Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM BUM SEMPORNA

NAMA PROGRAM :

“PROGRAM ELIT BOLA TAMPAR”


PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR SEKOLAH 2023

NAMA PROGRAM : #PROGRAM ELIT BOLA TAMPAR 2023

1.0 PENGENALAN

Bola tampar ialah salah satu sukan permainan yang telah melonjakkan
kecemerlangan kokurikulum sekolah. Setiap tahun, SMK Bum Bum akan menyertai
pertandingan kejohanan bola tampar di peringkat MSSDS sehingga ke peringkat
Bahagian, Negeri dan Kebangsaan. Kejayaan pasukan sekolah dalam kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah Semporna pada pertengahan tahun 2000 sehingga kini
menjadi titik tolak kepada kegemilangan kokurikulum bola tampar sekolah. SMK
Bum Bum kerana telah banyak melakar kejuaraan sepanjang penyertaan kejohanan
bola tampar, kejayaan ini dapat dilihat apabila Kelab Bola Tampar SMK Bum Bum
telah berjaya mengekalkan kejuaraan pertandingan bola tampar MSSDS sebanyak
empat tahun berturut pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Permainan bola tampar merupakan citra dan etos bagi kebanyakan pelajar-pelajar
SMK Bum Bum. Bola tampar begitu sinonim dengan SMK Bum Bum sehingga dapat
melahirkan bakat-bakat yang boleh bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, kelab Bola tampar SMKBBS ingin menjadikan sukan
permainan bola tampar sebagai sukan kebitaraan SMKBBS.

RASIONAL

Program pembangunan bola tampar peringkat sekolah adalah bertujuan untuk


memperkasa dan meningkatkan kualiti dan kuantiti murid di dalam permainan
bola sepak. Selain itu , ia  juga bertujuan untuk meningkatkan mutu persembahan
permainan pada tahun 2023. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan warga sekolah akan dapat disemai melalui program ini sebagai
contohnya nilai cintakan budaya bersukan, mengamalkan gaya hidup yang sihat,
meningkatkan disiplin dikalangan pemain sekolah

2.0 MATLAMAT

 Menjadikan bola tampar sebagai identiti sukan bagi SMK Bum Bum Semporna
 Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum; Kelab Permainan Bola
Tampar
 Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru
 Memperkembangkan potensi diri murid dalam bidang permainan bola tampar
 Memenuhi hasrat KPM dalam penekanan terhadap aktiviti Kokurikulum
3.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui aktiviti dan kemudahan


prasarana kokurikulum
 Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum SMKBBS
 Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan dan permainan
 Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar
 Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

TARIKH PROGRAM

2 MEI 2023 SEHINGGA 2 OKTOBER 2023

KUMPULAN SASARAN

12 orang pemain lelaki Bawah 18 Tahun SMKBBS


12 orang pemain perempuan Bawah 18 Tahun SMKBBS

GURU YANG TERLIBAT

1. ENCIK SAIDI BIN ABDULLAH


2. ENCIK FADZLAN BIN BASIRUN
3. ENCIK NORSADIN BIN APAN
4. CIK SUKMAWATI BINTI RAIS

BIDANG TUGAS

PERKARA BIDANG TUGAS TINDAKAN


MENYELIA/MENJAGA/ -          Memastikan setiap murid
MEMBIMBING PEMAIN bersedia untuk memulakan
latihan program ELIT

-          Menjaga keselamatan murid


semasa aktiviti berlangsung.

-          Membantu jurulatih di dalam


melaksanakan aktivti. (penolong KETUA JURULATIH
jurulatih)

-          Membimbing murid di dalam


melakukan aktiviti. Melibatkan
diri di dalam melakukan aktiviti
sekiranya perlu.

-         Merekod/mencatat/mencatit
aktiviti yang dijalankan di dalam
buku rekod perlaksanaan. (rujuk
lampiran)

-         Merekod/mencatat/mencatit
penilaian kemahiran murid
sebelum dan selepas sesuatu
aktiviti.

-          Menyimpan buku penilaian


kemahiran murid. (buku akan
disediakan oleh penyelaras)

-          Menganalisis penilaian murid.


PERKARA BIDANG TUGAS TINDAKAN
MENYEDIA/MENYIMPAN -          Menyediakan peralatan
PERALATAN setiap kali aktiviti program ELIT
dijalankan.

-          Menyusun peralatan aktiviti


program ELIT mengikut KETUA JURULATIH
kemahuan jurulatih.
PEN. JURULATIH

-          Mengumpul dan menyimpan


kembali peralatan selepas
digunakan
.
-          Memastikan peralatan yang
digunakan berada di dalam keadaan
baik.
PERKARA BIDANG TUGAS TINDAKAN
MENYIMPAN/MEREKOD/ -          Mengambil kedatangan murid
MENGANALISIS KEHADIRAN setiap kali program ELIT
berlangsung.

-          Menyimpan buku rekod PEN.JURULATIH


kehadiran program ELIT.(buku
akan disediakan oleh
penyelaras)(rujuk lampiran)
-          Membuat analisis kehadiran
murid.
RANCANGAN PERIODISASI 6 BULAN PROGRAM ELIT BOLA TAMPAR

Nama Peserta Objektif


Pencapaian Pengujian Persediaan Persediaan Persediaan Persediaan
Dalam Lampiran senarai
pemain Lelaki Dan Perempuan
fizikal teknikal taktikal psikologikal
18TKB 1.Kejohanan 1.Lompat 1.Meningkatkan 1.Meningkatkan 1.Meningkatkan 1.Meningkatkan
MSSD vartikal : 38cm kekuatan kaki untuk servis variasi spike semasa tumpuan mental
Semporna : lompatan yang tinggi. 2.Meningkatkan menyerang
Pertama 2.Kepantasan : ketepatan spike 2.Meningkatkan
Kebarangkalian 36 saat ( lari 2.Meningkatkan 3.Meningkatkan 2.Meningkatkan keyakinan diri dan
menang : 90% ulang alik 4 x ketangkasan kaki dan hantaran dari timing dan kelajuan dapat membuat
10m ) tangan membuat penerima bloking semasa keputusan yang
2.Kejohanan bloking dan spike pertama bertahan tepat dalam situasi
MSSS Kudat : 3.Larian 2.4 km kepada pertandingan
Johan ( 8 minit 30 3.Meningkatkan daya pengumpan
Kebarangkalian saat ) tahan otot dan 4.Meningkatkan
menang : 60% kardiovaskular bagi keseluruhan
permainan yang kemahiran
panjang teknikal untuk
kecekapan
yang lebih
tinggi dalam
situasi
pertandingan
Masa Bulan MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT
MINGGU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6
Domestik x x x x
Kebangsa
an

Jadual Tempat
pertandinga
n
Fasa
latihan
Periodisasi Pra Persediaan Persediaan Pra Pra Pertandinga
Pertandingan Pertandingan n

Kekuatan Adaptasi anatomi Kekuatan maksimum Kuasa dan daya Pengekalan kuasa maksimum
tahan otot dan daya tahan otot
Daya Daya tahan aerobik Memajukan dasar daya tahan khusus Daya tahan Pengekalan daya Daya tahan
tahan khusus tahan aerobik
pertandingan
Kelajuan Aerobik dan anaerobik Kelajuan khusus Kelajuan, ketangkasan dan Pengekalan kelajuan
masa reaksi
Perolehan Kemahiran teknik asas Memajukan persediaan Rangsangan pertandingan
kemahiran kemahiran
Psikologik Penetapan matlamat Memperkembangkan strategi Rangsangan melalui strategi pertandingan
al pertandingan
Kitaran 1 2 3 4 5 6 7
makro
Kitaran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2
mikro 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6
Peaking indeks 4 3 3 1 2 1 2 1 5
2
Pengujian
Pengawalan perubatan
Perkampungan/rehat
Faktor latihan 100 1
%
Fizikal 90 2
Teknikal 80 3
Taktikal 70 4
60 5
Psikologikal 50 p
e
40 a
Volum 30 k
i
20 n
Intensiti
10 g

Peaking
CARA PERLAKSANAAN PROGRAM #SPIKE_2020
Dalam usaha mencapai objektif program ini, beberapa langkah perlaksanaan telah
diambil dan akan dijalankan sepenuhnya. Antaranya seperti di bawah :-
 Pemain akan diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan
insentif ini. Disiplin semasa dan selepas latihan adalah aspek yang amat
ditekankan dalam program #spike_2020
 Latihan akan dijalankan sebanyak 3 kali dalam seminggu selama 2 jam setiap
sesi. Latihan ini melibatkan latihan kemahiran dan juga latihan fizikal. Jadual
latihan adalah seperti di bawah :
HARI PAGI PETANG
SELASA 10.00PG - 12.30 T/HARI 3.00 PTG - 5.00 PTG
RABU 10.00PG - 12.30 T/HARI 3.00 PTG - 5.00 PTG
KHAMIS 10.00PG - 12.30 T/HARI 3.00 PTG - 5.00 PTG

 Ketua jurulatih akan membimbing dan menyelia setiap pemain sepanjang latihan
dijalankan. Ketua jurulatih juga akan merencana aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang latihan. Setiap pemain akan dinilai berdasarkan aspek-aspek penilaian
yang telah dijadualkan (rujuk lampiran )
 Penolong jurulatih akan mempastikan kehadiran setiap pemain. Kehadiran ke
kelas selepas latihan adalah perkara yang diutamakan. Borang kawalan kelas
(rujuk lampiran ) selepas latihan akan diedarkan kepada setiap pemain dan akan
dihantar semula kepada penolong jurulatih untuk dianalisis. Sekiranya terdapat
pemain yang melanggar peraturan, tindakan disiplin akan dikenakan terhadap
pemain tersebut.

4.0 INTIPATI PROJEK

Dalam usaha merealisasikan sukan permainan bola tampar sebagai tonggak


kecemerlangan ko-kurikulum SMKBBS, kelab Bola Tampar telah mengenalpasti
beberapa projek yang perlu dijalankan.

4.1 Gelanggang Bola Tampar Baharu / Tiang Bola Tampar


Bagi memastikan segala perancangan yang telah dirancang berjalan dengan
lancar, kelab bola tampar SMKBBS ingin memiliki satu gelanggang bola tampar
baharu yang berhampiran dengan dewan dan kantin sekolah
4.2 Peralatan
Walaupun SMKBBS mempunyai pasukan Bola Tampar yang baik dan berpotensi
untuk pergi lebih jauh, namun didapati beberapa peralatan bola tampar tidak
mencukupi untuk mengadakan latihan yang mantap. Antara peralatan yang
diperlukan adalah seperti di bawah :

Anggaran Perbelanjaan

BIL Perkara Kuantiti Harga/unit Jumlah


1 Tiang Bola Tampar 1 set RM 1500 RM 1500
2 Bola Tampar Molten 10 biji RM 130 RM 1300
V53500
3 Disc Cone training 4 set RM 50 RM 200
4 Resistance Band 6 set RM 50 RM 350
JUMLAH RM 3350

4.4 Pertandingan bola tampar “interclass”


Bagi memastikan kelab bola tampar SMKBBS tidak kehilangan pemain.
Pertandingan bola tampar antara kelas akan diadakan untuk mencungkil bakat-
bakat baru yang boleh dijadikan pemain pelapis untuk kelab bola tampar
SMKBBS

4.5 Klinik Bola Tampar


Dalam menarik minat pelajar untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan permainan
bola tampar, kelab bola tampar SMKBBS akan menganjurkan klinik “VOLLEYBALL
FOR ALL”

4.6 Lawatan perlawanan di luar sekolah


Untuk mengukur tahap pencapaian pemain-pemain bola tampar sekolah, kelab
berhasrat untuk membuat lawatan perlawanan dengan kelab-kelab bola tampar
luar sama ada kelab di dalam daerah semporna mahupun kelab di luar daerah
semporna. Ini bagi meningkatkan kemahiran, memperkuat psikologi dan
mewujudkan persefahaman antara pemain-pemain kelab bola tampar SMKBBS

5.0 PENUTUP

Adalah menjadi hasrat kelab bola tampar untuk melihat perkembangan sukan
permainan bola tampar ini menjadi kenyataan hasil daripada sokongan pihak
pentadbiran SMKBBS. Sememangnya intipati projek ini adalah salah satu usaha
dalam menjadikan sukan permainan bola tampar sebagai satu identiti ko-kurikulum
SMKBBS yang boleh dimurnikan untuk menjulang anak bangsa.
Disediakan Oleh :

_________________
( Hj Fadzlan Bin Hj Basirun)
Ketua Guru Penasihat
Kelab Bola Tampar
SMKBBS

Disemak Oleh :

__________________
( Zul Ahmad Bin Hj Kasugi )
Penolong Kanan Ko Kurikulum
SMK Bum Bum Semporna

Disahkan Oleh :

_____________________
( Arifin Bin Musidi )
Pengetua
SMK Bum Bum Semporna

Anda mungkin juga menyukai