Anda di halaman 1dari 11

KOD DAN NAMA KURSUS : AT10503 PENGANTAR ILMU SAINTIFIK

SEKSYEN : 2 HARI : ISNIN

NAMA PENSYARAH :

 ENCIK ZAINI OTHMAN


 ENCIK EKO PRAYITNO JOKO

NO. SOALAN : 3

TAJUK :

IDENTIFYING AND DISCUSS WHAT THINGS MAKE DIFFERENT BETWEEN NATURAL AND
SOCIAL SCIENCES

NAMA PELAJAR NO. MATRIK TANDATANGAN


NATALIE AREN MATHEW BA17110291
NURMAISARAH BINTI MUHD BA17110320
OMAR
CHARLES BIN LOKIMIN BA17110848
1.0 PENGENALAN

Salah satu perkembangan dan pembangunan dalam masyarakat manusia pada abad
ini ialah kemunculan sains moden. Penekanan manusia kepada usaha pencarian dan
penambahan ilmu pengetahuan telah menyebabkan pengetahuan manusia dibahagikan
kepada dua bidang iaitu bidang sains semula jadi, sains tulen atau sains tabi’i dan bidang
sains sosial. Tujuan utama kemunculan ilmu sains yang bertambah moden dan sofistikated
ini adalah untuk mengkaji dan memahami akan keadaan dunia yang didiami oleh kita semua
yakni manusia khususnya.1

Secara umumnya, bidang yang pertama ialah sains semula jadi. Nama lain bagi sains
semula jadi ialah sains tulen atau sains tabi’i. Walaupun ketiga-tiga nama ini berbeza tetapi
bentuk penggunaan, intipati dan maksudnya adalah sama. Sains tulen ini lebih berkisar
mengenai dunia kebendaaan, struktur dan sifat-sifat sesuatu bahan kimia atau bidang sains
tulen ini adalah mengenai bidang pengetahuan yang menyentuh persekitaran semula jadi di
mana manusia itu tinggal.2

Sains tulen dapat dilihat daripada dua cabang utama iaitu sains fizikal dan sains
kemanusiaan. Sains fizikal adalah berkisar mengenai dunia kebendaan. Sains kemanusiaan
pula adalah seperti ilmu kaji hayat, fisiologi, anatomi, neurologi dan sebagainya adalah
berkenaan dengan individu-individu sebagai satu organisma yang hidup dengan mempunyai
struktur dan sifat-sifat seseorang manusia.

Bidang yang kedua ialah bidang sains sosial. Bidang sains sosial ialah satu disiplin
ilmu yang dikategorikan Barat sebagai sains sosial dan disebut juga sebagai sains
kemasyarakatan yang mencakupi disiplin ilmu seperti antropologi, sosiologi, ekonomi, sains
politik dan sejarah. Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, disiplin geografi dan psikologi
juga termasuk dalam kelompok sains sosial. 3 Sains sosial juga merupakan satu bidang atau
disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia, bagaimana individu-
individu atau kelompok-kelompok manusia berinteraksi antara satu dengan lain dan juga
dengan atau sekeliling mereka.4 Secara amnya, bidang sains sosial adalah bidang
pengetahuan manusia yang menyentuh setiap aspek kehidupan kelompok-kelompok
manusia atas muka bumi ini.

1 Rohana Yusof, Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2014, hlm 3.
2 Ibid. , hlm 3
3 Ismail Yusoff, Pengenalan Sains Sosial, Kedah: UUM Press, 2014, hlm 13.
4 Rohana Yusof, op.cit, hlm 3-4
Terdapat beberapa aspek perbezaan yang wujud antara bidang sains tabi’i dan
bidang sains sosial. Sukar untuk mencari perbezaan antara bidang sains tabi’i dengan
bidang sains sosial kerana tiada buku yang boleh dirujuk dan mengulas secara panjang lebar
mengenai perbezaan yang wujud di antara kedua-dua bidang ini. Antara aspek-aspek
perbezaan yang wujud ialah bahan kajian yang khusus (special subject matter), medan
pengujian hipotesis (hypothesis testing field), ketepatan hasil kajian (eactness of findings),
pencerapan dan penjelasan yang objektif (objectivity of observations and explanations) dan
yang terakhir sekali ialah jauh dari pengalaman setiap hari (distance from everyday
experience). Walaupun wujud perbezaan, tetapi tetap juga ada persamaan antara kedua-
dua bidang ini. Persamaan antara kedua-dua bidang ini ialah penggunaan kaedah
penyelidikan yang sama.
2.0 Perbezaan antara Sains Tabi’i dan Sains Sosial

2.1 Bahan Kajian yang Khusus (Special Subject Matter)

Kedua-dua bidang sains iaitu sains tabi’i dan sains sosial mempunyai bahan kajian
khusus yang berbeza. Kedua-dua bidang ini menggunakan bahan kajian yang berbeza.
Sekiranya sains tabi’i menggunakan fizik sebagai bahan kajian yang utama. Maka, sains
sosial menjadikan tingkah-laku manusia sebagai bahan kajian utama para penyelidik sains
sosial. Sains tabi’i menggunakan bahan yang dikaji yang lebih mengenai dunia material atau
kebendaan, struktur dan sifat sesuatu bahan yang wujud di dunia ini. Sains tabi’i ini
dibahagikan kepada dua sub-bidang yang utama iaitu sains berkaitan fizikal atau kebendaan
dan sains berkaitan kemanusiaan. 5 Sains berkaitan fizikal atau kebendaan ini berkisarkan
mengenai dunia kebendaan. Contoh sains fizikal atau kebendaan ialah seperti fizik dan
kimia. Sains fizikal ini selalunya berkait dengan sistem yang tidak hidup dan sesuatu yang
kita tidak boleh nampak secara nyata. Manakala sains berkaitan kemanusiaan atau sains
hayat ini menyentuh mengenai kehidupan. Antara bidang-bidang yang menyentuh mengenai
kemanusiaan ialah seperti biologi, anatomi dan neurologi. Sebagai contoh, bidang biologi
adalah satu bidang yang mengkaji mengenai kehidupan organisma seperti kehidupan atas
bumi, sel-sel di dalam badan dan gen manusia. Sains berkaitan kemanusiaan ini
kebiasaannya menyentuh mengenai benda-benda yang hidup dan sesuatu yang kita boleh
nampak.

Bagi bidang sains sosial pula, sains sosial ialah satu disiplin akademik yang
mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan
sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah-laku yang lazim ada pada kelompok-
kelompok manusia.6 Perkara yang kita dapat simpulkan di dalam sains sosial ini ialah sains
sosial ini lebih mengkaji kepada tingkah-laku manusia. Para penyelidik sains sosial
menjadikan masyarakat manusia sebagai bahan kajian yang utama di dalam
penyelidikannya. Para penyelidik sains sosial ini juga mempunyai makmal yang tersendiri.
Sebagai contoh, pengkaji atau penyelidik dalam bidang kimia mempunyai makmal kimia
yang tersendiri. Tetapi ini berbeza dengan sains sosial. Para penyelidik sains sosial
menjadikan persekitaran atau suasana sekeliling para penyelidik itu sendiri sebagai makmal
utama mereka. Para penyelidik sains sosial ini mengkaji mengenai pola dan susunan struktur

5 Ibid., hlm 3
6 Ibid. , hlm 4.
masyarakat, proses sesuatu masyarakat itu berkembang dan berubah, pola dan proses
memberi kesan kepada tingkah-laku individu dan kelompok. 7

2.2 Medan Pengujian Hipotesis (Hipotesis Testing Field)

Perkataan “hipotesis” adalah berasal daripada dua perkataan, iaitu “hipo” yang
bermakna sementara dan “tesis” yang bererti kenyataan. Jadi, makna hipotesis sebenarnya
ialah kenyataan sementara.8 Ramai sarjana memberikan takrifan mereka sendiri terhadap
“hipotesis”. Hipotesis, menurut Kerlinger (1973:18), ialah suatu kenyataan sementara yang
menyatakan pertalian antara dua atau lebih pemboleh ubah. Manakala menurut Webster
(1968) hipotesis ialah ‘suatu andaian sementara yang dibuat untuk menggaris dan menguji
kesan-kesan logik atau kesan-kesan empirik. Hipotesis membayangkan kekurangan bukti
yang nyata pada masa itu, dan dengan itu merupakan huraian sementara’. 9 Jadi hipotesis
ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara
sebagai penyelesaian masalah. Selain itu, hipotesis juga memberi jangkaan penyelidik
tentang hubungan antara pemboleh ubah. Namun,dalam sains sosial dan sains tabi’i
terdapat perbezaan dalam medan pengujian hipotesisnya.

Dalam penyelidikan sains sosial, medan pengujian hipotesisnya adalah kehidupan


sebenar manusia ataupun peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Ianya
adalah medan pengujian hipotesis yang sangat besar dan tidak mungkin boleh dibawa
masuk ke dalam makmal. Justeru itu, penyelidik sains sosial harus turun ke dalam
masyarakat, duduk bersama mereka, membuat pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti dalam
masyarakat. Selain itu, penyelidik juga harus memahami perbezaan dan persamaan dalam
budaya masyarakat dan mengambil kira keunikan setiap masyarakat dalam usaha untuk
menguji sama ada hipotesis kajiannya itu benar ataupun salah. Hal ini menyebabkan, dalam
penyelidikan sains sosial usaha nya memakan masa, sangat memenatkan dan memerlukan
penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikajinya.

Manakala dalam bidang sains tabi’i pula kebenaran dan kesalahan hipotesis boleh
dibuktikan dengan tepat melalui eksperimen yang dilakukan di dalam makmal. Hal ini kerana
ahli penyelidik Sains Tabi’i boleh melakukan kawalan terhadap pembolehubah yang dikaji

7 Ibid. , hlm 6.
8 Syed Arabi Idid, Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,1998, hlm.22.
9 Rohana Yusof, Asas Sains Sosial dari Perspektif Sosiologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004, hlm. 49.
bagi mendapatkan hasil yang tepat. Selain itu, bahan yang dikaji dalam sains Tabi’i juga
tidak begitu komplek berbanding bahan yang dikaji dalam bidang sains sosial iaitu tentang
tingkah laku manusia dan kehidupanya di muka bumi.

2.3 Ketepatan Hasil Kajian (Exactness of Finding)

Dalam konteks ketapatan kajian ini ,Sains Tabi’i dan Sains Sosial ini mempunyai
sedikit perbezaan hasil kajian kerana mempunyai cara penyelidikan yang berbeza .Menurut
Hunt dan Colander (2002), hasil kajian bidang Sains Sosial mempunyai sedikit perbezaan
dengan kajian bidang Sains Tabi’i. Masalah yang dihadapi oleh penyelidik Sains Sosial
biasanya lebih sukar berbanding masalah yang dihadapi oleh penyelidik Sains Tabi’i. Dimana
dalam penyelidikan Sains Tabi’i, keputusan yang diperolehi biasanya tepat dan boleh
digeneralisasikan kepada fenomena yang lain iaitu yang sama ataupun yang hampir sama
yang berlaku di masa yang lain. Dalam penyelidikan Sains Sosial pula, hasil kajian
adakalanya kurang tepat dan meyakinkan (less define and certain) untuk digeneralisasikan
kepada fenomena yang lain iaitu yang sama ataupun yang hampir sama yang berlaku di
masa yang lain.10

Dalam kata lain, dimana dalam penyelidikan Sains Sosial ini , para penyelidik mesti
membuat cerapan dengan berhati-hati, membuat klasifikasi dan menganalisis data-data,
membuat generalisasi dan berusaha untuk membina dan menguji hipotesis-hipotesis kajian
untukmendapatkan keputusan yang lebih muktamad. Sebagai contoh, penyelidik Sains
Sosial yang mengumpulkan fakta-fakta berkenaan dengan budaya orang yang berbeza-beza
pasti akan menemui persamaan antara budaya-budaya tersebut. 11

Tetapi, sebenarnya setiap dari perbezaan ataupun persamaan dalam budaya-budaya


yang dikaji dalam Sains Sosial itu mungkin mempunyai keunikannya yang tersendiri yang
perlu diberikan perhatian sewajarnya sewaktu membuat kesimpulan kajian kerana sesuai
dengan bidang kajiannya. Dimana fakta-fakta yang terbentuk seperti ini adalah sukar untuk
diklasifikasikan dan diinterpretasikan. Dengan itu, hasil kajian yang boleh untuk

10 Rohana Yusuf. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi . Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka
11 Bailey, K.D. Kaedah penyelidikan sosial. Teori. Hashim Awang . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
digeneralisasikan kepada persoalan yang sama ataupun yang hampir sama menjadi kurang
tepat dan meyakinkan ataupun dalam kata lain less define and certain. 12

2.4 Pencerapan dan Penjelasan yang Objektif (Objectivity of


Observations and Explanations)

Bidang sains tabi’i ini lebih objektif di dalam penyelidikannya. Objektif ini adalah
berasaskan penyataan atau fakta yang sebenar tanpa melibatkan unsur-unsur bias atau
berat sebelah di dalam penyelidikan ahli sains itu sendiri. Objektiviti juga bermaksud
kebolehan melihat dan menerima faktor sedia ada dan bukan seperti kehendak seseorang
yang sepatutnya sesuatu perkara berlaku atau diharpakn olehnya. 13 Ahli sains tabi’i
memberikan tanggapan dan penjelasan secara lebih tepat kerana keputusan yang diperoleh
oleh ahli sains tabi’i itu sendiri adalah tepat dan benar berdasarkan uji kaji yang telah
dijalankan. Keputusan yang diperoleh juga adalah tanpa unsur-unsur tokok tambah yang
berlaku. Keputusan yang dibuat juga tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau
prasangka ahli sains itu sendiri. Setiap pemerhatian yang dilakukan oleh ahli sains adalah
tidak dipengaruhi oleh kepercayaan, nilai, rujukan atau kehendak pemerhati atau seseorang
pengkaji tersebut.

