Anda di halaman 1dari 4

LAMPIRAN

Lampiran 1

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENERIMAAN MASUK MURID


KE SEKOLAH, PENYIMPANAN DAFTAR DAN SYARAT BAGI
PENGEKALAN MURID BELAJAR DI SEKOLAH) 1998
P.U(A) 275/98

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996,
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi
Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada
23 Julai 1998.

2. Pemakaian
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan.

3. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini "guru besar" atau "pengetua" ertinya pegawai dalam
Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah untuk mengurus
sekolah.

4. Penerimaan masuk murid warganegara ke sekolah.


(1) Guru Besar atau pengetua hendaklah menerima masuk murid yang adalah
warganegara ke sekolah untuk menerima pendidikan.
(2) Ibu bapa hendaklah mengemukakan yang berikut semasa pendaftaran
penerimaan masuk murid ke sekolah:
(a) surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah;
(b) kad pengenalan asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah; atau
(c) surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah, jika
murid itu belum memiliki kad pengenalan.

5. Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah.


(1) Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke
sekolah:
(a) anak kakitangan kedutaan asing;
(b) anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam
perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana
tempat lain dengan permit kerja yang sah; atau

HBO – ASPEK PERUNDANGAN HAL EHWAL MURID 1


LAMPIRAN
(c) anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia.
(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) sebelum diterima masuk ke sekolah
hendaklah-
(a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
(b) membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan
(c) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
6. Daftar penerimaan masuk murid.
(1) Guru Besar atau pengetua hendaklah menyimpan menyebabkan supaya
disimpan suatu daftar penerimaan masuk murid yang kemaskini yang mengandungi
butir-butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua berkenaan dengan
semua murid di sekolah. Atau
(2) Walau apa pun subperaturan (1), guru besar atau pengetua hendaklah
membatalkan dari daftar nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah
pada sesuatu hujung bulan yang berkenaan.

7. Pertukaran sekolah.
(1) Guru besar atau pengetua boleh mendaftarkan murid yang adalah warganegara
yang permohonannya untuk bertukar sekolah telah diluluskan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
Ketiga.
(2) Jika murid yang bukan warganegara berhasrat untuk bertukar sekolah, dia
hendaklah membuat suatu permohonan baru bagi kemasukan ke sekolah yang
dia pohon itu.
(3) Permohonan di bawah subperaturan (2) itu hendaklah dibuat dalam borang
sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dengan syarat-syarat yang
berikut:
(a) pemohon telah menjelaskan fi kepada Kerajaan Malaysia;
(b) pas pelajar baru telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen; dan
(c) ada kekosongan tempat di sekolah baru yang dia pohon.
(4)Guru besar atau pengetua hendaklah menempatkan seseorang murid yang telah
diluluskan pertukaran sekolahnya ke dalam kelas mengikut umur murid itu.
8. Kesalahan dan Penalti.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
bulan.

HBO – ASPEK PERUNDANGAN HAL EHWAL MURID 2


LAMPIRAN

Lampiran 2
P.U.(A) 275
JADUAL KETIGA
[Subperaturan 7(1)]
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENERIMAAN MASUK MURID KE SEKOLAH, PENYIMPANAN DAFTAR
DAN SYARAT BAGI PENGEKALAN MURID BELAJAR DI SEKOLAH) 1998

PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH OLEH MURID WARGANEGARA

Pengarah Pendidikan Negeri/PPD Asal: ………………………………………………………

Nama dan Alamat Sekolah Asal: ………………………………………………………

BUTIR-BUTIR PERTUKARAN SEKOLAH

1. Nama Murid: ………………………………………………………………………………………

2. Jantina: ……………………………………………

3. Tarikh Lahir: …………………… No. Kad Pengenalan/Surat Beranak: ………………………

4. Bangsa: …………………………….

5. Tarikh Pendaftaran (sekolah asal): …………………………………………

6. Nama Biasiswa: …………………………… Jumlah Biasiswa: …………………………...

7. Tahun Terakhir/Tingkatan Tertinggi: ………………. Tahun: ……………….

8. Jika sekolah menengah, (Nyatakan Aliran): …………………………………

9. Kelulusan UPSR: …………………………………………


PMR/PT3: …………………………………………
SPM: …………………………………………

10. Nama ibu/bapa/penjaga: ………………………………………………………………………………..

11. Alamat ibu/bapa/penjaga: ………………………………………………………………………………

12. Alamat Surat Menyurat (jika lain dari no.11): …………………………………………………..

13. Sekolah baru yang dipilih

HBO – ASPEK PERUNDANGAN HAL EHWAL MURID 3


LAMPIRAN

Pilihan Pertama: ………………………………………………….


Pilihan kedua: ………………………………………………….

14. Sebab-sebab pertukaran: ………………………………………………………………….

15. Tarikh pertukaran yang dikehendaki: ………………………………………………………………….

16. Ulasan Guru Besar atau Pengetua: ……………………………………………………………………….

………………………… ……………………………………………
(Tarikh) (Tandatangan Pengetua/Guru Besar)

Bil.( ) dalam. ................................

Untuk Kegunaan Jabatan Pendidikan Negeri

*diluluskan / tidak diluluskan untuk penerimaan masuk ke sekolah .........................................

…………………………………………………………………………………. mulai dari tarikh yang dipohon.


*Potong jika tidak berkenaan

Cop rasmi

……………………………………………………………….. ……………….
(Tandatangan Pengarah Pendidikan Negeri) (Tarikh)

Sila sertakan dokumen yang berikut dengan borang ini:

a. Surat nikah / perakuan pendaftaran perkahwinan ibu bapa


b. Perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai / berpisah
atau:
c. Surat daftar anak angkat mengikut seksyen 25 Akta Pengangkatan 1952

HBO – ASPEK PERUNDANGAN HAL EHWAL MURID 4

Anda mungkin juga menyukai