bertujuan untuk mengisi
kekosongan (fill the gap) dengan mengkaji semula kajian-kajian terdahulu yang
berkaitan secara sistematik untuk mendapatkan lebih kefahaman dalam mengenali
dan menghuraikan impak nilai patriotisme dalam program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) di Malaysia.

Manakala objektif spesifik ialah untuk :

(a) Untuk menyemak, menafsir dan menilai penulisan/ artikel berhubung impak
nilai patriotisme dalam program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah
diterbitkan;

4
(b) Untuk mengenal pasti kelebihan, kelemahan dan keperluan sumber impak nilai
patriotisme dalam program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdasarkan
penulisan/ artikel yang telah diterbitkan

4.0. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengadaptasi kaedah


Analisis Tinjauan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Review Analysis – rujuk
Lampiran 1) terhadap sorotan kajian lepas. Hasil carian mendapati telah banyak kajian
mengenai PLKN dijalankan semenjak PLKN ditubuhkan pada tahun 2004. Justeru,
metod ini digunakan bagi menganalisis secara sistematik kajian terdahulu untuk
mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan Patriotisme dan Program Latihan Khidmat
Negara di negara ini. Tujuan utama systematic review atau soratan literatur
bersistematik ini adalah untuk :

(i) Mengenalpasti pattern dalam kajian yang telah dilaksanakan dan mencadangkan
kepada kajian akan datang tentang apa lagi yang perlu dilakukan;
(ii) Mengenalpasti kajian yang paling relevan dan terkini mengenai topik tersebut dan
boleh membantu dalam memaklumkan pembuat keputusan;

Kajian ini menyepadukan pelbagai reka bentuk penyelidikan dan semakan adalah
berdasarkan piawaian penerbitan, iaitu ROSES (RepOrting standards for Systematic
Evidence Syntheses). Kajian ini memilih artikel menggunakan tiga pangkalan data
terkemuka iaitu Akademia, Google Scholar dan Mycite.

Tinjauan literatur yang sistematik merupakan salah satu cara untuk meninjau literatur
sedia ada dengan cara yang lebih sistematik. Selain itu, menurut Dewey dan Drahota
(2016), SLR ialah satu proses yang mengklasifikasikan, memilih, dan menilai secara
kritis kajian terdahulu untuk menjawab soalan yang dirumuskan. Dalam SLR, protokol
atau pelan ditentukan sebelum proses semakan. SLR ialah proses yang teratur dan
telus di mana usaha mencari dijalankan melalui beberapa pangkalan data dan proses
yang serupa boleh direplikasi dan diterbitkan semula oleh penyelidik lain. Ia merangkumi

5
strategi carian yang ketat yang membolehkan penyelidik menjawab soalan yang
ditetapkan (Xiao dan Watson, 2019). Semakan sistematik menawarkan butiran tentang
proses semakan yang dilakukan (cth., kata kunci yang digunakan, pemilihan artikel)
untuk orang lain menghasilkan semula penyiasatan, mengesahkan analisis atau
mengkaji umum.

Kajian Inductive thematic analysis ini menggunakan garis panduan PRISMA seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Model PRISMA memberi panduan kepada penyelidik
untuk membuat kajian literatus bersistematik berdasarkan bukti-bukti yang dikumpulkan
oleh penyelidik. Nilai kajian literatur bersistematik ini bergantung kepada pelaksanaan
ulasan, dapatan kajian dan laporan yang jelas. Terdapat tiga peringkat dalam
menghasilkan sorotan literatur bersistematik iaitu mengenalpasti, menyaring dan
merangkum.

Rajah 1: Contoh aliran kajian yang di adaptasi daripada kajian Moher et al., 2009
6
(i) Peringkat Pengenalpastian

Pangkalan data yang digunakan untuk mencari artikel penerbitan ilmiah dalam
aspek impak nilai patriotisme program latihan khidmat negara ialah Google
Scholar, Akademia dan Mycite.

Pencarian artikel menggunakan beberapa kata istilah carian seperti gabungan


mengenai “National service program” atau “Patriotisme program latihan
khidmat negara” atau “Patriotisme PLKN” atau “Implikasi kajian patriotisme
PLKN”.

Jadual 1: Jumlah artikel yang dikenalpasti (21hb Feb 2023)


Pangkalan Data Kata Kunci Jumlah
Google Scholar National Service Training Program 765,000
Patriotisme program latihan khidmat 95
negara
Patriotisme PLKN 633
Implikasi kajian patriotisme PLKN 52
Akademia National Service Training Program 20,542
Patriotisme PLKN 1
Nilai impak patriotisme 708
Implikasi kajian patriotisme PLKN 39
Mycite Program latihan khidmat negara 8

(ii) Peringkat Penyaring

Terdapat beberapa kriteria pencarian penulisan artikel telah ditetapkan


sebelum memulakan proses pencarian. Pertamanya, sumber artikel
dihadkan dalam tempoh lima tahun penerbitan terkini iaitu dari Januari 2018
hingga 2022. Tujuannya untuk mendapatkan maklumat yang terkini tentang
impak nilai patriotisme dikalangan peserta PLKN. Kajian literatur
7
bersistematik ini akan memfokuskan kajian kualitatif dan kuantitatif bagi
melihat aspek yang lebih besar tentang penemuan kajian Patriotisme di
kalangan belia yang telah menyertai PLKN.

Jadual 2: Kriteria Kemasukan dan Pengecualian


Kriteria Kelayakan Pengecualian
Jenis Jurnal (artikel berkaitan) Buku bersiri, buku, bab
sorotan dalam buku, prosiding
penyelidikan
Selain Bahasa Melayu dan
Bahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Bahasa Inggeris
Inggeris

Tahun Antara 2004 dan 2023 Sebelum 2004

(iii) Peringkat Rangkuman


Peringkat terakhir adalah peringkat rangkuman di mana penyelidik melihat
semua artikel disaring. Oleh hal yang demikian, peringkat ini secara tidak
langsung dapat menunjukkan berapa artikel yang betul-betul layak mengikut
saringan aspek yang telah ditetapkan.

5.0. PEMILIHAN SAMPEL

Analisis Tinjauan Sistematik (Systematic Review Analysis) ialah penggunaan


kaedah statistik untuk meringkaskan hasil kajian lepas. Antara kata kunci yang
akan digunakan ialah “National service program” atau “Patriotisme program latihan
khidmat negara” atau “Patriotisme PLKN” atau “Implikasi kajian patriotisme
PLKN”. Butiran lanjut seperti dilampiran 1.

8
6.0 ANALISIS KAJIAN

Sintesis kualitatif dilakukan menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti


tema yang berkaitan dengan impak nilai patriotisme dan perpaduan semasa
menyertai PLKN di kalangan belia. Analisis tematik ialah teknik analisis yang
digunakan untuk mengenal pasti, menganalisis, menyusun, menerangkan dan
melaporkan tema yang diiktiraf dalam data yang diekstrak (Braun et al., 2006).

Analisis tematik menawarkan beberapa kelebihan untuk penyelidik. Pertama, ia


meneliti perspektif yang berbeza, mengesan persamaan dan perbezaan sambil
pada masa yang sama menjana cerapan yang tidak dijangka. Teknik ini membantu
dalam meringkaskan tema utama data besar, menggesa penyelidik untuk
menggunakan kaedah yang tersusun dengan baik untuk mengendalikan data,
yang kemudiannya menghasilkan penemuan yang jelas dan teratur (Nowell et al.,
2017). Lebih penting lagi, analisis tematik lebih sesuai dengan sifat ulasan ini,
yang memfokuskan pada reka bentuk penyelidikan campuran.

7.0 TEMPOH KAJIAN

Tempoh projek kajian ini adalah selama tiga bulan (3 bulan) mulai dari tarikh
kelulusan untuk pelaksanaan kajian dan kelulusan berbelanja diperoleh. Laporan
akhir yang telah lengkap dan diperakukan oleh pihak jawatankuasa berkaitan di
peringkat Kementerian/Jabatan hendaklah diterima selewat-lewatnya pada bulan
ke-3 selepas tarikh tersebut.

Proses pergerakan kajian adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah.

Jadual 1: Milestone Kajian


BULAN 1 2 3
AKTIVITI
Analisis Sorotan Literatur
Penulisan SLR
Laporan Akhir
9
8.0 DELIVERABLES (OUTPUT YANG DIHASILKAN)

Kajian ini akan menghasilkan satu laporan kajian menggunakan kaedah kajian
sorotan literatur bersistematik. Antara komponen yang dicadangkan untuk
dimasukkan dalam laporan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Pendahuluan
Bahagian ini akan menyenaraikan objektif, kepentingan dan limitasi kajian di
samping kesemua definisi konsep dan operasi bagi setiap indikator serta domain
yang digunakan dalam kajian ini.

(ii) Sorotan kajian (literature review)


Bahagian ini akan mengandungi sorotan kajian dari dalam dan luar negara
berkaitan kaedah pengukuran tahap keberkesanan program sama ada
pengukuran secara subjektif atau objektif.

(iii) Metodologi kajian


Bahagian ini akan memperincikan tentang rangka pensampelan, kaedah
pengumpulan data, kriteria responden, kaedah analisis.

(iv) Penemuan kajian


Bahagian ini akan melaporkan signifikasi kajian dari segi kelebihan, kelemahan
dan keperluan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia yang akan
diperoleh melalui pelaksanaan kajian ini mengikut sub tema yang di perolehi hasil
temubual responden bagi kajian ini.

(v) Cadangan dan Kesimpulan


Komponen ini akan mengandungi syor atau cadangan berkaitan perpaduan
melalui penemuan dan dapatan kajian susulan daripada pelaksanaan kajian ini.
Syor atau cadangan tersebut diharapkan dapat memberi input kepada
10
kementerian untuk memperkukuhkan lagi program-program perpaduan selaras
dengan matlamat yang dinyatakan dalam Dasar Perpaduan Nasional (DPN)
sebagai usaha yang berterusan untuk memelihara dan meningkatkan tahap

9.0. PENUTUP

Agenda perpaduan adalah agenda bersama seluruh rakyat Malaysia, di mana ia


terletak kepada sinergi semua pihak dalam lingkup tanggungjawab masing-
masing. Kajian ini dilihat selaras dengan hasrat DPN ke arah mencapai aspirasi
perpaduan melalui Rangka Tindakan (Blue Print) Perpaduan Negara 2021-2030
iaitu membina rakyat yang patriotik dan demokratik, membentuk identiti nasional
dan memperkukuhkan ekosistem perpaduan.

Justeru, usaha untuk meningkat tahap perpaduan melalui program berbentuk


patriotisme dan kenegaraan wajar diteruskan bagi memastikan nilai jati diri dan
patriotisme di kalangan belia terutamanya terus utuh dan terpelihara dalam
kehidupan seharian. Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan penemuan yang
signifikan, lantas dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada
masyarakat.

Disediakan oleh:
Bahagian Penyelarasan Kajian dan Maklumat (BPKM)
Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional
Tarikh : 8 Mac 2023

11

Anda mungkin juga menyukai