Anda di halaman 1dari 4

Hadis daripada Abu Hurairah r.

a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫حتى ُي ْقضى عنه‬ ‫ب َديْنِه‬ ‫ ُم َعلّقة‬ ‫نفس المؤمن‬


Yang bermaksud: “Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga
dia melunaskannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis di atas memberitahu agar hendaklah disegerakan membayar hutang orang


mati yang berhutang. Menurut Imam as-Sayuti, maksud rohnya tergantung adalah tertahan
daripada sampai ke tempatnya yang mulia. Manakala menurut Al-Imam al-Iraqi pula,
maksud rohnya tergantung adalah tertahan daripada ditentukan hukumnya sama ada si
mati termasuk dalam golongan orang yang selamat atau sebaliknya sehingga diketahui
sudah dibayar hutangnya atau tidak.
Hutang pada istilah fikah ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang
lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang
tambahan.
Hutang menjadi satu kewajipan yang wajib dilunaskan oleh mereka yang berhutang
biarpun setelah meninggal dunia. Hal ini dilaksanakan menerusi sistem faraidh Islam
berkenaan liabiliti harta pusaka di mana terdapat lima kewajipan berkaitan harta pusaka si
mati yang perlu dilakukan mengikut tertib yang didahului dengan pengurusan jenazah,
pelangsaian hutang, tuntutan harta sepencarian, pelaksanaan wasiat dan yang
terakhir sekali, pembahagian harta pusaka.
Menurut Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 5 (2016), hutang yang berada dalam
tanggungan (zimmah) si mati perlu dikemudiankan daripada belanja pengurusan jenazah,
tetapi diutamakan berbanding wasiat dan hak pewaris, sama ada ia merupakan hak Allah
mahupun hak manusia kerana ianya akan memberikan kesan yang berat kepada si mati
berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud, “(Pembahagian
itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar
hutangnya.”
Terdapat dua kategori bagi jenis-jenis hutang si mati iaitu hutang kepada Allah dan
hutang kepada manusia. Mengikut jumhur ulama’, hutang dengan Allah tidak akan gugur
disebabkan kematian seseorang. Hutang tersebut perlu dijelaskan dengan menggunakan
harta pusaka si mati walaupun dia tidak mewasiatkan agar hutang itu perlu dibayar dan
wajib diselesaikan terlebih dahulu hutang dengan Allah berbanding hutang dengan
manusia.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, 282:

‫ب َب ْينَ ُك ْم‬ ٍ ‫آمنُوا ِإذَا تَ َد َاي ْنتُ ْم بِ َديْ ٍن ِإ‬ ِ َّ‫يا َُّأيها ال‬
ْ ُ‫س ًّمى فَا ْكتُبُوهُ ۚ َولْيَ ْكت‬
َ ‫م‬
ُ ‫ل‬ ‫َأج‬
َ ‫ى‬
ٰ ‫ل‬
َ َ ‫ين‬
َ ‫ذ‬ َ َ

‫ب بِال َْع ْد ِل‬ ِ


ٌ ‫َكات‬
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan
sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang
tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).”

Berdasarkan ayat di atas, Ibn Kathir menerangkan, “Ayat ini merupakan panduan
daripada Allah SWT kepada hambaNya yang mukmin untuk menulis atau merekod
sekiranya bermuamalah dengan cara bertangguh (berhutang).

Seterusnya Allah berfirman di dalam surah an-Nisa’ ayat 11:

‫ۗ ِم ۢ ْن َب ْع ِد َو ِصيَّ ٍة يُّ ْو ِص ْي هِبَٓا اَْو َديْ ٍن‬


Maksudnya: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan
oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya.

Hadis daripada Saidina Ali KaramAllah Wajjah:

‫رأيت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم بدأ بالدين قبل الوصية‬
Maksudnya: Aku telah melihat Rasulullah SAW menunaikan hutang terdahulu
sebelum wasiat.

Berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisa’ dan hadis di atas, ia menerangkan
bahawa pelunasan hutang wajib didahului sebelum dilaksanakan wasiat. Sesungguhnya
hutang wajib dibayar walaupun peminjam telah meninggal dunia. Manakala wasiat adalah
perbuatan kebajikan yang disunatkan. Oleh itu perkara wajib mesti didahulukan daripada
perkara sunat.

Sebahagian ulama berpendapat, menjelaskan hutang kepada Allah SWT perlu


didahulukan daripada menjelaskan hutang kepada manusia, sepertimana hadis Rasulullah
SAW,

‫دين اهلل أحق أن يقضى‬


Yang bermaksud: “Hutang Allah lebih berhak ditunaikan.”

Kedudukan hutang si mati menurut sistem faraidh Islam


Hutang bukanlah suatu isu dalam konteks muamalah seharian jika mampu
dilunaskan seperti yang dijanjikan semasa hidup. Namun sekiranya tidak dibayar sehingga
penghutang meninggal dunia ia akan menimbulkan implikasi pengurusan terhadap harta
peninggalan si mati. Oleh yang demikian, perkataan hutang banyak disebut pada ayat-ayat
pusaka. Ia menggambarkan betapa pentingnya kedudukan hutang sebagai salah satu hak
daripada hak-hak harta peninggalan si mati yang perlu dilaksanakan oleh waris sebelum
membahagikan harta pusaka.

Menurut kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 5 (2016), hutang yang berada dalam
tanggungan (zimmah) si mati perlu dikemudiankan daripada belanja pengurusan jenazah,
tetapi diutamakan berbanding wasiat dan hak pewaris, sama ada ia merupakan hak Allah
mahupun hak manusia kerana ianya akan memberikan kesan yang berat kepada si mati
berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud, “(Pembahagian
itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar
hutangnya.”

4.1.1 Jenis-jenis hutang si mati


Hutang-hutang yang ditinggalkan oleh si mati terbahagi kepada kepada dua jenis
iaitu hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia.
Hutang kepada Allah adalah seperti :
i) Zakat
Ia meliputi sebarang jenis zakat seperti zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan dan
sebagainya. Contohnya, si mati mempunyai wang simpanan yang belum dikeluarkan zakat.
ii) Nazar
Nazar ialah mewajibkan diri melakukan ibadat yang tidak diwajibkan oleh syarak secara
mutlak ataupun ibadat yang bergantung kepada perkara lain.
iii) Haji
Jika semasa hayatnya, dia berkemampuan untuk menunaikan haij walaupun belum tiba
gilirannya untuk menunaikannya. Wajib bagi ahli warisnya melaksanakan hajinya (badal
haji) dengan harta pusakanya.
iv) Fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu
perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika
ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan
puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada)
bulan Ramadan.
v) Kifarah
Kifarah ialah denda bagi seseorang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan.
Dendanya adalah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sekiranya tidak sempat
ditunaikan oleh si mati semasa hayatnya, si mati dikira berhutang dengan Allah SWT dan
waris perlu menjelaskannya. Cara hutang ini dijelaskan sama seperti hutang fidyah.
Hutang sesama manusia pula adalah seperti pinjaman daripada kawan, pinjaman
melalui bank, pinjaman membeli rumah, hutang harga barang yang belum dijelaskan,
hutang kad kredit dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai