Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan menjadi tarikan kepada

warga asing untuk melawat. Konsep keselamatan negara bermaksud menjaga

pertahanan sempadan negara daripada ancaman ketenteraan musuh supaya negara

berada dalam keadaan merdeka dan berdaulat. Keselamatan negara juga bergantung

kepada isu-isu yang terjadi di dalam negara. Namun begitu, ada sesetengah warga asing

yang datang ke negara ini dengan mempunyai niat tersendiri. Mereka dikenali sebagai

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah melanggar Akta Imigresen dan

Peraturan-peraturan Imigresen1. Menurut Puan……………, Mereka masuk ke Malaysia

melalui pintu-pintu masuk yang sah iaitu hadir di hadapan pegawai Imigresen dan ada

di antara mereka yang menggunakan taktik kotor iaitu masuk melalui jalan tikus2.

Menurut Encik ………… pula, kebanyakkan Pendatang Asing Tanpa Izin

(PATI) yang datang adalah dari negara Indonesia, Bangladesh, India, China,

Myanmar, Thailand, dan Pakistan. Mereka datang dalam keadaan tiada dokumen

perjalanan yang sah dan melakukan kesalahan seperti tinggal melebihi masa yang telah

ditetapkan3.

Misi setiap Jabatan Imigresen adalah menyediakan kemudahan yang terbaik

tanpa berkompromi dalam soal keselamatan4. Dalam penulisan ini, pengkaji berminat

untuk mengkaji Jabatan Imigresen Negeri Kedah khususnya peranan yang dimainkan

oleh jabatan tersebut dalam menjaga keselamatan negara dari aspek mengawal

kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari tahun 1985 hingga tahun 2015.

1
ASAL USUL JABATAN IMIGRESEN

Secara amnya, Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di

bawah Kementerian Dalam Negeri5. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepada

warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warganegara Asing yang berkunjung ke

Malaysia. Selain itu, Jabatan Imigresen juga merupakan sebuah jabatan yang

melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan

pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk negara6.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Pengurusan Imigresen ditadbir oleh seorang

pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan gelaran jawatan “Immigration Officer,

Stearits Settlement and Federated Malay States”. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen

yang juga merupakan seorang pegawai polis pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang

untuk mengawasi pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon,

Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham (rujuk Lampiran 1).

Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen dikenali sebagai “Refugees and

Displaced Persons Bureau” yang berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang

pegawai British Military Administration. ……………….

Selepas kemerdekaan, The Immigration ordinance 1959, The Imiggration

Regulations 1959, dan The Passport Ordinance 1960 digubal untuk menggantikan

undang-undang yang lama. Undang-undang ini memperuntukkan kuasa untuk

mengawal kemasukan warga asing ke negara Malaysia. ………………

2
Jabatan imigresen merupakan sebuah jabatan yang terletak di bawah kuasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN)7. Oleh itu, Jabatan Imigresen wujud di setiap negeri

bagi menjaga ketenteraman awam. Jabatan Imigresen diketuai oleh Ketua Pengarah

Imigresen dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah Imigresen daripada 3 bahagian

iaitu Bahagian Kawalan, Bahagian Operasi, dan Bahagian Pengurusan8. Ketua Pengarah

Imigresen negeri Kedah bernama …………….

Pengurusan Imigresen di negeri Kedah sentiasa melaksanakan penambahbaikan

yang berasaskan MS IS0 9001:20159. Semasa sesi temu bual, Puan

……………..menjelaskan bahawa terdapat kira-kira 14 buah cawangan Jabatan

Imigresen di negeri Kedah bagi memudahkan urusan hal-ehwal berkaitan Imigresen

dijalankan10. Salah satu cawangan Jabatan Imigresen yang terdapat di Negeri Kedah

adalah beribu pejabat di Alor Setar iaitu Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN),

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah (rujuk Lampiran 3).

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Kedah adalah seperti

berikut, mengeluarkan passport atau dokumen perjalanan kepada warganegara dan

penduduk tetap; mengeluarkan visa, pas dan permit kepada warganegara asing yang

memasuki sempadan Malaysia11; mengawal selia pergerakan keluar dan masuk orang di

pintu-pintu yang telah diwartakan; menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63,

Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Passport 1966; memberi perkhidmatan

sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan Jabatan Imigresen 12 (rujuk

Lampiran 4).

Kesimpulannya, kewujudan Jabatan Imigresen di setiap negeri amat penting

untuk menjaga keselamatan dan keamanan negeri tersebut. Kewujudan jabatan ini dapat

3
menangani masalah kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di samping dapat

mengurangkan jenayah sosial yang berlaku akibat daripada kemasukan mereka.

PERANAN JABATAN IMIGRESEN NEGERI KEDAH DALAM MENGAWAL

KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

Jabatan Imigresen memainkan watak yang agak penting dalam menjaga

keselamatan negara terutamanya berkaitan dengan keselamatan pintu masuk dan keluar

negara. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selalunya masuk ke Malaysia melalui jalan

haram yang tidak diwartakan seperti lubang-lubang yang dikorek oleh mereka sendiri 13.

Jabatan Imigresen Negeri Kedah mempunyai beberapa peranan dalam mengawal

kemasukan PATI, iaitu:

Berdasarkan temu bual dengan Encik……………… , beliau menjelaskan


14

bahawa Jabatan Imigresen Negeri Kedah mengadakan satu program pengampunan dan

pemutihan imigran dari sisi undang-undang untuk mengurangkan jumlah Pendatang

Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini. Program ini mula dikuatkuasakan pada tahun

1985. Program ini dikenali sebagai “6P” iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan,

pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran yang mengambil tempoh masa selama tiga

minggu untuk dilaksanakan. Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Dalam

Negeri (KDN) dan wajib diamalkan oleh setiap Jabatan Imigresen yang wujud di dalam

negara15.

Jelaslah bahawa, Jabatan Imigresen negeri Kedah menggunakan pelbagai

inisiatif untuk mengawal kemasukan PATI. Jabatan ini juga berperanan menjaga

4
keselamatan sempadan negara terutamanya daripada pencerobohan oleh pendatang

haram.

PENCAPAIAN JABATAN IMIGRESEN DALAM MENGAWAL KEMASUKAN

PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

Tanggal 1 Disember telah dipilih sebagai Hari Imigresen Malaysia (JIM) sebagai

tanda memperingati tarikh penyatuan Ibu Pejabat Imigresen Negeri-Negeri Tanah

Melayu dengan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia pada tahun 197116. JIM memiliki satu

pasukan yang mantap dan utuh bagi mendepani pelbagai cabaran masa kini khususnya

kegiatan sindiket asing, pemalsuan dan kes pemerdagangan manusia. Realitinya,

tanggungjawab yang digalas oleh JIM semakin besar untuk menjaga nama baik negara

dan keselamatan negara di peringkat nasional dan internasional. Beberapa pencapaian

dan kejayaan telah dicapai oleh jabatan ini, antaranya:

Antara pencapaian Jabatan Imigresen Negeri Kedah dalam mengehadkan jumlah

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah menghantar PATI yang melakukan

kesalahan di negara ini pulang ke negara asal mereka. Antara kesalahan yang sering

dilakukan oleh mereka adalah tinggal lebih masa dan tidak memperbaharui permit

masuk. Menurut Pegawai Imigresen yang ditemu bual iaitu Cik ……….17.

Tegasnya, Jabatan imigresen negeri Kedah mempunyai banyak pencapaian dari

aspek mengawal kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Kecekapan dan

5
kepantasan pegawai Imigresen merupakan kunci kepada kejayaan yang telah mereka

capai demi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Kesannya, jumlah PATI di

dalam negara berjaya dikurangkan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengkaji telah mengupas peranan Jabatan Imigresen

dalam menjaga keselamatan negara khususnya dalam mengawal kemasukan Pendatang

Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Kedah. Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji

dapat mempelajari perkara baru serta menambah pengalaman yang sedia ada berkenaan

Jabatan Imigresen.

Melalui kajian ini, pengkaji menyedari bahawa keselamatan negara bukan

sahaja tugas jabatan penguatkuasaan dalam negara malah semua lapisan masyarakat

bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara keamanan negara. Semoga penulisan

ilmiah ini dapat menjadi bahan bacaan dan rujukan pada masa-masa akan datang.

Diharapkan generasi-generasi akan datang lebih berminat untuk mengkaji

perkara berkenaan Jabatan Imigresen dari sudut yang lain supaya kita sama-sama

mengetahui info bermanfaat berkaitan peranan Imigresen yang menjaga keselamatan

negara kita ini. Melalui cara ini, sumber maklumat di negara kita akan bertambah.

(3,000 patah perkataan)

6
NOTA HUJUNG

7
1
Temu bual pengkaji dengan N …… binti ……. (Puan), Timbalan Penolong Pengarah Imigresen pada 18 Februari
2020, jam 3 petang di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Kedah.

2
Temu bual pengkaji dengan K ……… binti ……. (Puan), Pegawai Imigresen Kanan pada 18 Februari 2020,
jam 3 petang di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah.
3

Temu bual pengkaji dengan R……. bin …. (Encik), Pegawai Imigresen Kanan pada 18 Februari 2020, jam 3
petang di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah.

4
“Visi dan Misi Jabatan Imigresen,” Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri),
diakses pada Februari 13, 2020, https://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/visi-dan-misi.html

5
Mustapha Kamal Saud, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Penggal: Kementerian Dalam Negeri. Edisi
keempat (Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2019), 129.

6
Temu Bual pengkaji dengan M…… bin M……, Pegawai Imigresen pada 18 Februari 2020, jam 3 petang di
pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah.

7
Nurina Awanis Mohamed, Mohd Na’eim Ajis dan Zawiyah Md Zain. “Cabaran Dalam Menguruskan Pendatang
Asing Tanpa Izin di Depot Tahanan Imigresen Malaysia,” E-jurnal Masyarakat Malaysia, (April 14, 2019): 76-77, diakses
pada Februari 10, 2020 dari https://scholar.google.com/scholar?
hl=en&as_sdt=0%2C5&q=cabaran+dalam+menguruskan+pendatang+asing+tanpa+izin+di+depot+tahanan+imigresen+mal
aysia&btnG=

8
“Carta Organisasi Jabatan Imigresen,” Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri),
diakses pada Februari 10, 2020, https://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/sejarah.html

9
“Dasar Kualiti Jabatan Imigresen,” Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri),
diakses pada Februari 13, 2020, https://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/sejarah.html

10
Temu bual pengkaji dengan Nurul ……. binti …… (Puan), Pegawai Imigresen Kanan pada 18 Februari 2020,
jam 3 petang di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah.

11
Rujuk la
12
Nur Faradilla binti Che Wil. “Tahap Kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di
Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya,” E-Jurnal E-Jurnal Kecekapan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia,
(Februari, 2015): 13-16, diakses pada Februari 10, 2020 dari http://studentsrepo.um.edu.my/6040/2/Kertas_Kajian.pdf

13
Azrul Affandi Sobry, “Lubang Sama Terus Dibolosi,” Berita Harian, Jun 1, 2015, 23.

14
Temu Bual pengkaji dengan M…… bin M……. (Encik), Pegawai Imigresen pada 18 Februari 2020, jam 3
petang di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah.

15
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, “Artikel Pilihan Pendatang Asing,” Jurnal Pendatang Asing,
7(01) (2015): 12.

16
“Jabatan Imigresen Malaysia,” Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri), diakses pada April 14, 2020,
http://www.moha.gov.my/index.php/en/kdn1/dir-kdn/189-institut-keselamatan-awam-malaysia/2004-

17
Temu Bual pengkaji dengan A…… binti H…… (Cik), Pegawai Imigresen pada 23 Februari 2020, jam 4 petang
di pejabat Jabatan Imigresen negeri Kedah.

Anda mungkin juga menyukai