Anda di halaman 1dari 51

BENGKEL

PENULISAN

ANEKDOT
1 2 3 4

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 2


ADD A SLIDE TITLE - 1

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 3


Title and Content Layout with List
• Add your first bullet point here
• Add your second bullet point here
• Add your third bullet point here

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 4


KONSEP “ANEKDOT”, BFMP, 2018: 6 5

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN


CONTOH “ANEKDOT”, BFMP, 2018: 56 6

MEMAKAN SAPU TANGAN?


Oleh Mohamad Musip

KALAU dikenang memang menggelikan hati. Bukan saya seorang yang menyangka bahawa benda yang
dihulurkan oleh pramugari dan pramugara itu hanya sehelai sapu tangan atau tuala pengelap. Salah sangkaan itu
rupa-rupanya menyeluruh sesama kawan yang kali pertama menaiki pesawat dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Subang ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
“Laa, aku mati-mati menyangka yang dihulur itu kuih! Sudah tergerak hati nak makan, tau!” Saya berkongsi
kelucuan dengan kawan di hujung sekali.
“Daif sangat diri ini,” getus hati saya.
Sebahagian besar penumpang pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada waktu itu terdiri daripada
bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di Negeri di Bawah Bayu. Kami baru sahaja menamatkan latihan di
beberapa buah maktab perguruan di Semenanjung.
“Aku juga, ingatkan kuih, wangi sangat!” balas kawan saya, lalu kami tergelak.
Rupa-rupanya objek yang disepit dan diserahkan kepada setiap penumpang ketika pesawat sudah stabil
di udara ialah sapu tangan. Sapu tangan itu berkeadaan lembab dan harum, memang menimbulkan aura segar
kepada penumpang.
“Sudahlah wangi, bentuknya macam kuih dadar!” sambung kawan saya lagi.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN


KONSEP “CEREKA”, BFMP, 2018: 7 7

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN


CONTOH “CEREKA” (CERPEN) 8

CIKGU TAK MARAH LAGI oleh Mohamad HM

 HARI-HARI yang berlalu bagaikan tidak akan berulang lagi. Segalanya telah luput. Semuanya telah hapus. Cikgu A telah berubah
sama sekali. Dulu lain. Sikapnya kini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Aku mula membuat kesimpulan sendiri. Peduli apa kepada orang lain. Sekadar memain-mainkan fikiran sendiri apalah salahnya.
Aku tahu dan aku yakin bahawa inilah puncanya. Kami sekelas menjadi puncanya. Menurut Cikgu A, punca segala kekusutan
bukanlah apa sangat.

“Berapa kali sudah saya tegurkan tentang kesalahan ini sahaja,” Cikgu A memarahi kami pada hari terakhir sebelum sekolah
mula bercuti dulu.

Kata-kata itulah yang bersarang dalam benakku. Akukah yang telah menyinggung perasaannya atau kami sekelas sememangnya
tidak mencapai ke tahap yang dihajati. Ataupun kedua-dua perkara menjadi penyebab kepada kekusutan yang sedang melandanya
kini. Aku bingung sendirian.

(Akhbar Bacaria, 14 Julai 1985 dan Antologi Berakhirnya Sebuah Impian, DBP, 1993: 207)

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN


BERKARYA TIDAK HANYA MENAIP AKSARA 9

 Pengkarya tidak muncul mendadak/spontan,


sebaliknya harus didorong oleh pengetahuan dan
pengalaman;
 Pengetahuan bermaksud ilmu teras, yakni ilmu
sastera dan ilmu bahasa;
 Pengetahuan juga termasuk ilmu bantu lainnya
seperti ilmu kemasyarakatan dan ilmu psikologi;
 Pengalaman termasuklah hasil pembacaan,
pengalaman kerja dan interaksi/komunikasi dalam
lingkungan;
 Berkarya bukan kerja semudah menaip aksara,
tetapi dengan bimbingan, yang berat akan menjadi
ringan;
 Peluang berkarya melalui bengkel dan pertandingan
ialah peluang keemasan.
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN
KENAL PASTI PERBEZAAN, BFMP, 2018: 8 10

ANEKDOT CERPEN PUISI


 Kisahnya ringan dan sederhana,  Kisah rekaan yang perlu ada ciri fiksyen;  Teks yang berangkap dan
justeru mudah disediakan; pengucapannya lebih bebas
 Teks cereka lebih panjang, sekitar lapan daripada perasaan penulis yang
 Boleh disediakan seringkas hingga 10 kertas A4; mendalam;
sehalaman kertas A5 atau A4;  Diksinya lebih padat, tersusun
 Cerita diolah secara kreatif-imaginatif atau
 Kisah benar diri penulis yang khayalan penulis tentang sesuatu persoalan membentuk rima, ritma, matra,
baris dan rangkap;
disampaikan secara santai; yang rumit;
 Penulis lebih bebas membina
 Perkembangan ceritanya mudah,  Perkembangan ceritanya lebih rumit kerana ayat berbanding dalam prosa;
terus daripada idea atau ingatan persoalan perlu diutarakan untuk
penulis; dirungkaikan;  Bait puisi dihidupkan dengan
bahasa yang indah berimagi-
 Penulis menjadi watak utama dan  Penulis perlu memilih watak utama dan natif serta berkonotatif;
tidak perlu diperhalusi; watak sampingan yang dikembangkan untuk
 Bentuk puisi ada yang moden
menjawab persoalan agar dapat (sajak) dan ada yang bersifat
 Gaya bahasa anekdot lebih mudah, meninggalkan kesan kepada pembaca;
tidak semestinya menekankan tradisional: pantun, syair,
gurindam, nazam, seloka,
unsur sastera.  Gaya bahasa cereka amat menitikberatkan teromba, mantera dll.
04/07/2023 unsurBENGKEL
susastera untuk
PENULISAN meningkatkan
ANEKDOT & CERPEN
penghayatan ketika membaca.
SOALAN-SOALAN ASAS KEPADA PENULIS

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 11


STRATEGI BERKARYA
Human resources slide 4 MERANCANG
Amalan merancang
dapat menjimatkan masa
dan kos. MENGUASAI TEKNIK
AMALAN MEMBACA PENULISAN

Amalan membaca kritis- Memproses karya dari awal


kreatif amat digalakkan. sehingga selesai memerlukan
tahap kesabaran yang tinggi.

BERKOLABORATIF
MERUJUK MODEL DENGAN PENERBIT
KARYA
Rundinglah konsep
Karya yang telah terbit penerbitan dengan
perlu dijadikan contoh. penerbit.

PENULIS/PENGKARYA
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 12
Penjudulan

Penutup Perenggan 1

Dialog
Dialog

Perenggan 2
Perenggan 7 …

TAJUK KARYA ANEKDOT Dialog

Perenggan 6
Perenggan 3

Dialog Dialog
Perenggan 5 Perenggan 4
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 13
TIP MENULIS ANEKDOT
UNTUK PENERBITAN
1. Sediakan biodata yang sesuai dengan keperluan buku: [ nama penuh +
nama pena (jika ada) + latar pendidikan + kejayaan + saluran
perhubungan + foto bersaiz pasport]

2. Bina kerangka idea dengan membuat pemetaan tajuk: TAJUK UTAMA +


beberapa tajuk kecil (9 halaman A5) ATAU TAJUK 1 + TAJUK 2 + TAJUK 3 +
TAJUK 4 …

3. Taip cerita/anekdot dengan gabungan penceritaan + dialog: Jaga diksi,


ayat, ketekalan nama/kata ganti nama watak, zahirkan emosi, kedekatan
kepada pembaca, terapkan nilai dan fikiran

4. Baca dan semak: baca manuskrip, ubah diksi, semak tema, semak jumlah
halaman

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 14


PERSEMBAHAN DAN PIAWAIAN TEKNIKAL KARYA
1. Asas pengkaryaan ialah ilham dan idea yang kreatif;

2. Sekurang-kurangnya ada sesuatu insiden untuk membina jalan cerita;

3. Selain diri penulis sebagai pusat penceritaan, watak-watak sokongan


boleh dimasukkan tanpa dikembangkan perwatakan itu;

4. Bahasa (kosa kata, frasa, klausa, dan ayat) mesti digunakan sehabis murni
untuk mengangkat anekdot sebagai karya yang berseni;

5. Teknikal karya meliputi jenis dan saiz kertas, jenis dan saiz fon, jarak baris
dan jarak perenggan, format tajuk dan perenggan, variasi fon, tanda baca
(noktah, koma, tanda petik, tanda petik tunggal, huruf besar, sempang,
sengkang dll.)

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 15


SAIZ KERTAS
LANDASAN PENULISAN

LEBAR: 14.8 sm.


TINGGI: 21 sm.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 16


MENYEDIAKAN RUANG PENAIPAN

DI ATAS: 2.5 sm. DI BAWAH: 2.5 sm.


MIRROR MARGINS
DI DALAM: 2 sm. DI LUAR: 2 sm.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 17


TIP MEMBINA TAJUK (1)
1. Pilih perkataan atau rangkai kata yang luar biasa;
Contoh: Pengalaman Masa Lalu (biasa-biasa)
Lubuk Kenangan (luar biasa)

2. Pilih bahasa yang ringkas;


Contoh: Mengapa Dikau Meninggalkan Daku Sewaktu Daku dalam
Kesakitan? (panjang sangat)
Selamat Tinggal Rindu (ringkas)

3. Utamakan diksi yang konotatif (pelbagai makna) daripada denotatif


(satu makna);
Contoh: Tautan Kasih Bonda (konotatif)
Maimunah Ibu (denotatif)

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 18


TIP MEMBINA TAJUK (2)
4. Variasikan idea atau garapan tajuk;
Contoh: Cangkir Kenangan Kenderaku (tajuk utama)
Nostalgia Era Kanak-kanak (tajuk kecil 1)
Geng Berbasikal (tajuk kecil 2)
Amboi, Berkilatnya! (tajuk kecil 3)
Apakah Kenderaan Sejati Anda? (tajuk kecil 4)

5. Tertibkan persembahan tajuk; dan


Contoh: Murabbi Sepanjang Hayatku (tajuk utama)
Sketsa 1: Tadikaku Sayang
Sketsa 2: Cerianya Tunjuk Ajarmu
Sketsa 3: Nakal-nakal Berakal
Sketsa 4: Mengimbas Kampus Rinduku

6. Positifkan minda.
Contoh: Selamat Datang Jutawanku (positif)
Biarkanlah Daku Merana (negatif)
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 19
TIP PENULISAN MUKADIMAH (1)
Satu ayat yang ringkas boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat
1. Ayat yang ringkas tanya, ayat perintah atau ayat seruan, bergantung pada tajuk
dan tema.

Contoh 1 (ayat permintaan):


BAYANGKAN kita kini berada dalam persekitaran yang terlalu
moden pada tahun 2050.

Contoh 2 (ayat tanya):


BERAPAKAH usia anda sewaktu saya berada dalam tingkatan lima
pada tahun 1972?

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 20


TIP PENULISAN MUKADIMAH (2)
Kejutan minda barangkali terjadi menerusi fakta termasuk angka,
2. Fakta kejutan peristiwa atau dapatan kajian.

Contoh 1:
TAHUKAH anda bahawa pada masa kini, setiap isi rumah di Malaysia
memiliki sekurang-kurangnya dua buah telefon pintar?

Contoh 2:
ANDA mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa pengetahuan dan
amalan tulisan Jawi dalam kalangan kanak-kanak kini kian merosot!

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 21


TIP PENULISAN MUKADIMAH (3)

Memberikan definisi atau maksud sesuatu konsep ialah teknik


3. Ayat definisi permulaan yang lazim digunakan oleh kebanyakan penulis.

Contoh 1:
MURABBI ialah insan pendidik yang mencapai taraf mulia daripada
segi penguasaan ilmu dan pencapaian amalan berkaitan bidang
yang diajarkannya.

Contoh 2:
CINTA ialah perasaan semula jadi atau fitrah insaniah yang
dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 22


TIP PENULISAN MUKADIMAH (4)
4. Kenyataan yang Idea atau pemikiran yang ironi biasanya akan menimbulkan tanda
ironi atau kontra tanya tentang sebab atau punca sesuatu perkara.

Contoh 1:
KERASNYA sikap adik yang suka merajuk apabila keinginannya dibantah
sehingga hadiah yang mahal pun sanggup ditolaknya!

Contoh 2:
AKU masih ingat lagi betapa tawarnya hatiku sewaktu dikhabarkan
bahawa permohonanku ke universiti, meskipun berjaya, terpaksa kutolak!

