Anda di halaman 1dari 2

pakdi.my http://www.pakdi.

my/

Pakdi.my — Panduan Saham Untuk Pelabur Baru
Misi pelaburan pertama kita adalah membeli sekurang­kurangnya 5 kaunter saham, bermodalkan sebahagian
kecil sahaja dari duit lebih yang kita ada.

Gunakan sebahagian duit simpanan sahaja dahulu untuk misi pelaburan pertama kita. Jumlah yang kita
sanggup rugi 100%.

Ini membolehkan kita mempelajari logik pelabur saham secara live. Maklumlah, sebagai pelabur baru kita
masih bodoh dalam logik pelaburan. Setelah telah dapat untung dari misi pelaburan pertama, barulah kita
membesarkan modal pelaburan saham tersebut.

Selain masih belum berpengalaman melabur saham, adakah tuan / puan ...

Seorang yang mempunyai cashflow bulanan yang positif ?
Mempunyai modal khas (walaupun kecil) untuk memulakan pelaburan saham ?
Mempunyai simpanan duit tunai yang hanya disimpan dalam akaun bank, Tabung Haji dan ASB sahaja ?

Seterusnya tuan / puan juga:

Mempunyai sasaran tabungan jangka masa panjang seperti keperluan persaraan, pendidikan anak­
anak, kesihatan dan seterusnya?
Tidak akan mengusik modal pelaburan tersebut sekurang­kurangnya untuk tempoh 3 tahun ?
Mahu mempelbagaikan pelaburan, dan mahu melabur dalam pasaran saham pula ?

Atau, barangkali tuan / puan juga:

Selalu sangat rugi, akibat membuat spekulasi dalam pasaran saham dan kini mahu mempelajari cara
yang lain pula iaitu cara seorang pelabur dan bukan lagi seorang spekulator ?
Memang ada minat untuk  mendalami ilmu pelaburan saham ?
Nak tahu apa itu value investing ?

Jika ya, tahniah. Ini adalah laman web yang barangkali dapat mengubah masa hadapan kita.

Saya dapat membantu tuan / puan menjadi seorang pelabur dalam pasaran saham. Ya, seorang pelabur dan
bukannya seorang spekulator, seterusnya dapat tidur lena pada malam hari.

Mahukah tuan  / puan sekiranya saya menunjukkan cara­caranya ?

Oh ya, sebelum tuan / puan meneruskan pembacaan, saya mahu memberi amaran:

Saya tidak tahu cara menjana pendapatan harian atau bulanan dengan pasaran saham. Saya tak
dapat bantu jika mahu 'main saham' sebab nak bayar hutang. Saya mengukur prestasi pelaburan saham
berdasarkan pulangan pelaburan untuk tempoh setahun.

Saya tidak menjanjikan intan permata, bulan dan bintang. Saya tak tahu cara untung sekelip mata. Saya
tak tahu cara untung untung untung dan tidak rugi. Saya cuma dapat berkongsikan kaedah­kaedah
asas dalam pelaburan saham, dan dengan sikap (attitude) yang betul, kita dapat memperoleh
pulangan yang memuaskan. Rugi dalam pelaburan pasti berlaku. Kita mesti bersedia menerima rugi
jangka pendek.

Saya tidak buat analisis saham berdasarkan carta­carta dan graf harga saham. Saya cuma berkongsi
cara­cara membeli bisnes yang bagus­bagus melalui pasaran saham. Jadi, kalau nak belajar
mengkaji carta­carta saham di sini bukan tempatnya.

Fokus utama saya, adalah membantu tuan / puan elak rugi (modal) terlebih dahulu dengan kaedah
tertentu mengawal risiko. Strategi yang saya kongsi tidak mencari untung dahulu. Jadi saya tidak beri
tips saham­saham panas untuk dijadikan modal perbualan dalam media sosial. Yang "kononnya" boleh
untung cepat.

Pastikan tuan / puan melabur dengan duit lebih sahaja. Bukan bermodalkan duit pinjaman bank atau
berhutang dengan kawan­kawan dan saudara mara.

Salam! Saya Suzardi Maulan, juga lebih dikenali sebagai Pakdi.

Saya merupakan seorang perunding kewangan dan juga seorang pelabur saham.

Ramai yang bertanyakan kepada saya cara­cara memulakan pelaburan saham sendiri. Ini
menyebabkan saya akhirnya menyediakan siri Tutorial Online Pelaburan Saham ini khusus
kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang pelabur saham.

Pelaburan saham bukanlah sesukar mana. Namun, ia tidaklah terlalu
senang sampai tutup mata pun boleh buat duit. Kita cuma perlu ada
pengetahuan yang betul sahaja.

Selamat membaca!

Suzardi Maulan
www.pakdi.net

Baik.

Saya tidak mahu membuang masa tuan / puan yang sangat berharga. Saya
tak dapat janjikan buat return boombastic. Sila cari orang lain jika mahu
buat untung cepat dalam pasaran saham. Saya cuma dapat membantu
tuan / puan yang suka dengan cara slow & steady.

Jika tuan / puan merupakan orang yang sabar, sila klik link di bawah untuk
membaca artikel seterusnya.

Dulu Saya Pun Tak Pernah Tahu Betapa Mudahnya Menjadi Seorang Pelabur Berbanding Seorang Trader

Buat Pembelian | Login | Isi Kandungan

Anda mungkin juga menyukai