Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Farhan bin Omar

SM Agama Repah,
Kampung Seri Repah, 73000 Tampin
Negeri Sembilan Darul Khusus
___________________________________________________________________
Tarikh: 12 September 2022

Melalui:
En. Solahuddin bin Abd Rahman
Pengetua SM Agama Repah
Kampung Seri Repah, 73000 Tampin

Kepada:

En. Shamsul Anuar bin Haji Naim


Yang DiPertua PIBG,
SMA Repah
Kampung Seri Repah, 73000 Tampin

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN UNTUK KE KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH


AGAMA PERINGKAT KEBANGSAAN (KESSUMA) 2022

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, seramai 1 orang guru pengiring (Pegawai) dan 2 orang pelajar
SM Agama Repah Tampin telah terpilih untuk menyertai kontijen Negeri Sembilan untuk ke
Kejohanan Sukan Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan 2022 . Pelajar SMART ini akan
bertanding di Kejohanan ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13 – 16 September 2022


Tempat : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

3. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati dan berharap agar tuan dapat memberi
sumbangan kepada pegawai dan pelajar dari SMART seterusnya menjadi pembakar
semangat untuk beraksi dengan lebih cemerlang pada kejohanan ini. Secara tidak
langsung mereka mengharumkan nama SM Agama Repah Tampin.

4. Jumlah sumbangan adalah seperti di dalam lampiran. Bersama ini dilampirkan surat
rasmi kejohanan tersebut.

4. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala


keprihatinan dan pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(MUHAMMAD FARHAN BIN OMAR)


Guru Pengiring,
SM Agama Repah Tampin
Lampiran

Bil Perkara Jumlah

1 2 orang Pelajar (2 x rm 100) RM 200.00

JUMLAH RM 200.00

Anda mungkin juga menyukai