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 23


TIP PENULISAN MUKADIMAH (5)
5. Kenyataan Unsur suspens lebih terkesan penerimaannya berbanding
suspens dengan unsur kejutan. Suspens dapat ditimbulkan daripada
persoalan yang mengundang jawapan.

Contoh 1:
PEMBACA mungkin tidak percaya bahawa wanita yang bernama Maria
Filarosa (bukan nama sebenar) itu pernah dinikahi oleh lima orang
lelaki. Siapakah lelaki-lelaki yang dianggap bertuah itu?

Contoh 2:
SIAPAKAH dalang sebalik tindakan para pengemis jalanan yang
tampaknya tersusun sejak belakangan ini?

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 24


TIP PENULISAN MUKADIMAH (6)
6. Dialog pendek Kata bual sebagai permulaan cerita lazimnya meletakkan
bahagian puncak atau babak penting sesuatu cerita untuk
menarik perhatian pembaca.

Contoh 1:
“SAMA ada awak suka atau tidak, sekarang juga awak tinggalkan
rumah ini,” bentak Firdaus.

Contoh 2:
“ABANG ‘tak suka saya jadi penulis?” tanya Zaharah.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 25


TIP PENULISAN MUKADIMAH (7)
7. Ayat hiperbola Gaya hiperbola atau gambaran yang berlebihan biasanya
digunakan dalam konteks melahirkan perasaan secara melampau.

Contoh 1:
USAH sesiapa menafikan bahawa kerja di dapur ialah kerja yang
menyeronokkan bagi kebanyakan wanita, tetapi memenatkan bagi
sesetengah wanita lain. Anda bagaimana?

Contoh 2:
SEMUA orang tahu bahawa golongan lelaki lebih banyak menghabiskan
masa di luar rumah berbanding dengan golongan wanita. Lelaki pada
umumnya suka akan cabaran
di luar rumah daripada memerap di dalam rumah…

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 26


TIP PENULISAN MUKADIMAH (8)
8. Kesimpulan awal Gaya pemikiran meramal ini mempraktikkan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT), misalnya menjangka sesuatu keputusan daripada
tajuk yang diutarakan.

Contoh 1:
TIDAK syak lagi bahawa kenderaan pada masa hadapan harus bercirikan
jimat tenaga dan bukan mesra kemewahan, atas rasional tentang kian
sempitnya ruang parkir di mana-mana kawasan.

Contoh 2:
JELAS daripada cerita yang disampaikan menunjukkan bahawa amalan
bersedekah itu mendatangkan kesan yang positif kepada psikologi dan
pemikiran si penyumbang.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 27


TIP MENGEMBANGKAN IDEA (1)
1. Sentiasa ingat -Tema ialah sudut kehidupan yang dipilih untuk pembatasan idea agar
akan tema sesuatu penulis dapat berfikir dan mengembangkan cerita secara terarah,
projek penulisan manakala pembaca juga mudah memahami bahan yang diolah.
yang disertai

2. Sentiasa ingat -Tajuklah yang mengawal idea supaya cerita yang ditulis melekat dalam
akan tajuk hati dan minda pembaca. Tajuk yang menarik ialah aset kepada penulis.
anekdot atau
cerita

3. Menguasai sudut -Lazimnya penulis berperanan sebagai pencerita yang juga pelaku utama
pandangan orang cerita sebab anekdot harus berfokus pada penceritaan oleh seseorang
pertama sebagai pencerita. Tetapkan kata ganti nama diri – aku atau saya. Jika
pelaku utama menggunakan kata klitik -ku, berwaspada tentang cara penulisannya.
Kata ganti nama dalam cakap ajuk boleh berubah apabila digunakan luar
daripada cakap ajuk.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 28


TIP MENGEMBANGKAN IDEA (2)
4. Memasukkan - Apabila penulis ingin mengembangkan cerita, langkah memasukkan watak
watak lain sokongan dapat mengukuhkan jalan cerita. Ingat, watak sokongan jangan
dalam cerita dikembangkan melebihi watak utama, iaitu penulis.

5. Mencipta dialog -Dialog digunakan untuk mengukuhkan jalan cerita. Oleh itu, cipta dialog
yang berkesan yang sesuai dengan status atau taraf watak, misalnya ibu, bapa atau anak.
Dialog terikat dengan penggunaan tanda petik “…,” dan tanda baca iringan:
noktah, koma, tanda seru, dan tanda soal. Kata pencerita boleh diletakkan di
awal, di akhir atau boleh juga secara bersambung.

Contoh:
1. Ibu menasihatiku, “Anak perempuan hendaklah taat
akan perintah suami.”
2. “Anak perempuan hendaklah taat akan perintah
suami,” ujar ibu kepadaku.
3. Kata kakak,”Buat kerja di dapur biar cermat,” dan
menambah lagi,”pinggan mangkuk perlu bersih.”

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 29


TIP MENGEMBANGKAN IDEA (3)
6. Jangan sesakkan -Dalam laras kreatif, cerita atau anekdot berkembang secara wajar
kesemua idea atau munasabah dengan teknik pemerengganan yang longgar.
dalam satu Maksudnya, penulis diingatkan supaya jangan muatkan idea hanya
perenggan dalam saatu perenggan. Satu baris ayat juga boleh jadi satu
perenggan jika ayat itu melontarkan idea yang kukuh tentang cerita.
Bahkan, dalam keadaan tertentu, satu perkataan juga boleh dianggap
satu perenggan.

7. Sentiasa baca - Penulis mesti mengamalkan kerja membaca semula tanpa jemu.
semula coretan Kesan membaca semula membolehkan idea berkembang dengan
sebelum tertib dan logik serta saling menyokong. Pembacalah orang yang
menyambung paling beruntuk jika cerita bergerak lancar. Oleh itu, penulis perlu
penulisan berperanan sebagai pembaca, selain menjadi penulis.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 30


TIP MENGEMBANGKAN IDEA (4)
8. Memetik -Idea penulis dapat disokong padu dengan petikan ayat suci, hadis selengkapnya atau
dalil al- pendapat tokoh yang berwibawa dalam bidangnya. Asas yang mesti dipegang ialah
Quran, penyataan sumber atau punca setepatnya: surah, ayat, periwayat hadis atau judul
hadis buku dan tahun terbit.
atau Contoh:
petikan “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia telah
lain menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia telah mengajarkan
kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah Al-Alaq: 1-5)

Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan, anekdot lazimnya berciri kecindan untuk menarik
perhatian pembaca atau pendengar…Namun, tidak wajar diremehkan anekdot yang
mungkin bernada serius kerana ada unsur pentingnya bahan tulisan itu sebagai ibrah.
(Kata Pengantar dalam Rona Kehidupan, 2019)

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 31


TIP MENGEMBANGKAN IDEA (5)
9. Mencipta -Puisi seperti pantun, syair, gurindam atau nazam boleh dicipta atau dipetik
puisi berserta sumber. Ketepatan ciri puisi berkenaan amat dituntut, termasuk
khusus daripada segi rimah hujung, pembayang, diksi, dan format penulisan.
atau
memetik Contoh:
daripada Letakkan timba di tepi telaga,
sumber Telaga tua di seberang titi;
tertentu Syukuri hamba kepada-Mu jua,
untuk Kupinjam usia untuk berbakti.
pengukuhan
anekdot (Pantun oleh Mohamad Musip, Facebook 1 Oktober 2014
dalam Nur Ridha Miswandi, Murabbi dalam Hatiku 1, 2019)

Rumusan Penyediaan manuskrip jangan dibuat dengan terburu-buru sehingga


ketidaktelitian isinya menjadikan pembaca kian keliru.

Selamat berkarya.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 32


ANTARA TIP PENUTUP ANEKDOT
1. Menyelesaikan kekusutan atau konflik dengan nada kesedaran, keinsafan atau kemuliaan;
Contoh: Bertahun-tahun aku berada di perantauan. Akhirnya aku membuat keputusan
untuk berbakti kepada tanah tumpah darahku. Aku pasrah dengan keputusanku itu.

