Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di Malaysia, cuaca hujan yang tidak menentukan menyebabkan kerisauan kepada


individu yang ingin mengeringkan pakaian di ampaian luar rumah. Kebanyakkan
masyarakat yang tinggal di rumah pangsapuri,kondiminium dan juga rumah flat akan
meninggalkan rumah mereka untuk keluar bekerja atau keluar mencari keperluan
menyebabkan mereka akan membiarkan pakaian mereka dijemur di luar rumah. Oleh itu,
mereka tidak ada kesempatan untuk mengubah pakaian mereka yang baru atau sudah
dijemur ketika hujan turun.

Dengan adanya alat elektronik dan teknologi yang canggih pada hari ini mampu
menginovasikan sebuah ampaian manual kepada ampaian pintar automatik yang dapat
mengesan titisan hujan lalu memasukkan pakaian secara automatik menggunakan Raindrop
Sensor yang disambungkan pada peranti elektronik iaitu Arduino Uno bagi menghantar
signal kepada Power Window Motor untuk menggerakkan ampaian masuk dan keluar.

Sistem automatik dengan Internet of Things (IoT) pada ampaian pintar ini dapat
diinovasikan dan diprogramkan bagi menyenangkan pengguna dalam kehidupan seharian
tanpa memikirkan risiko menjemur baju di luar rumah ketika hari hujan. Seterusnya, sistem
pada ampaian pintar ini yang dikawal menggunakan Arduino Uno yang disambungkan
pada Rain Drop Sensor lalu diprogramkan untuk mengesan titisan hujan lalu ditarik masuk
secara automatik. Oleh itu, pengguna tidak lagi perlu risau tentang pakaian yang dijemur
pada bila-bila masa sahaja.
1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era globalisasi, teknologi semakin canggih tetapi masih tiada lagi ampaian
dinding yang boleh diregangkan dan dilipat semula secara automatik yang menggunakan
sensor. Hal ini kerana, hanya ampaian dinding manual sahaja yang dijual di pasaran. Ini
menyebabkan pengguna yang tinggal di rumah bertingkat seperti rumah flat, pangsapuri
dan kondominium tidak dapat menyelamatkan pakaian mereka sekiranya dijemur di
balkoni rumah daripada hujan secara tiba-tiba. Selain itu, sistem manual pada ampaian yang
sedia ada tidak efisien bagi pengguna yang sibuk bekerja dan sibuk dengan kerja rumah.
Dengan wujudnya sistem automatik yang menggunakan sensor hujan, pengguna tidak perlu
lagi risau tentang pakaian yang telah dijemur.
1.3 Penyataan masalah

Cuaca di Malaysia yang tidak menentukan menyebabkan individu yang tinggal di rumah
bertingkat risau sekiranya mereka menjemur baju. Pakaian yang dijemur pada ampaian di
balkoni rumah membimbangkan pengguna apabila ketidadaan mereka rumah atau sibuk
membuat kerja rumah menyebabkan baju yang dijemur tidak sempat dialih atau dibawa
masuk menyebabkan baju yang dijemur bertambah basah.
Ampaian yang dijual di pasaran tidak menggunakan sistem automatik dan tidak
sistematik serta penggunaan sensor tidak digunakan baik untuk memudahkan kehidupan
seharian. Ampaian dinding manual yang ada sekarang perlu diregangkan dan dilipat semula
secra manual oleh pengguna ini akan menyebabkan pakaian yang sedang disidai atau
dikeringkan di bawah matahari mempunyai kemungkinan akan terkena air hujan sebelum
pengguna dapat melipat masuk kembali ampaian dinding dengan sempurna selepas
mengetahui cuaca hujan.

1.4 Objektif

Objektif projek ini ialah:

i. Pembangunan ampaian pintar yang mengesan titisan hujan .


ii. Pembagunan ampaian pintar dengan kawalan Raspberry Pi.
iii. Pembangunan ampaian pintar dengan sistem motorised.
1.5 Skop Kerja

Skop projek ini adalah:

i. Sensor Hujan mengesan titisan hujan dan menghantar signal kepada Arduino Uno R3
untuk menggerakkan ampaian ke belakang ketika hari hujan.

ii. Raspberry Pi mikrokrontroller sebagai pengawal ampaian automatik melalui telefon


pintar.

iii. Power Window Motor mempunyai 12 voltan berkeupayaan menarik dan menolak
ampaian.

1.6 Manfaat Penghasilan Projek

Projek ini dapat memberikan manfaat kepada pengguna terutamanya kepada individu yang bekerja dan
sibuk dengan kerja rumah. Projek ini mempunyai rekabentuk yang menjimatkan ruang, bersifat
automatik, boleh dikawal dari jauh dan tahan lama.

Anda mungkin juga menyukai