Anda di halaman 1dari 10

Dr Norman Norawi:

DIET RENDAH KARBOHIDRAT

KENAPA IA BERKESAN?

Pemakanan rendah karbohidrat telah terbukti efektif dan berkesan berdasarkan kajian-kajian
terkini.Dalam artikel ini saya sertakan beberapa kajian terkini yang menunjukkan bukti saintifikk
bagaimana sebenarnya Diet Rendah Karbohidrat ini berkesan dan efektif untuk membantu
mengatasi masalah berat badan, obesiti, diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Kajian-kajian ini menunjukkan diet rendah karbohidrat ini akan menyebabkan penurunan berat
badan 2 ke 3 kali ganda lebih banyak berbanding diet rendah lemak yang biasanya di ajar kepada kita
selama ini . Mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat juga adalah sangat selamat dan tiada
kesan sampingan merbahaya akan berlaku.

Diet pemakanan rendah karbohidrat juga akan memperbaiki faktor-faktor risiko penyakit kronik
berdasarkan kajian yang ada. Kajian menunjukkan mengamalkan diet pemakanan rendah
karbohidrat akan menurunkan paras trigliserida darah dan meningkatkan paras kolesterol HDL .
Kajian juga menunjukkan ia akan menurunkan tekanan darah tinggi dan paras glukosa darah
dengan lebih baik dan signifikan.

Dalam mengamalkan diet rendah karbohidrat akan berlaku kehilangan lemak terutama pada
bahagian abdomen (perut) iaitu ia akan menghilangkan perut buncit dan juga lemak di ‘dalam
abdomen’ (intra-abdominal) di sekeliling organ dalaman seperti hati, usus dan jantung . Lemak jenis
yang berkumpul di kawasan abdomen ini menyebabkan seseorang kelihatan buncit dan berdasarkan
kajian ia adalah lemak yang merbahaya kepada kesihatan kerana ia akan menyebabkan peningkatan
paras keradangan dan menjadi faktor risiko utama kepada penyakit kronik seperti kardiovaskular,
diabetes, kanser dsbgnya .

Mengamalkan diet rendah karbohidrat ini amat efektif bagi seseorang dengan masalah berat badan,
sindrom metabolik dan diabetes jenis 2 dengan pelbagai kajian saintifik yang membuktikannya.
Terdapat pelbagai teori dan pendapat oleh saintis kenapa diet pemakanan rendah karbohidrat ini
berkesan dan efektif dan kajian mendalam masih lagi di jalankan untuk mendapatkan kesimpulan
saintifik yang kukuh. Ia melibatkan banyak faktor (multi-faktorial) kenapa diet pemakanan rendah
karbohidrat ini sangat baik dan berkesan.

Kita kan cuba melihat semua faktor-faktor ini sebagaimana yang telah di utarakan berdasarkan
kajian-kajian yang ada:

1. DIET RENDAH KARBOHIDRAT MENURUNKAN PARAS INSULIN

Insulin adalah hormon yang sangat penting dalam me’regulasi’ atau mengawal paras glukosa darah
dalam tubuh kita dan juga penting untuk penyimpanan tenaga dalam sel-sel tubuh. Diantara fungsi
insulin juga adalah untuk menghantar isyarat kepada sel-sel lemak (adipos) untuk menghasilkan
lemak dan menyimpan lemak dan juga menghalang lemak yang tersimpan dalam sel-sel lemak di
gunakan. Ia menghantar isyarat kepada sel-sel lain untuk menggunakan glukosa daripada darah
sahaja dan tidak akan membakar lemak yang tersimpan dalam sel-sel lemak. Oleh itu secara
mudahnya tugas insulin juga adalah meransangkan penghasilan lemak (lipogenesis) dan menghalang
pembakaran lemak daripada sel-sel lemak (lipolysis).

Apabila seseorang mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat, maka ia akan menyebabkan paras
insulin akan menurun mendadak kerana paras glukosa yang lebih rendah dalam darah. Pengambilan
lemak yang lebih tinggi dalam makanan juga akan menyebabkan paras insulin menurun, tetapi sel-
sel tubuh kita tetap mendapat sumber tenaga daripada sumber lemak tadi, ini menyebabkan
masalah hypoglisemia tidak berlaku. Di sini lah keadaan di mana kita boleh kata kan ‘untuk
membakar lemak, maka kita perlu makan lemak’ di atas asas konsep menurunkan paras insulin ini.
Kaedah pemakanan inilah yang di panggil Diet ‘Rendah Karbohidrat & Tinggi Lemak’ (Low Carbs &
High Fats ; LCHF)

Kajian menunjukkan, oleh kerana paras insulin menjadi rendah maka tubuh kita akan mula
membakar lemak yang tersimpan yang selama ini di halang oleh paras insulin yang tinggi dalam
tubuh kita.

Ini lah kuncinya untuk seseorang menurunkan berat badan dengan efektif iaitu dengan
mengamalkan gaya pemakanan rendah karbohidrat & tinggi lemak .

Di bawah ini adalah graf kajian yang menunjukkan bagaimana pengambilan pemakanan rendah
karbohidrat membantu paras insulin lebih banyak daripada pemakanan cara yang biasa.

Berdasarkan pendapat ahli sains pemakanan, faktor penurunan paras insulin ini adalah kunci
kejayaan diet rendah karbohidrat menurunkan berat badan.

Apabila karbohidrat di kawal pengambilannya, maka ia akan menyebabkan paras insulin menjadi
rendah dan lemak yang ‘terkurung’ dalam sel-sel lemak selama ini akan mula keluar sebagai asid
lemak bebas (FFA) dan di gunakan sebagai sumber tenaga untuk tubuh dan ini akan menyebabkan
seseorang rasa lebih bertenaga dan kenyang. Ini akan menurunkan selera makan dan secara tidak
lansung mengurangkan jumlah makanan yang dimakan dan mengelakkan makan secara berlebihan.

Teori inilah yang dipanggil sebagai ‘HIPOTESIS KARBOHIDRAT-INSULIN’ atau Teori Hormon Punca
Obesiti (‘Hormonal Theory of Obesity’). Masih terdapat sesetengah saintis tidak begitu yakin dengan
teori ini dan masih berpegang dengan ‘teori kalori’ sebagai punca obesiti walaupun bukti-bukti kajian
sains telah terlalu banyak di terbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang membuktikannya.

Saya secara peribadi amat yakin dengan teori ini kerana saya telah melihat buktinya kepada diri saya
dan juga ramai pesakit saya yang telah mengikut kaedah ini walaupun tidak terlalu ketat pengawalan
pemakanan mereka ia tetap menunjukkan kesan yang positif penurunan berat badan, walan
diabetes dan tekanan darah tinggi.
2. DIET RENDAH KARBOHIDRAT MENYEBABKAN ‘BERAT AIR TUBUH’ TURUN MENDADAK DI
PERMULAAN

Apabila seseorang mula mengawal karbohidrat dalam pemakanannya, maka dalam satu ke dua
minggu berat badan akan turun dengan cepat. Ianya dalah kerana mereka kehilangan ‘berat air’
dalam tubuh. Ahli sains berpendapat bahawa punca kehilangan berat air ini adalah kerana:

• Insulin

o Apabila paras insulin menurun maka ginjal akan mula mengeluarkan sodium berlebihan daripada
tubuh. Ini akan menurunkan tekanan darah tinggi . Oleh kerana itu kita melihat kesan penurunan
tekanan darah dengan mengamalkan pemakan rendah karbohidrat ini.

• Glikogen

o Tubuh kita menyimpan karbohidrat dalam organ hati dan otot dalam bentuk ‘glikogen’ yang
mengikat bersama-sama nya molekul air. Apabila seseorang mengurangkan karbohidratnya, maka
tubuh akan membebaskan glikogen ini dan bersamanya juga molekul air yang mengikat glikogen itu.
Ini menyebabkan tubuh akan mengalami kehilangan berat air apabila mula mengamalkan diet
rendah karbohidrat dan tinggi lemak ini.

Keadaan kehilangan berat air ini tidak berlaku apabila seseorang mengambil jumlah karbohidrat
yang tinggi (60%) walaupun jumlah kalori di kurangkan. Ada juga menggunakan penjelasan ini
sebagai satu kritikan kepada pemakanan rendah karbohidrat ini tetapi sebenarnya kehilangan berat
air ini adalah satu kelebihan. Air yang berlebihan dalam tubuh sebenarnya akan membebankan
sistem metabolisma tubuh dan menyebabkan masalah sembab air (oedema) dan mengganggu
pengaliran darah yang lancar.

Kehilangan berat air ini bukan lah punca utama pemakanan rendah karbohidrat ini menurunkan
berat badan, tetapi sebenarnya kehilangan lebih banyak lemak tersimpan itu adalah lebih utama
terutamanya lemak di bahagian abdomen .

3. DIET RENDAH KARBOHIDRAT TINGGI DENGAN PROTIN & LEMAK SIHAT

Dalam kebanyakan kajian yang membandingkan pemakanan rendah karbohidrat dengan pemakanan
rendah lemak, didapati pemakanan rendah karbohidrat ini mengambil lebih banyak protin dan lemak
secara tidak lansung. Pengambilan pemakanan rendah lemak pula lebih cenderung untuk mengambil
lebih banyak GULA dan makanan proses yang tinggi karbohidrat proses.

Apabila seseorang mula mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti roti dan nasi, maka mereka
akan mengambil lebih banyak makanan berprotin dan berlemak seperti daging, ikan, telur dll iaitu
‘lauk’.

Pengambilan lebih tinggi protin dan lemak dalam pemakanan sebenarnya akan menyebabkan
seseorang rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan selera makan . Ia juga meningkatkan
metabolisma tubuh dan meningkatkan saiz otot yang akan menjadikan tubuh kita membakar lebih
banyak kalori dalam seharian . Ini adalah teorinya kenapa seseorang yang mengurangkan
karbohidrat akan menjadi kurus dengan membakar lebih banyak lemak tersimpan .

Ramai ahli sains percaya inilah punca kenapa diet rendah karbohidrat ini sangat berkesan dan efektif
menurunkan berat badan atas faktor ini.

4. DIET RENDAH KARBOHIDRAT MEMBETULKAN MASALAH METABOLIK

Pemakanan rendah karbohidrat mempunyai kelebihan dalam metabolisma tubuh. Ia akan


membantu tubuh kita meningkatkan metabolisma dan penggunaan tenaga dan ini yang
menyebabkan ia membantu menurunkan berat badan. Terdapat kajian yang menyokong pendapat
ini.

Satu kajian yang di jalankan pada tahun 2012 yang menunjukkan peningkatan penggunaan tenaga
apabila mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat yang ketat berbanding dengan pengambilan
pemakanan rendah lemak semasa tempoh menjaga berat badan. Berlaku peningkatan 250 kalori
kadar pembakaran tenaga apabila mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat.

Terdapat kajian lain yang mencadangkan bahawa peningkatan penggunaan tenaga adalah kerana
kandungan protin yang tinggi dalam pola pemaakanan rendah karbohidrat yang di amalkan.

Saintis mencadangkan terdapat beberapa penjelasan kenapa berlakunya peningkatan penggunaan


tenaga semasa mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat. Pendapat mereka adalah ia berlaku
kerana apabila seseorang mengamalkan diet ketogenik iaitu pemakanan dengan jumlah karbohidrat
yang sangat rendah, maka protin dan lemak akan di tukarkan menjadi glukosa melalui proses yang di
panggil ‘gluconeogenesis’ . Proses ini tidak sempurna atau tidak effisien dalam penghasilan glukosa
dan menyebabkan banyak kalori terbuang atau di bakar sebelum tubuh mula menghasilkan lebih
banyak ketone sebagai sumber tenaga alternatif yang lebih efisien .

Secara konsepnya boleh kita fahami apanila kita mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat maka
tubuh akan membakar lebih banyak lemak tersimpan selama ini dan akan membantu menurunkan
berat badan dan menjadikan seseorang itu sangat bertenaga dan kurang selera makan.

5. DIET RENDAH KARBOHIDRAT MENGELAKKAN MAKANAN PROSES

Pemakanan rendah karbohidrat sebenarnya mengajar pengamalnya untuk tidak mengambil


makanan proses dan makanan ‘ringan’ (junk foods).

Kita di ajar supaya meninggalkan ‘gula pasir’ (sukrosa) secara total dan semua makanan dan
minuman manis seperti minuman berkarbonat, jus buah-buahan, kordial, minuman seperti teh tarik,
MILO. Kita di ajar untuk menggunakan pemanis gantian tanpa kalori yang lebih sihat seperti stevia.

Kita juga di ajar untuk tidak makan makanan proses yang tinggi tepung gandum dan lemak trans
(marjerin, krimer , shortening) seperti kek, pastri, piza, roti putih, biskut, kentang goreng dan snek
atau jajan yang tidak sihat. Semua makanan dan minuman tersebut telah di ketahui sebagai
makanan yang menggemukkan dan tidak sihat kerana ia akan menyebabkan kita bertambah-tambah
selera makan dan akan makan secara berlebihan .

Pengurangan makanan yang tinggi tepung gandum, gula dan fruktosa gula jagung (HFCS) yang
terdapat dalam makanan proses ini akan membantu menurunkan berat badan secara signifikan dan
mengurangkan jumlah pengambilan kalori dalam sehari .

Pengambilan makanan asli dan berserat tinggi bagi menggantikan jenis makanan proses ini akan
memberikan kesihatan yang lebih baik dan membantu menurunkan berat badan secara sihat.

6. DIET RENDAH KARBOHIDRAT MENYEBABKAN SELERA MAKAN MENURUN

Diantara penerangan yang paling mudah kenapa pemakanan rendah karbohidrat ini sangat efektif
untuk menurunkan berat badan adalah kerana ianya menurunkan selera makan dengan signifikan.

Kajian menunjukkan apabila seseorang mula mengurangkan pengambilan karbohidrat dan


mengambil lebih banyak lemak dalam pemakanannya maka dia akan mengalami pengurangan selera
makan yang sangat ketara secara otomatik dan dengan itu dia secara tidak lansung makan lebih
rendah kalori.

Kajian yang membandingkan pemakanan rendah karbohidrat dengan pemakanan rendah lema
selalunya akan menghadkan jumlah kalori dalam kumpulan yang mengambil rendah lemak dan
membenarkan kumpulan yang mengambil rendah karbohidrat makan mengikut selera tanpa
mengira jumlah kalori sehingga kenyang. Walaupun begitu, keputusan akhirnya tetap menunjukkan
bahawa kumpulan yang makan rendah karbohidrat akan mengalami penurunan berat badan yang
lebih banyak.

Saintis berpendapat pengambilan pemakanan rendah karbohidrat akan mengurangkan selera makan
kerana beberapa faktor iaitu :

• Pengambilan lebih protin dan lemak

• Penghasilan ketone dan proses ketosis

• Penurunan paras insulin

• Penurunan paras leptin & ghrelin iaitu dua hormon yang mengawal selera makan yang di hasilkan
oleh sel-sel lemak.

• Pengambilan lebih banyak serat

Pemerhatian di buat di kalangan pengamal diet pemakanan ketogenik di dapati mereka menjadi
kenyang lebih lama dan tidak makan banyak kali tetapi tetap rasa bertenaga dan tidak lesu. Atas
faktor ini mereka akan makan dengan jumlah kalori yang lebih rendah secara otomatik dan ini juga
membantu mengurangkan berat badan secara tidak lansung.
MASALAH DIET RENDAH KARBOHIDRAT

Walaupun diet rendah karbohidrat ini amat baik dan efektif menurunkan berat badan untuk
jangkamasa pendek, tetapi terdapat kajian menunjukkan ianya tidak berapa memberansangkan
untuk jangkamasa panjang. Kajian menunjukkan perbezaan berat badan turun akan hilang selepas 2
tahun.

Ini berlaku terutama bagi pengamal Diet Ketogenik yang agak ketat gaya pemakanannya. Ia terjadi
kerana kebanyakan pengamal diet ketogenik ini menjadi bosan dan mula melanggar kaedah
pemakanan mereka dan mula mengambil karbohidrat semula secara berlebihan.

Kerana itu lah saya kurang mempromosi kaedah pemakanan diet ketogenik atas faktor ini kerana
mengamalkan kaedah pemakanan yang lebih longgar dan saya mendapati nya masih lagi
berkesandan menyihatkan dan yang paling penting pemakanan itu membahagiakan.

Isunya bukan lah kerana kaedah pemakanan ini tidak betul tetapi isu utama adalah soal disiplin dan
komitmen pengamalnya yang tidak konsisten.

Oleh kerana itu saya lebih menggalakkan mengamalkan kaedah ini dalam bentuk corak pemakanan
yang biasa kita makan dan nisbah lemak, karbohidrat dan protin yang dalam 60:20:20 dengan tujuan
tidak terlalu mengubah gaya pemakanan tradisi orang Malaysia. Ini akan menjadikan kaedah
pemakanan rendah karbo ini lebih konsisten dan boleh kita amalkan sehingga akhir hayat.

KESIMPULAN

Terdapat ramai lagi yang tidak dapat menerima bahawa diet atau pemakanan rendah karbohidrat
sebenarnya adalah pemakanan gaya sihat dan membantu melawan masalah obesiti. Ini mungkin
kerana kita telah terlalu lama di ‘momok’ kan bahawa lemak adalah makanan yang tidak sihat dan
kita selama ini juga di ajar bahawa punca obesiti adalah kerana ‘terlebih’ makan kalori dan kurang
‘membakar’ kalori dengan bersenam .

Tetapi apabila kita betul-betul meneliti mekanisma sains yang menerangkan konsep pemakanan
rendah karbohidrat maka semuanya adalah amat logik dan masih ada kaitan sedikit sebanyak
dengan teori kalori secara umumnya.

Kajian menunjukkan pengambilan makanan rendah karbohidrat akan meningkatkan metabolisma


tubuh, mengurangkan selera makan dan akan menyebabkan pengurangan pengambilan kalori secara
berlebihan secara umumnya kerana perut merasa kenyang akibat pengambilan protin dan lemak
yang lebih tinggi. Oleh itu bagi yang masih meyakini konsep kalori, maka pengambilan makanan
rendah karbohidrat masih boleh memberikan penerangan yang agak munasabah kenapa ia amat
efektif dan berkesan.

Pada pendapat saya secara peribadi, teori ‘insulin-karbohidrat’ itu adalah penjelasan yang paling
munasabah kenapa pemakanan dengan kaedah rendah itu sangat sihat dan membantu menurunkan
berat badan dengan efektif. Mengurangkan pengambilan karbohidrat juga akan membantu
memulihkan masalah rintangan insulin kerana pemakanan tinggi lemak dan protin akan
mengurangkan paras insulin dalam darah. Kelebihan lain dengan pemakanan rendah karbohidrat
yang akan menyebabkan kita makan lebih banyak makanan asli dan segar seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan serta minyak sihat akan membantu mengurangkan masalah keradangan yang menjadi
faktor utama kepada berlakunya penyakit kronik seperti penyakit diabetes, kardiovaskular dan
kanser.

Oleh kerana itu seseorang akan menjadi lebih sihat dengan mengurangkan karbohidrat proses dalam
pemakanan dan juga mengambil makanan yang lebih berkhasiat kepada tubuh. Wallahua’lam.

Dr Norman Mohd Norawi

MBBS (Manipal), MScAARMMA(UCSI)

MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)


Rujukan:

1. Dyson, P.A., Beatty, S. and Matthews, D.R. (2007), A low‐carbohydrate diet is more effective in
reducing body weight than healthy eating in both diabetic and non‐diabetic subjects. Diabetic
Medicine, 24: 1430-1435. doi:10.1111/j.1464-5491.2007.02290.x