Bagi bidang sains sosial pula, para penyelidik sains sosial banyak berurusan dengan
manusia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Oleh itu, para penyelidik sains
sosial tidak dapat lari daripada mempunyai sifat subjektif di dalam kajiannya. Subjektif
merupakan kata dasar bagi subjektiviti yang membawa maksud kepada seseuatu yang terbit
daripada atau berasaskan pandangan orang lain atau pihak yang melihat atau menilai. 14
Kadang-kadang para penyelidik sains sosial itu sendiri memasukkan unsur-unsur mitos atau
dongengan di dalam penyelidikannya kerana para penyelidik sains sosial adalah seorang
manusia biasa yang boleh terpengaruh dengan persekitarannya dan perasaannya sendiri.
Para penyelidik ini juga tidak lari dari sifat atau sikap yang ingin memihak kepada sesuatu
perkara. Menurut seorang falsafah yang berasal dari Jerman iaitu G. Litchenberg, manusia
mempunyai sifat yang memihak. Jika tidak memihak, orang itu termasuk di dalam golongan

12 A Baba . Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial .Kuala Lumpur .1997:Universiti
Kebangsaan Malaysia.
13 Ibid. , hlm 44
14 Hajah Noraesah bt Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2007, hlm 1308
tidak memihak merupakan suatu pilihan. 15 Kadangkala sukar buat penyelidik sains sosial itu
untuk mengetepikan perasaan sendiri tentang apa yang disukai dan tidak disukai, simpati,
prejudis dan rasa kecewa. Para penyelidik sains sosial ini terperangkap dalam hasrat untuk
memperjelaskan harapannya sendiri, kepercayaan-kepercayaannya dan pandangan-
pandangan yang berat sebelah.

2.5 Jauh dari Pengalaman Setiap Hari (Distance from Everyday


Experience)

Tidak semua orang dapat memahami sains dengan mudah. Hal ini kerana, sains
amat sukar difahami terutamanya dalam memahami konsep sains tabi’i meskipun ianya
telah diberi pendedahan semenjak di bangku sekolah. Namun yang demikian, sains sosial
juga sukar difahami oleh sesetengah golongan manusia. Dapat disimpulkan bahawa sains
amat sukar untuk difahami kerana jauh dari pengalaman setiap hari. Meskipun ianya sukar
difahami namun sains sosial merupakan ilmu yang kita praktikkan setiap hari. Hal ini kerana
pengkaji sains sosial mengkaji tingkah laku manusia. Sungguhpun begitu, sains tabi’i juga
boleh difahami tetapi oleh golongan yang tertentu sahaja.

Machlup (1994) berpendapat, bidang sains tabi’i adalah suatu bidang yang tidak
dapat difahami oleh orang kebanyakan. Bidang ini adalah suatu bidang pengetahuan yang
boleh dicapai oleh minda-minda yang terbaik melalui usaha yang gigih. Orang kebanyakan
tidak boleh mengambil suatu artikel profesional seperti dalam bidang fizik, kimia atau
biofizik dan membacanya jika tidak mempunyai latar belakang dalam bidang tersebut. Ia
akan mengambil masa yang lama untuk memahami sesebuah artikel atau sesuatu yang
berkaitan dengan sains tabi’i jika kita tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.
Terdapat banyak perkara yang harus kita pelajari jika kita ingin mengkaji tentang sains
tabi’i. Oleh itu, ia dikatakan jauh dari pengalaman seharian setiap manusia.

Berbeza pula dengan bidang sains sosial. Penyelidikan yang dijalankan oleh bidang
sains sosial tidaklah sesuatu perkara yang asing bagi kebanyakan orang kerana ahli penkaji
bidang sosial lebih tertumpu dalam mengkaji tentang tingkah laku manusia dalam
kehidupan seharian. Tetapi bidang sains sosial tidak mendapat perhatian meskipun isu-isu
yang dikaji adalah penting tetapi tidak begitu dipedulukan kerana tiada kepentingan untuk
berbuat demikian. Jelas kita tahu bidang sains sosial adalah luas dan merangkumi bidang –

15 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang:
Pusat Pengajian Luar Kampus, 1994, hlm 107.
bidang seperti sosiologi, antropologi, psikologi, sains politik, sejarah, ekonomi dan
sebagainya. Kesemua disiplin ini kalau diteliti dengan lebih dekat akan aspek pengkajiannya
adalah menitik beratkan tentang perkara yang sama iaitu tentang tingkah laku manusia. 16

Dalam hal ini orang kebanyakan masih boleh membaca artikel dalam bidang sains sosial
meskipun ada beberapa istilah teknikal yang digunakan dalam artikel tetapi ia tidaklah
sesukar dalam bidang sains tabi’i. Oleh yang demikian, orang kebanyakan masih boleh
memahami artikel dalam bidang sains sosial berbanding artikel dalam bidang sains tabi’i.

3.0 KESIMPULAN

Bidang Sains Sosial sesungguhnya adalah suatu bidang yang sangat luas dan sangat
menarik untuk dipelajari. Meskipun ada pendapat yang mengatakan bahawa bidang Sains
Sosial adalah bidang yang lebih rendah berbanding bidang Sains Tabi’i, penulis tetap yakin
bidang Sains Sosial ini ada sumbangannya yang besar terhadap kemajuan dan tamadun
manusia. Keperluan hidup ketika ini dan kemajuan yang mendadak dalam hampir semua
aspek kehidupan manusia telah menjadikan bidang Sains Sosial menjadi sangat penting
seiring dengan bidang Sains Tabi’i.

Sudah ternyata bahawa dalam sains sosial terdapat pelbagai bidang atau cabang
ilmu. Biarpun semuanya menjurus kepada manusia sebagai bahan kajian, tetapi setiap
cabang sains sosial itu memberikan penekanan yang berlainan. Setiap kenyataan yang
dibuat oleh ahli sains sosial mempunyai asas kebenarannya serta boleh diterima oleh akal
manusia kerana mempunyai bukti yang kukuh. Bidang sains sosial cuba menghuraikan
bagaimana perhubungan antara manusia dan masyarakat mewujudkan fenomena sosial dan
budaya yang berlainan. Pengetahuan ( knowledge ) merupakan khazanah maklumat yang
terdapat dalam sesuatu masyarakat yang diperolehi melalui pengalaman,Asas
Perkembangan Kaedah Saintifik .

Oleh itu, Aspek yang diberi perhatian dalam kedua-dua bidang Sains Sosial dan Sains
Tabi’i adalah berbeza antara satu sama lain. Akan tetapi, bagi mendapatkan kehidupan yang
lengkap dan menyeluruh, kemajuan dalam kedua-dua bidang ini amat perlu. Dalam
sesebuah negara, tidak boleh hanya bidang Sains Sosial sahaja yang maju dan diberi
perhatian sedangkan bidang Sains Tabi’i diabaikan. Begitulah sebaliknya, tidak boleh

16 Rohana Yusuf. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi . Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm5
mementingkan Sains Tabi’i dan memencilkan Sains Sosial Kedua-dua bidang Sains ini sama
ada Sains Sosial mahupun Sains Tabi’i mempunyai sumbangannya yang tersendiri dalam
melahirkan sebuah bangsa yang maju dan seimbang.

Penulis berpendapat, bidang Sains Sosial tidak dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia
pada ketika ini. Meskipun di kebanyakan universiti awam ketika ini peratusan pelajar yang
diterima masuk adalah lebih besar bagi bidang Sains Tabi’i, tetapi ia adalah untuk
memenuhi keperluan negara ini. Malaysia sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Dengan itu, keperluan untuk memiliki rakyat yang terlatih
dalam bidang Sains Tabi’i adalah selaras dengan hasrat dan cita-cita tersebut. Sedangkan,
bidang Sains Sosial telah sekian lama mendapat tempat dan kedudukannya dalam universiti
awam. Apa yang pasti, kedua-dua bidang Sains Sosial mahupun Sains Tabi’i adalah sangat
penting dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.
4.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah.
Pulau Pinang. Pusat Pengajian Luar Kampus.

Hajah Noraesah bt Baharom. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Yusoff. 2014. Pengenalan Sains Sosial. Kedah. UUM Press.

Rohana Yusof. 2014. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Syed Arabi Idid. 1998. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bailey, K.D. Kaedah penyelidikan sosial. Teori. Hashim Awang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

A Baba . Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial .Kuala Lumpur
.Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai