Anda di halaman 1dari 3

1.

Perkongsian Maklumat

Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperoleh di hujung jari hanya dengan melayari
Internet. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam
bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian untuk
mendapatkan maklumat yang mereka inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran,
kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Di Internet, terdapat banyak enjin carian
memudahkan kita untuk mendapat maklumat seperti Google.com.

2. Alat Komunikasi

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan alat
komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Penggunaan aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram telah memudahkan lagi komunikasi
antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan
menggunakan teks, penggunaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara
dan video yang membolehkan kita berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil
melihat wajah masing- masing hanya dengan menggunakan Internet. Contohnya Google
Meet dan Zoom.
3. Jimatkan Kos dan Masa

Penggunaan Internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos
panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat
mahal jika dibandingkan dengan penggunaan Whatsapp dan Telegram yang tidak
mengenakan sebarang caj. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-
syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan
dapat dilakukan hanya dengan menggunakan telesidang seperti Google Meet dan Zoom.
Mereka tidak perlu mengembara ke serata tempat untuk bermesyuarat.

4. Pendidikan Secara Dalam Talian

Pada masa kini, terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara
jarak jauh yang melalui perkhidmatan Internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah
secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya
mengaktifkan Google Meet atau Zoom untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran
boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh
mendengar kuliah tersebut secara berulang kali. Di samping itu, keputusan peperiksaan
juga boleh diperoleh secara dalam talian.

5. Sosial
Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh
dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular
ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram dan yang terbaru adalah Tiktok.
Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama, mewujudkan
kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat dan hobi yang sama dan mengemas kini
aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan berkesan. Laman sosial juga dapat
menghubungkan mereka yang jauh walaupun tidak dapat bersemuka. Di media sosial jua
banyak perkongsian yang bermanfaat boleh didapati.

Anda mungkin juga menyukai