Anda di halaman 1dari 2

Kesan-kesan akibat dari pandemik covid-19 dari aspek cabaran globalisasi :

1. Budaya luar

 Apabila berlaku gelombang globalisasi, nilai ketimuran digantikan dengan nilat


sejagat yang diterima oleh antarabangsa.
 Barat telah mempelopori budaya dunia seperti budaya makanan segera telah
diterima pakai di seluruh pelosok dunia.
 Sebagai contoh, McDonalds, KFC, Pizza Hut dan juga Burger King semakin
berkembang terutamanya dalam pandemic ini. Hal ini kerana, Rakyat Malaysia lebih
gemar makanan yang mudah dipesan dengan hanya melalui ‘grab food’ atau ‘food
panda’.
 Impaknya, restoran-restoran ini mendapat keuntungan yang tinggi walaupun dalam
musim wabak Covid-19 ini.
 Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, masyarakat lebih
cenderung untuk berada di dalam rumah dan tidak mempunyai aktiviti harian yang
sihat.
 Maka, masa mereka hanya diluangkan dengan komputer riba bagi yang bekerja dari
rumah atau belajar secara atas talian. Hal ini mejadikan bahasa mereka tidak lagi
mematuhi tatabahasa Bahasa Melayu.
 Remaja tidak lagi menggunakan tatabahasa yang standart dan kadang kala sukar
difahami oleh kumpulan yang lain.
 Misalnya, perkataan “wat” (buat), “lak” (pulak), “camne” (macam mana) dan
sebagainya.

2. Teknologi Luar

 Teknologi didefinisikan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,


bahan, dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia
 Terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan teknologi kepada dunia masa kini.
 Ketika dunia dilanda pandemic ini, teknologi internet dan telefon bimbit telah
membuka pelbagai peluang bagi usahawan.
 Hal ini kerana, ketika pandemik rakyat tidak digalakkan untuk keluar maka
usahawan atas talian la yang akan mendapat untung ketika ini.
 Rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli secara atas talian dan telah membuka
peluang kepada semua perniaagan tidak kira kecil-kecilan atau besar-besaran untuk
mengaut keuntungan yang tinggi.
3. Perkhidmatan Buruh Asing

 Buruh ialah pekerja yang diupah atau makan gaji. Buruh asing bermaksud pekerja
yang bukan warganegara atau pemastautin tetap.
 Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutama dalam sektor
perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan.
 Keadaan itu amat menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan
juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal,
Myanmar, Bangladesh, Vietnam dan sebagainya.
 Namun, ini memberi kesan yang buruk kepada negara kerana bilangan mahasiswa
dan mahasiswi di Malaysia berhadapan dengan lambakan yang menyebabkan ramai
di antara mereka mengganggur disebabkan tiada eluang pekerjaan.
 Selain itu, ianya juga berisiko tinggi bagi negara Malaysia untuk menerima
pendatang asing kerana risau akan penyakit yang dibawa oleh warga asing tersebut
di dalam negara kita.

Anda mungkin juga menyukai