Anda di halaman 1dari 3

SOALAN STPM SEJARAH PENGGAL 3 & ULANGAN PENGGAL 3 (2013

– 2015)

SOALAN STPM PENGGAL 3/2013


Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874.
2. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah
meninggalkan pelbagai kesan tehadap aspek politik, sosial dan
ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang pernyataan
tersebut.
3. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam
Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum
berlakunya perluasan kuasa Perancis.
5. Analisiskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran
nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19.
6. Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2013


Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British
lebih bersifat sara diri. Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan
ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan.
2. Analisiskan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap
penjajah British oleh pemimpin tempatan di Perak padaabad ke-19
dan di Terengganu pada awal abad ke-20.
3. Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi
mewujudkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang
diamalkan di Thailand pada abad ke-19.
5. Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia
pada abad ke-19.
6. Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad
ke-20.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014

1
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan
keharmonian masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan
British.
2. “ Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah kewangan
Pahang dikatakan mempengaruhi British untuk menubuhkan Neger-
Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.” Bincangkan pernyataan
tersebut.
3. Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga
tahun 1979.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur
tangan Barat.
5. “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah
mengakibatkan transformasi ekonomi berlaku di negara itu.”
Bincangkan pernyataan tersebut.
6. Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan
nasionalisme di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2014


Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum
tahun 1874.
2. Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British di Johor
sehingga tahun 1914.
3. Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan
oleh kerajaan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa
Barat.
5. “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di
Indonesia telah mempengaruhi perkembangan gerakan
nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.
6. Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa
selepas Perang Dunia Kedua.

2
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015
Bahagian A: Sejarah Malaysia

1. Huraikan prinsip umum Undang-undang Tubuh Johor dalam


mengekalkan kestabilan sosiopolitik di Johor pada abad ke-19.
2. Jelaskan reaksi penduduk tempatan di Sarawak terhadap British
pada tahun 1946.
3. Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia
untuk mencapai matlamat Dasar Perindustrian Negara dari tahun
1980-an hingga tahun 2000.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara

4. Perihalkan peranan raja Vietnam dalam aspek politik, ekonomi, dan


social sebelum penjajahan Perancis.
5. Huraikan kesan campur tangan British terhadap pentadbiran
tempatan di Myanmar pada abad ke-19 hingga abad ke-20.
6. Huraikan bentuk pemerintahan raja berperlembagaan yang
diamalkan di Thailand pada abad ke-20.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2015


Bahagian A: Sejarah Malaysia

1. Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Perpatih dan adat


Temenggung di Tanah Melayu
2. Bincangkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda dalam gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu dari tahun 1938 hingga tahun 1942.
3. Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam
pembangunan ekonomi di Malaysia hingga tahun 1974.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara


4. Terangkan pengkomersialan ekonomi pertanian di Indonesia pada
abad ke-19
5. Terangkan perkembangan peranan Youth Men Buddhist Association
(YMBA) dalam perkembangan nasionalisme di Myanmar.
6. Bincangkan penglibatan Thailand dalam South East Asia Treaty
Organisation (SEATO).

Anda mungkin juga menyukai