2. F. Samaha, N. Iqbal, P. Seshadri et al. A Low-Carbohydrate as Compared with a Low-Fat Diet in


Severe Obesity. N Engl J Med 2003; 348:2074-2081, DOI: 10.1056/NEJMoa022637

3. Santos, F.L., Esteves, S.S., da Costa Pereira, A., Yancy Jr, W.S. and Nunes, J.P.L. (2012), Systematic
review and meta‐analysis of clinical trials of the effects of low carbohydrate diets on cardiovascular
risk factors. Obesity Reviews, 13: 1048-1066. doi:10.1111/j.1467-789X.2012.01021.x

4. Krebs NF, Gao D, Gralla J, Collins JS, Johnson SL. Efficacy and safety of a high protein, low
carbohydrate diet for weight loss in severely obese adolescents. J Pediatr. 2010;157(2):252–258.
doi:10.1016/j.jpeds.2010.02.010

5. Grant D Brinkworth, Manny Noakes, Jonathan D Buckley, Jennifer B Keogh, Peter M Clifton, Long-
term effects of a very-low-carbohydrate weight loss diet compared with an isocaloric low-fat diet
after 12 mo, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 90, Issue 1, July 2009, Pages 23–32,
https://doi.org/10.3945/ajcn.2008.27326

6. Daly, M.E., Paisey, R., Paisey, R., Millward, B.A., Eccles, C., Williams, K., Hammersley, S., MacLeod,
K.M. and Gale, T.J. (2006), Short‐term effects of severe dietary carbohydrate‐restriction advice in
Type 2 diabetes—a randomized controlled trial. Diabetic Medicine, 23: 15-20. doi:10.1111/j.1464-
5491.2005.01760.x

7. “ Metabolic Obesity: The Paradox Between Visceral and Subcutaneous Fat”, Current Diabetes
Reviews (2006) 2: 367. https://doi.org/10.2174/1573399810602040367

8. Volek, J., Sharman, M., Gómez, A. et al. Comparison of energy-restricted very low-carbohydrate
and low-fat diets on weight loss and body composition in overweight men and women. Nutr Metab
(Lond) 1, 13 (2004). https://doi.org/10.1186/1743-7075-1-13

9. Jeffrey D Browning, Jonathan A Baker, Thomas Rogers, Jeannie Davis, Santhosh Satapati, Shawn C
Burgess, Short-term weight loss and hepatic triglyceride reduction: evidence of a metabolic
advantage with dietary carbohydrate restriction, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume
93, Issue 5, May 2011, Pages 1048–1052, https://doi.org/10.3945/ajcn.110.007674

10. “ Metabolic Obesity: The Paradox Between Visceral and Subcutaneous Fat”, Current Diabetes
Reviews (2006) 2: 367. https://doi.org/10.2174/1573399810602040367

11. Noakes, M., Foster, P.R., Keogh, J.B. et al. Comparison of isocaloric very low carbohydrate/high
saturated fat and high carbohydrate/low saturated fat diets on body composition and cardiovascular
risk. Nutr Metab (Lond) 3, 7 (2006). https://doi.org/10.1186/1743-7075-3-7
12. Teri L Hernandez, Julie P Sutherland, Pamela Wolfe, Marybeth Allian-Sauer, Warren H Capell,
Natalie D Talley, Holly R Wyatt, Gary D Foster, James O Hill, Robert H Eckel, Lack of suppression of
circulating free fatty acids and hypercholesterolemia during weight loss on a high-fat, low-
carbohydrate diet, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 91, Issue 3, March 2010, Pages
578–585, https://doi.org/10.3945/ajcn.2009.27909

13. Boden G, Sargrad K, Homko C, et al. Effect of a Low-Carbohydrate Diet on Appetite, Blood
Glucose Levels, and Insulin Resistance in Obese Patients with Type 2 Diabetes. Ann Intern Med.
2005;142:403–411. doi: https://doi.org/10.7326/0003-4819-142-6-200503150-00006

14. Swasti Tiwari, Shahla Riazi, and Carolyn A. Ecelbarger. Insulin's impact on renal sodium transport
and blood pressure in health, obesity, and diabetes. American Journal of Physiology-Renal
Physiology 2007 293:4, F974-F984

15. Volek, J., Sharman, M., Gómez, A. et al. Comparison of energy-restricted very low-carbohydrate
and low-fat diets on weight loss and body composition in overweight men and women. Nutr Metab
(Lond) 1, 13 (2004). https://doi.org/10.1186/1743-7075-1-13

16. Volek JS, Sharman MJ, Love DM, Avery NG et al. Body composition and hormonal responses to a
carbohydrate-restricted diet. Metabolism. 2002 Jul;51(7):864-70.

17. Margriet AB Veldhorst, Margriet S Westerterp-Plantenga, Klaas R Westerterp, Gluconeogenesis


and energy expenditure after a high-protein, carbohydrate-free diet, The American Journal of Clinical
Nutrition, Volume 90, Issue 3, September 2009, Pages 519–526,
https://doi.org/10.3945/ajcn.2009.27834

18. Kathryn N. Porter Starr, Melissa Orenduff, Shelley R. McDonald, Hillary Mulder, Richard Sloane,
Carl F. Pieper, Connie W. Bales. (2019) Influence of Weight Reduction and Enhanced Protein Intake
on Biomarkers of Inflammation in Older Adults with Obesity. Journal of Nutrition in Gerontology and
Geriatrics 38:1, pages 33-49.

19. Johnstone AM, Stubbs RJ, Harbron CG . Effect of overfeeding macronutrients on day-to-day food
intake in man. Eur J Clin Nutr. 1996 Jul;50(7):418-30.

20. Johnston CS, Day CS, Swan PD. Postprandial thermogenesis is increased 100% on a high-protein,
low-fat diet versus a high-carbohydrate, low-fat diet in healthy, young women. J Am Coll Nutr. 2002
Feb;21(1):55-61.

21. Ebbeling CB, Swain JF, Feldman HA et al. Effects of dietary composition on energy expenditure
during weight-loss maintenance. JAMA. 2012 Jun 27;307(24):2627-34. doi: 10.1001/jama.2012.6607.

22. George A Bray, Leanne M Redman, Lilian de Jonge, Jeffrey Covington, Jennifer Rood, Courtney
Brock, Susan Mancuso, Corby K Martin, Steven R Smith, Effect of protein overfeeding on energy
expenditure measured in a metabolic chamber, The American Journal of Clinical Nutrition, Volume
101, Issue 3, March 2015, Pages 496–505, https://doi.org/10.3945/ajcn.114.091769

23. Margriet AB Veldhorst, Margriet S Westerterp-Plantenga, Klaas R Westerterp, Gluconeogenesis


and energy expenditure after a high-protein, carbohydrate-free diet, The American Journal of Clinical
Nutrition, Volume 90, Issue 3, September 2009, Pages 519–526,
https://doi.org/10.3945/ajcn.2009.27834

24. Fine EJ, Feinman RD. Thermodynamics of weight loss diets. Nutr Metab (Lond). 2004;1(1):15.
Published 2004 Dec 8. doi:10.1186/1743-7075-1-15

25. Raynor HA, Epstein LH. Dietary variety, energy regulation, and obesity. Psychol Bull. 2001
May;127(3):325-41.

26. Guyenet SJ, Schwartz MW. Clinical review: Regulation of food intake, energy balance, and body
fat mass: implications for the pathogenesis and treatment of obesity. J Clin Endocrinol Metab.
2012;97(3):745–755. doi:10.1210/jc.2011-2525

27. McClernon, F.J., Yancy, W.S., Jr., Eberstein, J.A., Atkins, R.C. and Westman, E.C. (2007), The
Effects of a Low‐Carbohydrate Ketogenic Diet and a Low‐Fat Diet on Mood, Hunger, and Other Self‐
Reported Symptoms. Obesity, 15: 182-182. doi:10.1038/oby.2007.516

28. Gibson, A.A., Seimon, R.V., Lee, C.M.Y., Ayre, J., Franklin, J., Markovic, T.P., Caterson, I.D. and
Sainsbury, A. (2015), Do ketogenic diets really suppress appetite?. Obes Rev, 16: 64-76.
doi:10.1111/obr.12230

29. https://www.healthline.com/nutrition/calories-in-calories-out

Anda mungkin juga menyukai