2. Merumuskan pelbagai persoalan dengan satu pandangan yang meredakan fikiran;


Contoh: Walaupun pelbagai tohmahan yang kuterima, namun aku reda untuk memaafkan
orang yang pernah menyakitiku. Aku sedar akan penghujung kehidupan ini.
3. Menyimpulkan penceritaan yang berliku kepada satu pengakhiran yang selamat;
Contoh: Begitulah berakhirnya perjalanan hidup kita nanti – akan kembali ke negeri abadi
jua.
4. Menyerahkan persoalan kepada ramalan pembaca;
Contoh: Apakah tanggapan anda setelah mengikuti kisah hidup saya? Saya serahkan budi
bicara anda untuk menilai kedudukan saya dalam kisah yang dipaparkan.
5. Menurunkan nada bahasa ke tahap yang paling rendah.
Contoh: Hidup kita ibarat pusingan roda. Kita tidak selamanya di atas. Ada ketikanya kita di
bawah,
04/07/2023
begitulah sebaliknya, berterusan selagi ada bulan dan bintang.
BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 33
BENGKEL PENULISAN CERPEN
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 34
MENGENALI
PEMBIMBING
 Guru Bahasa Melayu (Januari 1978 – Jun 1995)
 Pensyarah Bahasa Melayu (Jun 1995 – 2011)
 Pensyarah Cemerlang Bahasa Melayu (2011 – Disember 2013)
 School Improvement Specialist Coach Plus (Januari 2014- September 015)
 Munsyi Dewan (Bahasa) DBP (1995-sekarang)
 Penulis Bebas (1978-sekarang)
 Ketua Editor WACANA MBM-SYFE-BULAN TERBIT (2018-sekarang)
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 35
MENGENALI
TAJUK/BIDANG
PENULISAN KREATIF
 PROSA: NOVEL, CERPEN, ANEKDOT
 PUISI: SAJAK, PANTUN, SYAIR, GURINDAM DLL.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 36


PELAN TINDAKAN
PENGKARYAAN (1)
 Strategi/Pendekatan K.A.R.Y.A
 Amali 1: Pembacaan Cerpen
 Amali 2: Sinopsis Cerita

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 37


04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 38
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 39
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 40
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 41
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 42
PELAN TINDAKAN
PENGKARYAAN (2)
 Amali 3 : Membina Kerangka Cerpen
 Amali 4 : Mengarang Kata Bual (Dialog)

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 43


PERSEMBAHAN HASIL
(1) Hasil 1 : Sinopsis
 Hasil 2 : Kerangka Cerpen
 Hasil 3 : Mengarang Kata Bual
 Hasil 4 : Merangka Mukadimah

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 44


PESANAN KEPADA
PENGKARYA
PANDUAN UMUM PENYEDIAAN CERPEN UNTUK PENERBITAN DALAM
MAJALAH TERBITAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 45


1. Fon Arial saiz 12, langkau dua baris;
2. Dewan Pelajar: cerpen untuk bacaan kanak-
kanak, tidak lebih 1000 patah perkataan;
3. Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Bahasa,
Dewan Kosmik, Pelita Bahasa, Dewan
Masyarakat, 10 – 12 halaman;
4. Dewan Sastera, 10 – 15 halaman.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 46


04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 47
ETIKA & ESTETIKA
1. Karya mestilah ASLI (ciptaan sendiri), BUKAN ciplak/plagiat;
2. Jagalah kualiti bahasa (tepat, indah dan berkesan); rujuklah
kamus jika ada kemusykilan bahasa;
3. Hindari hal-hal yang sensitif: kaum, agama, keselamatan dll.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 48


KAMUS DAPAT
MEMPERKAYA KOSA KATA
UNTUK PENGKARYAAN,
KHUSUSNYA DARIPADA SEGI
MAKNA, EJAAN, SEBUTAN,
KATA DASAR, KATA
TERBITAN, ASAL USUL
KATA, DAN CONTOH
PENGGUNAAN DALAM
BINAAN AYAT.
AMALKAN PENGGUNAAN
KAMUS DALAM KERJA
KARANG-MENGARANG.
04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 49
Diucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta bengkel.
Semoga kalian dapat menghasilkan cerpen suatu hari kelak.

Bukan pen sebarang pen,


Pen dipegang di tangan kiri;
Bukan cerpen sebarang cerpen,
Daripada Tok Mat, 012-3718730
Cerpen dikarang berjati diri.

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 50


SEKIAN DAHULU, MAAF DIPINTA…

wacanambmab@gmail.com

04/07/2023 BENGKEL PENULISAN ANEKDOT & CERPEN 51

Anda mungkin juga menyukai