Anda di halaman 1dari 1

CARA MENGATASI PENYAKIT PADA SISTEM GASTROUSUS

Terdapat beberapa cara yang kita boleh amalkan untuk mengatasi penyakit pada sistem
gastrousus. Diantaranya ialah dengan memakan makanan secara perlahan lahan dan
memakan dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini dapat melumatkan makanan dengan lebih baik
walhal dapat memudahkan lagi proses pencernaan pada usus kita. Apabila kita mengunyah
makanan dengan perlahan, secara tidak langsung kita memberi peluang untuk enzim air liur
menghancurkan makanan di dalam mulut sebelum menelan makanan dan dihantar ke sistem
penghadaman.

Seterusnya, pastikan tahap stress dalam keadaan rendah kerana pelbagai jenis penyakit
kronik sering dikaitkan dengan keadaan tekanan yang kurang baik. Oleh itu, kita boleh cuba
untuk bersenam dan mendapatkan perkhidmatan urutan dan sebagainya. Kita juga boleh
menghilangkan stress dengan keluar melancong bersama rakan rakan atau keluarga,
mendengar muzik yang membantu kita melupakan masalah yang dihadapi dan seterusnya
minum kopi bersama rakan rakan.

Selain itu, pastikan air diminum dengan secukupnya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan
daripada masalah penghadaman dan membantu proses penghadaman menjadi lebih berkesan.
Jika boleh, elakkan daripada mengambil minuman yang berperisa. Kita digalakkan
mengambil pengambilan susu kultur vitagen yang mengandungi berbillion kultur probiotik
hidup yang dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan buruk
untuk kesihatan sistem penghadaman kita.

Di samping itu, pengambilan serat juga dapat membantu mengatasi masalah gastrousus.
Kita boleh menemui serat di dalam sayur sayuran, buah buahan dan kekacang. Serat dapat
melancarkan pergerakan usus kita dimana penyerapan serat yang tinggi boleh meningkatkan
saiz najis dan melembutkannya. Hal ini dapat menyebabkan pengurangan risiko sembelit
pada badan kita. Ia juga dapat memainkan peranan untuk melawan penyakit yang berlaku
pada usus besar kita.

Anda mungkin juga menyukai