Anda di halaman 1dari 2

ETIKA KERJA

Tepati Masa
• Hadirkan diri ke tempat kerja mengikut waktu bekerja yang telah
ditetapkan oleh pihak syarikat.
• Menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan oleh pihak atasan dengan bersungguh-sungguh.
• Bijak menguruskan masa dengan betul dan optima.

Menjaga Ketrampilan Diri


• Sentiasa memakai uniform (t-shirt/jaket) yang telah disediakan oleh pihak
syarikat.
• Dilarang memakai pakaian (t-shirt logo lain/seluar pendek dll) selain
daripada uniform syarikat ketika sedang bekerja sama ada di kawasan
syarikat ataupun di luar (outstation) dan hendaklah berkasut bagi
menjaga imej syarikat.

Bertanggungjawab
• Melakukan kerja yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh teliti,
sempurna dan tidak membuat dengan sambil lewa.
• Menjaga keselamatan, kebersihan tool, tempat kerja dan mematuhi
peraturan (5S) yang telah ditetapkan.
ETIKA KERJA
Amanah
• Menggunakan masa bekerja dengan efisien dan efektif.
• Menjaga nama baik syarikat.
• Tidak melakukan sebarang penipuan, penyelewengan, dan rasuah dengan
mana-mana pihak.

Berdedikasi
• Melaksanakan kerja dan tugasan dengan cepat, berkualiti dan berkesan.
• Bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar dengan hati yang
terbuka.
• Semangat, tekun, cekap dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kerja Berpasukan
• Memberikan kerjasama yang utuh dan bertoleransi.
• Saling berkomunikasi dan berbincang antara satu sama lain.
• Mewujudkan suasana bekerja yang baik sesama ahli.
• Peka dengan kerja yang diberikan.
• Memberi respons apabila ditanya.

Anda mungkin juga menyukai