Anda di halaman 1dari 2

Perlaksanaan sesuatu perkara yang baharu sudah pasti akan memperlihatkan

suasana yang janggal atau berbeza sekiranya tiada sebarang persediaan awal
mahupun latihan yang dilakukan terlebih dahulu. Adakalanya keberhasilan
sesuatu perkara itu memerlukan sedikit ruang lingkup dari segi masa dan
persekitaran yang kondusif. Oleh itu, melalui kajian tindakan metodologi dan
paradigma tafsiran isu yang dibangkitkan di sini adalah untuk mengkaji Program
SSR yang dilaksanakan di sekolah.

Berdasarkan pemerhatian awal penulis, dapat di lihat daripada program SSR


ini menunjukkan setiap pelajar mempunyai pemikiran dan cara kerja yang
berbeza melalui refleksi yang di pamerkan oleh setiap pelajar. Setiap pelajar
didapati menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan dalam pemilihan
bahan bacaan menyebabkan mereka menghabiskan masa yang lama dalam
membuat keputusan untuk pemilihan bahan bacaan.

Keberhasilan yang baik mahupun tidak merupakan salah satu garis ukur
kemenjadian sesuatu program. Semasa program SSR dijalankan, pelbagai
respon diberikan oleh pelajar seperti mereka berasa seolah-olah tidak
menyiapkan tugasan sekolah atau lebih tepat hasil pembelajaran tidak tercapai
seperti yang diinginkan. Lantaran akan hakikat ini, guru mengambil langkah
untuk pelajar tersebut berkongsi dan membentangkan hasil daripada perolehan
bacaannya. Dengan tindakan tersebut pelajar dapat mengeksternalkan kemahiran
literasi yang mereka tidak pamerkan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, sudah pasti ada sudut pandang positif bagi setiap


program. Faedah program SSR adalah terhad, banyak sekolah telah berjaya
melaksanakan progam ini dengan sedikit penambahbaikan mengikut keadaan
pelajar ketika proses pembelajaran di jalankan dengan memberi peluang untuk
mereka bevariasi dalam kepelbagaian pandangan. Tindak balas pelajar lelaki
yang pelbagai dalam memberi lontaran pandangan menghasilkan proses
kemahiran berfikir aras tinggi.
Sebagai konklusinya, tidak dapat sangkal lagi bahawasanya melalui
pembelajaran pedagogi dapat memberi impak yang hebat dalam proses
pembelajaran berkesan dengan kemahiran interaksi dua hala akan membolehkan
pelajar menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan
efektif.

Penelitian dan pengawasan yang konkrit merupakan aspek penting dalam


merealisasikan hasil dapatkan program yang berkesan kepada pelajar. Melalui
program SSR ini pelajar tidak dapat di nilai sepenuhnya kerana tiada berlaku
proses komunikasi dua hala semasa pembacaan semyap di jalankan dalam
kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai