Anda di halaman 1dari 4

Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran Tilawah

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,
berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah
mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif sukatan pelajaran tilawah dan hafazan


1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih bagi
memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.
2. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya
kearah meyakini al-Quran sebagai rujukan  petunjuk Allah.
3. Menjadikan pembacaan al quran ini satu kebiasan dalam kehidupan seharian.
4. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

bil bidang objektif Tumpuan


1 Asuhan 1. Membaca Surah–surah terpilih 1. Membaca ayat-ayat
Tilawah daripada juzuk Amma dengan al-Quraan dengan 
Al-Quran dan betul dan fasih bagi memupuk Betul dan fasih.
Hafazan minat membaca Al-Quran. 2. Menghafaz ayat-ayat
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang tertentu dengan betul
terpilih untuk bacaan dalam solat dan fasih
dan ibadah harian. 3.  Memahami

3. Memahami maksud beberapa pengertian surah-


surah yang dipelajari ddengan surah tertentu
menghayati beberapa surah daripada Juzuk
sebagai rujukan petunjuk Allah. Amma (Juzuk 30)
dan menghayati
pengajarannya.

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam


Huraian Sukatan Pelajaran ialah  satu dokumen yang memperkembangkan dan
memperjelaskan  maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan keutamaan
hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama.  Penguasaan
terhadap apa yang terkandung dalam Huraian  Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran
pencapaian murid.  Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran  serta penilaian dibina 
berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fungsi utama  Huraian Sukatan Pelajaran  ialah  untuk:


1. Menentukan skop sukatan
2.   Panduan guru dalam menyediakan isi  pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran
3. Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina
isi kandungan  aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan
4. Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau
sumatif

Tumpuan mata pelajaran Pendidikan Islam

Kekuatan bagi mana-mana mata pelajaran adalah bergantung kepada aspek kandungan
pelajaran, pendekatan , kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kekuatan
dan kesan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peruntukan masa bagi mata pelajaran sekolah rendah ialah 150 minit seminggu dan boleh
dibahagikan kepada 5 waktu dengan 30 minit setiap waktu. Sebanyak 30 minit atau satu
waktu diperuntukkan bagi pelajaran Jawi.

A.   Asuhan Tilawah al-Quran

I.    Bacaan :

1. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah,


kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.
2. Membaca kalimah dan potongan ayat
3. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris
4.  Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

Berikut surah-surah yang dicadangkan;


Bil Surah Bil Surah Bil Surah

1 Al-Fatihah 11 Al-Fil 21 Al-Tin


2 An-Nas 12 Al-Humazah 22 Al-syarh
3 Al-Falaq 13 Al-‘Asr 23 Al-Dhuha
4 Al-Ikhlas 14 Al-Takathur 24 Al-Lail
5 Al-Masad 15 Al-Qari’ah 25 Al-Syams
6 Al-Nasr 16 Al-Adiyat 26 Al-Balad
7 Al-Kafirun 17 Al-Zalzalah 27 Al-Fajr
8 Al-Kawthar 18 Al-Bayyinah 28 Al-Ghasiyyah
9 Al-Ma’un 19 Al;-Qadr 29 Al-A’la
10 Al-Quraisy 20 Al-‘Alaq 30 Al-Tariq

 Menghafaz surah-surah berikut :

a. Al-Fatihah l. Al-Takathur
b. An-Nas m. Al-Qari’ah
c. Al-Falaq n. Al-Adiyat
d. Al-Ikhlas o. Al-Zalzalah
e. Al-Kafirun p. Al-Bayyinah
f. Al-Kawthar q. Al;-Qadr
g. Al-Ma’un r. Al-‘Alaq
h. Al-Quraisy s. Al-Tin
i. Al-Fil t. Al-syarh
j. Al-Humazah u. Al-Dhuha
k. Al-‘Asr

Rumusan
Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan
memperjelas maksud serta kehendak sukatan pelajaran.  Sukatan ini mempunyai institusi
yang tinggi  yang hampir setara dengan sukatan pelajaran.  Sukatan pelajaran perlu
difahami bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran.  Penguasaan terhadap segala
yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian
murid. 

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru memulakan
tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan kepada
sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai