Anda di halaman 1dari 1

Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Pelbagai Jenis Soalan Melibatkan

Pertukaran Pecahan Kepada Perpuluhan dan Perpuluhan Kepada Pecahan.

Sekolah Kebangsaan Ulu Melipis


96850 Song Sarawak.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan


pelbagai jenis soalan yang melibatkan gabungan pertukaran pecahan kepada
perpuluhan dan perpuluhan kepada pecahan melalui pendekatan aktiviti teknik
tangga di kalangan murid-murid Tahap 2. Terdapat ramai murid yang tidak dapat
menguasai konsep penukaran dimana masalah mulai timbul apabila soalan yang
diberikan melibatkan gabungan beberapa operasi secara serentak. Saya
memfokuskan kajian ini kepada kemahiran gabungan operasi, dan memilih 5 orang
murid Tahun 4 dan Tahun 5 sebagai kumpulan sasaran.

Pemerhatian Aktiviti 1:
Murid kelihatan amat berminat dengan aktiviti ini kerana aktiviti ini tidak memerlukan
mereka menjawab sejumlah soalan yang banyak secara wajib, contohnya seperti
kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Jadi, melalui aktiviti ini, mereka diberi
kebebasan untuk mencuba menjawab soalan yang mereka ingini sahaja. Mereka
juga mempunyai masa yang bebas untuk memikirkan jalan kira yang tepat untuk
setiap jawapan. Melalui aktiviti ini juga, mereka menjadi nampak lebih berani untuk
menulis jawapan mereka di papan putih dan menerangkan kepada murid-murid lain
tentang cara untuk menyelesaikan soalan dengan betul. Semua murid melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti ini dan semua murid berjaya menjawab soalan yang
diberi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai