Anda di halaman 1dari 2

Sekiranya saya menjadi PM Malaysia ke-11, saya akan cadangkan halatuju sains dan

teknologi Malaysia agar dapat mencapai pembangunan ekonomi mampan serta mencapai
taraf negara maju adalah dengan memperluas pembangunan produk berasaskan
nanoteknologi seperti vaksin, ubat terapi kanser, peranti perubatan, teknologi sensor, baja
nano, biojisim, baju, panel solar serta pemanis dan perasa dalam produk halal.
Pelbagai kelebihan yang dapat kita gunakan daripada produk nanoteklogi melalui
peranti perubatan seperti imbasan pegimejan resonans magnetic (MRI) menjadikan imej lebih
jelas dan terang. Ia memudahkan doktor melakukan kerja-kerja diagnostik dengan tepat dan
cepat. Bukan sahaja dalam bidang perubatan, malah penggunaan nanoteknologi ini perlu
diperluaskan ke dalam semua bidang dari sektor pertaniaan, tenaga, dan kosmetik.
Nanoteknologi mampu memberikan kesan yang lebih efektif kepada pengguna serta
meningkatkan ke tahap kecekapan yang tinggi.
Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat penyelidik dari negara luar untuk
berkunjung ke negara kita bagi berkongsi pandangan serta melakukan uji kaji tentang
nanoteknologi yang dihasilkan oleh negara kita dalam pelbagai jenis produk. Konteks ini,
ekonomi negara akan bertambah maju kerana banyak pertukaran wang ringgit Malaysia
dihasilkan. Setelah virus COVID-19 melanda satu dunia, sektor pelancongan di negara kita
merosot dengan mendadak. Wujudnya produk nanoteknologi ini, sedikit sebanyak dapat
menarik minat warga asing untuk melancong dan membeli produk nanoteknologi. Hal ini,
dapat merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan selepas COVID-19 kerana ia
membabitkan sektor perhotelan, makanan, dan pengangkutan.
Disamping itu, nanoteknologi ini juga perlu diperluaskan dan diperkenalkan kepada
generasi muda bermula daripada sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
mempertengahkan subjek science, technology, engineering, and mathematics (STEM) kepada
murid-murid dimana mereka perlu membuat bacaan ataupun kajian mengenai nanoteknologi
ini. Hal ini dapat memberi pendidikan awal kepada generasi muda supaya akan datang
mereka dapat menaplikasi kan kedalam kehidupan mereka dan negara. Bukan itu sahaja,
mahasiswa dan mahasiswi juga perlu diterapkan dengan ilmu nanoteknologi ini dimana
mereka dapat menjana pendapatan sendiri. Hal ini kerana, mereka telah melakukan
penyelidikan di univerrsiti masing-masing dalam kursus final year project (FYP) yang
mempunyai kaitan dengan nanoteknologi ini.
Justeru, pembangunan nanoteknologi ini sangat penting kepada kita semua kerana ia
memberi pelbagai manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan negara. Pada zaman moden
ini, setiap negara berlumba-lumba dalam menghasilkan teknologi yang bermutu tinggi. Tidak
kalah juga Malaysia kerana ia dapat membantu kehidupan kita sebagai manusia dan
menolong sesama kita. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mempromosikan produk yang
dihasilkan daripada nanoteknologi tidak kira dalam ataupun luar negara. Hal ini dapat
berkongsi manfaat yang sama sebagai manusia dimuka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai