Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Kajian ini merupakan tugasan berkumpulan dibawah subjek etika dan peradaban.
Pengkaji telah memilih tajuk berkaitan sains dan teknologi iaitu pembangunan
senjata nuklear : Antara manfaat dan mudarat dari prespektif teori dan agama.
Takrif perkataan senjata menurut kamus dewan edisi keempat (2005), adalah alat
yang digunakan untuk beperang dan berkelahi sebagai contoh keris, lembing,
senapang dan lain-lain. Menurut Nor Anita Abdullah (2018), senjata merupakan satu
alat yang digunakan dan boleh mendatangkan kecederaan dan kemudaratan kepada
orang lain. Senjata juga digunakan untuk pelbagai tujuan demi mencapai matlamat
tertentu. Pistol, senapang, pisau, parang, peluru berpandu, bom dan banyak lagi jenis
senjata fizikal yang diketahui umum berupaya mengundang bahaya sekiranya
digunakan sama ada secara sengaja atau tidak senjata. Bahaya akibat daripada
sesuatu senjata bukan sahaja bergantung kepada cara penggunaannya tetapi
juga bergantung kepada pengguna yang menggunakan senjata tersebut. Senjata
terbahagi kepada dua iaitu senjata konvensional dan senjata bukan konvensional.

Nuklear adalah nukleus atom yang merupakan komponen asas semua jirim, ia
adalah sangat kecil, tetapi disimpan dalam nukleus dimana pusat setiap atom adalah
dalam bentuk tenaga yang paling berkuasa. (Jenny Tesar, 2004). Menurut kamus
dewan edisi keempat (2005), nuklear berkait dengan nukleus atom. Nuklear
mempunyai banyak fungsi dan antaranya dalam pembuatan senjata iaitu senjata
nukelar. Senjata nuklear merupakan senjata bukan konvensional. Hal ini kerana,
senjata konvensional merupakan jenis senjata yang moden dan kebiasaannya
merujuk kepada penggunaan senjata yang melibatkan senjata pemusnah besar-
besaran. Nor Anita Abdullah (2019).

Teori didefinisikan sebagai suatu konstruksi manusia menerangkan fenomena


mengikut sudut pandangan tertentu. Ia juga merupakan kenyataan yang mengandungi
konsep untuk memerihal, menerang, meramal atau memahami dan mengawal, serta
membina semula sesuatu penjelasan tentang fenomena yang diamati. (Cragan dan
Shields, 1998). Menurut Norm Levan (2006), Teori dalam bidang sains berbeza
dengan teori dari segi orang biasa. Teori Adalah logik, set sistematik prinsip atau
penjelasan yang telah disahkan-dan telah mampu mematahkan percubaan untuk
membuktikan teori itu palsu atau disebut juga sebagai Saintifik. Dalam erti kata lain,
kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesis-hipotesis
tentang sesuatu yang berdokongkan kajian.

Agama merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia


sebagai homo religiosus (Mastura & Fazrul, 2021). Menurut Kamus Dewan edisi
keempat (2005), perkataan agama bermaksud kepercayaan pada Tuhan dan ṣifat-
sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya,
kepercayaan pada yang Maha Kuasa. Agama disebut sebagai al-Dīn dalam Bahasa
Arab dan religion dalam Bahasa Inggeris. Beberapa ahli falsafah Barat memberikan
maksud religion mengikut konteks atau bidang kepakaran masing-masing. Ada
yang mengatakan agama sebagai kepercayaan terhadap makhluk-makhluk spiritual,
agama sebagai jalan pertengahan antara magik dan sains, agama sebagai sistem
kepercayaan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dianggap suci (sacred
things), dan banyak lagi. (Mastura & Fazrul, 2021).

PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana
pembangunan senjata nuklear di negara-negara yang mempunyai senjata nuklear.
Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi menjelaskan apakah manfaat dan
pembangunan senjata nuklear dari prespektif teori dan agama.
Di samping itu, kajian ini turut mengkaji faktor- faktor yang mempengaruhi
pembangunan senjata nuklear.
Akhir sekali, pengkaji ingin mengkaji cabaran dalam pembangunan senjata
nuklear dan cara penyelesainya.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji pembangunan senjata nuklear
2. Mengkaji manfaat pembangunan senjata nuklear Dari perspektif teori moral dan
agama
3. Menerangkan mudarat pembangunan senjata nuklear Dari perspektif teori moral
dan agama

SKOP KAJIAN
Skop kajian ini merangkumi tiga bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian,
dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada negara-
negara yang mempunyai senjata nuklear seperti Korea Utara, Rusia, Amerika
Syarikat, China, Perancis dan banyak lagi.
Selain itu, dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa 1945 hingga
tahun 2022. Tempoh kajian selama 77 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa
tersebut berlaku perkembangan senjata nuklear yang pembuatannya bermula di
Alamogordo, New Mexico sehingga diikuti oleh negara-negara lain.
Manakala dari segi aspek yang dikaji pula tertumpu kepada pembangunan senjata
nuklear. Dengan kajian ini pembaca dapat mengetahui senjata nuklear ini
berkembang. Selain itu kajian ini juga memfokuskan manfaat dan mudarat senjata
nuklear dari prespektif teori dan agama.
SOROTON LITERATUR
METODOLOGI KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan metode


pengumpulan data iaitu kajian kepustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah
kepustakaan ini digunakan bagi memperoleh sumber primer dan sumber sekunder
seperti laporan-laporan, risalah-risalah atau majalah, suratkhabar dan lain-lain bentuk.
Daripada kajian perpustakaan juga, kajian dan penelitian ke atas karya-karya
berkaitan dapat dilakukan.(W Ahmad Jamburi, 2010). Penyelidikan Perpustakaan
dijalankan di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia. Hal ini, dilakukan untuk
mendapat maklumat dan rekod-rekod berkenaan pembangunan senjata nuklear.

Antara pendekatan kualitatif yang diguna untuk kajian ini adalah kaedah
pemerhatian. Dalam kajian ini, metode pemerhatian turut digunakan untuk
mendapatkan maklumat tambahan yang dapat menyokong dapatan kajian. Kaedah
pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct observation)
dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah pemerhatian
secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah
pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi
dengan manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari bidang
antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat). Penyelidik biasanya melibatkan
diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu
isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut. Kajian ini mengunakan pemerhatian
tidak turut serta, dimana pengkaji memerhati perkembangan pembangunan senjata
nuklear di beberapa buah negara seperti Korea Utara, China, Rusia dan lain-lain. (W
Ahmad Jamburi, 2010).
RUJUKAN
Kamus dewan edisi keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustakan

Jenny Tesar. ( 2004 ). Nuclear energy. Philippines: Grolier.

Nor Anita Abdullah. (2018). Kepelbagaian definisi dan penggunaan senjata menurut
prespektif undang-undang di Malaysia. J10 (1), 161 - 184.

Cragan dan Shields. (1998). Understanding communication theory: the


communicative forces for human action. The University of Virginia : Allyn and
Bacon.
Levan, L. (2006, April). One Scientist's Perspective on "Intelligent Design". Dimuat
turun daripada
http://www.astronomynotes.com/science-religion/NormLevan/Science-on-ID.htm

Mastura & Fazrul. (2021). Faham Agama Dan Asas Akhlak, 33(2), 146-154.
W Ahmad Jamburi. (2010). Metodologi Kajian. Dimuat turun daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/5265/3/BAB_3.desertasi.pdf

Anda mungkin juga menyukai